CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata II

 Close [Copy link]
 Author| Post time 18-5-2013 09:30 AM | Show all posts
Selamat Pagi

sahabat dihormati selalu
dalam mengunyah waktu
lumatkan halangan yang memburu
telan untung laku
buang sepah mengeliru
membukit amal baikmu
meluluh dosa-dosa lalu
dan Dia menunggu
hamba yang datang dengan suci kalbu.

CNM, 18/5/13, THMK
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2013 12:24 PM | Show all posts
Duhai Tiang Negara

tamadun yang terbina
bukan sikit mengalirkan air mata
jangan dengan senang mencarik luka
paruh lama masih belum kering semua
telah berhabis yang di tampuk mengubat cara

sejarah tercatat pada diari negara
tumpah darah bukan agenda
menderhaka pantang melayu beraja
guna akal yang bijaksana
menuntut tiada salahnya
ada adab yang perlu dijaga

duhai tiang negara
runtuh kamu runtuhlah bangsa
jangan biar diri diperkuda
jangan mudah terpedaya
dengan mereka yang pandai memain rasa
kelak kamu yang diusung dalam keranda sengsara
bernesankan harapan sia-sia.

CNM, 18/5/13, THMK Last edited by Goldkey on 18-5-2013 12:28 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2013 06:44 PM | Show all posts
Membaca Bingkisan Hati

dalam bingkisan hati
andai kedapatan nada sendu
percayalah
dia mengharap pujuk dan rayu
hatinya masih milikmu...

dalam bingkisan hati
andai ada nada amarah
percayalah
dia sudah pasrah
hatinya telah kaupecah...

bingkisan hati
adakala mainan psikologi
kaji dan teliti
kiasan kata bersulam emosi
petanda memperhalusi...

CNM, 18/5/13 Last edited by Goldkey on 18-5-2013 06:46 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2013 06:35 PM | Show all posts
Kalut

...nak menuntut
habis dicarut
tak sayang mulut
dah kena angkut
kecut...

...belajar dulu statut
patut ke tak patut
jangan main ikut-ikut
sudahnya ke laut
kalut...

CNM, 19/5/13, THMK
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2013 09:26 PM | Show all posts
Gembala

gembala
mencari seruling kuasa
buat mengawasi segerombolan kuda
bagi menjaya agenda
menapak ke puncak cita

gembala
meniup seruling berbara
buat membakar gelora rasa
agar hangatnya menyala huru hara
menggugat mandat rakyat jelata

gembala
kembalilah ke desa
lihat anak-anak tunggu dibela
kuburkan cita sia-sia
dengan jalan porak-peranda.

CNM, 19/5/13, THMK
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2013 09:47 PM | Show all posts
Tukang Bakar

tukang bakar
cuba main kasar
bikin onar
cabar mencabar
dah hilang sedar

tukang bakar
hajatnya kelakar
nak jadi raja dalam gebar
sembunyi wajah sebenar
pakai topeng menolak mungkar

tukang bakar
lihat pada gambar
kenapa wajah makin hambar
hilang seri dek bahang mengucar
dengan cerita-cerita tawar.

CNM, 19/5/13, THMK
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-5-2013 10:32 PM | Show all posts
cendol bakar

pernah dengar?
pernah rasa?
kalau nak cuba
sila ke Kuala Selangor
ada cendol bakar

usah pelik
usah panik
cendol ni tak unik
cuma agak menarik
gelarannya cendol bakar
kerana tukangnya bernama Bakar...

CNM, 19/5/13, THMK
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2013 06:21 PM | Show all posts
Rupa Senja Ini

senja ini
aku lihat seakan tersenyum
berangkat pergi meninggalkan kenangan
tanpa menoleh kembali
wajahnya perlahan menjadi kelam
pergi menjauh
membawakan malam
menyajikan rasa rindu dendam
pada kisah dalam ingatan yang terukir dalam-dalam...

CNM, 20/5/13, THMK
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2013 08:27 PM | Show all posts
krisis

sinis
melabel orang racis
diri sendiri penuh kudis
menabur bau hamis
sungguh sadis
bila dibelenggu prejudis
muka tak pernah manis
dendam tak habis-habis
sengketa dirancang menghiris
kedamaian makin terhakis...

