CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

Aaanntuu~Close encounter dan ...(siri 1 (pg25)~151 ...) bercakap dengan jinn`

[Copy link]
 Author| Post time 21-6-2014 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
150 -Ditawan Dara Kubu

"Kadang-kadang aku rasa pelik dengan kamu Tamar, sekejap kamu panggil aku Hayat, sekejap kamu panggil Nurul. kamu panggil ikut sedap mulut saja," Nurul melahirkan rasa kurang senang.

"Panggil apapun, orangnya tetap sama, sekarang aku nak tahu jauh ke lagi?"

Nurul Hayat gelengkan kepala sambil tersenyum panjang. Agaknya terasa lucu dengan perangai saya. Ikut suka kamulah, apa yang mahu kamu fikirkan tentang diri ini, fikir saya dalam hati kecil.Bila melihat saya tidak memberi sebarang reaksi samada positif atau negatif. Nurul Hayat bersikap macam biasa kembali, seolah-olah tidak ambil kisah tentang apa yang mahu saya sebut mengenai dirinya. Itulah yang menyenangkan hati saya.

"Tak jauh lagi," jawap Nurul Hayat lembut.

Dan tanpa diminta dia terus menyebut nama Kampung Olak Kemang, Ulu Gedung, Tengaj, Jelmu,Mudung Laut, Tahtul Yaman dan Tanjung Laut. Nurul Hayat juga menekankan bahawa kampung-kampung yang terletak di daerah Pelayangan dan Danau Teluk itu memang menyimpan suasana kehidupan yang amat bersahaja. Sejak dulu hinga kini para penduduk kampung tersebut masih mempertahankan cara hidup dan tradisi lama.

"Kenapa ada Tanjung Johor di Jambi, sepatutnya nama ini ada di Semenanjung," potong saya yang sudah bosan mendengar tutur kata Nurul Hayat yang seolah mempamerkan rasa megah dan bangga dengan tempat sendiri.

"Orang dari Johor yang membukanya sebab itulah dipanggil Tanjung Johor."

"Aku faham sekarang tapi, adakah lagi keturunan orang yang membuka kampung itu Nurul? "

"Itu aku tak tahu, kalau kamu nak buat penyiasatan aku boleh tolong."

"Kamu memperolok-olokkan aku Nurul."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2014 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
150 -Ditawan Dara Kubu

Kata-kata yang saya ucapkan membuatkan Nurul Hayat terpampam. Di tengah-tengah rasa terkejut itu, dia menarik nafas dalam-dalam untuk mencari ketenangan. Dan saya terus menatap air sungai yang mengalir jernih.

"Kamu selalu memikirkan hal-hal yang buruk tentang aku , Tamar. Aku tak ada niat mahu mempermainkan kamu, aku bercakap benar."

"Aku ni kadang-kadang terlalu ikutkan perasaan, maafkan aku. Kalau kamu sedia menolong, beri masa pada aku untuk membuat persiapan dan perancangan yang teliti, Nurul. "

"Bila agaknya Tamar."'

"Mungkin minggu depan, kalau datuk aku izinkan."

"Kamu tak takut berjumpa dengan orang KUBU," kata Nurul Hayat, kemudian dia ketawa.

Saya mengalami kejutan. Supaya tidak ketara saya terus tersenyum.

Hati kecil saya segera membuat kesimpulan bahawa Nurul Hayat tidak serius dalam hal ini. Dia sekadar mahu menguji kesungguhan hati saya. Tak mengapa, kalau tadi dia tersinggung dengan tindakan saya, sekarang giliran saya pula menerimanya, saya mendamaikan hati yang mula baran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2014 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
150 -Ditawan Dara Kubu

Nurul Hayat membetulkan tudungnya yang terlipas atas bahu kiri akibat di tiup angin.

"Kau duduklah, aku ada hal," kata Nurul Hayat sambil memulakan langkah menuju ke bahagian tengah bot.

"Kamu mahu ke mana Nurul ?"

"Ke bawah, nak jumpa ayah."

