CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

Aaanntuu~Close encounter dan ...(siri 1 (pg25)~151 ...) bercakap dengan jinn`

[Copy link]
 Author| Post time 4-8-2014 02:33 AM From the mobile phone | Show all posts
153 - Dendam Bomoh Wanita

Dalam sekelip mata saja, monyet botak itu menyerang datuk. Mujur datuk dapat mengelak. belum pun sempat datuk mencari kedudukan yang selesa, bagi mengemaskan kedudukannya , monyet botak menyerang lagi. Monyet botak juga saya lihat memperagakan silat. Pertarungan antara manusia dengan binatang ini ternyata kemenangan berada di pihak datuk .

Binatang mengunakan kekuatan sedangkan manusia mengunakan kekuatan dan akal. Tanpa menerima sebarang sepakkan datuk, penumbuk dari datuk, monyet botak keletihan. Datuk lebih banyak mengelak dan mengajak monyet botak menyerang dengan cara itu tenaga dan kekuatan monyet botak beransur lemah dan akhirnya keletihan, tergolek atas jalan.

"Selesai," jerit datuk


Saya dan si baju hitam segera kembali dalam keadaan asal (seperti sebelum didatangi monyet botak) untuk memulakan perjalanan menuju ketempat yang di hajati.

"Terlalu banyak halangannya," kata datuk seperti merungut , masa itu saya dan si baju hitam sudah pun berjalan lebih dari dua puluh langkah mengekori datuk.

Saya menoleh ke arah monyet botak yang terkapar di belakang. Saya dapati monyet itu sudah tiada di situ.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2014 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
153 - Dendam Bomoh Wanita

"Kamu menoleh ke arahnya dia sudah hilang," saya terkejut mendengar cakap datuk itu.

Rupa-rupanya dia boleh mengesan apa yang saya lakukan. Walaupun dia tidak menoleh kearah saya. Inilah kebolehan datuk yang saya kagumi.

"Sebenarnya, sebelum kita mulakan langkah tadi si monyet tu dah ghaib. kamu tahu, itu monyet jadian. Mana ada monyet tak berbulu sekerat badan," lanjut datuk lagi.

Saya dan baju hitam hanya anggukkan kepala. Demi keselamatan dan menghindarkan kebimbangan, jarak saya dengan si baju hitam sengaja saya dekatkan. Begitu juga dengan si baju hitam, dia sengaja mendekatkan dirinya dengan datuk sehingga menganggu langkah datuk.

Hari sudah beransur samar-samar. Saya tidak tahu berapa banyak lagi saya harus melangkah. Saya renung ke langit melihat awan serta sekawan keluang yang terbang tinggi. Badan yang berpeluh membuat saya tidak selesa berjalan.

"Saya tahu, bila saya ikut awak, banyak rintangan yang awak terima," mendadak saja si baju hitam bersuara.

"Kita hadapi bersama, kau mahu kamu jadi orang baik-baik," sahut datuk.

"Mudah-mudahan hajat awak dikabulkan oleh Allah."

"Begitulah hendaknya."

Datuk dan si baju hitam berhenti bercakap tetapi, kaki terus melangkah. Bunyi kicau burung mula berkurangan. Hati kecil saya masih mengharapkan, datuk mendesak si baju hitam supaya menjelaskan kenapa dia tidak meneruskan percakapan tentang dirinya dang kawan-kawannya yang suka mencuri buah jambu. Kerana tidak ada percakapan yang berlaku antara kami bertiga membuat suasana agak sunyi.

"Siapa nama kamu?" soal datuk.

"Andi Kamarool, maafkan saya kerana tidak menerangkan nama saya kepada awak."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2014 02:37 AM From the mobile phone | Show all posts
153 - Dendam Bomoh Wanita

"Tak mengapa. orang yang bermusuh tidak akan memberitahu namanya kepada lawannya, sekarang kita dah bersahabat, wajarlah aku bertanya begitu, kamu ni, aku anggap macam cucu aku," begitu tenang datuk bersuara.

Si baju hitam segera menoleh ke arah saya sambil menghadiahkan senyuman persahabatan.

"Sekarang cuba kamu ingat, sebelum kejadian monyet botak menyerang kita ada pertanyaan aku yang tak kamu jawab." saya jadi terkejut dengan pertanyaan yang datuk ajukan kepada si baju hitam.

Pertanyaan diluar dugaan itu sebenarnya jawapan terhadap keraguan yang bersarang dalam hati saya.

Si baju hitam mengerutkan kening, dia cuba mengingati sesuatu. Dua tiga kali dia meraba dan menggaru batang leher. Kemudian dia tersengih. Barangkali dia sudah dapat mengingati, apa yang datuk maksudkan.

"Saya ingat."

"Bagus, sekarang kamu jelaskan, aku nak dengar,"

Si baju hitam renung kiri kanan jalan. Tarik nafas dalam-dalam. Langkah kaki nya tetap macam tadi, debar di dada saya kian kencang, ingin mengetahui apa yang akan diucapkan oleh si baju hitam.

"Saya cuma nak tanya, kerana saya rasa pelik. Macam mana awak berdua boleh lalu ikut jalan ini?" jawapan dari si baju hitam membuat saya dan datuk tersentak.

Kami saling pandang memandang. bermacam-macam persoalan dan tanggapan muncul dalam kepala saya, akibat jawapan dari si baju hitam. Agaknya, datuk juga terfikir seperti yang saya fikirkan. hati saya mula tidak aman.

