CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ila_yamashina

GSTT (Guru Sandaran Tidak Terlatih) - comment!

 Close [Copy link]
Post time 20-9-2009 01:40 PM | Show all posts
kalo nak apply GSTT, selalunya kat semenanjung mmg payah nak dpt ttp di sabah & sarawak mmg byk yg dpt sb kebanyakkan mereka dipostingkan kat area pedalaman & pulau..kalo nak tahu, elaun yg gstt ni kadang2 dekat RM3000 mengalahkan gaji GST... dan mereka hanya mengajar 6 bulan sahaja..kalo prestasi mereka ok, gb akan buat permohonan bg lanjutkan perkhidmatan GSTT mereka dan mohon kpm serapkan mereka di IPG..ni ikut pengalaman bdk2 gstt di sabah..kalo di semenanjung x tahu plak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2009 03:06 AM | Show all posts
ye ke..best la kalo camtu
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 04:20 PM | Show all posts
kalo nak apply GSTT, selalunya kat semenanjung mmg payah nak dpt ttp di sabah & sarawak mmg byk yg dpt sb kebanyakkan mereka dipostingkan kat area pedalaman & pulau..kalo nak tahu, elaun yg gstt ni ka ...
cimong83 Post at 20-9-2009 13:40


cane plak nk apply gstt kt sabah sarawak ek?
sy ni org selangor
teringin gak keje blah sane...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 08:21 PM | Show all posts
1804# imsonaif

cuba tanya jpn negeri sendiri atau jpn sabah..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 08:40 AM | Show all posts
gstt selangor dah kuar form utk 2010
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 03:06 PM | Show all posts
1806# slayang
mana??
nak amik kat mana?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2009 03:20 PM | Show all posts
salam, tumpang tanyer
....
1. borang gstt tu amik kat mana ek? ppd kan? just nak confirm.

2. ada spesifik ppd ke yg dah buka? ke semua sekali?

3. borang tu umum ke ? (means, amik kat daerah lain , tp bleh fotostat dan minta kat daerah lain lain sekali)

tq!
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 08:28 PM | Show all posts
salam, tumpang tanyer
....
1. borang gstt tu amik kat mana ek? ppd kan? just nak confirm.

2. ada spesifik ppd ke yg dah buka? ke semua sekali?

3. borang tu umum ke ? (means, amik kat daerah la ...
hitamputih Post at 2-10-2009 15:20


w'slm..

yg ni kalau tak silap aku la..

1. yup, amik kat ppd
2. yg tu bergantung la pd ppd tu.. kene call & tanya.. atau pun pegi sana.. utk bertanya samaada borang dah keluar ke belum..
3.borang tu rasanya lebih kurang sama je kalau daerah.. sebab aku penah amik kat daerah aku duk dgn daerah lain.. borang yg sama.. tak ubah sket pun.. tapi kalau negeri maybe lain sket.. sket je bezanya.. mcm dr segi saiz font.. yg lain2 sume sama..dan kdg kat first page dia lain sket.. nama negeri..

mintak maaf kalau silap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2009 12:01 AM | Show all posts
aku kena g kursus 4 minggu.. adalah minah gstt ni gantikan aku.. sebelum ni, dia ada 14 masa jek selebihnya dia kena relief kelas cikgu yg tak hadir..
jd bila dia kena ganti  aku selama 4 minggu ni, dia mula buat taik.. mmg lah masa aku 25x.. tp aku tinggal 2 topic pendek jek sebelum final 21/10 ni.. aku dah sediakan handout.. supaya student aku tak yah buang masa salin soalan.. GSTT tu pun senang kerja dia, tanda dlm kertas jek... tp semua ni dia  tak buat... jumaat lps, aku singgah sekolah, semua student ngadu tak faham apa yg GSTT ni ajar.. pd hal dia dah 2 tahun kontrak gstt.. dah ngajar maths byk kelas.. apa yg payah sgt? aku frust la.. dia asyik ckp, tak boleh ngajar student aku... abis tu. gaji ko tiap-tiap bulan hampir 2000 tu, ko dpt dari mana?? kalau setakat suka nak mengangkang jek, jgn mintak jd GSTT.. tak kan nak jd GSTT tp nak ngajar subjek senang mcm BM, sivik, seni...  subjek kritikal mcm maths.. sc, BI.. boleh pulak kata tak ndak?? ko tak amanah cikgu oii ambik duit gaji tu tau..
sudahnya... utk 4 minggu yg aku takde ni, aku tinggalkan handout pd gstt ni tiap-tiap minggu... n aku yg akan ambik semula on fridays.. selain dari aku pantau kerja student .. sbenarnya aku pantau kerja gstt ni jugek.. kalau setakat nak masuk kelas n duduk menyengih jek.. jgn harap tahun depan nak apply gstt lagi..  baru lah aku sedar skrg, kenapa dia susah sgt nk dpt KPLI.. wlu ada pengalaman jd gstt... dia sebenarnya mmg takde bakat jd cikgu.. n pemalas orgnya..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 07:59 PM | Show all posts
sape cni ajar pemulihan ye..
mcm mana cara terbaik nak bg budak2 hafal sifir?
setakat ni 2 org je yg hafal out of 9..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 10:27 AM | Show all posts
gstt selangor dah kuar form utk 2010
slayang Post at 2-10-2009 08:40