"Buat apa jumpa ayah, ada masalah ?"

"Nak bantu dia, nak tengok macam mana dia rapatkan bot ke tebing," sahut Nurul Hayat tanpa mahu memandang wajah saya.

Dia terus turun ke bahagian bawah bot.

Saya terus duduk berdiri lutut. Tidak tahu apa yang harus saya lakukan, apa yang pasti saya sungguh kecewa dengan sikap Nurul Hayat yang meninggalkan saya sendiri. Saya terus memeluk lutut sambil merenung ke depan, sayup-sayup ternampak jembatan Aur Duri. Bot besar dan kecil di samping sampan bergerak bebas di bawahnya. Tanpa disedari bot yang saya tumpangi sudah berada di kawasan sungai kota Jambi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2014 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
150 -Ditawan Dara Kubu

Dari tengah sungai Batanghari saya merenung kota Jambi yang nampak tenang di bawah sinar matahari petang. bangunan lama dan baru berdiri seiring, saya tidak mengagak berapa luas dan besar kota tersebut, saya kira besarnya mungkin sebesar bandar Melaka.Manusia dan kenderaan bergerak dengan aman. manakal di pelabuhannya berlabuh bot-bot besar dan tongkang. Bot-bot penumpang datang silih berganti. Semua yang saya lihat membuat saya terlupa tentang Nurul Hayat. Apa yang ada di hati saya ialah rasa terharu yang amat sangat. Impian saya hampir menjadi kenyataan.

"Itulah pekan Jambi, kita nak mendarat di situ. Kita mendarat di seberang pekan Jambi. Bila kita dah mendarat , aku kenalkan kamu dengan sanak saudara sebelah aku, bila ada masa kita pergi ke bandar Palembang dan beberapa tempat lagi," saya menoleh ke arah suara tersebut.

Apa yang saya lihat ialah wajah datuk yang mempamerkan senyum. Saya tidak sedar, bila dia berdiri disisi saya. Mungkin kerana terlalu gembira menyebabkan datuk menepuk bahu kanan saya berkali-kali. Penuh kemesraan.

"Tamar, aku tinggalkan tanah Jambi ni dulu , masa aku muda belia, masa aku bujang. Sekarang aku pulang dengan membawa seorang cucu," kata datuk dalam nada suara yang terharu.

Matanya terus merenung ke arah permukaan air sungai Batanghari yang mengalir lembut. Datuk alihkan renungan ke bangunan di kota Jambi yang berdiri kaku. Saya kira batin datuk menemui kepuasan yang tiada taranya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2014 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
150 -Ditawan Dara Kubu

"Tamar !"

"Iya tuk."

"Kamu suka dengan apa yang kamu tengok ni?"

"Suka tuk."

"Kalau diizinkan Allah, selepas bertemu saudara mara datuk di sini, kita pergi ke tanah Kerinci,"

"Iya tuk," saya segera anggukkan kepala dan tidak kuasa mahu mengajukan sebarang pertanyaan lagi.

Bosan, terlalu banyak rancangan yang tidak disusun muncul dalam kepala datuk. Bot terus bergerak.

"Kenapa tak turun di sini tuk?" Tanya saya setelah menyedari bot yang dinaiki mengubah haluan.

Tidak menuju ke pelabuhan kota Jambi seperti apa yang saya harapkan, "barangkali ayah Nurul Hayat tak tahu yang kita nak turun di sini, tuk, "sambung saya dengan tenang.

Datuk tersenyum lalu menepuk bahu kanan saya berkali-kali.

"Kita tak turun di pekan Jambi, Tamar. Kita mendarat di seberang pekan Jambi,"ujar datuk lembut.

Senyum kepuasan terus berlari di kelopak bibirnya. Benarlah, apa yang datuk katakan. Kerana itu bot ubah haluan ke arah tebing yang bertentangan dengan pekan Jambi. Makin lama bot makin dekat dengan daratan dan akhirnya rapat di tebing sungai.

