|
suami jijik utk bersama - Aku kembali! - Thread closed! Mohon mod lock thread...
[Copy link]
|
|
Author |
Post time 29-5-2015 02:02 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by Larasati at 29-5-2015 04:29 PM
28/5/2015 khamis
-----------------
Tanggal 20/5/2015 yg lepas, maka rasmilah aku sbg seorang "janda" a.k.a ibu tunggal/single mother atau ape je yg korang nak panggil.
Aku ingat lg, masa pagi hari court case tu, aku demam n batuk n selsema. Ms berckp kat depan hakim pon aku terbatuk2. Tapi aku teruskan juga. Wpun badan rasa xsihat tp aku tau aku kena hadir, xmo dah tangguh2 lg kes ni.. dah lama sgt aku ke mahkamah hanya utk dilepaskan secara sah di sisi undang2. So pagi tu aku htr anak aku yg juga kurang sehat ke nurseri, dan aku terus drive terus ke mahkamah..
X failkan permohonan nak lafaz cerai dlm mahkamah dan permohonan itu hakim benarkan.
Sblm hakim benarkan lafaz, hakim mcm biasalah buat ayat melodrama bg sume pompan teraniaya rs sebak dan menangis hikhik.. Dimulai dgn;
"Semua org kahwin ni ingin nak bahagia. Tak ada org berharap kawin ni utk berpisah, tapi kalau dah sekiranya sebuah perkahwinan itu tdk lg menjadi medan pahala, sebaliknya menjadi tempat mengumpul dosa, untuk apa kah lg diteruskan perkahwinan yg sebegitu. Kita hidup di dunia utk mengumpul sebyk byk pahala.. Bukan utk mengumpul sebyk2 dosa. Jika begitu keadaannya, maka penceraianlah jalan yg terbaik.. "
Hakim tnya X :
Kamu masih tinggal bersama?
- tidak. Tinggal asing
Sapa yg keluar dr rumah kelamin? Kamu atau isteri? Skrg siapa yg masih tngl d rumah kelamin?
- dia yg keluar rumah dulu tnpa izin(merujuk pd aku)
- dah 6 bulan tidak tinggal bersama.
- sy (X) pon dah x tngl kat rumah kelamin. Sy dah berpindah ke rumah lain.
(Nmpk kat sini akula isteri jahat dah derhaka kuar rumah tnpa izin kononnya. Lgsung diselindungkn yg dia lah sbnrnya yg usir aku dan anak kuar dr rumah suh kosongkan rumah, sdgkn ms tu talak belum lg jatuh. Ini yg org xtau.. Mgkn mak dia pon xtau apa anak dia buat pd aku)
Kenapa kamu memohon utk berpisah?
- sbb sering bergaduh. Tiada sefahaman.
Hakim: Baiklah.. Skrg isteri sila jwb;
Anak ade bersama kamu?
- ya anak ada dlm jagaan sy.
Kamu setuju utk berpisah dgn suami?
- setuju
Tiada bantahan?
- tiada
Kamu suci hari ini utk dilepaskan?
-suci
Sudah berapa lama kamu tngl berasingan?
- 7 bulan
Kamu ade bersetubuh dlm tempoh itu?
- tidak
Bila kali terakhir kamu bersetubuh dgn suami?
- kali terakhir ketika mengandung 7bulan. Bulan 3/2014. Sudah lebih setahun ya arif
Hakim; Baiklah. Isteri sila duduk.
Hakim:
Sebelum mahkamah membenarkan lafaz berlaku, seeloknya suami mnta maaf pd isteri dan isteri minta maaf pd suami. Klu boleh maafkan semua dosa suami. Suami pon sama klu boleh maafkan semua dosa isteri.
Klu dulu ms tinggal bersama, isteri membasuh pakaian suami, memasak utk suami, sediakan mkn mnm suami, kini tidak lagi.. (Aku dah start sebak ms ni) suami pon sama.. Klu dulu ms tinggal sebumbung, balik dr keje belikan beras utk isteri masak.. Belikan lauk.. Belikan susu dan pampers anak (siyes airmata aku jatuh ketika hakim sebut ni) tapi kini stlh tdk lg tinggal sebumbung, masing2 buat hal sendiri.. Isteri keluar ke mana2 mgkn tanpa izin suami.. Dosa dah hukumnya.. Dari diteruskan perkahwinan yg begini mgkn perpisahan jln terbaik. Supaya masing2 tidak lg mengumpul dosa..
