CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] Nurse dakwa diskriminasi kerana isu aurat UPDATE Pg1 Damai Disimbah Cat!

[Copy link]
Post time 8-12-2015 08:21 AM | Show all posts
selyusi replied at 7-12-2015 03:57 PM
wow ye ke, kiranya hospital ni takdela betul sangat

gitula kiranya...merasala pasni hosp tu...sure pasni kurang patient
sbb rata2 patient dia org melayu..indon

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2015 08:22 AM | Show all posts
reenz013 replied at 8-12-2015 08:17 AM
u tahula dino..bangsa tu mmg suka ckp putar belit
lps office mate nurse tu benti..ngn matron..ngn ...

tu respek kat pompun ni yg btul2 bukak mata.... pastu mintak2 yg teraniaya dulu2 pun tampil sekali kasi support....
aku dulu pun keje ngan puak ni.... mmg masak ngan belit tuh.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 08:27 AM | Show all posts
dino replied at 8-12-2015 08:22 AM
tu respek kat pompun ni yg btul2 bukak mata.... pastu mintak2 yg teraniaya dulu2 pun tampil sekali ...

yg dulu dh malas kot sbb dh dpt keje lg elok dr damai x brp damai tu
rata2 yg komen dlm fb budak tu ex 2 nurse, matron n doc
tp yg x brp best...ada spy kt situ yg akan report kt management...pastu pandai spy tu..siap nk add dorang
dhla spy tu melayu..snggup jd balaci
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 08:29 AM | Show all posts
reenz013 replied at 8-12-2015 08:27 AM
yg dulu dh malas kot sbb dh dpt keje lg elok dr damai x brp damai tu
rata2 yg komen dlm fb bud ...

budaya mengampu la tu....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 7-12-2015 04:22 PM
YESS sebab tu kumpulan 25 melayu ulung tu  sama ja

THIS ISSUE is the best issue they could have ...

Ini kes believe what u want to believe...kes ni g25 kisah apa...khalwat fight ler...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
reenz013 replied at 8-12-2015 08:17 AM
u tahula dino..bangsa tu mmg suka ckp putar belit
lps office mate nurse tu benti..ngn matron..ngn ...

I hope all of them are willing to come fwd... Ramai saksi ni...berkubur la ko damai..putar belit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2015 11:14 AM | Show all posts
Bukan isu disiplin, Naziah dedah p'bualan WhatsApp
SITI ZUBAIDAH MAT ISA & MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
8 DISEMBER 2015

Naziah bersama Muhammad Yusuf menunjukkan surat tawaran kerja, kontrak perjanjian kod pemakaian dan laporan polis. Gambar kanan, Naziah menunjukkan sebahagian perbualan di WhatsApp antara beliau dan pihak hospital.


KUALA LUMPUR -  Bekas jururawat, Naziah Sauni Samat menafikan pemecatannya dari Damai Services Hospital (Melawati) Sdn Bhd berpunca daripada masalah disiplin seperti mana dakwaan pihak hospital.

Beliau sebaliknya mendakwa pihak hospital cuba memutar belit fakta dan situasi sebenar.
Naziah bertegas bahawa pemecatannya adalah kerana keengganannya memakai uniform berlengan pendek serta berstoking tangan bagi menutup auratnya.
Bertempat di Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Naziah bersama Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi sekali lagi tampil menjelaskan isu sebenar sekali gus menafikan setiap dakwaan bekas majikannya.

Pada pertemuan itu, Naziah  turut  mendedahkan beberapa rakaman perbualan dan mesej di aplikasi WhatsApp antara beliau dan pihak pengurusan hospital, dipercayai berkaitan tindakannya memakai uniform lengan panjang dan tudung.

“Jika pemecatan saya kerana masalah disiplin, sehingga hari ini (semalam), saya tidak menerima apa-apa notis bertulis atau surat tunjuk sebab mahupun dipanggil pihak pengurusan hospital menyatakan masalah disiplin seperti yang didakwa.
“Malah dakwaan pihak hospital mengatakan saya dipecat kerana gagal hadir bertugas selama dua hari berturut-turut tanpa kebenaran, juga tidak benar,” katanya dalam temubual khas bersama Sinar Harian, semalam.

Menurut Naziah, beliau sebaliknya digantung tugas bermula 24 hingga 29 November lalu sehingga beliau bersetuju untuk mematuhi kod pemakaian.