nk amek kt ppd daerah ke jpn selangor?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 05:01 PM | Show all posts
amik kat ppd daerah pon boleh...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 06:30 PM | Show all posts
ev msuk skolah bru last month kene ajar maths...ev dh suka dh walupun ader kene blejar gak semula topik2 maths nie...tp tup2 arini dpt jadual bru, takder lgsung waktu utk mengajar...dlm jadual sumer kelas form 3 jer, so maknanya x ngajar ar..kene jaga diorg utk program lpas PMR la...adalah 1 masa ngajar agama (form 4)... 1 masa jer tu(40mins) dlm seminggu....Waaaa!!! bosan la takder waktu utk ngajar....ader sorang lg gstt pun camtu gak...tp nk wat camner kan...takkan nk complaint lak...terima jer lah...lgpun mgkn pentadbir wat jadual camtu sbb nk cikgu2 fokus utk SPM lak....jadual yg aritu mgkn utk fokus PMR....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 06:35 PM | Show all posts
wei sapa tau kelebihan jadik GSTT..

ap btol ke jadik GSTT dapat slip gaji monthly n leh gune utk loan kereta /moto,,?...
sila respon wahai GSTT budiman..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 09:36 PM | Show all posts
ev msuk skolah bru last month kene ajar maths...ev dh suka dh walupun ader kene blejar gak semula topik2 maths nie...tp tup2 arini dpt jadual bru, takder lgsung waktu utk mengajar...dlm jadual sumer k ...
exclusive_vvip Post at 7-10-2009 18:30


saya rasa kena ada pembetulan di sini. proses pengajaran dan pembelajaran tidak seharusnya terikat di dalam kelas..hanya setakat masuk kelas mengajar..bagi latihan sahaja. perkara sedemikian memang selalu berlaku dan ramai yang anggap aktiviti luar dari kelas bukan pnp itu tidak termasuk yang memandang serong guru-guru yang aktif keluar mengendalikan aktiviti koku dan sebagainya. walaupun anda jadi GSTT dan jadualnya tiada dalam kelas yang mungkin kerana pelajar terlibat dengan aktiviti pasca PMR yang akan berlangsung lepas PMR nanti, tapi jika anda aktif dalam melaksanakan aktiviti yang telah dirancang, ia tetap memberikan sesuatu yang berfaedah setidaknya dapat mengelakkan peningkatan ponteng terutama selepas peperiksaan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 10:00 PM | Show all posts
thanx 4 d advice..hmm, tp best kalu ader masa mengajar lam kelas...sbb ev suka time communicate ngan pelajar lam kelas...aktivitu luar tu pun mmg ok, tp berbeza ckit la ngan time P&P lam kelas....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2009 11:30 PM | Show all posts
1817# exclusive_vvip

takkan la tak ada komunikasi langsung sepanjang perlaksanaan program pasca PMR nanti. melainkan kalau jenis bagi bola then biarkan buat depa nak main apa..

komunikasi boleh berlaku malah saya rasa lebih akrab dan tidak terlalu formal berbanding ketika mengajar dalam kelas. kalau saya free tak mengajar pun, bila ada program pasca (bagi saya pasca UPSR) memang selalu saya dok melepak dengan murid-murid ni, sambil sembang main catur ka, shahibba ka atau apa sahaja program yang depa buat. malahan kebanyakan aktiviti kita cuma meantau sahaja dan bagi budak handle sendiri contoh pertandingan /liga bola sepak/bola jaring antara kelas/rumah sukan.

bagi saya, dalam kelas ka, luar kelas ka...pnp tetap berlaku cuma terpulang macam mana anda sebagai guru nak sampaikan dengan baik dan berkesan. malahan apabila anda melangkah pintu pagar sekolah sahaja, pnp telah pun bermula.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 11:42 PM | Show all posts
1817# exclusive_vvip

takkan la tak ada komunikasi langsung sepanjang perlaksanaan program pasca PMR nanti. melainkan kalau jenis bagi bola then biarkan buat depa nak main apa..

komunikasi bole ...
CharlieDale Post at 7-10-2009 23:30


mmg la ader komunikasi lam program pasca pmr tu....tp ader beza gak la ngan p&p lam kelas tu...u know what i mean...lgpun feeling lain ckit, bila bebudak dari x faham sesuatu bila kita terangkan diorg faham n leh jwb soalan ngan betul, mmg kita pun happy sgt(ni konteks p&p lam kelas tu la)...apa2 pun ev sekadar gstt jer...so,trima jer la apa pun....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 11:44 PM | Show all posts
salam..
aku jadi ketua program after pmr untk permainan tradisional..leh bagi idea nk wat pe?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 11:45 PM | Show all posts
salam..
aku jadi ketua program after pmr untk permainan tradisional..leh bagi idea nk wat pe?
melati_kesuma Post at 7-10-2009 23:44


brapa jenis permainan nak wat?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.877830 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list