"Kenapa kamu tanya hal macam itu, Andi?"

Si baju hitam tersenyum.

"Kenapa kamu tersenyum!" sergah datuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2014 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
153 - Dendam Bomoh Wanita

"Jalan ni sudah berbelas-belas tahun tidak di gunakan oleh orang-orang di sini. Ada jalan baru yang elok, tidak merbahaya, kenapa tak ikut jalan tu," suara si baju hitam lembut penuh sopan.

Datuk berhenti melangkah dan merenung ke arah saya. kerana datuk berhenti secara mengejut, si baju hitam jadi tercengang-cengang.

"Kenapa?" tanyanya cemas.

"Tak ada apa-apa, cuma aku nak beritahu kamu. Sengaja kami pilih jalan ini, kami tak suka jalan baru, bagi kami jalan lama banyak kenangan dan seronok untuk kami lalui," datuk memberi alasan (sebenarnya datuk berbohong) sambil tersenyum ke arah saya dan si baju hitam.

"Begitu, tapi jalan lama merbahaya," tingkah si baju hitam.

"Merbahaya? Maksud kamu," saya lihat datuk gigit bibir.

Si baju hitam renung ke langit, renung kiri dan kanan jalan. Macam ada sesuatu yang dicari dan di curigai.

Datuk dapat menangkap keresahan dalam diri si baju hitam. Dia pun menepuk bahu kanan si baju hitam sambil memberikan isyarat supaya meneruskan langkah yang berhenti. Saya tetap macam tadi, sentiasa cemas dan tidak mengizinkan saya berada dalam jarak agak jauh dengan si baju hitam. kalau boleh mahu rasanya jalan beriringan.

"Andi," suara datuk merendah.

"Iya, ada apa?"

"Kalau kamu rasa tak sedap hati, terus terang dengan aku, jangan simpan dalam hati," lanjut datuk kerana dia mula menyedari yang si baju hitam mula rasa gelisah.

Sering sahaja merenung ke udara dan menoleh ke kiri dan ke kanan jalan. Kami terus melangkah, saya kira tidak berapa lama lagi sampailah ke tempat yang dituju.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2014 02:41 AM From the mobile phone | Show all posts
153 - Dendam Bomoh Wanita

"Saya nak beritahu satu hal...," si baju hitam bersuara.

"Apa dia?" sanggah datuk .

"Sejak jalan ini tak digunakan oleh penduduk kampung, macam-macam cerita timbul. Jalan ni dijadikan laluan manusia yang mengamalkan ilmu batin. Pada mulanya dikuasai oleh Pawang Ali, bila Pawang Ali mati bertukar kepada Dukun Sumbing, orang Batak. Dukun sumbing muntah darah dan berak darah kerana kalah berlawanan ilmu kebatinan dengan Bomoh Munah Supandi," si baju hitam berhenti bercerita.

Dia menarik nafas dalam-dalam dan berusaha mendekatkan tubuhnya dengan tubuh datuk. Langkah mereka hampir mahu berlaga.

"Itu saja ceritanya Andi."

"Ada lagi."

"Kalau ada teruskan."

"Selepas Dukun Sumbing mati, Bomoh Minah Supandi terpaksa berdepan dengan tiga orang bomoh lain. Semua bomoh tu dapat dikalahkannya. Bomoh yang kalah tu, dipotong lehernya. darahnya diambil untuk diminum oleh anak muridnya. Badan bomoh yang kalah tu dikerat dua belas dan di tanam di bawah busut jantan."

"Busut jantan tempat kamu melompat tadi," potong datuk.

"Iya."

"Kamu minum darah manusia?" Risik datuk lagi.

"Tidak, belum sampai giliran saya. Giliran saya ialah minum darah awak," turut si baju hitam dengan tenang.

Saya terkejut mendengar cerita itu. darah saya tersirap dan badan saya mula mengigil. Hal-hal yang buruk mula terbayang dalam kepala saya. Patutlah, dia berusaha mendekatkan dirinya dengan datuk. Rupa-rupanya dia ada maksud untuk membunuh datuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2014 02:41 AM From the mobile phone | Show all posts
153 - Dendam Bomoh Wanita

"Saya nak beritahu satu hal...," si baju hitam bersuara.

"Apa dia?" sanggah datuk .

"Sejak jalan ini tak digunakan oleh penduduk kampung, macam-macam cerita timbul. Jalan ni dijadikan laluan manusia yang mengamalkan ilmu batin. Pada mulanya dikuasai oleh Pawang Ali, bila Pawang Ali mati bertukar kepada Dukun Sumbing, orang Batak. Dukun sumbing muntah darah dan berak darah kerana kalah berlawanan ilmu kebatinan dengan Bomoh Munah Supandi," si baju hitam berhenti bercerita.

Dia menarik nafas dalam-dalam dan berusaha mendekatkan tubuhnya dengan tubuh datuk. Langkah mereka hampir mahu berlaga.

"Itu saja ceritanya Andi."

"Ada lagi."

"Kalau ada teruskan."

"Selepas Dukun Sumbing mati, Bomoh Minah Supandi terpaksa berdepan dengan tiga orang bomoh lain. Semua bomoh tu dapat dikalahkannya. Bomoh yang kalah tu, dipotong lehernya. darahnya diambil untuk diminum oleh anak muridnya. Badan bomoh yang kalah tu dikerat dua belas dan di tanam di bawah busut jantan."