CNM, 20/5/13, THMK
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2013 10:29 PM | Show all posts
berbelah bahagi

bila tiba di suatu persimpangan
bila mana keputusan diperlukan
telah kukatakan
pilihlah yang menenangkan
namun ia tak semudah menulis bait puisi
rasa berbelah bahagi
yang terbaik memohon petunjuk Ilahi
kerana Dia sebaik-baik penunjuk jalan diredhai

CNM, 20/5/13
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 01:02 PM | Show all posts
ragam

aku di suatu sudut
memerhati dengan mata buntang
satu, satu
puisi tampil
membuka dada bertelanjang
ada yang pendek gempal
ada yang panjang menggalah
kuteliti, kukaji
ada setompok pengajaran
bisa kukutip buat pedoman
terima kasih teman...

CNM, 21/5/13, THMK
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 02:21 PM | Show all posts
Aku

Aku ingin terus berlari
hingga tiba ke destinasi
namun kakiku tak mampu lagi
memijak tanah yang membenci
akan petualang bersuara seligi
membakar akar keakraban hati.

Aku ingin terus berjalan
hingga tiba ke akhiran
namun kakiku tak mampu bertahan
melangkah dalam pekat kekalutan
kekalutan ciptaan
bangsa yang suka memainkan api perbalahan.

Aku ingin terus duduk
memerhati dan menilai baik buruk
yang harus dijadikan petunjuk
dalam memupuk
kehidupan yang muluk-muluk
dan dirahmati dari ufuk ke ufuk.

CNM, 21/5/13, THMK
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 05:33 PM | Show all posts
Kasih

ingatkah saat dulu
membaja rindu
dalam puja doa restu
mengharapkan cinta menggebu
menyatu kalbu...

ingat saat dulu
menahan sendu
kala berjauhan beribu batu
memendam rasa ingin ketemu
membelai kalbu...

CNM, 21/5/13, THMK
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 06:16 PM | Show all posts
kasih

takdir
tuhan yang tentukan
tapi ingin kubawa bahtera kita
melayari lautan suratan
agar engkau mengenal erti kebahagiaan...

jika engkau meminta
kugapai bulan dan bintang
hati ini pasti menangis sendiri
kerana mana mungkin kumenjangkau
saat sekujur tubuh telah terbelenggu di hatimu

dan jangan sesekali melepaskan daku pergi
kerana tak akan kutemui jalan kembali.

CNM, 21/5/13, THMK
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 08:46 PM | Show all posts
Fikir

fikir cara fikir
tampil dan mampir
jangan khuatir
bukan sihir...

fikir cara fikir
saat menempuh getir
doa dan zikir
di ulas bibir...

fikir cara fikir
akal punya kelir
tadbir
takbir! takbir! takbir!

CNM, 21/5/13, THMK
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 09:37 PM | Show all posts
Perkara 3-15

ada tercatat
kebebasan asasi
dalam perkara 3-15
termasuk kebebasan diri
kebebasan bersuara
kebebasan berhimpun dengan aman
tapi harus diingat
kedapatan;
akta hasutan
akta mesin cetak
yang kamu kena masak...

kritik biar berasas
jangan hanya main tebas.

CNM, 21/5/13
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2013 12:44 PM | Show all posts
kedamaian

dari dalam serkop kedamaian
tiada seorang sukakan kekecohan
hanya yang tersingkir dari landasan
meroyan mencari sokongan
demi kelangsungan perjuangan

dari dalam serkop keyakinan
hanya segelitir yang termakan
dakyah songsang memecah perpaduan
dari zaman ke zaman
debu-debu kerosakan pasti berenapan

kamu mahu jual kedamaian?

CNM, 22/5/13
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2013 01:56 PM | Show all posts
guling

guling
atas bawah
bawah atas
memacu ke depan
sesekali terundur ke belakang
roda kehidupan
terus berputaran
meninggalkan yang tersasar jalan...

CNM, 22/5/13
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2013 02:07 PM | Show all posts
Kasih

aku di sisi
bukan kerana nama
pun bukan kerana rupa
dan bukan juga kerana harta
sama sekali bukan kerana terpaksa...

kaumemberi kekuatan
kaumembenihkan rindu
kaumenghulurkan kasih dan sayang
kaumenghangatkan cinta suci
dengan penuh kesetiaan dan kejujuran...

terima kasih, kasih.

CNM, 22/5/13
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2013 09:03 AM | Show all posts
Lelah

teman
andai lelahmu berpanjangan
berhentilah meneruskan perjalanan
istirehat mencari kesilapan
semoga ketemu jawapan...

teman
andai lelahmu mencengkam
leraikan dengan menghadam
permasalahan yang mengelam
moga hari-hari tidak terus suram...

mari berkongsi nukilan.

CNM, 24/5/13, THMK
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.512459 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list