CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
Post time 23-10-2012 01:11 PM | Show all posts
Salam nicki....dan semua....masih x sihat ke nicki nih....atau mabuk2 gitu....harap dp update sikit yer..... umah abg iqy dah tamat, tapi x tau apa ending...siannyaaaaaaaaaa suuuu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2012 02:35 PM | Show all posts
suria74 posted on 23-10-2012 01:11 PM
Salam nicki....dan semua....masih x sihat ke nicki nih....atau mabuk2 gitu....harap dp update sikit  ...
umah abg iqy dah tamat, tapi x tau apa ending...siannyaaaaaaaaaa suuuu....


Memang kesian lah kat hampa ni....



Wahai sang mentari...
Rumah ke-3 YM dah tak ada RA lagiiii....
Cepat cepat masuk
Sebelum cheq suruh momod katup
Dan letak RA tinggi tinggi....
Masa tu jgn merayu-rayu kat cheq lagiii...







Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 03:35 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 23-10-2012 02:35 PM
Memang kesian lah kat hampa ni....

waahhhhh tqvm lady....luv u, skrg jugak su terjah umah maulana....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 12:14 AM | Show all posts
nickyyyyyyyyyyyy,nexxxxxxxxxxxxt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2012 01:37 AM | Show all posts
Salam readers,

First of all, sorry sebab sejak dua menjak ni tak dapat menghapdet cerita sekerap dulu. Busy dengan kerja plus 'kesihatan' yg tak berapa baik.. (alasan baik punyeeee... huhuhu ). Akan ku coba untuk menghapdet sekerap mungkin selepas ini tapi tak janji ye...

To @Peya welcome to SAK and thanks for reading.

Harap tak terlambat nak ucap Salam Aidiladha untuk semua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2012 01:39 AM | Show all posts
Episode 71

Tanah Perkuburan Islam
Semenyih, Selangor


Shark merenung lama menatap nama yang terpahat pada batu nesan yang kelihatannya sudah comot berlumut tetapi tidak pula bersemak lalang di sana sini. Kawasan kubur ini masih terjaga walaupun sunyi. Rozana Binti Zainuddin, begitulah nama yang tertulis di atas batu nesan itu. Sesekali kelihatan dia menarik nafas. Sekadar berdiri tanpa berbuat apa-apa sambil berpeluk tubuh. Seingat Shark, sejak kematian Rozana, baru dua kali dia menjejakkan kaki di sini. Sekali pada hari kematian Rozana dan sekali lagi pada hari ini.

Pada saat ini, dia tidak tahu kenapa hatinya menyuruh dia datang ke sini. Dia juga tidak tahu apa yang perlu di lakukan di sini. Menyedekahkan Al-Fatihah? Membaca Yassin? Tiba-tiba Shark tersenyum sumbing. Mahu membaca Al-Fatihah, sedangkan tikar sembahyang pun sudah bertahun tidak di sentuh. Malah, niat sembahyang lima waktu juga dia sudah lupa. Paling akhir solat yang di lakukan ketika dia belasan tahun, itupun di sekolah. Rozana memang tidak pernah mengajarnya solat apatah lagi mengaji. Shark pun tidak pernah melihat Rozana bersolat, tidak pernah walau sekalipun.

Siapa Rozana? Di mana asal-usulnya? Shark tidak pernah tahu akan sejarah hidup Rozana. Shark tidak pernah kenal susur galur keluarganya. Rozana seolah-olah hidup sebatang kara. Hanya dia satu-satunya keluarga Rozana yang ada. Rozana sendiri tidak pernah mahu bercerita. Sejarah hidup tersimpan kemas sehingga ibunya menghembuskan nafas terakhir. Dari rahim Rozana, dia di lahirkan. Di beri nama Shahrizal Bin Salleh. Nama yang tertulis dalam surat beranak dan juga kad pengenalannya. Gelaran Shark telah menenggelamkan nama asalnya. Shark! Lebih ganas, lebih gah bunyinya. Lebih sesuai dengan cara hidupnya berbanding Shahrizal.

“Kenapalah kau suka sangat menyusahkan hidup aku?”

“Kalau aku tahu macam ni punya susah ada anak macam kau, dah lama aku tanam kau hidup-hidup”

“Kau dengan bapak kau, sama je! Tak ada hati perut!”