Hakim:
Suami nak masuk syurga takkk?
- nak ( aku rs nk gelak.. Nak jgk ye dia masuk syurga.. Berzina sana sini ade jgk ati nk masuk syurga)
Hakim;
Isteri nak masuk syurga takkk?
- nak
Sy mohon masing2 lupakan lah yg lepas. Klu boleh maafkan lebih baik.. Sbb dosa sesama manusia tuhan x ampun, selagi org yg dianiaya tu x ampunkan dosa2 kamu:.
Dan dah smpi masa utk mahkamah benarkan lafaz talak berlaku. Hakim mula bersuara;
Hakim suh x ikut apa yg dia akan sebut lps ni. Dan saat hakim menyebut "bismilliahirrohmanirrohim, saya (nama x) dengan ini menceraikan isteri saya (nama aku) dengan talak 1" .. seraya itu maka gugurlah airmata aku membuak2 tanpa mampu aku tahan. Hanya airmata yg keluar, tiada esakan atau sebak dada. Cuma airmata yg keluar bagai hujan, aku biarkan laju jatuh ke pipi tanpa diseka.
Ya allah.. Maha suci allah.. Kau perkenankan doa aku ya allah.. Akhirnya aku bebas.. Terbayang penderitaan yg aku tanggung. Sedih kerana perkahwinan yg mulanya dibina atas dasar cinta- hancur begitu saja. Terkenang saat dia lafazkan akad nikah.. Kesucian sebuah perkahwinan dicemari.. Tuhan dah susun cantik dah sebuah perkahwinan.. Mula dgn risik.. Kemudian nikah.. Alangkah indahnya Islam.. Tapi sygnya org2 spt dia (dan aku juga- sbb aku tau aku pon ade salahnya so aku mengaku aku xperfect) yg merosakkan kesucian sebuah perkahwinan. Allahh.. Terbayang saat aku bertarung melahirkan anak.. Saat dia pukul aku berkali2 byk kali aku jatuh ms tgh sarat mengandung.. Dan kuasa allah tu besar.. Anak aku survived hingga selamat lahir ke dunia wpun tuhan je tau azab maknya ni lalui utk melahirkan dia..
Lps selesai.. Aku g toilet nangis jap adelah dlm 2 mnt kot. Sbb tak sangka aku dah jd janda. It was so emotional at tht time.. Klu ade mak aku atau adik aku konfem aku peluk nak nangis kat bahu hikhik.. Lps 2 mnt aku bgtau diri sdri, cukup tu.. Cukup. Aku patut hepi terlepas dr laki laknat tu. ni yg aku nk dan aku dah dpt. jom kuar dr tandas hehe..
Ms dpn hakim sbb X lafaz cerai, X ade mntk dpn hakim hak nak jumpa anak, dan supaya dia tdk dihalang jumpa anak. Hakim tnya aku, betul ke aku halang jumpa. Aku jwb bukan aku halang tapi cr dia minta nk jumpa anak tu tak kena. Ms dia ckp nk jumpa tu lak kebetulan anak aku demam panas. 3 hari aku tepaksa EL nak jaga anak aku. Ms tu la dia msg ckp nk jumpa. Bile aku ckp ank aku tgh tak sihat, terus diam. Xde nak tlg bwk anak klinik ke.. Tanya kabar jauh sekali. Xde lgsung ke risau ank tgh demam panas ni.. Dia buat xtau je.. Mmg la aku xbenarkan..lps dia msg sekali dia terus diamkan diri smpi hari sebutan kes 20hb..
Hakim tegurla.. Sbg ayah wpun dah bercerai.. Tjawab ayah pd anak tu wajib sampai bila2. Yg bergaduh mak bpk, jgn la jadikan anak tu mangsa. .