"Ini Kampung Mudung Laut namanya Tamar," datuk memberikan penerangan, "orang-orang di Jambi menyebut kampung-kampung yang terdapat di tebing sebelah sini, sebagai Kampung Seberang," lanjut datuk lagi.

Saya tetap macam tadi terus anggukkan kepala. Pertanyaan akan diajukan kepada datuk bila difikirkan perlu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2014 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
150 -Ditawan Dara Kubu

"Terima kasih, budi kamu susah saya nak balas," sahut datuk. Telapak tangan mereka masih berpadu erat.

"Tak payah nak balas-balas."

"Apa kamu nak balik ke Kuala Tungkal? Hari dah petang benar, kalau tengok pada condongnya matahari dah pukul lima lebih." datuk dongakkan wajahnya ke arah matahari.

Telapak tangannya dan telapak tangan Fuad Hassan tidak lagi bercantum.

"Tidak, kalau saya balik ertinya saya menempah bahaya," Fuad Hassan menarik nafas dalam-dalam, "boleh jadi saya berada di sini dalam sehari dua. Boleh jadi seminggu dua. Saya menanti dan berharap ada orang yang nak menyewa bot saya ke Kuala Tungkal, tidaklah saya balik kosong saja," lanjut Fuad Hassan.

"Maksudnya menyewa untuk bawa barang.""Iya," angguk Fuad Hassan.

"Apa barangnya, Fuad."

"Macam-macam, kadang-kadang getah, hasil tanaman kampung dan apa saja," jelas Fuad Hassan penuh yakin. datu anggukkan kepala.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-6-2014 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
150 -Ditawan Dara Kubu

Dalam masa datuk berdialog dengan Fuad Hassan, saya mengambil kesempatan menjeling dan genyit mata ke arah Nurul Hayat. Dia tersenyum sambil mengetap gigi.

"Jadi malam ni kau bermalam di mana Fuad?"

"Bermalam dirumah adik ipar saya, " ungkap Fuad Hassan.

Dia terus mencuit bahu Nurul Hayat memberi isyarat supaya bergerak. Saya jadi tak tentu arah. Tidak dapat memberikan lambaian tangan kerana mata datuk dan Fuad Hassan tertumpu ke arah saya.Fuad Hassan dan Nurul Hayat melangkah ke arah sebuah kedai runcit. Saya gembira kerana datuk juga menuju ke arah kedai tersebut. Saya masih mempunyai peluang untuk berkata sesuatu dengan Nurul Hayat. Sekurang-kurangnya menjeling atau melemparkan senyum ke arahnya.Sebaik saja sampai di depan kedai runcit, lagi sekali datuk dan Fuad Hassan bertentang wajah. Saya bergerak ke sana, bergerak ke sini di belakang datuk. Cari peluang untuk bercakap dengan Nurul Hayat. Saya tahu dia juga resah gelisah macam saya. Malangnya kesempatan yang dicari tidak muncul. Hampa dan kecewa menguasai diri.

"Terima kasih atas bantuan awak," untuk sekian kalinya datuk berkata demikian.

Amat keterlaluan menghargai jasa orang, cara begini tidak sesuai dengan saya.

"Pertolongan saya terlalu kecil," balas Fuad Hassan. Datuk senyum.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
151 - Misteri Kain Hitam

Beberapa orang yang lalu di depan kedai runcit segera menegur Fuad Hassan. Walaupun saya dan datuk tidak ditegur sapa, kami tetap mempamerkan senyum. Saya merasa kurang enak bila orang yang menegur Fuad Hassan menjeling ke arah saya dan datuk.

"Begini, kita minum dulu," kata Fuad Hassan bila menyedari saya dan datuk kurang senang berada di depan kedai runcit.

"Di mana?" Tanya datuk.

"Di hujung sana, tu," jawap Fuad Hassan, sambil menuding jari telunjuk ke arah yang dimaksudkannya. Jarak antara kedai runcit dan kedai kopi cuma selang tiga buah kedai saja. Terletak di hujung deretan kedai.

"Mari," ajak Fuad Hassan.