Satu demi satu ayat yang pernah di tuturkan oleh Rozana bermain di fikiran. Pedih! Perit! Terasa bagai di hiris-hiris setiap kali ayat-ayat seumpama itu di hamburkan padanya. Entah apa dosa dia pada Rozana, dia pun tidak tahu. Namun bila dia semakin dewasa, ayat-ayat itu langsung tidak meninggalkan apa-apa kesan lagi. Dia hanya menganggap itu adalah cara Rozana menunjukkan kasih sayang. Pelik bukan?

Sungguhpun begitu, Rozana sanggup berhabis duit semata-mata untuk melihat dia bersekolah. Yuran, buku dan lain-lain barang keperluan di sediakan sedaya mungkin walaupun serba-serbi kekurangan. Untuk apa dan kenapa, Shark tiada jawapan.

“Aku tak nak kau pun bodoh macam aku”. Sering Rozana mengulang kata-kata itu apabila Shark mengatakan yang dia tidak minat untuk belajar. Apatah lagi, di sering di ejek dan di hina oleh kanak-kanak sebayanya yang hidup lebih mewah. Gelaran anak pelacur sudah lali di telinga. Dia tidak mempunyai kawan-kawan di sekolah. Kawan-kawannya berada di tempat lain, bukan di sekolah. Jika tidak kerana di paksa Rozana, sudah pasti dia tidak akan menjejakkan kaki ke situ.

Namun, dia pun tidaklah sebebal mana. Kedudukannya di dalam kelas pun bukanlah yang tercorot. Agak mudah otaknya menerima ilmu. Masalahnya cuma satu. Dia tidak berminat dalam pelajaran formal seperti itu. Sekolah, belajar dan buku bukanlah dunianya. Dia tidak betah menghadap guru-guru yang membebel di hadapan kelas. Dia tidak suka membuat latihan kerja sekolah. Semuanya itu terlalu membosankan. Sempatlah juga dia belajar hingga sampai ke tingkatan dua. Setelah itu, dia benar-benar tidak berminat lagi. Rozana juga tidak mampu memaksa lagi. Mahu sekolah atau tidak, terpulang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-10-2012 01:46 AM | Show all posts
Pada dia, ilmu yang ada di sekolah langsung tidak berguna untuk dia meneruskan hidup. Lebih baik dia menghabiskan masa di lorong-lorong gelap. Belajar bagaimana untuk hidup mewah serta bagaimana mahu mendapatkan wang dengan mudah. Yang paling penting, tidak terikat dengan apa-apa peraturan yang membataskan langkahnya. Dia boleh melakukan apa saja yang dia mahu tanpa sekatan. Pandangan hidupnya juga telah berubah. Pepatah yang mengatakan ‘manusia tidak akan berubah melainkan berusaha merubah nasibnya sendiri’ di semat kemas dalam jiwa. Dia tidak perlu lagi meratap nasib malangnya.Dia tidak boleh lagi menyalahkan takdir. Dia perlu bangkit berjuang untuk sebuah kehidupan dan dia perlu berani. Itulah yang telah dilakukannya. Bangkit dan berjuang demi satu kehidupan dunia tanpa kenal erti halal dan haram.

Tiada memori yang indah ketika dia hidup dengan Rozana. Semenjak kecil lagi dia sudah di dedahkan dengan kehidupan sebagai anak-anak lorong. Berkawan dengan rakan-rakan sebaya yang senasib dengannya. Maki hamun dan jerit pekik sudah menjadi halwa telinganya. Seolah-olah itulah cara Rozana menunjukkan kasih sayang kepada anaknya. Shark pun tidak pasti, bagaimana dia boleh bertahan lama hidup dengan Rozana. Hendak dikata benci, pernah sekali Rozana menangis hingga bengkak-bengkak mata kerana hampir dua hari dia tidak pulang ke rumah. Bukan sengaja, tapi dia leka dan seronok merayau ke sana ke mari hingga tidak hirau untuk pulang ke rumah. Apabila dia pulang, Rozana memeluk dan mencium pipi Shark semahunya. Itulah pertama kali Rozana benar-benar menzahirkan perasaannya. Tetapi itu cuma bertahan sehari. Keesokannya, rutin lama berulang kembali. Dia di hamun lagi.