"Busut jantan tempat kamu melompat tadi," potong datuk.

"Iya."

"Kamu minum darah manusia?" Risik datuk lagi.

"Tidak, belum sampai giliran saya. Giliran saya ialah minum darah awak," turut si baju hitam dengan tenang.

Saya terkejut mendengar cerita itu. darah saya tersirap dan badan saya mula mengigil. Hal-hal yang buruk mula terbayang dalam kepala saya. Patutlah, dia berusaha mendekatkan dirinya dengan datuk. Rupa-rupanya dia ada maksud untuk membunuh datuk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-8-2014 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
153 - Dendam Bomoh Wanita

Anehnya, datuk tidak merasa tergugat atau cemas dengan apa yang dituturkan oleh si baju hitam. Walaupun si baju hitam secara terang-terang menyatakan dia mahu minum darah datuk.

"Jadi, kamu sekarang mengidam darah aku," kata datuk sambil ketawa kecil.

Saya cuma senyum tetapi, si baju hitam gelengkan kepala.

"Tidak, saya tak berniat macam tu. Saya nak buang semua yang jahat."

"Bagus, kalau itu cita-cita kamu, sekarang jangan cerita atau sebut tentang hal bomoh tu. Kalau ada niat simpan saja dalam hati," cukup tenang datuk bersuara.

"Kenapa?" Si baju hitam ingin tahu.

"Sampai kerumah nanti, kau cerita," jawab datuk.

Saya mula terasa nyamuk menyerang telinga kanan saya. Semuanya itu tidak saya hiraukan, langkah kami semakin cepat. Masing-masing mahu sampai ke tempat yang di tuju. Hari bertambah samar, sayup-sayup terdengar suara ungka di kaki bukut memanggil kawan-kawan pulang.

"Kalau tak silap pengagak saya, kira lima rantai lagi sampailah kita ke kawasan kampung, cuba lihat tu ada asap orang kampung membakar sampah," si baju hitam bersuara.

Jari telunjuknya menuding ke arah kepulan asap yang nampak berbalam dalam suasana samar menjelang senjakala.

"Aku pun fikir macam tu juga," sahut datuk.

Dialog yang diucapkan oleh datuk dan si baju hitam amat mengembirakan hati saya. Tanda-tanda pengembaraan yang amat menyeksakan ini akan berakhir. Saya sudah tidak mampu mahu melangkah lebih jauh lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2014 02:48 AM From the mobile phone | Show all posts
153 - Dendam Bomoh Wanita

Sayup-sayup kedengaran bunyi terkukur dan merbuk peliharaan tingkah meningkah. "Kita dah dekat nak sampai Tamar," datuk menoleh ke arah saya.

Kata-kata itu saya sambut dengan kegembiraan.Setelah melepasi dua kawasan yang berbukit kecil , kami berdepan dengan kawasan lapang yang agak tinggi, seluruh kawasan itu di tanam dengan pokok tebu, betik pisang, ubi kayu, ubi keledek dan berbagai-bagai lagi jenis tanaman yang biasa di tanam dalam kawasan berhampiran perkampungan.Setelah melalui kawasan tanaman tersebut, kami berdiri di hujung tanah tinggi merenung ke bawah, ke arah kawasan perkampungan yang agak luas. Kami dapat melihat masjid yang di kelilingi berbelas-belas rumah.

"Tamar."

"Iya tuk."

"Mari dekat aku, begitu juga aku Andi."

Saya segera mendekati datuk. Berdiri di sebelah kirinya dan si baju hitam berdiri di sebelah kanannya. Di wajah datuk terbayang kepuasan dan kebanggaan yang amat sangat.

"Kau lihat Tamar," datuk menuding jari telunjuknya ke arah kawasan perkampungan,

" itulah kampung nenek moyang aku, di rumah besar sebelah kanan masjid itulah, aku dilahirkan," sambut datuk.

Aku renung ke arah masjid yang datuk maksudkan. Rumah besar di kanan masjid kelihatan masih kukuh. Ada kumpulan kanak-kanak lelaki dalam lingkungan usia belasan tahun bermain gasing.

"Ini juga kampung halaman saya tapi, sudah lama saya tinggalkan, saya tak tahu apa khabar emak dan bapa saya, adik beradik saya. Kaum keluarga saya," sampuk si baju hitam.

Mulut datuk terlopong, barangkali terkejut dengan pengakuan si baju hitam.

"Sejak bila kamu tak balik ke sana?" tanya datuk.

"Sejak saya jadi pengikut Minah Supandi"

"Hummm..." suara datuk terkulum, " agaknya aku kenal kedua orang tua kamu.

Orang tua kamu memang anak jadi kampung ni," sambung datuk lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2014 02:51 AM From the mobile phone | Show all posts
153 - Dendam Bomoh Wanita

"Tapi sudah lama menetap di situ."

"Agaknya begitulah," si baju hitam tersenyum.

"Tak kira di mana berasal sama ada dari Jawa, Sumatera, Tanah Melayu, Kalimantan kita semua adalah serumpun. Agama sama, ada budaya sama, bahasa pun hampir sama," ujar datuk sambil menatap sepasang biji mata si baju hitam.

Datuk menepuk bahunya dua tiga kali.Saya tersenyum, datuk sudah dapat menerima si baju hitam menjadi sebahagian dari kerabatnya. Semoga selepas ini, si baju hitam tidak akan memperlakukan atau memperlihatkan tindak-tanduk yang boleh membuat datuk dan saya merasa curiga terhadap dirinya.