Kami segera melangkah ke arah kedai tersebut. Sebagai orang yang sudah arif dengan perangai datuk yang tidak suka minum di kedai, merasai pelik dan aneh bila datuk memenuhi permintaan Fuad Hassan. Mungkin datuk berbuat demikian kerana mahu menghormati hati seorang kawan. Kami segera ke kedai kopi. Meja paling hujung jadi pilihan Fuad Hassan. Di situlah kami berlabuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-6-2014 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
151 - Misteri Kain Hitam

"Baru datang," tegur pemilik kedai.

Fuad Hassan anggukkan kepala. Mereka berbalas senyum dan saya tumpang jeling ke arah Nurul Hayat yang tunduk merenung dada.

"Ini kawan saya,"

Fuad segera memperkenalkan datuk dengan pemilik kedai. Mereka bersalaman. Saya lihat pemilik kedai berusia sekitar empat puluhan, berkulit hitam dan rambut keriting cukup peramah. Senyum sentiasa bermain di bibir dan saya merasa cemburu yang amat sangat, bila Nurul Hayat membalas senyumnya.

"Nak minum apa?" Tanyanya.

"Saya teh susu," tentang Fuad Hassan memberi jawapan.

"Encik minum apa?"
Pemilik kedai renung muka datuk.

"Beri saya air panas saja."

"Air panas," ulang pemilik kedai dang merasa agak aneh dengan permintaan datuk itu.

Fuad Hassan juga terkejut dengan karenah datuk itu.

"Saya memang begini, suka minum air biasa bila di kedai," datuk membunuh keraguan dan rasa hairan yang tumbuh di hati Fuad Hassan dan pemilik kedai.

"Ada pantang larang agaknya," pemilik kedai cungkil rahsia. Datuk tersengih sambil gelengkan kepala.

"Memang tak ada pantang larang, datuk saya ni memang sejak dulu macam tu. Suka minum air biasa bila singgah di kedai kopi," kata saya, secara tiba-tiba. Fuad Hassan anggukkan kepala tetapi, pemilik kedai pamerkan senyum yang saya kira tersembunyi seribu persoalan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
151 - Misteri Kain Hitam

"Kamu juga nak minum air biasa?" Pemilik kedai ajukan pertanyaan kepada saya.

"Saya mahu kopi susu."

"Awak pula nak air apa?" Pertanyaan untu Nurul Hayat.

"Saya tak minum apa-apa."

"Hai! Agaknya nak jaga kecantikan," usik si pemilik kedai. Hati saya makin membara.

Pemilik kedai meninggalkan kami dan datang kembali bersama dengan barang-barang yang dipesan. Mungkin kerana kenal mesra dengan Fuad Hassan atau mahu menarik perhatian Nurul Hayat, pemilik kedai yang saya anggap separuh gatal terus duduk dekat Fuad Hassan.

"Baru kali pertama datang ke sini?"

Pemilik kedai renung muka datuk. Fuad Hassan yang sedang menatang cawan teh segera meletakkan cawan atas meja kembali.

"Dia orang jati di sini, tetapi sudah lama merantau dan balik sekali sekala saja, awak tak kenal asal keturunannya kerana awak bukan anak jati di sini, awak orang luar, awak orang Acheh yang mencari rezeki di sini," sampuk Fuad Hassan.

"Oh, maafkan saya kalau tersinggung," tutur pemilik kedai.

"Tak mengapa, ini perkara biasa. Usahkan awak, anak jati di sini terutama yang baru tak berapa kenal dengan saya," kata datuk merendahkan diri.

Fuad Hassan terus menghirup air teh. Begitu juga dengan saya. Ekor mata Nurul Hayat menyorot setiap gerak-geri saya. Hati saya amat gembira sekali, bila pemilik kedai meninggalkan meja kami untuk melayani pelanggan lain yang baru masuk ke kedainya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
151 - Misteri Kain Hitam

Beberapa orang yang lalu di depan kedai runcit segera menegur Fuad Hassan. Walaupun saya dan datuk tidak ditegur sapa, kami tetap mempamerkan senyum. Saya merasa kurang enak bila orang yang menegur Fuad Hassan menjeling ke arah saya dan datuk.