Shark menarik nafas. Dia tidak mungkin dapat menidakkan bahawa Rozana adalah ibunya. Dan, dengan sebab itu, dia masih terikat dengan budi wanita itu yang telah susah payah melahirkan dan menjaganya dulu tanpa lelaki yang boleh di panggil ayah. Salleh, jarang benar Rozana bercerita tentang Salleh. Paling tidak pun Rozana akan berkata “Muka kau macam bapak kau”. Tapi, bagaimana rupa Salleh? Ada sekali Rozana tunjukkan gambar namun dia pun sudah tidak ingat rupanya. Dan Shark tidak berminat untuk mencari Salleh. Masih hidup atau sudah mati, biarlah. Salleh juga pasti tidak pernah menghiraukan kewujudannya di muka bumi.

Mata Shark masih memandang ke arah batu nisan yang tegak kaku. Bait-bait kenangan selama hidupnya di bawah jagaan Rozana muncul satu demi satu. Shark tidak pernah membenci Rozana walaupun ibunya tidak mencurahkan kasih sayang sebagaimana layaknya seorang ibu. Tapi dia juga tidak betah untuk menyayangi Rozana seperti ibunya sendiri. Mereka berdua hidup dalam keadaan terasing walaupun hakikatnya, dia dan Rozana adalah ibu dan anak.

Saat-saat terakhir hidup Rozana pula bermain di fikiran. Rozana kerap mengalami batuk yang tidak berkesudahan, keras dan berpanjangan. Akhirnya, Rozana tidak lagi mampu bekerja seperti biasa. Siapa yang mahu dekat dengan orang yang berpenyakit seperti itu? Lalu Shark membawa Rozana pergi jauh dari dunia asal mereka. Di rumah pangsa dua bilik di kawasan jauh dari kotaraya, Shark telah menyewakan rumah ini untuk Rozana berlindung. Tapi Shark tidak tinggal di sini. Dia hanya menjengah Rozana bila berkesempatan, sekurang-kurangnya sebulan sekali memberikan wang belanja.

Pada satu hari, Rozana di jumpai terbaring tidak sedarkan diri dengan mulut berlumuran darah di ruang tamu rumahnya. Dia meninggal di hospital akibat jangkitan kuman yang teruk pada paru-paru. Shark sendiri tidak menjangka yang penyakit Rozana terlalu serius. Sangkanya, batuk Rozana adalah penyakit yang biasa. Rozana mungkin dapat di selamatkan seandainya dia mendapat rawatan awal. Namun, sudah tertulis, nyawanya berakhir seperti itu.

Nyawa Rozana berakhir seperti itu. Bagaimana pula dengan nyawanya? Mengingatkan itu, Shark merengus kasar. Memori masa silamnya hilang dan dia kembali ke alam realiti. Realitinya kini, dia adalah buruan. Walaupun Sony dan Fred telah menghilangkan diri tetapi Sony telah mengarahkan orang suruhan untuk memburunya. Semuanya kerana dia telah membunuh Jedi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2012 01:50 AM | Show all posts
Padan muka! Memang patut kau mati!

Nafas kasar di hembus beberapa kali. Fikirannya beralih pula kepada Zidan. Sahabat yang paling di percayai tetapi nyawanya juga melayang di tangan Sony.

Sialan!

Api dendam yang membakar jiwanya semakin membara. Kematian Zidan perlu di balas. Zidan tidak patut mati dengan sia-sia seperti itu.

Gua janji bro! Gua akan balas dendam untuk lu!

Kedua-dua penumbuknya di genggam kemas. Dia akan pastikan, satu hari nanti, Sony akan mati juga di tangannya.

Allahhuakbar Allahhuakbar….

Shark tersentak. Suara azan yang berkumandang dari surau berhampiran benar-benar menghentikan lamunannya. Panggilan suci yang mengajak seluruh umat manusia menyembah TUHAN yang satu. Kalimah agung yang antaranya bermaksud Tiada TUHAN yang di sembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH. Laungan yang tidak pernah berhenti walau seminit pun di seluruh pelosok dunia, mengakui kebesaran ILAHI. Shark tidak pernah mengambil peduli laungan itu sebelum ini. Padanya, azan yang bergema tidak membawa apa-apa makna tetapi, pada ketika ini setiap baris ayat-ayat telah menyusup masuk ke dalam hatinya menyebabkan dia terkaku di situ. Terasa sesuatu keanehan menerpa jiwa, sesuatu yang tidak dapat di gambarkan. D

“Assalamualaikum” Sekali lagi Shark tersentak. Laungan Azan telah pun tamat. Ucapan salam yang kedengaran di telinga terasa pelik.