"Mari kita ke sana,"Datuk menarik tangan saya dan si baju hitam.

Kami pun mula melangkah menurun cerun bukit dengan hati-hati. Di antara kami bertiga, ternyata langkah datuk sungguh bersemangat dan ancak sekali.Sebaik saja kami masuk ke kawasan kampung tercium bau sampah yang dibakar. Suara kanak-kanak jelas kedengaran begitu juga dengan suara burung terkukur dan merbuk peliharaan sahut-menyahut. Suara kerbau menguak dan suara lembu mengemuh. Kami terus masuk ke tengah kampung bagaikan pahlawan pulang dari medan juang.

"Assalamualaikum, mahu ke mana," seorang lelaki muncul dari rumpun pisang dengan parang panjang ditangan. matanya merenung wajah datuk.

"Mualaikum musaallam saya...," jawap datuk.

"Kamu Mat Diah," jerit lelaki itu memotong cakap datuk.

Parang panjang dicampaknya ke tanah. Dia menerpa lalu memeluk datuk dengan erat sekali, "kamu balik, patut dua hari lalu mata kanan aku sebelah atas berkedip pagi, berkedip petang rupanya nak tengok orang jauh," riang benar suara lelaki yang saya kira usianya jauh lebih tua dari datuk.

Kening dan rambutnya sudah putih. Begitu juga dengan janggut dan jambang tetapi, dia kelihatan gagah. Air mukanya bersih. Penglihatannya cukup terang, nada suaranya keras bertenaga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2014 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
153 - Dendam Bomoh Wanita

Dari apa yang saya lihat ternyata orang tua itu, bukan tua sebarangan. Tua berisi ilmu dunia dan akhirat. Atur langkah dan gerak tangannya membayangkan yang dirinya memiliki ilmu mempertahankan diri yang tinggi.

"Kamu tak kenal aku? Belum pun sampai lapan puluh tahun dah lupa," sambung orang tua itu bila melihat datuk terkebil-kebil mecam mengingati sesuatu,

"Saya ingat-ingat lupa, kalau tak silap saya Haji Bagus," kata datuk ragu-ragu.

Orang tua itu tersenyum.

"Betullah tu, kita ni saudara dua pupu dari sebelah ayah kamu," orang tua itu terus menepuk-nepuk bahu datuk, " mari ke rumah aku dulu, hari dah senja tak usah pergi ke rumah lama," sambung orang tua itu.

Dan datuk patuh dengan permintaannya.

"Rumah pusaka tu, terbiar begitu saja ke abang aji, " datuk bertanya sebaik saja memijak anak tanga pertama rumah haji Bagus.

Haji Bagus tidak menjawab. Dia hanya tersenyum saja dan menyuruh orang rumah membuat kopi. Dia juga memerintahkan telaga (tempat mandi) di kosongkan untuk memberi lalun kami bertiga mandi dulu. Maklumlah waktu maghrib hampir tiba.Kerana kedudukan masjid dengan rumah Haji Bagus tidak jauh, kami masih ada kesempatan untuk menikmati air kopi panas yang disediakan oelh orang rumah Haji Bagus.
"Saya bagi air suam," kata datuk sebaik Haji Bagus meletakkan cawan kopi di depannya.

Haji Bagus renung sepasang biji mata datuk dengan renungan yang luar biasa. Renungannya cukup tajam sampai ke jantung hati dan ruang fikir datuk. Lebih tepat dengan renungan makrifat.

"Saya ikhlas, saya tak berapa suka kopi, beri saya air suam," nada suara merendah.

Haji Bagus segera meletakkan cawan kopi ke dada talam kembali. Haji Bagus memegang pergelangan tangan datuk sebentar.

"Aku percaya dengan cakap kamu," kata Haji Bagus sambil tersenyum.

Dia segera menyuruh orang rumahnya membawa segelas air suam. Arahan Haji Bagus segera ditunaikan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2014 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
154 ~ Cicak Hitam Dalam Bilik

Beduk di masjid pun dipalu orang, tidak lama kemudian suara azan maghrib bergema ke seluruh kampung. Kami segera bangun. Haji Bagus bergeas ke ruang dapur. Tidak lama kemudian dia kembali menemui kami.

"Saya dah suruh orang rumah masak lebih, saya suruh sediakan makanan yang sedap untuk kamu semua," Haji Bagus renung muka saya dan si baju hitam.

"Niat nak bermalam di rumah lama," celah datuk sambil ketawa.

"Begitu, walau macam mana pun makan malam di rumah saya dulu," terdengar nada suara Haji Bagus bersahaja.

Datuk tersenyum sambil menggosok hujung hidungnya berkali kali. Kami pun menuju ke muka pintu, si baju hitam turun dulu, diikuti oleh saya, datuk dan diakhiri oleh Haji Bagus. Azan terus bergema.

"Dimana kamu jumpa budak baju hitam tu, kalau tak silap aku kenal dia. Budak tu dah lama ghaib dari sini, katanya menuntut ilmu batin dengan Munah Supandi, bermacam ikhtiar dibuat oleh emak bapanya, dia tak juga mahu balik. Tiba-tiba dia mengikut kamu pula Mat Diah," suara bisikan Haji Bagus ke telinga datuk dapat saya dengar agak jelas.

"Nanti lepas sembahyang Isyak, lepas kita makan boleh saya cerita. Panjang ceritanya," itu jawapan yang datuk berikan.