"Begini, kita minum dulu," kata Fuad Hassan bila menyedari saya dan datuk kurang senang berada di depan kedai runcit.

"Di mana?" Tanya datuk.

"Di hujung sana, tu," jawap Fuad Hassan, sambil menuding jari telunjuk ke arah yang dimaksudkannya.

Jarak antara kedai runcit dan kedai kopi cuma selang tiga buah kedai saja. Terletak di hujung deretan kedai.

"Mari," ajak Fuad Hassan.

Kami segera melangkah ke arah kedai tersebut. Sebagai orang yang sudah arif dengan perangai datuk yang tidak suka minum di kedai, merasai pelik dan aneh bila datuk memenuhi permintaan Fuad Hassan. Mungkin datuk berbuat demikian kerana mahu menghormati hati seorang kawan. Kami segera ke kedai kopi. Meja paling hujung jadi pilihan Fuad Hassan. Di situlah kami berlabuh.

"Baru datang," tegur pemilik kedai. Fuad Hassan anggukkan kepala.

Mereka berbalas senyum dan saya tumpang jeling ke arah Nurul Hayat yang tunduk merenung dada.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2014 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
151 - Misteri Kain Hitam

"Ini kawan saya,"

Fuad segera memperkenalkan datuk dengan pemilik kedai. Mereka bersalaman. Saya lihat pemilik kedai berusia sekitar empat puluhan, berkulit hitam dan rambut keriting cukup peramah. Senyum sentiasa bermain di bibir dan saya merasa cemburu yang amat sangat, bila Nurul Hayat membalas senyumnya.

"Nak minum apa?" Tanyanya.

"Saya teh susu," tentang Fuad Hassan memberi jawapan.
"Encik minum apa?"
Pemilik kedai renung muka datuk.

"Beri saya air panas saja."

"Air panas," ulang pemilik kedai dang merasa agak aneh dengan permintaan datuk itu.

Fuad Hassan juga terkejut dengan karenah datuk itu.

"Saya memang begini, suka minum air biasa bila di kedai," datuk membunuh keraguan dan rasa hairan yang tumbuh di hati Fuad Hassan dan pemilik kedai.

"Ada pantang larang agaknya," pemilik kedai cungkil rahsia. Datuk tersengih sambil gelengkan kepala.

"Memang tak ada pantang larang, datuk saya ni memang sejak dulu macam tu. Suka minum air biasa bila singgah di kedai kopi," kata saya, secara tiba-tiba.

Fuad Hassan anggukkan kepala tetapi, pemilik kedai pamerkan senyum yang saya kira tersembunyi seribu persoalan.

"Kamu juga nak minum air biasa?"
Pemilik kedai ajukan pertanyaan kepada saya.

"Saya mahu kopi susu."

"Awak pula nak air apa?" Pertanyaan untu Nurul Hayat.

"Saya tak minum apa-apa."

"Hai! Agaknya nak jaga kecantikan," usik si pemilik kedai.

Hati saya makin membara.


Last edited by rdzaccess on 27-6-2014 11:52 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2014 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
151 - Misteri Kain Hitam

Pemilik kedai meninggalkan kami dan datang kembali bersama dengan barang-barang yang dipesan. Mungkin kerana kenal mesra dengan Fuad Hassan atau mahu menarik perhatian Nurul Hayat, pemilik kedai yang saya anggap separuh gatal terus duduk dekat Fuad Hassan.

"Baru kali pertama datang ke sini?" Pemilik kedai renung muka datuk.

Fuad Hassan yang sedang menatang cawan teh segera meletakkan cawan atas meja kembali.

"Dia orang jati di sini, tetapi sudah lama merantau dan balik sekali sekala saja, awak tak kenal asal keturunannya kerana awak bukan anak jati di sini, awak orang luar, awak orang Acheh yang mencari rezeki di sini," sampuk Fuad Hassan.