“Assalamualaikum nak..” Sekali lagi salam di beri. Shark menganggat muka ke arah yang bersuara tetapi tidak menyambut salam itu. Seorang lelaki tua sedang tersenyum ke arahnya. Di perhatikan saja orang tua itu. Berserban putih dan berbaju melayu putih berserta kain pelikat kotak-kotak berwarna coklat kehijauan. Siapa pula ni? Terasa janggal pula berhadapan dengan orang tua itu dalam keadaan seperti ini. Shark terkebil-kebil memandang orang tua itu. Bila dan bagaimana dia muncul, tidak pula di ketahui. Kenapa muncul di sini sedangkan surau terletak di hadapan kawasan kubur di seberang jalan?

“Anak, dah masuk waktu maghrib. Jomlah kita ke surau” Orang tua itu menegur lagi sambil tersenyum. Shark masih diam terpaku.

“Bersolatlah selagi kita masih berkesempatan” Katanya lagi.

“Err.. err… tak apalah pakcik. Saya dah lambat” Shark berdalih sambil berkira-kira hendak pergi meninggalkan tempat itu dengan segera.

“Jangan macam tu Nak. Apalah sangat yang nak di kejarkan? Surau pun bukan jauh, depan tu aje”

“Saya pergi dulu pakcik” Rasa gerun menyerang. Tanpa menunggu kata-kata lanjut dari lelaki tua itu, Shark melangkah laju meninggalkan tanah perkuburan dan orang tua itu tanpa menoleh lagi. Sampai saja di kereta milik Bella, segera punat kunci di tekan dan pintunya di buka. Enjinnya di hidupkan dan kereta itu terus meredah jalanraya, meninggalkan kawasan itu secepat mungkin.

***********************************************
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2012 02:15 AM | Show all posts


Shark membiarkan lagu dari radio itu memenuhi ruang di dalam kereta sekuat mungkin. Dia mahu menghilangkan rasa gerun yang masih bersarang dalam hati akibat di tegur oleh lelaki tua di kuburan tadi.

Siapa tadi tu? Hantu ke? Kening Shark berkerut.

Kau pun perangai macam hantu, lagi nak takut dengan hantu!

Kali ini dia tersengih. Lucu dengan kata hatinya sendiri.

Lagu yang kuat terpasang telah membuatkan rasa gerun yang melanda semakin hilang. Rasa aneh yang menyelinap dalam hatinya ketika mendengar azan sebentar tadi juga telah tiada. Otaknya kembali ligat berfikir tentang perancangannya untuk melarikan diri. Madam Zoey telah memberikan ‘hint’ bahawa dia tidak boleh menumpang di situ dengan lebih lama lagi. Dia tidak boleh menyusahkan Madam Zoey. Dia perlu pergi dengan segera. Tapi, untuk itu, dia memerlukan wang. Dengan duit yang hanya berbaki dua ratus ringgit dan beberapa puluh sen, bagaimana pula dia hendak melarikan diri? Dia tiada tempat lagi untuk mendapatkan bantuan. Kalau adapun, pasti mahukan bayaran, bukan percuma.

Asyik berfikir, baru Shark tersedar yang kereta di jalanraya menjadi semakin perkahan. Kereta-kereta seperti berbaris panjang, bergerak merangkak-rangkak. Shark menyumpah-nyumpah sendiri. Beberapa kereta di arah bertentangan memberikan lampu tinggi beberapa kali. Ada accident ke? Keningnya berkerut lama. Entah-entah….

“Siallah! Road block!” Shark mendengus keras.

Terlupa pula yang selain dari kuncu-kuncu Jedi, dia juga menjadi buruan pihak polis.  Stereng di hentak kuat dengan tangan. Sekali lagi maki hamun terhambur. Shark bertindak gila. Dia memusingkan stereng hingga keretanya turut berpusing dengan laju ke arah jalan bertentangan. Kereta kiri dan kanan tidak di hiraukan.

SKREEETTTTT. Tayar kereta sedaya upaya mencengkam jalanraya. Brek di tekan dengan kuat sehingga mengeluarkan bunyi. Bersambung pula dengan hon yang berpanjangan dan di ganti pula dengan bunyi berdentum. Kemalangan telah berlaku. Semuanya dalam sekelip mata.



Dari cermin pandang belakang, Shark menjeling ke belakang. Sebuah Toyota Vios putih terhenti di tengah jalan. Di belakangnya pula kelihatan sebuah lagi kereta yang tidak dapat di kenali jenis apa, menghentam belakang Vios putih. Sebuah lagi kereta jenis MyVi terbabas di bahu jalan. Jalan menjadi sesak dengan serta merta.