“Mengapa isu ini timbul selepas dua bulan saya bertugas di hospital? Sedangkan pada awalnya pengurusan tertinggi membenarkan saya memakai uniform berlengan panjang. Dalam kontrak tawaran bekerja, juga tidak dinyatakan mengenai kod pemakaian.

“Selepas saya menyerahkan notis menyatakan akan mematuhi kod pemakaian ditetapkan (memakai uniform berlengan pendek), hospital tanpa prejudis kepada hak saya untuk memakai stoking tangan, saya digantung dan tidak dibenarkan bertugas,” katanya.
Naziah akui, penggantungannya juga tanpa disusuli sebarang surat rasmi, sebaliknya arahan tersebut hanya melalui perbualan telefon dan mesej pada aplikasi WhatsApp antara beliau dan pengurus pentadbiran hospital berkenaan.

Naziah bagaimanapun hadir bertugas pada 30 November lalu, namun dengan memakai pakaian uniform berlengan pendek dan berstoking tangan untuk menutup aurat.
“Tetapi, jadual tugas saya tetap ditulis sebagai ‘digantung kerja’ oleh pihak hospital tanpa penjelasan kukuh sehingga saya diberhentikan,” katanya.

Susulan tindakan yang dikenakan ke atasnya, Naziah akan memfailkan aduan ke Jabatan Tenaga Kerja hari ini bagi mendapatkan pembelaan sewajarnya sebelum merujuk kepada peguam untuk tindakan lanjut.

Mengulas mengenai saman yang bakal dikenakan ke atas beliau dan PPIM, Naziah bersedia bertemu di mahkamah.

Dalam pada itu, Muhammad Yusuf berkata, pihaknya juga bersedia menghadapi saman itu.
“Buat masa ini,  kami belum menerima surat saman berkenaan. Jika ada, barulah kes ini akan dirujuk kepada peguam kami untuk tindakan lanjut. Kita ada bukti, tunggu hendak naik mahkamah saja,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan pihak hospital yang mengatakan diugut PPIM akan menjadikan kes itu sebagai isu perkauman serta PPIM menceroboh kawasan hospital, Muhammad Yusuf menafikannya.

“Kami datang secara baik untuk membuat temu janji, bertemu dan berbincang. Kami tidak menceroboh.

“Saya percaya banyak lagi kes seperti ini berlaku di mana-mana organisasi, namun mungkin pekerja takut ke depan kerana khuatir dibuang kerja,” katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, pihak hospital akan mengambil tindakan saman terhadap Naziah dan pihak PPIM.



Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 11:18 AM | Show all posts
Jururawat dan aurat
WARTAWAN SINAR HARIAN
8 DISEMBER 2015


PROFESION kejururawatan adalah satu pekerjaan yang mulia; sama ada di klinik, hospital mahupun di rumah-rumah. Adalah sukar bagi seorang doktor melakukan tugas tanpa bantuan seorang jururawat. Setiap prosedur atau rawatan yang dilakukan ke atas pesakit memerlukan bantuan jururawat.

Baru-baru ini, berita mengenai seorang jururawat beragama Islam yang dibuang kerja serta dikenakan amaran kompaun sebanyak RM5,000 kerana enggan patuh pada kod pakaian jururawat telah mengejutkan banyak pihak.

Insiden ini tidak sepatutnya berlaku di sebuah negara, di mana Islam adalah agama rasmi. Penjelasan pengurus kewangan dan pentadbiran sebuah hospital bahawa Naziah Sauni Samat ditamatkan perkhidmatan sebagai
jururawat disebabkan tidak hadir bekerja selama dua hari tanpa sebab bukanlah alasan yang jujur dan kukuh untuk menghalalkan tindakan tersebut.

Hospital swasta tersebut mengatakan bahawa sejak tahun 1989 peraturan hospital dan etika pemakaian seragam untuk semua kakitangan adalah memakai kemeja berlengan pendek. Menurut mereka lagi, jururawat beragama Islam lain yang bertugas tidak mempunyai masalah memakai kemeja berlengan pendek dan ini adalah isu disiplin, bukannya isu agama.

Syabas kepada Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya, yang menjamin untuk menjalankan siasatan menyeluruh mengenai isu ini. Menurut beliau, semua hospital di bawah Kementerian Kesihatan mewajibkan jururawat beragama Islam menutup aurat dan arahan ini turut diguna pakai untuk hospital swasta.