Sblm hakim benarkan lafaz dlm mahkamh, hakim suh kami masing2 mnta maaf. Hurm, ni benda yg paling aku nak elak klu boleh. Aku mmg dah set dlm kepala xmo salam sentuh tgn dia, tingat dulu ms dok bersama dia selalu larikan tgn atau anggta badan klu bersentuh dgn aku, mcm jijik sgt aku ni. Dulu klu aku mntk nak salam cium tgn dia tak bg tangan dia tu. jijik sgt la aku ni bg dia kan.. Mcm buruk sgt aku ni pd dia kan.. So mmg aku nekad xmo mntk nk cium tgn dia..
Tapi, ms hakim suh mntk maaf dia tetiba hulur tgn dia kat aku suh aku mntk maaf, aku sambutla dlm terpaksa. Tp xde ape ayat yg kuar dr mulut aku. Jauh sekali ucapan maaf utk keluar dr mulut. Tidak sekali2. Kami cuma bersalam dan itu shj. Aku cpt2 balik ke kerusi aku semula..
(Aku takkan maafkan dia dunia akhirat.. Perbuatan dia pd aku sgt zalim.. Aku bersumpah klu aku mati pon aku haramkan dia dtg tgk aku)
Sorry cite aku terlompat lompat.
Lps dah setel sume, aku jumpa ngn kerani tu dan kerani tu bgtau lps sebulan dr tarikh cerai, aku leh dtg collect surat cerai dan serahkan sijil nikah kat mahkamah. Masa tu X ade kat sebelah kerani tu.
Aku kuar pintu dan trs call mama aku kat kg (kota bharu). Abah aku mengucap syukur bila dgr dah sah bercerai.. Alhamdulillah kata dia. Mama aku cite abah aku trs buat solat syukur sbb akhirnya aku tlps dr cengkaman jantan tu..
Ms nak ke parking nak balik tu, x aku tetiba dtg kat aku. Mntk alamat nursery anak. Dia x minta nak tgk anak langsung ye, dia terus mntk alamat nursery anak aku konon nti senang tgk ank aku kat sana je. Aku diam membisu jd patung cendana aku kejap. Mmg takla aku nk bg address nursery. Dgn cara kasar dia mntk alamat kat aku pon dah cukup buat aku rs lg aku xmo bg. Beraku-ko je ngan aku siap sebut aku pompan bodoh, ape lg ko nak hah pompan aku takkan biar anak aku xde ayah. Hurm jd patung je aku kat situ. Ape yg dia dah buat kat anak dia selama ni bukan ke mmg permulaan utk ank dia xde ayah mcm skrg?
Aku buat bodoh dan aku angkat kaki nak balik. Dia sekat dan ugut aku. Ko nk gi mana? Ko xkan dpt balik selagi ko xbg address nurseri anak aku. Klu aku xde anak tu takkan ade kat dunia ni ko tau tak? Wahhh dia bentak aku. Aku diam lg dan pandang muka dia yg bengis tu tp satu patah perkataan pon xkuar dr mulut aku. Diam je.
Dia jerit, nape ko diam? Cakapla hoi! Ko diam kenapa??!! Cakap cakap!!
Kat mahkamah ni kot. Org sume dok pandang2 da tp xde sorang dtg nk tolong. Yg X aku lak dok ngeko aku g mana dah mcm gila talak lagaknya.
Aku pon dah lupa ape dia ugut aku lg tp mmg aku diam xbls lgsung dia naik hantu tu. bile aku rs tergugat aku trs lari masuk kat office tkut dia buat apa2 kat aku.
Aku nmpk dr jauh dia dok tgu kat sebelah keta aku kat parking, siap dok atas bangku tgu aku. Gila. Aku whtsap dia suh pegi dr situ, dan aku ckp aku xmo gado kat prking, sbb bkn kelas aku utk gaduh kat parking nehh..
Tau ape dia buat? Dia dtg kat aku yg tgh tgu kat luar opis dan ugut aku. Badan dan nafas dia turun naik menahan marah. Dia kepal penumbuk sambil dtg kat aku. Aku agak takut tp aku masih buat xfaham.. Jd patung lg hikhik. Dia ckp, ko nak panggil sape? Haa panggil2. Aku takkan lepaskan ko ko igt tu! Sampai bile2 aku takkan lepaskan ko! Mana ko nak lari? Ko nk pngil sape ko panggil. Nk pnggil polis ko panggil je aku tak takut!
