Post time 11-6-2017 01:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sebu1 replied at 9-6-2017 04:11 PM
Umurnye brp tapi sis aku tgk geng pembunuh tu pun badan semue mcm gagah perkase nk ketul2 je X ...
Hasil latihan yg dilalui saban hari ..Kalau suami kita dilatih saban hari pun, pasti gagah perkasa belaka. Skrg pun gagah perkasa cuma bkn la six pack. Ada yg dah jadi sepack
Post time 11-6-2017 01:16 PMFrom the mobile phone|Show all posts
MissMamamia75 replied at 9-6-2017 04:34 PM
Xmampu dah dek..zmn tu dah berlalu..kini hanya mampu memandang sajork..hahaha
Adoyai..lam ...
Mak dan ayahnya nampak kuat demi nak membersihkan nama dan mendapatkan keadilan atas kematian arwah. Kalau akak ditempatnya, rasa akak dok mereput aje kot.. X mampu nak gagah dlm masa terdekat selepas kematian anak. Cuma mungkin suami akak la dok pujuk akak..
Post time 11-6-2017 01:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
mommymonster82 replied at 9-6-2017 05:25 PM
Yg me faham 4 pelajar dibebaskan sbb hakim xluluskan. Hakim lulus sambung yg 32 org tu je.. kalau ik ...
Ha ah. Akak pun faham gitu. Permohonan reman 4 suspek ditolak oleh mahkamah. Mungkin hakim rasa x perlu kot. Dan diaorg dah beri keterangan yg memuaskan. Akak rasa gitu. And another good news for them, UnITEN kata next week diaorg dah blh start kelas balik.
Post time 11-6-2017 01:27 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kes dera pegawai kadet: Polis kenal pasti motif
AHAD, 11 JUN 2017 IPOH: Kertas siasatan berhubung kematian Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain yang dipercayai akibat didera rakan, akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata siasatan berhubung kes itu kini berada di peringkat akhir dan pihaknya sudah mengenal pasti punca kejadian itu.
Bagaimanapun, beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai kes itu kerana siasatan masih dilakukan. "Saya tidak mahu mendedahkan motif (penderaan) itu kerana mahkamah yang akan menentukannya, tetapi tentunya polis mengetahui sebab di sebalik kejadian itu. "Siasatan akan dilengkapkan dan akan dibentangkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas Program Singgah Sahur Nur Ramadan di Balai Polis Pekan Baru, di sini pagi ini.
Zulfarhan, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun lalu dipercayai akibat didera selepas dituduh mencuri komputer riba milik rakan. Mangsa dilapor mengalami kesan melecur di bahagian dada, tangan kaki akibat ditekap dengan seterika wap yang dipercayai didera pada 20 dan 21 Mei lalu.
Based on berita 1.30 dekat tv3, Ketua Polis Negara cakap, siasatan dah diperingkat akhir. dan tunggu nak serah kes pada Peguam Negara. Maybe hari last tahanan reman tu dh boleh tahu siapa tertuduhnya... harap2 yang tak bersalah dibebaskan dan yang bersalah mendapat hukuman setimpal...