CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lorra2411

Update #176 Kenyataan Awal Ashaari mengenai kenyataannya

[Copy link]
Post time 24-3-2015 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sah2 hidung ikut mak dia...biau ler. Terlebih prihatin lak hihiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2015 07:05 PM | Show all posts
sibuk bebeno hal anak org, kan dah sentap apaknya
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols baru scroll ig td nampak dekat satu post gambar lara ada org komen "jendul".

Perghhhhh sentap lg la awal
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 08:49 PM | Show all posts
kesian budak kecik ni asyik kena komen.yg manusia ni pun satu asyik ada je x kena dgn org...senyap sudahla..dah mcm dosa pulak hidung kembang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 09:58 PM | Show all posts
senang je....jgn overexpose segala mak nenek psl anak ko kat  media sosial.kdg2 mungkin niat ko nak sharing konon2nya lah...tapi org tafsir ko mcm me nunjuk2.penyakit hati manusia kann.manakan sama.timbul la komen yg ko tanak dengar,fitnah dan sakit hati dengar.oleh itu silala protect ank korang ye ummah bimbo sekalian....kalo tanak sentap
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 12:52 AM | Show all posts
sentap kuat
hahahahha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2015 01:01 AM | Show all posts
ada masa pulak si awal ni nak belek satu2 komen kat ig lara ni? Aku rasa budak tu tak de niat pape pun. Just sharing tips. Awal je yang nak terasa lebeh. Ntah pape. Kau baca masuk kanan keluar kiri udah le. Anak aku kalau org cakap itu ini aku ye kan je. Kau nak terima kau terima. Ta nak terima abaikan. Zzzzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 08:13 AM | Show all posts
pprt nya la hai yang komen suruh mancungkan hidung tu..dah comel cantik terletak hidung rara..

harap la yg duk nasihat tu hidung mancung tinggi sanggatt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2015 08:54 AM | Show all posts
mmg tak patut pun komen mcm tuh tak beragak langsung nk komen anak org mcm tuh



Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 09:20 AM | Show all posts
Daku dah biasa masa kecik2 anak2 kecik dulu..semua pakat tegur.."sorang pun tak ikut hidung mak" baideway hidung iols kecik dan runcing..ihi..hi..ihi..tapi hidung hubby agak sedikit kembang disitu...jumpa macit2 je diorang asyik bagi petua mcm kat atas tu...hu..hu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 10:19 AM | Show all posts
lepas ni awal tak payah la nak overexpose anaknya lagi
nilah akibatnya tahu?
tak semua org yg follow tu memang ikhlas sukakan kecomelan anak ko..memang ada orang yg follow utk menunggu saat2 utk mengutuk je
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 10:19 AM | Show all posts
scha tu hidung kembang penyek tp tetap lawa pada aku
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 10:30 AM | Show all posts
clarizsa replied at 24-3-2015 03:12 PM
teringin nk tgk muka tukang bg nasihat tu seisi keluarga kot2 cantik lawa mancung sgt muka depa...
...

betul! ikot gen la..dah gitu gen, takkan tetibe muka kokusennnn.
lgpon scha tu kan chinese look..tgk la mak scha sudah
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 02:25 PM | Show all posts
Knape si awal ni sentap lebih plak....bg aku biasa je ayat tu....awal sentap lg la org duk kata. Rilek2 sudah..lara mmg comel
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 03:53 PM | Show all posts
pakcik sara cukup dengki dgn idung sara tak tahu psl apa.. ayat dia "eleh idung k. long tu mancung sbb masa kecik dulu sumbat tisu suh mancung kalau tak xde tinggi mcm tu.."

sabar je lah aku..  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2015 11:48 AM | Show all posts
Saya Memang Lantang Apabila Orang Yang Saya Sayang Dikacau – Awal Ashaari

Siapa yang tak marah bila orang kita paling sayang, orang paling kita rapat diganggu, dikacau dan diperkotak-katikkan. Abang Nara pun pasti akan melenting juga. Abang Nara fahami perasaan Awal Ashaari apabila anaknya, Lara Alana dikatakan ‘hidung kembang’ baru-baru ini. Tersentuh jiwa seorang ayah. Kadang-kadang ada benda yang tak perlu kita nyatakan walaupun ia benar. Simpan je lah di dalam hati. Tak gitu?



Dengan kemajuan teknologi sekarang ini, memang mudah untuk kita meluahkan pendapat masing-masing. Perangai pun macam-macam. Memang susah menjadi selebriti di zaman serba moden ini. Cuma nasihat Abang Nara, sebelum tekan butang ‘send’ untuk komen tue, fikirlah 2,3 kali kalau kena kat batang hidung sendiri. Kata Awal Ashaari:-

Kalau nak cakap bab emosi. Saya yakin semua bapa mempunyai emosi untuk anak mereka. Macam baru-baru ini ketika mengacarakan Melodi, saya sendiri melihat klip rakaman penyanyi Black yang mengamuk apabila anak dia dikatakan menyerupai sesuatu seperti makhluk lain.
Orang sekarang ibaratnya bercakap tanpa berfikir panjang… tak rasional. Tak adil untuk orang sebegini nak bercakap mempersoalkan kejadian dan rupa bentuk ciptaan Tuhan. Bagaimana buruk atau tak cantik pun manusia itu, pada pandangan orang yang menyayangi mereka adalah sebaliknya.
Saranan saya jika sesuatu perkara atau komen itu tidak mendatang kebaikan, lebih baik simpan sahaja dalam hati. Saya bukan tak nak dengar atau baca komen sebegitu. Tapi cuma tak mahu ada unsur negatif yang mengganggu gugat.

Abang Nara sokong kata-kata Awal Ashaari bab ‘pada pandangan orang yang menyayangi mereka adalah sebaliknya’. Memang di mata seorang ayah dan ibu, anak sendiri adalah sempurna, paling comel dan tidak dapat ditandingi. Tak kiralah hidung kemek ke, mata sepet ke, telinga besar ke. Tak ada orang boleh menandingi anak sendiri. Kalau korang seorang ibu bapa, mesti korang faham perasaan ini. Tambah Awal lagi:-


Ya saya memang lantang apabila orang kacau mereka yang saya sayang. Nak cakap atau mengutuk fasal diri ini, saya tak kisah. Tapi jangan cakap fasal keluarga, isteri dan anak saya. Kita yang membesarkan anak. Pahit getir hanya kita yang rasa.
Jadi untuk orang luar bercakap itu dan ini. Jangan tahu cakap banyak sahaja kerana bukan mereka ada di tempat kita. Tapi lumrahlah sesetengah manusia ini.



Membesarkan anak memang satu perkara yang memenatkan. Bangun tengah malam buat susu, anak menangis tanpa sebab, anak demam, anak kena masuk hospital dan macam-macam lagi. Ia memang memerlukan kekuatan mental dan emosi. Jadi bila ada orang cakap benda yang tak baik tentang anak kita, memang pasti akan melenting. Penat-penat kita jaga penuh kesempurnaan, senang-senang je dikritik tanpa segan silu. Buat Awal dan Scha, bersabarlah. Inilah dugaan menjadi seorang ibu bapa yang bergelar selebriti.

Sumber Berita Harian/Bung Nara

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2015 12:34 PM | Show all posts
comel je Rara nie.. memang rupa Scha sebijik!
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 12:38 PM | Show all posts
mak pak manepun klo anak2 kne kutuk mst la marah beb..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols dah mcm obses dgn lara ni..hari2 msti nk tgk gmbr lara
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 01:16 PM | Show all posts
comel sangat la dia ni. geram!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.348526 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list