Dan aku mcm biasa, terus buat u turn masuk balik dlm office mahkamah. Ms tu mmg dah rasa cuak sikit. Terus aku call polis masa tu. 5mnt lps tu polis smpi.
Bile nmpk polis, trs X aku bertukar watak dan buat muka tak bersalah.
Buat muka xtau. Aku trs cerita apa mslh pastu X ckp kat polis aku halang dia jumpa anak. Polis tnya, kamu ade perintah mahkamah ke utk jumpa anak? X jwb xde. Pastu dia pksa aku bg alamat nursery dpn polis.
Ayat dia mmg tak bley blah. "Aku dah xde ape ngan ko! Ko bukan isteri aku lg aku xde kaitan dah ngan ko. Aku cuma nak jumpa anak aku. Klu aku xde anak tu xde tau x kat dunia ni!!
Ko mmg pompuan bodoh!!"
Bila dpn polis br aku berani buka mulut. Aku ckp aku dah xde apa2 ngan dia dan dia bkn suami aku lg. dia xde hak utk paksa aku bg alamat nursery anak. Aku tak bersedia dan xrasa pon nak bg. Berani lak pnggil aku bodoh dan beraku-ko dpn polis. Aku xde lg beraku ko dgn dia dan xde satu pon ayat memaki utk dia. Macam ni ko nak mntk hak nk jumpa anak? Nak suh anak aku tgk ko pngil ibu yg jaga dia sakit siang mlm dgn perkataan BODOH? anak aku xpenah dgr perkataan tu kat rumah aku. Dia tdk dibesarkan dgn label begitu. Xde sorang ahli kuarga aku yg pngil atau maki anak aku ayat begitu dan mendedahkan anak aku dgn org mcm tu adalah benda terakhir dlm kepala aku!
X tnya dpn polis,
"sampai bile ko nak lari dr aku? - aku x lari.
Ko nak anak aku xkenal aku ni ayah dia. Aku xkan biar anak aku membesar xde bapak! - aku diam
Pompan bodoh!! Aku mntk alamat nursery sbb aku pon x ingin tgk muka ko lg! Apa yg susah sgt? Sampai bila ko nak halang aku jumpa dia?- ntah. Sampai bila2 kot. U doa jelah hati i lembut dan terbukak satu hr nti
Tiba2 X aku menangis. Merah muka dia. Dia pusing muka dia blkg. Malu mungkin. Dia ckp "ko tgk nti. Aku mntk cara elok ko x kasi. Ko tgk aku takkan lepaskan ko smpi lubang cacing aku cari nti."
Aku dah jatuh kesian. Tp bila igt balik ape dia buat kat aku, cane dia halau aku dr rumah, cane dia seksa hidup aku- aku continue jd patung cendana balik. Diam bisu. Mmg dia ngis betul2 aku kesian. Aku syg dia sungguh2 dulu. Tipu klu aku tak rasa dlm hati nak je ckp kat dia, ok dahlah tu.. Jgn nangis lagi. Aku sgup bagi semua hatta satu dunia ni pon klu aku bleh bg aku akan bg. Sbb aku syg dia..
Tp tak.. Aku jd cendana je hr tu.
Polis escort aku ke kereta. Laki tu ikut kat tepi tp dah xberani nak ugut aku dah. Aku ckp kat laki tu, klu dia berani dtg dan ugut aku lg aku akan repot polis. Jgn igt aku takut.
Maka tulah kisahnya.. Episod pertama. Sejak hr bercerai 20hb lps, takde lg dah kami berhubung. Dia pon xde cari aku dah. Klu org ckp hari yg betul2 jatuh talak tu la yg merupakan hari pling sedih dan permulaan hidup sbg janda, sadly, aku tak rasa macam tu pon. Bg aku takde bezanya. Dah lama kami x dok sebumbung, dah lama aku setel semua mslh sdri, dah lama aku tngung sakit demam sdri, dah lama aku xmerasa nafkah dari srg suami. Xde bezanya. Cuma hr itu merupakan hari aku benar2 bebas. Dan ia merupakan hari paling gembira dlm hidup aku. Alhamdulillah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau boleh biarkan anak bertemu bapak, tak kira betapa bencinya ko terhad Ex. Bukan apa, takut jiwa anak kau yang rosak nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
konfiden jer ko cakap macam tu kan... takut jiwa rosak bagai kalau anak tak jumpa bapak. abes tu, dah bapaknya pon perangai dah macam hantu.. tak payah jumpa pon takpe aku rasa |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok juga kelakuan bapaknya bagaimana. Takut bila berjumpa bapak, jiwa anak itu tetap rosak juga disebabkan bapaknya memburukkan si ibu & semua orang di sekeliling anak itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang akan ada kes seterusnya ke TT? Mutaah, nafkah anak dan hak jagaan anak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-5-2015 03:23 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
sarahmirza replied at 29-5-2015 03:13 PM
Sekarang akan ada kes seterusnya ke TT? Mutaah, nafkah anak dan hak jagaan anak?