"Oh, maafkan saya kalau tersinggung," tutur pemilik kedai.

"Tak mengapa, ini perkara biasa. Usahkan awak, anak jati di sini terutama yang baru tak berapa kenal dengan saya," kata datuk merendahkan diri.

Fuad Hassan terus menghirup air teh. Begitu juga dengan saya. Ekor mata Nurul Hayat menyorot setiap gerak-geri saya. Hati saya amat gembira sekali, bila pemilik kedai meninggalkan meja kami untuk melayani pelanggan lain yang baru masuk ke kedainya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2014 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
151 - Misteri Kain Hitam

Bila Fuad Hassan mahu membayar harga minuman, pemilik kedai tidak mahu menerimanya. Alasannya, kerana dia mahu meraikan kehadhiran orang luar (maksudnya datuk) yang sudah singgah di kedai. Berkali-kali datuk mengucapkan ribuan terima kasih kepadanya. Kami pun keluar dari kedai.

"Hati-hati sikit, orang di sini suka menguji ilmu dan kepandaian orang, terutama orang yang berdagang di sini," Fuad Hassan mengingatkan datuk sebaik saja berada di depan kedai minum.

"Ini kisah baru, sebelum ni hal macam ni tak pernah terjadi di sini," balas datuk.

"Begitulah adat hidup, sentiasa berubah. Dulu lain, sekarang lain, kita cuma terjaga jaga sudahlah, jangan sampai kita terjebak," lanjut Fuad Hassan lagi.

Dan datuk akur dengan nasihat itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2014 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
151 - Misteri Kain Hitam

Dalam renungan beberapa orang yang lalu lalang di depan kedai sederet itu, datuk dan Fuad Hassan terus bersalam untuk sekian kalinya. Mereka berpisah mengikut kemahuan hati masing-masing. Nurul Hayat dan ayahnya menghala ke utara. manakala saya dan datuk menuju ke selatan.

Kira-kira dalam jarak dua ratus kaki dari kedai minuman, saya dan datuk membelok ke kanan memasuki jalan enam kaki. Suasana terasa agak sunyi. Bayu petang yang bertiup menyentuh kulit muka membuat badan terasa segar. Kami terus melangkah. Sambil melangkah, saya merenung ke kiri dan kanan jalan enam kaki yang ditanam dengan ubi kayu. Dedaun ubi kayu yang hijau kelihatan bergerak lembut mengikut arah angin bertiup.

Kebanyakan rumah didirikan di sebelah kanan jalan, letak atau jarak antara satu sama lain agak berjauhan. Rata-rata atap rumah di situ dari daun rumbia. Dindingnya dari papan dan ada juga dari tepas.

"Jauh ke lagi tuk?"
Tanya saya tercungap-cungap.

Rasa sudah terlalu jauh saya menghayun sepasang kaki hingga terasa penat dan kaki pula lenguh.

"Lepas selekoh di depan sampailah kita," kata datuk sambil menuding telunjuknya ke arah selekoh tajam.

Di sebelah selekoh tersebut terdapat pokok jati berdaun lebat.

Saya meneruskan perjalanan dalam sinar matahari petang yang kian runduk. Lebih kurang dalam jarak 50 meter mahu sampai ke selekoh tajam, saya seperti terlihat sesuatu yang melintas jalan.

Bentuk benda yang saya lihat keadaannya menyerupai kanak-kanak yang berusia sekitar tujuh tahun. Kulitnya hitam legam dan agak kurus. Kepala nya gondol. Tiba-tiba saja bulu tengkok saya meremang. Cepat-cepat saya menarik hujung baju datuk hingga langkahnya terhenti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2014 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
151 - Misteri Kain Hitam

"Kenapa Tamar?"

"Saya nampak macam ada budak kecil melintas jalan dekat selekoh."

"Ah! Kamu jangan merepek," datuk segera menepis tangan saya bersama dengan kerlingan yang tajam.