Alasan peraturan pemakaian seragam berlengan pendek untuk mengelakkan jangkitan kuman pada pesakit serta memudahkan kerja juga tidak dapat diterima kerana hospital-hospital kerajaan tidak pula mempunyai masalah jangkitan kuman walaupun jururawat mereka bertudung dan berlengan panjang.

Malah, jururawat di rantaian hospital swasta KPJ dan beberapa hospital swasta lain juga membenarkan pemakaian lengan panjang dan tudung.
Adakah benar baju berlengan pendek mengurangkan kadar jangkitan? Walaupun pemakaian lengan panjang acap kali dikaitkan dengan jangkitan kuman, tiada bukti saintifik yang mengesahkan bahawa pemakaian baju lengan pendek pula dapat mengurangkan jangkitan kuman.

Malahan, menurut satu kajian di University of Colorado Hospital di Aurora, Amerika Syarikat, yang diterbitkan oleh Journal of Hospital Medicine pada tahun 2011, pemakaian baju berlengan pendek tidak sedikit pun membantu menghalang jangkitan kuman kerana pakaian mereka masih tetap tercemar dengan kuman.

Sebenarnya, pemakaian lengan panjang langsung tidak menjadi masalah selagi jururawat tersebut pandai menjaga kebersihan diri. Mungkin sesetengah prosedur memerlukan tahap steril yang tinggi, contohnya mencuci luka atau prosedur yang boleh membawa jangkitan kuman kepada pesakit; maka keadaan ini mengharuskan mereka menyingsing lengan baju hingga ke siku tetapi selepas selesai prosedur tersebut, lengan baju bolehlah dibuka kembali.

Isu jururawat dan aurat ini bukan perkara baru. Sinar Harian pada 18 Jun 2013 melaporkan, kerajaan negeri Pahang akan menyiasat dakwaan kononnya mereka yang ditemu duga untuk jawatan jururawat di sebuah hospital di Kuantan terpaksa menanggalkan tudung sekiranya mahu diterima bekerja.

Pakaian menutup aurat merupakan hak peribadi seorang yang beragama Islam termasuk yang bekerja sebagai jururawat. Telah banyak negara bukan Islam yang membenarkan jururawat dan doktor wanita beragama Islam menutup aurat sejak sekian lama tanpa sebarang masalah.

Jabatan Kesihatan United Kingdom, pada tahun 2010, telah memberikan kebenaran kepada doktor dan jururawat wanita beragama Islam untuk memakai tudung dan baju berlengan panjang. Manakala Hospital Ontario di Kanada, pada tahun 2013, telah mengeluarkan iklan memaparkan seorang wanita Islam berhijab dalam satu kempen mendapatkan doktor dan jururawat dengan tagline, We don't care what’s on your head, we care what’s in it.

Hakikatnya, diskriminasi sebegini sememangnya masih berlaku di Malaysia dan tidak terhad di hospital sahaja. Semoga semua yang ingin menutup aurat mengikut syariat, bukannya memakai tudung tetapi berbaju lengan pendek, mendapat jalan keluar dari permasalahan mereka.

Tiada masalah yang tiada jalan keluar. Bumi ALLAH luas. Jika majikan berdegil, pilihlah hospital atau klinik yang membenarkan pemakaian patuh syariah atau pilihlah pekerjaan yang lain kerana apa pun alasan kita, hanya reda ALLAH yang kita cari.

* Penulis ialah Pengerusi Macma Kelantan dan AJK Perkim Kelantan



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2015 11:25 AM | Show all posts

Jururawat Pertikai Alasan Diberhentikan Kerja
Jururawat, Naziah Sauni Samat mempertikaikan tindakan hospital yang memecatnya tanpa alasan yang kukuh berikutan keenggannya berpakaian jururawat yang tidak menutup aurat.

