|
Salam.... semua tau golongan homoseksual adalah dilaknat dan nabi Muhammad saw tidak mengaku mereka sebagai umatnya... saye nak tanye, jika golongan ini sudah berubah ke jalan yg benar adakah mereka masih diterima sebagai umat nabi Muhammad saw....dan mcmane pulak kalau dah berubah tapi masih adalagi perasaan tu dihati.
Rio07 Post at 3-3-2012 11:33 
Salam..
1. Kalau dah berubah, Insya-Allah diterima
2. Kalau dah berubah, perasaan di hati tu akan beransur-ansur pulih sekalipun akan mengambil masa. Elakkan dari terjebak balik ke arah kebinasaan itu dengan selalu dekatkan diri dengan Allah dan berdoa selalu diberi perasaan yang betul.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Salam.... semua tau golongan homoseksual adalah dilaknat dan nabi Muhammad saw tidak mengaku mereka sebagai umatnya... saye nak tanye, jika golongan ini sudah berubah ke jalan yg benar adakah mereka masih diterima sebagai umat nabi Muhammad saw....dan mcmane pulak kalau dah berubah tapi masih adalagi perasaan tu dihati.
wa alaikum salam, izinkan saya menambah syeikh mnm77.
Alhamdulillah ada keinginan untuk bertaubat Alhamdulillah, ALLAH menunggunya. dalam hal "perasaan itu dihati", saya syorkan untuk:
1) belajar dan memahami agama, jangan malu untuk belajar, kerana perjalanan ilmu itu suatu perjalanan berhikmah.
2)mengisi jiwa dengan bacaan AlQuran, walaupun surah yang pendek sekali pun atau hanya menyebut "ALLAH"..insyaALLAH dia akan mendapat manfaatnya.
Sebagai usaha lain untuk pembaikan diri, saya juga syorkan untuk pergi berubat pada Darusyiffa atau perubatan islam(bukan dukun2 kampung) untuk pembersihan dari segala ganguan dan berbekam untuk membuang toxic2 dan darah2 beku untuk keharmonian badan. InsyaALLAH, dengan perlahan atau laju dengan izin ALLAH, dia akan berubah. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam..
1. Kalau dah berubah, Insya-Allah diterima
2. Kalau dah berubah, perasaan di hati tu ...
mnm77 Post at 6-3-2012 09:50 
terima kasih.... |
|
|
|
|
|
|
|
wa alaikum salam, izinkan saya menambah syeikh mnm77.
Alhamdulillah ada keinginan untuk berta ...
habibollah Post at 6-3-2012 21:14 
terima kasih... |
|
|
|
|
|
|
|
to RIoO7:
nasihatkan kawan anda tu untuk membaca surah 3 qul untuk pendinding diri. mungkin nasibnya begitu disebabkan terkena pandangan ain. wallah wa'lam |
|
|
|
|
|
|
|
hari i terkejut beruk,bila kakak ipar i bawak anak makcik i berubat sakit jantung.caranya pindah penyakit kt anak ayam pastu sembelih.agak agak tu perbuatan syirik ke...heran i semayang tonggang tongek last last... |
|
|
|
|
|
|
|
hari i terkejut beruk,bila kakak ipar i bawak anak makcik i berubat sakit jantung.caranya pindah pen ...
areenarena Post at 12-3-2012 20:24 
betul ke lepas tu ayam tu sakit jantung dan budak tu sihat? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1787# ibnur
tah la tah senpat ke tak ayam tu sakit jantung dah kena sembelih.,kate kakak ipar sy ank dia pon dulu berubat cara sama,sakit jantung berlubang,(penyakit keturunan kot) .katenya berkesan.. xde sakit sakit dah.
tapi kesian anak ayam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
to RIoO7:
nasihatkan kawan anda tu untuk membaca surah 3 qul untuk pendinding diri. mungkin nasib ...
habibollah Post at 12-3-2012 12:07 
insyaallah.... leh terangkan ape itu pandangan ain? |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk sakit jantung gi kat Banting , berdekatan ngan stadium. Tapi kena buat temujanji dulu sebab orang ramai gak. Kebanyakkan yang datang dari jauh. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 14-3-2012 13:25
hari i terkejut beruk,bila kakak ipar i bawak anak makcik i berubat sakit jantung.caranya pindah penyakit kt anak ayam pastu sembelih.agak agak tu perbuatan syirik ke...
areenarena Post at 12-3-2012 20:24 
Salam...