Dia meneruskan perjalanan dan saya pun meneruskan langkah yang terhenti. Sambil berjalan saya toleh kiri dan kanan. Sesekali saya merenung ke belakang. Entah mengapa, perasaan saya jadi cemas dan takut semacam.

Sebaik saja sampai ke selekoh tajam, lebih tepatnya dekat pokok jati besar yang berdaun lebat, badan saya terus menggigil dengan serta merta tanpa sebab. Saya tidak boleh melangkah macam ada sesuatu yang memegang kedua belah kaki saya. Tulang-tulang sendi terasa lembik dan saya terus rebah ke bumi.

"Tamar, kenapa kamu?"

Datuk segera memeluk saya.

"Kenapa kamu Tamar?" Ulangnya lagi.

Saya cuba menjawap pertanyaan datuk tetapi, suara tidak keluar. Mulut mula berbuih. Kerongkong terasa kering dan pedih. Seluruh kulit badan terasa amat panas bagaikan terkena bara api.
Sinar matahari petang yang kian meredup (saya kira pada masa itu lebih kurang pukol lima setengah petang) terus menyimbah wajah. Kelopak mata amat sakit dan air mata terus mengalir.

Datuk terus menggosok kedua belah tempurung lutut saya dengan ibu jari kirinya berkali-kali. Datuk berhenti menggosok tempurung lutut. Dia termenung, macam ada sesuatu yang difikirkannya.

"Kalau tak silap aku, dari sini tak jauh lagi nak sampai ke rumah kaum kerabat aku. Memang tak salah lagi, aku sekarang berada di sempadan tanah kaum kerabat. Ada baiknya aku rawat di rumah saudara mara, ini lebih baik lagi," saya terdengar datuk berkata sendirian.

Tanpa membuang masa lagi, datuk terus mendukung saya.

"Sekarang kita pergi Tamar."

Datuk pun memulakan langkah dengan berlari anak. Kenapa datuk berbuat demikian? Timbul pertanyaan dalam hati. Mungkin datuk dapat mengesan sesuatu yang kurang baik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2014 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
151 - Misteri Kain Hitam

Semasa berada dalam dukungan datuk, telinga saya dapat menangkap bermacam-macam bunyi aneh. Pada mulanya saya dapat menangkap bunyi desiran angin yang lembut. Kemudian bertukar bunyi ribut bersama dengan dentuman petir.

Saya juga mendengar bunyi pokok tumbang, jeritan gajah dan ngauman harimau. Malangnya, apa yang saya dengar tidak dapat saya sampaikan kepada datuk kerana saya tidak boleh bercakap. Suara saya hilang.

Datuk berhenti berlari anak. Tubuh saya diletakkannya atas rumput di sebelah jalan enam kaki. Datuk tinggalkan saya di situ dan dia terus berlari ke tengah jalan enam kaki. Berdiri di situ sambil berpeluk tubuh. Dan sepasang matanya tertumpu ke arah pokok besar tanpa berkedip. Saya hanya melihat saja apa yang datuk lakukan.

Sepasang kaki segera dikangkang. Jarak kaki kiri dengan kaki kanan kira-kira dua belas inci. Kedudukan kaki kanan ke depan sedikit dari kaki kiri. Berulang kali datuk mengerakkan lehernya dari kanan ke kiri sambil ekor matanya melirik tajam ke arah pepohon renek sebelah kiri jalan enam kaki yang kelihatan bergoyang seperti dilanda ribut.

Dedaun kering, reranting kering dan dahan-dahan yang ada disitu terus terangkat lalu berterbangan. Pelik sungguh, semua yang berterbangan itu menuju ke arah datuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2014 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
151 - Misteri Kain Hitam

Semasa berada dalam dukungan datuk, telinga saya dapat menangkap bermacam-macam bunyi aneh. Pada mulanya saya dapat menangkap bunyi desiran angin yang lembut. Kemudian bertukar bunyi ribut bersama dengan dentuman petir.