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 12:36 PM | Show all posts
|-0-| replied at 7-12-2015 03:06 PM
Anda tambah andaian bahawa lelaki dan wanita dalam hadis itu sebagai mahram.
Kemudian anda sibuk  ...
Hadis sahih Bukhary itu jelas mengesahkan bahwa anggota wudhu adalah bukan
aurat dan boleh dilihat oleh bukan mahram.
Janganmembuat andaian sendiri yg hadith itu mengatakan aurat wanita boleh dilihatoleh
bukan mahram. Lelaki dan perempuan yg dibenarkan membuka aurat , Allah SWT
Sudahmenjelaskan dalam surah 24:31. That’s Final.
Kalo gitu kenapa muslimah Madinah terpaksa potong bahagian bawah kain lilit pinggang
(izar) mereka untuk dibuat khimar sebaik saja diperintah menutup buah dada ?
Kenapa tak labuhkan saja tudung kepala mereka seperti yang selama ini didakwa pejuang tudung ?
Kenapatak labuhkan tudung sebab tudung kepala yg dipakai oleh wanita2 Islam ketikaitu
(sebelum ayat 24:31) adalah tudung singkat, lebih kurang sama sepertitudung wanita Yehudi dan Nasrani.

Makadgn sebab itu wanita2 Madinah memotong bawah kain mereka utk menutup
Bahagiandada mereka dan tidak menampakkan bentuk buah dada mereka.

Soalansaya….kalau menutup kepala(rambut) tak wajib, mengapa wanita2 Madinah
Susahpayah carik kain dan terpaksa memotong bawah kain lilit pinggang utk menutupdada mereka ???

Ambikajela kain kat atas kepala mereka(khimar) dan tutup bhg dada mereka. Apamereka2 semua dah
lupa nyanyuk yg bahwa ada kain atas kepala…ambik ajela!! Inimembuktikan menutup kepala itu wajib dan
mereka terpaksa carik kain lain utkmenutup dada mereka.
Istilah khimar sebelum turunnya surah 24:31 hanya bermaksud sebarang penutup.
Tak spesifik ke atas sebarang benda atau pakaian.
MaksudKhimar mengikut banyak2 pakar terjemahan bermaksud
penutup, kerudung, kudung, tudungkepala, veil, head covering, head scarves.

Sinceawak cakap Khimar tak spesifik sebarang benda atau pakaian,

Soalansaya.... Boleh tak Reds buat satu lagi terjemahan ayat 24:31 Khimar bermaksudTudung Saji ?
Bolehatau Tidak ? Dan mengapa Boleh/Tak Boleh???
istilah "yadhribna" dalam surah berkenaan. Ia sebenarnya bererti "pukulkan" .
Bukan "labuhkan" seperti didakwa pihak yang terpesong. Mesej surah ini amat jelas sekali.
Muslimah diperintah memukulkan penutup ke atas buah dada masing masing.
BahasaAl Quran adalah Classical Arabic dan Arabic ada banyak dialect.
Setakat tahumodern standard Arabic memang bercelaru.
Banyak voccab yg missing dan salaherti bila compare bahasa lama kuno dan bahasa moden.

Redsdah check 30 Eng.Translation Al Quran, tiada satu pon memberikan maksudyadhridna= dipukul .
Redscheck kat Google, HANYA satu pakar bahasa iaitu pader Google yg memberi maksudyadhribna = pukulkan !!

Awaktau ker pasal Clitoris Festival sebab guna Google Translate.
Jangan membodohkandan memalukan diri sendiri guna GT. Tanya la pakar bahasa utk membuattranslation.

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=911302&extra=page%3D2&page=1

Soalan2seterusnya #108,#109 akan Reds jawab nanti.









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2015 12:49 PM | Show all posts
Jururawat sedia bersemuka hospital di mahkamah
[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]4




   7 Dis 2015, 1:20 petang      7 Dis 2015, 1:28 petang

      
Jururawat Naziah Sauni Samat, yang mendakwa dipecat kerana cuba menutup aurat, bersedia berdepan bekas majikannya Hospital Damai di mahkamah.
Wanita 24 tahun itu juga akan membuat aduan kepada Jabatan Buruh mengenai perkara itu hari ini, selepas diminta berbuat demikian jika berasa dianiaya.
“Saya bersedia disaman. Saya tidak takut sebab saya tahu apa yang saya buat dan saya tidak rasa saya bersalah.

“Kalau betul saya salah dengan apa yang saya buat, saya terima apa yang dia bagi tu (saman malu),” katanya kepada Malaysiakini.

Sebelum ini Naziah mendakwa dibuang kerja hanya kerana cuba menutup aurat semasa bekerja.