Ternyata jawapan itu amat menyenangkan Haji Bagus. Buktinya, dia tidak mengemukakan pertanyaan selanjutnya.

Malam itu, selesai sembahyang maghrib dan isyak, datuk dikerumuni oleh para jemaah yang kebanyakan usianya lebih tua ari datuk, dan yang seusia dengan datuk ada kira-kira lima enam orang saja.

Para remaja yang muda buat tidak kisah dengan apa yang berlaku di masjid. Mereka tercengang dan berbisik sesama sendiri sambil melemparkan renungan yang sinis ke arah datuk. Tindak tanduk para jemaah muda itu dapat dikesan oleh Haji Bagus.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2014 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
154 ~ Cicak Hitam Dalam Bilik

"Orang ni, anak jati kampung ni. Berpuluh-puluh tahun duduk di Tanah Melayu. Arwah orang tuanya mewakafkan tanahnya untuk mendirikan masjid tempat kita berjemaah, orang tuanya juga mewakafkan tanahnya untuk dijadikan kubur," kata-kata Haji Bagus itu membuat para jemaah muda buka mata.

Mereka merenung ke arah datuk dengan penuh rasa kagum.

"Rumah besar sebelah masjid yang selalu kita gunakan untuk majlis nikah kawin, berkhatan dan macam-macam lagi majlis....," secara mendadak saja seorang tua turut bersuara dari arah kanan saya.

Semua biji mata tertumpu ke arah lelaki tua itu.

"Dia beranak di situ, rumah dan pinggan mangkuk yang kita gunakan bila kenduri kendara milik orang tuanya yang diwakafkan untuk kita semua. Dia balik ke kampung macam berdagang di rantau orang, ada tanah, ada rumah tapi bukan haknya," sambung orang itu penuh semangat.

Datuk hanya gelengkan kepala.

"Saya balik ke sini kerana saya rindukan pada kampung laman, rindu pada saudara-mara, terutama golongan tua yang ada pertalian darah dengan saya," secara mengejut datuk bersuara.

Semua yang ada dalam masjid anggukkan kepala.

"Budak yang pakai baju hitam, seluar hitam, ada hubungan apa dengan awak," tanya seorang anak muda dalam lingkungan usia tiga puluhan.

"EH, berbudi bahasa sedikit, hormatilah orang tua," sergah haji kepada anak muda itu, "dia cucu saya, tak suka saya tengok dia biadap begitu dengan orang tua," tambah Haji Bagus, bila dia melihat datuk terpampan dengan tindak tanduknya.

Penjelasan yang diluahkan oleh Haji Bagus membuat datuk menarik nafas panjang. Membayangkan kelegaan yang amat sangat.

"Maafkan saya," kata cucu Haji Bagus dengan wajah sedih.

Datuk segera mendekatinya, dua tiga kali datuk gosok belakang cucu Haji Bagus.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2014 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
154 ~ Cicak Hitam Dalam Bilik

"Aku maafkan kamu," bisik datuk ke telinganya, " orang muda jangan cepat naik darah. Kalau cepat naik darah, nanti ramai musuh dari sahabat," tambah datuk, anak muda mulut celupar terus anggukan kepala.

"Terima kasih kerana nasihat yang berguna," kata anak muda itu sambil merenung lantai masjid.

Para jemaah mula bercakap sesama sendiri. Mereka memuji anak muda mulut celupar yang mahu mengakui kesilapan sendiri.

"Untuk pengetahuan jemaah semua, budak ini...," datuk menuding jari telunjuk ke arah si baju hitam, " ... dia tiada pertalian darah dengan saya tapi, dia adalah sahabat seagama dengan saya. Cerita bagaimana saya berkenalan dengannya, rasanya tidak elok saya ceritakan di sini. Walau apapun, dia adalah saudara Islam tuan-tuan semua," sambung datuk dengan wajah yang tenang dan di akhiri dengan senyum.

Semua wajah para jemaah berada dalam bola mata datuk.

"Tak apalah, kalau begitu kita lupakan saja," terdengar suara seorang jemaah.

"Saya bersetuju, eloklah kita bersurai," sahut yang lain.

"Saya tak puas hati, kalau tidak di terangkan dengan sebenar," tingkah yang lain pula.

Saya lihat datuk resah semacam. Sudah ada dua kumpulan yang berbeza pendapat didalam masjid yang berpunca dari rasa tidak puas hati.

Jika perkara ini di biarkan tergantung (tanpa penyelesaian) pastikan akan menimbulkan hal yang tiada diingini. Mungkin ada yang menaruh prasangka yang buruk terhadap saya dan datuk. Saya kira datuk tidak akan membiarkan bengkak menjadi bisul.

Ternyata ramalan saya tidak meleset. Datuk berbisik sesuatu pada si baju hitam. Selesai saja datuk berbisik, si baju hiam melangkah ke depan. Berdiri di tengah-tengah jemaah. Saya lihat ada jemaah yang tercengang-cengang, malah ada yang merenung pintu masjid.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2014 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
154 ~ Cicak Hitam Dalam Bilik

Barangkali sebagai persiapan untuk lari, sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini. Si baju hitam bagaikan mengetahui apa yang berada dalam hati para jemaah. Dia pun menghiasi wajah seriusnya dengan senyum. Haji Bagus tetap berhati-hati dan melihat gerak-geri su baju hitam dengan penuh teliti sekali.