Saya dah dengar bab pindah-pindah penyakit ni, sampai bab pindah maut pun ada. Kebanyakannya menipu! Tapi masih ada orang percaya mungkin sebab kos tak setinggi kos rawatan hospital, ataupun mungkin juga ada 'cerita' sembuh yang dipercayai hasil rawatan perawat tersebut.
Sama seperti bedah batin, banyak penipu. Bila dikatakan orang tu dibedah, dan bahagian yang 'kotor' tu dibuang, maka pesakit secara psikologi berasa pulih. Tapi tak semua orang pulih! Hanya psikologi pesakit tertentu saja. Banyak lakonan dan penipuan!
Kalau betul bukan lakonan/penipuan, tapi guna perantara JIN dalam kaedah merawat, maka tu dah jadi syirik (kepada perawat, bukan kepada pesakit). Kalau pesakit tahu yang perawat guna Jin, dia pun sama!
Ada juga yang saya dengar, perawat guna 'perantara' untuk dapatkan ubatan hospital. Kaedah ni lain sikit, sebab, rawatan guna ubat hospital bukannya guna bantuan 'perantara'. Cuma ubatan sahaja 'dikirim' melalui 'perantara', yang kosnya dibayar oleh pesakit. (Kalau kos ubat tu mahal, maka mahal lah bayaran untuk dapatkan ubat tu). Kes macam ni kalau benar, perawat mungkin guna 'perantara' (macam toyol?) untuk dapatkan ubat dari setor ubatan?
Macam-macam kaedah rawatan ada.... kalau berkaitan rawatan yang kita musykil, kita kena selidik secara peribadi adakah perawat tu beramal dengan Al-Quran dan Sunnah? (bukannya dari segi pakaian semata-mata, tapi dari segi perintah Allah macam Solat 5 waktu dan lain2)
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
salam sumer. nak tnye sikit.. lau bce quran sorg2 pastu ada salah baca yg kte xpasan berdosa ke? sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1791# mnm77
Bila seseorang itu sakit badan maka secara langsung fikiran pun sakit juga.Memacam yang di fikirin. Nak pi jumpa doktor, bila dah kenalpasti nak di ubati, pastu nak makan ubat.
Kemudian fikir lagi , bila lak nak sembuh. Kemudian fikir lagi , bila nak pergi hospital, kendian fikir lagi , bila nak amik cuti,..
Las las badan sihat fikiran lak yang sakit.
Bila badan sakit pada sesuatu jangkamasa , fikiran yang turut sakit bertambah panjang lagi jangkawaktunya .
Oleh itu, di usahakanlah cara pengubatan yang pada fikiran boleh mempercepatkan kesembuhan.
Bila fikiran sakit sudah tentu tindakan pun kekadang sakit jugaklah. Sehinggakan perkara khurafat dan syirik pun langgau ajer.
Namun apabila dah sembuh, badan dah sihat, fikiran dah kembali normal dan tenang, maka pendekatan menghampiri ke jalan yang diredhai oleh Allah swt seharusnya diambil. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi biasalah ...seseorang itu punya diri mana dapat nak tengok.
Sama juga lah apabila berdandan, perlu lihat pada cermin baru boleh nampak. Rambut di sikat tak kemas, apabila lihat pada cermin di perbetulkan , jadi kemas. Kalau bergincu , nak lawa kena tengok cermin. Barulah urutan garisnya tak terkeluar dan nampak...mmmm...mengancam.
Begitu jugalah dalam mengajari diri ke arah kesolihan, perlu ada seseorang yang memberitahu apa yang kurang. ( macam cermin tu ) Biar nanti kemas ibadah tu...