Mungkin takde dah kot.. Malas dah aku nak naik turun mahkamah menuntut itu ini, walaupun aku layak menuntut. Biarlah.. Hutang aku yg dia xbyr.. Hak aku yg dia ambil.. Biarlah.. Biar tuhan aje yg balas nanti.. Aku dah tak kuasa dah..
Aku nak bukak buku baru.. Cite baru.. Dia tu ms lalu aku.. Aku tak nak igt apa2 lg dah pasal dia.. Jauh sekali nk jd mcm rita rudaini tuntut macam2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Terbaik la tt...
semoga awak terus maju jaya...
jgn toleh masa lalu..
move forward..bina kerjaya
didik anak jadi manusia berguna
terapkan agama yg tinggi..
InshaAllah.. awak akan berjaya
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringat post seorang forumer dahulu berkaitan hak jagaan anak. Jika TT tiada hak jagaan anak yang dikeluarkan dari mahkamah, sekiranya bapa bawa anak jalan dan tak hantar balik, tiada tindakan boleh di ambil, sebaliknya polis akan rekod sebagai masalah domestik. Jika TT ada arahan dari mahkamah yang menyatakan hak jagaan anak diberikan sepenuhnya kepada TT, barulah polis boleh ambil tindakan supaya anak itu dipulangkan semula kepada TT sebagai penjaga yang sah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-5-2015 03:59 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
cari_cahaya replied at 29-5-2015 03:28 PM
Terbaik la tt...
semoga awak terus maju jaya...
jgn toleh masa lalu..
Amin.. Terima kasih atas doa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-5-2015 04:03 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
sarahmirza replied at 29-5-2015 03:35 PM
Teringat post seorang forumer dahulu berkaitan hak jagaan anak. Jika TT tiada hak jagaan anak yang ...
Tkasih atas pencerahan.. Erm mgkn belum sampai tahap tu kot? Smpi nak kena tuntut kat mahkamah.. Huhu seriously aku dah penat nak g court lg.. Aku cuma nak akhiri semua ini..
Er aku rs mcm penah baca sarahmirza ni lawyer kan? Klu ko mahir perundangan, mgkn ko leh sikit sebyk advice apa ptt aku buat dgn keadaan skrg? Patut ke aku buat tuntutan hak jagaan tu sbb anak aku umo baru setahun, xsilap aku automatik hak jagaan g kat mak kan?
Mohon pencerahan |
|
|
|
|
|
|
|
bravo to TT.. berkaitan nafkah mutaah tu takyah la ami tau.. kalau ada black and white hak penjagaan lagi bagus.. ada kes pilot air asia culik anak dan tak pulang walaupun anak tu breastfeed.. polis pon tak boleh buat apa.. tapi kes tu beza sikit la.. mungkin boleh check untuk tahu detail.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk cara x ko tu..baik ko filekan hak penjagaan anak..ASAP |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-5-2015 01:01 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
zeed replied at 29-5-2015 05:55 PM
bravo to TT.. berkaitan nafkah mutaah tu takyah la ami tau.. kalau ada black and white hak penjagaan ...
Tq.. Ya aku ade baca n follow page fb yg ex wife air asia tu buat.. Mmg sedih baca kesah maknya yg dihalang jumpa anak.. Tp aku pon xtau detail kesah pilot air asia tu..
Ntahla.. Klu ex aku tu nmpknya mencabar, mgkn aku leh file kan tuntutan ape yg patut.. Mgkn ade yg leh guide cane nak buat tu? Gi mahkamah ke g cari lawyer cpt2.. Mahkamah lak kena ke mahkamah tinggi ke? Klu kena pki loyer leh ke aku guna khidmat biro bantuan guaman?