"Apa yang dikatakan oleh orang tu memang benar. Kami tidak ada pertalian darah keluarga. Tetapi, kami mempunyai ikatan saudara seIslam yang cukup kuat" dengan tenang si baju hitam memulakan percakapan,

" saya tahu apa yang ada dalam hati perut tuan-tuan semua. Tuan-tuan yang ada di sini kenal saya, kalau tak kenal saya tapi kenal ibu bapa saya, saudara-mara yang lain," sambung si baju hitam.

Di bawah sinar lampu gasoline, dia menatap wajah para jemaah. Bagaikan minta simpati.

"Malah ada kawan-kawan yang sama-sama main gasing dengan saya di dalam masjid ni, buat tak kenal dengan saya. Sebabnya saya jahat, Menuntut ilmu dengan bomoh wanita. Kerana malu emak bapak saya tinggalkan kampung ni....." si baju hitam tidak meneruskan ucapannya.

Wajahnya nampak sedih sekali.

Dia tundukkan muka renung lantai masjid. Dia menarik nafas dalam-dalam. Kemudian menelan air liur. Semua yang ada dalam masjid terdiam dan berpandangan sesama sendiri.

"Tahukah tuan-tuan, saya disuruh oleh tuk bomoh membunuh orang ini," jari telunjuk si baju hitam menghala ke arah batang tubuh datuk.

Ada yang gelengkan kepala sambil mengucap panjang. Datuk tersunyum sambil anggukkan kepala membenarkan apa yang dikatakan oleh si baju hitam.

"Tetapi, ilmu yang ada pada diri saya belum cukup, dikalahkan dengan cara zahir dan batin. Saya terpaksa ikut dia dan berjanji untuk jadi orang baik-baik. Saya nak bertaubat. Kalau tuan-tuan semua sangsi dan masih renung serong dengan saya, susahlah saya. Dengan perkataan lain, tuan-tuan mahu selama-lamanya saya berkawan dengan iblis. Dimanakah letak dan rasa tanggongjawagb seorang Islam, jika tidak sanggup memberi maaf dan bimbingan kepada orang Islam yang sesat untuk kembali ke jalan Allah," nada suara si baju hitam agak tinggi.

Dia merenung ke arah datuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2014 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
154 ~ Cicak Hitam Dalam Bilik

"Orang ini memberitahu saya," lagi sekali jari telunjuk si baju hitam menuding ke arah datuk, " katanya, Allah amat sayang kepada orang yang sedar dan mahu mengaku kesilapan sendiri. Ajaran Islam tidak menolak pengikutnya yang mahu memilih jalan yang baik," sambung si baju hitam.

Saya lihat dia tersedu. Datuk menepuk bahu kirinya meminta dia bertenang.

"Sabar, kalau mereka tidak mahu menerima kamu, ada kampung lain yang mahu menerima kamu. Bukankah Islam itu berada di mana-mana, anggaplah ini cubaan pertama kamu," anak telinga saya masih dapat mendengar suara datuk berbisik dengan si baju hitam.

Dengan segera si baju hitam panggungkan kepala. Dia senyum ke arah para jemaah. Dia bagaikan mendapat kekuatan baru.

"Sekarang semua sudah jelas, terimalah dia kembali. Kita tunjukkan kepadanya jalan yang harus di laluinya, sesuai sebagai seorang Islam," secara mengejut datuk bersuara. Saya perhatikan orang yang berada dalam masjid diam terpaku.

Paling mengejutkan saya, tanpa diminta atau disuruh para jemaah mengerumuni si baju hitam. Bersalaman sebagai tanda persaudaraan seagama. Malah ada yang secara terang-terangan bersedia melupakan perbuatan si baju hitam terhadap diri mereka. Masing-masing mengharapkan si baju hitam segera bertaubat.

"Syukurlah, kamu sudah sedar," seorang tua dalam lingkungan tujuh puluhan memeluk si baju hitam.

"Dulu aku nasihatkan kamu, kamu marahkan aku. Kamu ajak aku berlawan. Sekarang kamu sendiri dapat buat kesimpulan samada nasihat aku dulu betul atau silap," sambung lelaki tua itu lalu melepaskan sepasang tangan yang memeluk si baju hitam.

Akhirnya, semua para jemaah meninggalkan masjid.

Tanpa diduga, beberapa orang jemaah yang ada pertalian darah keluarga dengan Haji Bagus dan datuk, turut mengiringi kami pulang ke rumah Haji Bagus. Saya tidak tahu kenapa mereka berbuat demikian, mungkin diluar pengetahuan saya, Haji Bagus memang ada menjemput mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2014 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
154 ~ Cicak Hitam Dalam Bilik

Walau apapun, kedatangan sebilangan kecil para jemaah itu memaksa isteri Haji Bagus menyediakan makan malam lebih daripada yang di hadkan. Sesungguhnya, malam itu keadaan rumah Haji Bagus bagaikan kenduri kesyukuran.

Haji Bagus terpaksa bertungkus lumus membantu isterinya membawa dan menyusun hidangan. Melihat kepada keadaan hidangan yang disusun, saya kira isteri Haji Bagus bagaikan tahu yang suaminya akan mengundang tetamu. Bila hidang sudah lengkap tersedia, Haji Bagus meminta datuk membaca doa selamat. Permintaan itu segera di patuhi oleh datuk.

