Pagi ni berita yg mendapat tempat d hati semua peminat bola adalah apa yg brlaku d bandar Manchester.
Sementara Man Utd brgembira dgn perarakan piala BPL ke 20, jiran sebelah yg mengakhiri musim tanpa piala,gagal pertahankan kejuaraan dan kehilangan pengurus yg d katakan ada magic..Setahun lalu cerita d bandar ini adalah sama tapi juara nya adalah berlainan dan warna..Jika musim lepas bandar Manchester d warna biru tapi musim ini bandar kembali merah..
Di beritakan lebih 600,000 membanjiri jalan dan lorong untuk menyaksikan perarakan Man Utd berbanding 100,000 fans City yg keluar musim lalu dan ini membuktikan bahawa Manchester kepunyaan kita..fan Man Utd lebih ramai dari fans City..
MANCHESTER IS RED..
BPL NAK TAMAT DAH...JADI KEBANYAKAN KEPUTUSAN TELAH DI KETAHUI - by Rjuna.
Juara BPL - Man Utd.
Capital One - Swansea
FA Cup - Wigan
Top Scorer - Robin Van Persie.
PFA - Gareth Bale.
Best Teeth - Luis Suarez
Best Quote - We will back next season (Liverpool).
Unlucky manager - Mancini,Benitez
unbelieveble player - Hazzard (signing for Euro Champion)
RIP of the year - Carlos Tevez..
Kata seseorang pada saya "kenangan adalah tempat di mana kita bolih singgah tetapi tidak bolih tinggal"..
Maksudnya kita bolih kenang sesuatu tetapi tidak bolih hidup dengan memikirkannya..
Tiada Sir Alex,tiada Scholes,tiada juga Mike Phelan dan lain pegawai yg lama bersama kita untuk musim depan dan ada kemungkinan besar tiada Rooney.
Sir Alex telah mengesahkan bahawa Rooney telah mengemukakan permohonan untuk berpindah tetapi Man Utd enggan menerima nya atau tidak bercadang untuk menjual Rooney tetapi harus di ingat Rooney mempunyai baki kontrak 2 tahun dan jika tidak di jual maka Rooney bakal berjalan keluar dgn percuma dan Man Utd tidak akan menerima wang 1 sen pun dan ini akan merugikan dari segi perniagaan dan pelaburan kerana harga Rooney kini sekitar 20-30 juta jika di jual sekarang dan akan menurun jika dia di simpan 2 musim nanti.
Kita ada pengalaman kehilangan ramai wira..Saya telah menyaksikan pemergian pemain2 seperti Bryan Robson,Eric Cantona, Peter Schmeicel,David Beckham,Roy Keane,Nistelrooy, Ronaldo dan lain2 yg mana mereka lebih hebat dan tiada beza nya dgn kualiti yg di miliki olih Rooney andai Rooney keluar kerana setiap wira akan di gantikan dengan wira yg lain.
Musim ini memang jelas sesuatu yg tidak kena sejak kedatangan Van Persie, Rooney bukan lagi pemain utama dan di tukar posisinya dari striker utama kepada pemain sokongan untuk striker dan midfield..Ini amat jelas.
Sebab kedua adalah isteri nya Coleen yg merungut mengenai layanan keatas suami nya yg di katakan tidak adil..Di sini telah pun timbul bibit2 masaalah.Ianya sama seperti kerjaya Bechkam yg musnah kerana Victoria yg terlalu gilakan dunia glemer dan publisiti dan mahu Bechkam bermain untuk kelab yg terkenal dgn dunia fesyen dan hiburan seperti Madrid,Los Angeles,Milan dan Paris.
Saya percaya andai Rooney angkat kaki kerjaya nya akan hancur kerana Coleen nanti yang akan masuk campur dlm kerjaya Rooney dan menentu apa yg perlu di buat.
Untuk itu saya tidak berharap sangat pada Rooney untuk kekal dan ini adalah kali kedua dia mahu keluar.Jika seseorang telah tawar hati pada kelab maka lepaskan dan tidak guna memaksanya bermain dengan hati yg memikir pada kelab lain.
Kita juga tidak akan dapat melihat wira baru andai tidak ada pemain yg keluar..Memang Rooney pemain yg bermutu dan penting tetapi kelab dan reputasi lebih penting dari semua termasuk dgn Sir Alex sekalipun.Pemain dan pengurus akan masuk dan keluar tetapi peminat dan kelab akan kekal sentiasa.
Kita perlu fokus pada musim depan dan ada banyak kerja yg perlu kita fikir dan tumpu berbanding dgn Rooney..Jika dia ada setia seperti mana Giggs,Neville,Scholes dll maka kita tidak perlu menasihati nya tetapi jika dia mahu cabaran baru dan mahu juga keluar maka yg terbaik ada mengucap good luck dan selamat tinggal pada nya.