Aku rs aku layak. Dgn jeadaan skrg tanggungan aku ade, dgn ex yg dah stop bg nafkah anak (mgkn dia geram aku halang dia jumpa anak).. Aku rs mgkn aku layak utk mnta bantuan biro? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-5-2015 01:03 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
siputsedut replied at 29-5-2015 08:13 PM
Tgk cara x ko tu..baik ko filekan hak penjagaan anak..ASAP
Siputsedut.. Mohon pencerahan cane nak failkan hak jagaan anak tu? Alang2 tu aku akn tuntut nafkah anak sekali. Nmpk sgt culas hulur nafkah anak kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-5-2015 01:21 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
EncikKrab replied at 29-5-2015 02:32 PM
Kalau boleh biarkan anak bertemu bapak, tak kira betapa bencinya ko terhad Ex. Bukan apa, takut jiwa ...
Mungkin jiwa anak yg akan rosak bercelaru confuse klu didedahkan dgn bapak begitu. Skrg ni dgn ex mertua pon dah mula masuk campur nak rebut anak aku.. Haih |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-5-2015 01:43 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by Larasati at 31-5-2015 02:34 AM
30/5/2015 sabtu
---------------------
Sambungan kesah hari penceraian 20/5
-------
Sambungan kesah 20/5 .. Petang selepas rasmi bercerai.
--------------------------
Masa X dok ngeko aku mcm polis kat mahkamah tu, rupanya byk kali jgk dia cuba call abah aku tp abah aku tak jawab. Hurm.. Tak hbs2 menyusahkan org la this man, mcm budak2 sungguh perangai. Tak bleh ke setel masalah sdri? Yg sume bnda nak gtau abah aku tu asal? Saje nak suh abah aku risau susah hati kan pikir sal masalah aku. Aku xde pon cari mak dia ngadu macam2. Mmgtakde langsung aku serabutkan kepala mak dia mcm X buat kat family aku ni..
Pastu ptg hari dah sah berpisah tu, mak X aku yg brbulan2 takde hubungi weols sejak hari perbincangan keluarga bulan oktober tahun lps, tetiba kol mak aku pulak bertalu2. Mak aku spt biasa xmo angkat dah. Mak aku pon kecik ati sbb masa exmertua nk ke mekah bulan 12 tahun lps, mak aku ade kol dia, tp langsung xdijawabnya. Mak aku mmg kecik ati smpi skrg..
Ex mertua aku ni sejak bulan 10 tahun lps smpila hr ni, xpenah sekali tanya kabar aku atau cucu dia. Tak pernah sekali pon. Mmg terputus terus hubungan. Aku pon xde la nak carik dia ngadu mcm2, bkn ade kena mengena dgn aku dah pun.. Aku pon ade maruah, org tak hingin pon nak tlg aku dgr kesah aku, jd nape aku nak tehegeh hegeh kan..
Pelik jgk aku nape mak dia tetiba menggelupur call mak aku, selama ni dia diam je xde nk tnya kabar pun. Aku susah pon bkn dia tau..
Ape motif cr aku balik?
Aku terima satu sms dr ex mertua. Yg aku tak balas pun smpi hr ni..
------------------
Ex mertua:
Salam... Mak tahu (*aku) tdk mhu berhubng ngan mak. Mak mta maaf segla yg berlaku kta mampu merancng Allah yg menentukan. Mak akui ada terasa hti ngan (*aku) mak dah maafkan. Apa yg (*aku) minta selama ni dah dpt (anak dia) dah lepas kan (*aku). (*aku) pernah bgitahu mak walau apa yg berlaku mak tetap mak (aku) . (anak aku) juga tetap cucu mak. Mak yg basuh,tanam uri dia. Rmah mak sentiasa terbuka utk (aku) dan (anak aku) bkan mak tak ingt nak hubungi tpi bla teringat (aku*) tak nak ckap ngan mak. Mak malu dan mak sdar sapa diri mak. Klau(*aku) masih terima mak sebagai mak harapan mak jagn pisahkan (anak aku) ngan ayahnya. Mak tahu (aku) marah kan (X) tapi walau camana jahat, bodoh dan segala apapun anggapan (aku) dia tetap ayah (anak aku) . Mak juga doakan (aku) di temukan jodoh yg lebih baik. Sekali lgi mak mohon maaf dan mak dah maafkan (aku). (anak aku) tetap cucu mak jgn pisahkan ngan eyang dan ayahnya. Wasallam.