"Silakan, kita makan apa yang ada sikit sama sikit," kata Haji Bagus sebaik saja datuk selesai membaca doa.

"Langkah kanan kita malam ni, hajat hati nak bertanya keadaan saudara mara kita di Perak, tiba-tiba dapat nasi pula," salah seorang tetamu bersuara, matanya melirik tajam ke arah hidangan yang tersedia.

"Tuah orang, rezeki kita," sahut yang bersongkok baldu merah, memakai baju melayu potongan teluk belanga, berkain pelikat dengan corak kotak besar.

"Musuh jangan dicari, rezeki jangan di tolak, makanlah apa yang ada," ulang Haji Bagus lagi.

Jemaah yang hadhir segera menjamah nasi.

Selesai makan, badan terasa segar, mata bertambah terang. Borak pun makin panjang. hampir jam sebelas lebih para tetamu yang tidak diundang itu angkat punggung dari rumah Haji Bagus. Pulang ke rumah masing-masing.

Bila malam kian larut membuat badan terasa dingin. Tetapi, Haji Bagus masih bercerita lagi dengan datuk. Peliknya, datuk tetap melayaninya, walau pun dia tahu saya dan si baju hitam mula resah semacam.

"Bagaimana kalau kami tidur di rumah lama," datuk bersuara.

Ternyata pertanyaan itu kurang menyenangkan Haji Bagus. Dia segera mengedutkan dahi. Dua tiga kali Haji Bagus menggaru hujung dagunya dengan jari kelingking. Dari gerak-gerinya, saya yakin Haji Bagus agak keberatan mahu memenuhi permintaan datuk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2014 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
154 ~ Cicak Hitam Dalam Bilik

"Aku fikir, tidur sahaja di rumah aku. Malam esok baru tidur di rumah lama," penuh diplomasi Haji Bagus bercakap.

"Lagi pun tempat tidur telah disiapkan," campur Hajjah Mimah, isteri Haji Bagus yang terjengul di pintu dapur yang memisahkan ruang dapur dengan ruang tengah.

Saya dan datuk bertukar pandangan. Si baju hitam hanya tunduk merenung lantai. Entah apa yang di fikirkannya, sukar untuk saya ramalkan.

"Usah banyak cerita, tidur saja di sini. Lepas sembahyang subuh kita pergi ke situ, tengok keadaan dalam rumah, kita bersihkan dulu, sebelum tidur. maklumlah rumah lama tidak diduduki macam-macam benda boleh menumpang. Entahkan ada ular bertelur, kala menumpang. Entahkan ada lipan singgah. Bila dah dibersihkan dan dah selamat bolehlah kamu tidur di situ," Haji Bagus bersuara lagi.

Ketika itu saya sudah tidak mampu untuk menegakkan kelopak kulit mata. Tanpa rasa segan dan silu saya pun merebahkan badan ke atas lantai. Saya tidak peduli apa kata datuk atau Haji Bagus. Saya sudah mengantuk sangat.

Dalam hal ini, ternyata saya tidak kesaorangan. Si baju hitam sudah dua tiga kali tersengguk-sengguk, Tetapi, dia tetap duduk dan berusaha menjegilkan sepasang biji matanya. Datuk masih belum memberi kata putus sama ada mahu terus bermalam di rumah Haji Bagus atau bermalam di rumah lama? Haji Bagus terus menanti kata muktamad dari datuk.

"Bagaimana mahu tidur di rumah pusaka?"

"Bila dua orang membuat permintaan, ertinya saya terpaksa mengalah. Jadi malam ini saya tidur di sini, "itu kata pemutus dari datuk dan Haji Bagus tersenyum manakala isterinya tersengih.

Penuh rasa bangga kerana tetamu tidak menghampakan harapan mereka.

Maka datuk pun dianjurkan di bilik depan, dekat anjung. Si baju hitam di bilik tengah. Sedangkan saya disuruh tidur di bilik tepi, dekat pintu dapur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2014 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
154 ~ Cicak Hitam Dalam Bilik

Sudah tentu saya kurang gembira bila di tempatkan di situ. Sebabnya saya berjauhan dengan datuk. Bermacam-macam sangkaan yang buruk-buruk tumbuh dalam kepala saya. Wajarkah, saya minta bilik lain. Kalau itu saya lakukan, ertinya saya sudah keterlaluan. Jadi, dengan hati separuh rela, saya mesti bermalam di bilik tepi.

"Semuanya sudah sedia, bila rasa mengantuk masuklah," dengan senyum Haji Bagus bersuara, "saya tak boleh tahan lagi, mata dah rasa berat. Biar saya masuk dulu,"

"Silakan," sahut datuk.

"Saya harap semuanya dapat tidur dengan nyenyak, subuh esok kita berjemaah bersama sama."

"Saya pun berharap macam tu, " riang benar nada suara datuk.

Haji Bagus pun melangkah, lalu masuk ke ruang dapur. Memang bilik tidurnya terletak di situ. Tingkapnya menghadap sebuah danau kecil.

Macam selalu, tidak kira berada di mana, datuk yang suka tidur lewat, memulakan tugasnya membaca Quran sebelum tidur untu sejam dua. Kemudian dia bangun untuk melakukan sembahyang Tahajud. Tidur kembali dan bangun menjelang subuh untuk membaca Quran dan sembahyang subuh.

Bagaimana caranya untuk menyatakan kepada datuk yang saya tidak mahu tidur dalam bilik tepi. Sementara itu, saya lihat si baju hitam keluar masuk bilik. Dia nampak resah dan cemas semacam. Macam ada sesuatu yang dibimbangkannya.