Kalau nak bagus lagi guna cermin yang besarlah, jangan yang kecil.
Maknanya sesorang yang mempunyai ilmu agama yang banyak ...
Wallahu'alam... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum sume..
Saya ada sedikit kemusykilan. Pagi tadi adik saya ada sms saya menceritakan bahawa semalam beliau telah bermimpi arwah nenek yang telah meninggal dunia. Dalam mimpi tersebut, beliau melihat arwah nenek macam terseksa. Penerangan dengan lebih detail, rasanya tak perlu diceritakan.
Dan adik saya ingin mengajak emak saya mengadakan majlis tahlil dan pahalanya ingin disedekahkan kepada arwah nenek.
Persoalannya: Bolehkan cerita mimpi ini diceritakan kepada orang lain seperti kepada emak atau elok dipendamkan saja? Iaitu tujuan diceritakan tu, untuk mengajak ahli keluarga tidak lupa untuk sedekahkan pahala amalan2 sunat dan memohon keampunannya. Akibat buruknya pulak, takut mengaibkan arwah plak kalau diceritakan jika mimpi tersebut hanyalah gangguan jin atau syaitan semata2.
Untuk pengetahuan, saya juga turut pernah bermimpi kejadian yang sama ke atas arwah nenek tapi saya tak ceritakan kepada sesiapa. Cuma setiap hari turut mendoakan keampunan dan kebaikan untuk arwah. |
|
|
|
|
|
|
|
salam....
nak tanya........berdosa kah kita....kalo kite x bercakap sgt / silence dgn org yg suke membawa cerita / mengumpat......??? |
|
|
|
|
|
|
|
Persoalannya: Bolehkan cerita mimpi ini diceritakan kepada orang lain seperti kepada emak atau elok dipendamkan saja? Iaitu tujuan diceritakan tu, untuk mengajak ahli keluarga tidak lupa untuk sedekahkan pahala amalan2 sunat dan memohon keampunannya. Akibat buruknya pulak, takut mengaibkan arwah plak kalau diceritakan jika mimpi tersebut hanyalah gangguan jin atau syaitan semata2.
aLieNzDaToR Post at 20-3-2012 17:16 
Salam...
Jika dirasakan mimpi itu baik, boleh diceritakan kepada orang yang hampir/disayangi jika mimpi itu JELAS maksudnya. Jika mimpi itu tersirat maksudnya, elok ditanyakan kepada orang yang ahli (berilmu).
Mimpi juga boleh jadi peringatan untuk kita, sekalipun mimpi itu berkaitan orang yang telah meninggal dunia.
Untuk pengetahuan, saya juga turut pernah bermimpi kejadian yang sama ke atas arwah nenek tapi saya tak ceritakan kepada sesiapa. Cuma setiap hari turut mendoakan keampunan dan kebaikan untuk arwah.
Pada saya, apa yang anda lakukan itu adalah yang terbaik.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
salam....
nak tanya........berdosa kah kita....kalo kite x bercakap sgt / silence dgn org yg suke membawa cerita / mengumpat......???
marwang Post at 20-3-2012 21:12 
Salam...
Insya-Allah dapat pahala bila menahan diri dari bercakap sesuatu cerita berkaitan umpatan kepada orang lain (bercakap sesuatu yang tidak baik).
Maksud hadith, sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah ia bercakap perkara yang baik ATAU DIAM.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
salam sumer. nak tnye sikit.. lau bce quran sorg2 pastu ada salah baca yg kte xpasan berdosa ke? sekian.
freakygirl Post at 14-3-2012 21:40 
Salam...
Sesuatu yang tidak disengajakan tidak termasuk dalam kategori dosa. Belajar atau baca Al-Quran, sekalipun dalam keadaan merangkak-rangkak, kesalahan dan pembetulan dibuat di sana-sini, sekadar yang dipelajari, Insya Allah dapat 2 GANJARAN:
1. Pahala dari bacaan itu sendiri (mana yang salah Malaikat akan betulkan)
2. Pahala dari kesusahan dan USAHA untuk memperbaiki bacaan
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
| |
|