------
Bukan aku xnak balas, tp aku rs lebih baik klu aku x balas..
|
|
|
|
|
|
|
|
kau pergi je mahkamah bg tau kat kaunter tu kau nak fail hak jagaan anak. Kena lantik lawyer. Untuk nafkah anak, fail jugak. 2 fail yang berbeza tapi lawyer sama pun boleh. Pd aku patutnya kalau dah cerai, sekali package la nafkah berapa, anak siapa jaga, mutaah berapa, semua buat sekali pada hari sama talak di lafazkan dalam mahkamah. Tapi tak sebab mahkamah syariah antara tugasnya ialah menganiaya dan menyusahkan hidup perempuan yang bercerai. Itu pendapat aku sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by brums08 at 31-5-2015 09:01 PM
Hiba sedih baca kisah lara...tapi bangga kuatnya semangat lara menempuh segala2nya.Allah maha mengetahui ada hikmah di sebalik apa yg telah lara tempuh....thumbs up dear.Semoga di permudahkan hidup lara dan anak masa depan.sorry menyampuk dari silent reader. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-6-2015 08:48 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by Larasati at 1-6-2015 08:50 AM
bidacool replied at 31-5-2015 01:34 PM
kau pergi je mahkamah bg tau kat kaunter tu kau nak fail hak jagaan anak. Kena lantik lawyer. Untu ...
Terima kasih..
Aku nak tau perlu ke aku buat pmhonan hak jagaan anak tu? Klu aku tak buat and let say X yg buat tuntutan utk hak jagaan tu, anak boleh dpt kat dia ke? Anak aku susu bdn lg dan baru 1thn 1 bulan, mmg hak boleh pegi kat dia ke? Mohoh pencerahan.. Utk sbb2 yg buat aku patut tuntut hak itu skrg
Sbb setau aku hak jagaan anak mmg dpt kat ibu klu ank bwh umo 7 thn, dan klu mak xlyk jaga pon hak akn pegi pd nenek sblh mak, klu xlayk jgk pegi kat adik badik sblh mak.. Setau aku mmg tawaf sedara mara sblh mak br hak tu pegi kat ayah? Ke aku yg silap faham ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-6-2015 08:58 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by Larasati at 1-6-2015 09:00 AM
brums08 replied at 31-5-2015 04:53 PM
Hiba sedih baca kisah lara...tapi bangga kuatnya semangat lara menempuh segala2nya.Allah maha menget ...
Hadui.. Siyes nitik airmata aku pagi2 baca posting ko nih.. Xtau la aku ni kuat atau sabarnya setahap mana.. Tpi aku lalui je takdir allah dah tetap ni dgn sabar dan redo.. Tuhan dah tulis semua.. Itu perjalanan hidup yg dah ditetapkan.. Redo doa dan tawakal.. Pecaya allah tu ade, Dia sentiasa ada memerhatikan kita..
Aku nk ckp pon xpandai sgt, dan takut silap ckp nti jatuh riak pulak.. Tapi tulah.. Itu je caranya aku melalui hari2 gelap tu dulu.. Masa akan berlaku jam akan tetap berdetik.. Takdir hidup akan tetap berlaku.. Tenanglah.. Tingat kata2 dlm buku La Tahzan yg pernah aku baca.. Buku tu mmg sgt2 memberi kekuatan dan semangat..
Hari demi hari berlalu.. Luka yg berdarah pon masih terasa parutnya.. Secara jujur dgn apa yg aku dah lalui dgn lelaki dan dgn srg bernama suami, aku serik utk kawin lg. utk percaya pd lelaki lg laa jauh.. Mmg aku dah tak mampu nak percaya.. Masa dpn yg aku nmpk dlm bayangan aku adelah hnya aku dan anak aku.. Sbb aku mmg lebih bahagia gini..
Apepon terima kasih atas doa.. Semoga tuhan merahmati org2 yg sudi doakan aku kat sini.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|