Saya juga mendengar bunyi pokok tumbang, jeritan gajah dan ngauman harimau. Malangnya, apa yang saya dengar tidak dapat saya sampaikan kepada datuk kerana saya tidak boleh bercakap. Suara saya hilang.

Datuk berhenti berlari anak. Tubuh saya diletakkannya atas rumput di sebelah jalan enam kaki. Datuk tinggalkan saya di situ dan dia terus berlari ke tengah jalan enam kaki. Berdiri di situ sambil berpeluk tubuh. Dan sepasang matanya tertumpu ke arah pokok besar tanpa berkedip. Saya hanya melihat saja apa yang datuk lakukan.

Sepasang kaki segera dikangkang. Jarak kaki kiri dengan kaki kanan kira-kira dua belas inci. Kedudukan kaki kanan ke depan sedikit dari kaki kiri. Berulang kali datuk mengerakkan lehernya dari kanan ke kiri sambil ekor matanya melirik tajam ke arah pepohon renek sebelah kiri jalan enam kaki yang kelihatan bergoyang seperti dilanda ribut.

Dedaun kering, reranting kering dan dahan-dahan yang ada disitu terus terangkat lalu berterbangan. Pelik sungguh, semua yang berterbangan itu menuju ke arah datuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2014 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
151 - Misteri Kain Hitam

Setap kali dahan atau ranting kayu menyentuh tubuh datuk saya seperti terdengar suara orang berteriak keriangan. Ternyata datuk tidak ambil kisah dengan semuanya itu. Dia tidak mengelak dan juga tidak menepis. Dia merelakan dedaun, reranting dan dahan kayu menghujani tubuh badannya.

Datuk menggerakkan tubuhnya dengan mengangkat kedua belah tangannya. Begitu juga dengan kakinya. Keadaan datuk seperti mahu memulakan langkah silat yang teratur. Perlahan-lahan dia memusingkan tubuhnya lalu membelakangi pokok besar.

Aneh! Semua benda-benda yang berterbangan tadi berpatah balik ketempat asalnya. Keadaan kembali aman dan tenang. Dan saya secara tak sengaja merenung ke langit, saya terlihat dua ekor burung helang terbang rendah sambil matanya merenung ke arah saya yang terlentang di bumi. Burung helang bagaikan bersedia mahu membenamkan paruhnya ketubuh saya. Mahu mengoyakkan kulit badan saya. Tentu saja saya menjadi cemas.

Datuk segera mengarahkan kembali sepasang biji matanya ke arah pokok besar. Di saat datuk menumpukan seluruh perhatiannya ke batang pokok besar, kelihatan sehelai kain hitam entah dari mana datangnya melayang-layang di udara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2014 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
151 - Misteri Kain Hitam

Tiba-tiba kain itu mengibas kearah susuk kiri datuk. Saya mencari siapakah yang mengibas kain hitam ke arah datuk itu. Usaha saya gagal. Tidak ada apa yang saya lihat. Apa yang pasti libasan kain hitam yang nampak lembut itu memberikan kesan yang hebat kepada datuk. Saya lihat datuk tersungkur ke bumi. Bahagian belakang bajunya terbelah dua.

Datuk mengeliat seperti menahan rasa sakit yang amat sangat. Datuk berjaya bangun dalam keadaan membongkok. Dia memeluk lutut sambil menekan kepalanya ke celah paha. Barangkali itu petua atau taktik datuk bagi menyelamatkan kepalanya dari terkena libasan kain hitam aneh.

Disaat datuk bergelut melindungi kepalanya, libasan kedua pula menyusul. Ternyata libasan kali kedua lebih berbisa, menghasilkan api lalu membakar bahagian tepi baju datuk.

Sebelum api itu marak dan melarat ke bahagian lain, datuk berhasil memadamnya. Belum pun hilang penat, libasan ketiga dari kain hitam datang lagi. Datuk menggolekkan tubuhnya di atas jalan enam kaki, macam kucing mandi pasir. Usaha yang datuk lakukan berhasil. Libasan kain hitam tidak mengenai sasarannya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.198394 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list