Kelakuan si baju hitam disedari oleh datuk. Tindak-tanduknya membuat hati saya bertambah berat untuk tidur sendirian di bilik tepi.

"Ada apa Andy?"

Si baju hitam tersengih, berdiri kaku di depan datuk. Kedua belah tangannya di luruskan ke bawah dengan sepasang matanya tertumpu ke wajah datuk.

"Cakap, apa dia masalah kamu," desak datuk lalu menutup Quran kecil lalu disimpan dalam beg khas.

"Cakap apa dia masalah kamu," ulang datuk. Si baju hitam terus membisu merenung lantai.
Cara yang di perlihatkan oleh si baju hitam itu sudah pasti tidak disenangi oleh datuk. Saya terus didakap keresahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2014 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
154 ~ Cicak Hitam Dalam Bilik

"Kenapa diam? Cakap terus-terang dengan aku sebelum darah aku naik," datuk mula mengertak.

Matanya mula nampak merah. Wajah datuk juga nampak serius.

"Ada cicak hitam besar dalam bilik saya," suara si baju hitam bagaikan berbisik. Saya segera mengigit bibir. Secara mendadak saja bulu tengkuk saya mula meremang.

"Pelik, mana ada cicak hitam," datuk bagaikan merungut.
"Besar mana?" Tanya saya

"Sebesar kucing hitam."

"Apa kamu buat dengannya," soal datuk.

"Saya tak buat apa-apa, dia duduk dekat pelita minyak tanah. Bila saya cuba dekat, cicak itu menjulurkan lidahnya ke arah saya," lanjut si baju hitam.

Wajahnya nampak cemas sekali. saya pun melihat jam dinding yang tergantung. Sudah pukul satu pagi.

"Syaitan," keluh datuk sambil menggenggam penumbuk.

Serentak dengan itu, terdengar lolongan anjing sayup-sayup. Suasana malam yang sepi memudahkan anak telinga saya menangkap bunyi desiran angin malam yang menyentuh dedaun pokok di luar rumah. Saya juga mendengar bunyi telapak kaki orang berlari di bawah rumah. Mahu rasanya saya beritahu datuk tetapi, bukan masanya. Dan saya kira datuk juga mengetahui keadaan di luar rumah.

"Tak apa biar aku tengok."

Datuk pun segera bangun. Cara datuk agak luar biasa. Mula-mula dia luruskan sepasang kakinya. kemudian kaki kanannya didirikan. dia meletakkan telapak tangan kiri keatas tempurung kepala lutut kanan. Datuk pejamkan mata seperti orang bertafakur selama beberapa minit. Bila matanya dibuka semula, datuk terus 'berselawat' sebanyak tiga kali berturut-turut.

Selesai selawat datuk tarik nafas dalam-dalam, tiga kali berturut-turut. Matanya merenung ke arah dinding tanpa berkedip. Dengan sekelip mata, datuk terus bangun berdiri bagaikan pendekar.

"Mari kita tengok," suara datuk meninggi, lalu dia menyuruh si baju hitam berjalan dulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2014 02:37 AM From the mobile phone | Show all posts
154 ~ Cicak Hitam Dalam Bilik

Baru lima langkah berjalan, Haji Bagus muncul dengan lampu suluh ditangan.

"Apa halnya abang haji," datuk bertanya.

"Saya terdengar bunyi orang perempuan menangis," Haji Bagus renung muka datuk sejenak.

Sudah tentu, apa yang Haji Bagus ungkapkan itu membuat kami bertiga terkejut dan tercengang.

"Pelik, tak ada orang perempuan bersama kami, macam mana pula abang haji boleh dengar suara orang perempuan," kata datuk.

"Saya juga fikir macam tu, pelik dari mana datangnya suara orang perempuan tu," Haji Bagus mula resah.

Dengan lampu suluh dia menyuluh ke setiap ruang rumah.

"Andi Kamarool jumpa cicak hitam besar dalam biliknya, agaknya suara cicak tu macam suara orang perempuan," beritahu datuk.

"Pelik," Haji Bagus gelengkan kepala.

"Ini yang membuat saya pening kepala abang haji. "

"Usah bimbang, kalau begitu mari kita tengok."

"Jum." balas datuk.

Kami pun melangkah menuju ke bilik Andi Kamarool. Kerana tidak mahu menjadi orang terakhir, saya segera menyelit antara datuk dengan Haji Bagus. Si baju hitam terpaksa berada di belakang. Dengan terketar-ketar Haji Bagus menolak daun pintu yang tertutup. Sebaik saja bilik terbuka, tidak ada apa yang dapat dilihat.

"Tadi pelita elok menyala, kenapa sekarang dah padam," tutur si baju hitam.

"Agaknya cicak hitam yang padamkan," sahut saya.

"Eh kamu banyak cakap pula, tak boleh diam," datuk memarahi saya.

Haji Bagus berdehem dua tiga kali. Tanpa banyak cakap cahaya dari lampu picit bergerak dari sudut ke sudut bilik.

"Aduh,"jerit Haji Bagus.

Serentak dengan itu lampu suluh ditangannya terlucut, macam ada kuasa yang memukul pergelangan tangan Haji Bagus, bila dia menyuluh ke arah tiang di sebelah kiri bilik. Haji Bagus mengerang menahan rasa sakit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.053235 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list