Naziah mendakwa tidak dibenarkan memakai pakaian seragam berlengan panjang ketika menjalankan tugas.

Bagaimanapun Hospital Damai berkata bekas jururawatnya diberhentikan kerana masalah disiplin tidak hadir kerja dua hari tanpa sebab.

Semalam Hospital Damai berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Naziah.

Tak hadir kerana digantung
Mengulas soal kehadiran, Naziah mengakui tidak hadir bekerja.

Bagaimanapun, katanya, langkah itu diambil selepas menerima surat penggantungan daripada pihak hospital kerana memakai stoking lengan.


“Saya dapat surat yang menyatakan employment saya digantung.

“Itu terjadi selepas saya datang kerja dua hari dengan berlengan pendek dan memakai stoking lengan,” katanya.

Naziah ketika ditanya adakah menyedari syarat-syarat sebelum bekerja di Hospital Damai iaitu perlu berlengan pendek berkata:

“Masa saya ditemuduga, saya sendiri menyatakan kalau pakai baju lengan pendek dan tak benarkan saya pakai tudung dan hanya anak tudung, saya tidak akan bekerja di hospital itu. Saya dah terang-terang cakap masa tu.

“Tapi pengurusan tinggi cakap, pakai saja baju lengan panjang selagi itu adalah uniform. Saya pegang kata-kata itu. Dalam syarat masuk hospital sendiri kata tidak ada syarat pakai baju lengan pendek,” katanya.

Damai Service Hospital (HQ) entiti lain

Sementara itu, sebuah lagi pusat perubatan Damai Service Hospital (HQ) Sdn Bhd hari ini tampil menjelaskan mereka bukan hospital yang terpalit dengan kontroversi itu, walaupun mempunyai nama hampir sama.

“Damai Service Hospital (HQ) adalah entiti berbeza dengan hospital itu, tiada sebarang hubungan daripada aspek pengurusan atau dasar.

“Kami hormat semua pesakit dan pekerja beragama Islam dalam setiap aspek keagamaan dan kepercayaan,” menurut kenyataan pengurusannya hari ini.-mkini



Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 01:34 PM | Show all posts
Edited by |-0-| at 8-12-2015 01:35 PM
Redskin replied at 8-12-2015 12:36 PM
Janganmembuat andaian sendiri yg hadith itu mengatakan aurat wanita boleh dilihatoleh
bukan mahr ...

Tak paham lagi ka ?.
Anggota wuduk = bukan aurat..
Itu kesimpulan. Bukan andaian

Kenapatak labuhkan tudung sebab tudung kepala yg dipakai oleh wanita2 Islam ketikaitu

(sebelum ayat 24:31) adalah tudung singkat, lebih kurang sama sepertitudung wanita Yehudi dan Nasrani.


Makadgn sebab itu wanita2 Madinah memotong bawah kain mereka utk menutup

Bahagiandada mereka dan tidak menampakkan bentuk buah dada mereka.


Soalansaya….kalau menutup kepala(rambut) tak wajib, mengapa wanita2 Madinah

Susahpayah carik kain dan terpaksa memotong bawah kain lilit pinggang utk menutupdada mereka ???


Ambikajela kain kat atas kepala mereka(khimar) dan tutup bhg dada mereka. Apamereka2 semua dah

lupa nyanyuk yg bahwa ada kain atas kepala…ambik ajela!! Inimembuktikan menutup kepala itu wajib dan

mereka terpaksa carik kain lain utkmenutup dada mereka.

Kalo mereka pakai tudung singkat dan mustahil untuk labuhkan ke dada kenapa Allah masih suruh labuhkan ke dada lagi ?




Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 01:53 PM | Show all posts
|-0-| replied at 7-12-2015 03:06 PM
Anda tambah andaian bahawa lelaki dan wanita dalam hadis itu sebagai mahram.
Kemudian anda sibuk  ...
Satu perkara yang amat penting lagi ialah pemalsuan terjemahan istilah "yadhribna" dalam surah berkenaan. Ia sebenarnya bererti "pukulkan" . Bukan "labuhkan" seperti didakwa pihak yang terpesong. Mesej surah ini amat jelas sekali. Muslimah diperintah memukulkan penutup ke atas buah dada masing masing.
Reference mana yg mengatakan "yadhribna" itu bererti "pukulkan"? Saya belum pernah jumpa terjemahan yg menggunakan "pukulkan" bagi perkataan "yadhribna".
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai surgical scrubs ke?
Ramai je surgeon perempuan pakai short sleeves. Tapi in between pakai labcoat long sleeve. Scrub kejap je dah pakai surg gown. Takde hal. Misi icu mmg la short sleeves. In betweeny pakai long sleeve cover. Kalau ward mmg kurang perlu short sleeves unless ward yg banyak procedure. Some wards are kurang aktif gitu. Adakah ada isu lain yg menyebabkan adik ni pressured to ketak jawatan? Dia kena sexually harrased ke yg dia obsessed dgn covering?  
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 02:21 PM | Show all posts
azharariff replied at 7-12-2015 11:13 AM
sepital pun cikai stok bangunan rumah kedai pe citer, masuk ER sama je pintu masuk tetamu, patut sep ...

Nama je spital damai tapi #KimK
Blh lulus pulak operasi. KKM taknak spotcheck ke? Mana tau ada kes2 malpractice. Bukan nk tuduh tapi kalau dh management cikai, rasa susah nk percaya kt spital ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2015 02:47 PM | Show all posts
sapa pulak pi simbah cat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2015 03:11 PM | Show all posts
addamnor replied at 7-12-2015 05:20 PM
it doesnt solve the discrimination issue at all to the muslim ladies. people question why the hosp ...

Company can set rules to whatever they want as long as it suits to that work condition. Contohnya Air Asia, diorg letak condition stewardess wajib pakai skirt pendek. So, org yg mintak kerja situ utk jadi stewardess kena aware lah itu dress code dia. Sama mcm hospital, kdg2 hospital nie dia nak nurse dia berketrampilan, so dia set lah certain2 rules utk pakaian. Sepatutnya waktu terima kerja dah aware dah. Unless, pihak pengurusan tu sesukati tukar waktu kerja tu. Sama mcm kat Brunei, staff gomen tak kira Muslim atau non-Muslim wajib pakai tudung. Jadi non-Muslim yg terima kerja gomen kena accept the fact yg diorg wajib pakai tudung time kerja, no excuse.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 03:14 PM | Show all posts
mashimaru83 replied at 8-12-2015 01:53 PM
Reference mana yg mengatakan "yadhribna" itu bererti "pukulkan"? Saya belum pernah jumpa terjemaha ...

Banyak ana pernah jumpa tapi tak ingat kecuali google translate. Di bawah ini pula lagi satu laman web berkenaan terjemahan yadribna, khimar dan juyub yang disebut surah anNur 31.

http://www.harunyahya.com/tr/Art ... t-Part?view=desktop

” ya-dribna: ya-dribna: derived from the verb “daraba,” means “to strike, beat, leave (something), cover, close up.”

khumuri-hin-na: derived from “khamara.” “Khamra” means “wine, intoxicating.” In this verse the word means “covering.” It is generally used to mean “all kinds of covering, curtain, screen; shelter; pretext.”

juyoobi-hin-na: Plural form of the word “juyub.” It means chest, breast, pocket, chest area, cavity, collar.

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 03:16 PM | Show all posts
|-0-| replied at 8-12-2015 03:14 PM
Banyak ana pernah jumpa tapi tak ingat kecuali google translate. Di bawah ini pula lagi satu laman ...

belajar arab dgn google...

patut la lu bahlol..




Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 03:19 PM | Show all posts
Muntz replied at 8-12-2015 03:11 PM
Company can set rules to whatever they want as long as it suits to that work condition. Contohnya  ...

As a community we have to stand strong agaisnt the rule yang tidak menganggu gugat plaksanaan sesuatu kerja. Seperti mana wanita bersuara utk diberi hak dlm jawatan tertinggi sesebuah organisasi ats issue diskriminasi gender, begitu jua wanita muslim harus stand strong utk dipelihara hak hak mereka. Wanita harus kuat pertahankan hak, jika tidak sendu asek tak boleh kerja lah, di situ kerja kena buka aurat di sana kerja kena buka aurat. Wanita muslim constitute majority women in malaysia, so stand strong, fight sungguh sungguh. Lain lah terbukti dgn kukuh membalut lengan boleh membawa kpd cross infection, itu boleh lah nak feeling2 haramkan apa kejadah arm socks whatever
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.098585 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list