Mati dah kot driver tu? Sempat pula dia berfikir. Tetapi itu bukanlah perkara penting yang perlu di fikirkan saat ini. Yang penting sekarang, dia perlu lari. Lari dari polis dan kuncu-kuncu Jedi.

Ah! Terasa seperti seorang pengecut tetapi apa pilihan yang dia ada? Takkan mahu menyerah diri pula? Itu bukan berani tetapi bodoh namanya. Kereta yang di pandu terus membelah jalanraya selaju mungkin.

Hidup dalam buruan memang menyusahkan!

Dia perlu melakukan sesuatu secepat mungkin untuk lari dari semua ini...

Dan dia telah nekad untuk melakukannya…
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 08:34 AM | Show all posts
mesti SHARK sempat larikan diri kan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 11:42 AM | Show all posts

ala suspennya......lagi yek nicki
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 11:44 AM | Show all posts
salam semua.... semoga semua ceria2 sambil menunggu entry terbaru dr nicki....heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 10:47 PM | Show all posts
apa kesudahan hubungan fandi & sofea...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 12:12 PM | Show all posts
Yuhuuu...Nicki...

mana hang?  

Usu dok tunggu lama dah ni.. sejak rumah YM dah tamat..hang pun sejuk beku kah..takdak inspirasi gitu?


ka...hang  ikut UN pi Zurich nun...




Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 11:22 AM | Show all posts
nicki.... where r u.... hehehehhee....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2012 03:22 AM | Show all posts
terberkenan dgn Jedi boleh..hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2012 10:24 AM | Show all posts


Nicki...

Dari potong lembu untuk korban..hang sambung buat maruku ka...??

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2012 04:57 PM | Show all posts
nallepooh posted on 10-11-2012 03:22 AM
terberkenan dgn Jedi boleh..hehehe

Boleh je....

Sila share dengan beberapa peminat Jedi yg lain....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2012 04:59 PM | Show all posts
UsuFie posted on 12-11-2012 10:24 AM
Nicki...

Dari potong lembu untuk korban..hang sambung buat maruku ka...??

Salam Usu...     Salam semua...

Cheq tak pandai buat Maruku. Pandai makan je....Ammaaaak!

Cheq sambung sikitlah ye...sempena nak deepavali ni....

@ilazar77 Thanks for reading....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2012 05:02 PM | Show all posts
Episode 72

Saki baki Geng Jedi di buru

KUALA LUMPUR: Polis Bukit Aman masih memburu tiga penjenayah paling dikehendaki yang setakat ini di percayai menyembunyikan diri selepas terbabit dalam kes pembunuhan dan penyeludupan dadah.

Suspek yang di kenali sebagai Tan Kim Meng, Chua Kok Lai dan Shahrizal Salleh...  



“Fandi” Belum pun sempat berita itu dibaca sampai habis namanya di panggil. Fandi mengangkat muka.

“Jom” Azwan bersuara lagi. Bayaran makanan tengahari mereka sudah pun di lunaskan sebentar tadi.

“Awat?” Azwan menyoal apabila melihat Fandi seperti termangu-mangu.

“Tak ada apa-apalah” Fandi menjawab. Surat khabar di letakkan saja di atas meja, tidak di habiskan bacaannya. Di tempat kerjanya juga ada akhbar, boleh saja sambung baca di situ. Akbar ini pula bukan miliknya. Sengaja tuan punya warung menyediakan beberapa keping akhbar itu untuk di baca pelanggan. Fandi bangun dan jalan bersaing dengan Azwan menuju ke tempat kerja mereka. Tidaklah jauh Warung Kak Milah itu, cuma seberang jalan.

Shahrizal Salleh…

Nama itu seperti mengingatkannya kepada sesuatu. Gambar pemilik nama itu juga seperti melekat di kepalanya.  

Takkanlah…

Fandi menggeleng kepala, cuba untuk tidak terlalu memikirkan tentang itu.

******************************************************************
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 200210 Replies : 4713
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 864 Replies : 4
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 24043 Replies : 161
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11963 Replies : 13
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73688 Replies : 322
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 11543 Replies : 187
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5075 Replies : 10
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6357 Replies : 15
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30478 Replies : 185
Awesome place in Iceland --
dexaAwesome place in Iceland --
Views : 1453 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.089986 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list