Post Last Edit by skeezotone at 7-2-2011 23:40
Reply skeezotone
Pelik gak........ yg aku tau otak yg mati dulu dari badan, sbb tu orang yg d ...
wizz Post at 7-2-2011 23:30
Monday, February 7, 2011 17:36:16
Fwd: FW: Penggali Kubur Jumpa Otak 20 Tahun Dalam Tanah Masih Elok
kalo ikot logik akal mmg xlogik.. tapi ni la kuasa Allah..
...
Otak 20tahun dalam kubur masih elok
SEBERANG PRAI - Tuhan Maha Besar. Lebih50 orang ahli keluarga Allahyarham Salasiah Jasni, 78, yang hadir pada majlispengebumiannya di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Labu, Penaga di sinimenyaksikan bukti kebesaran Ilahi.
Ini kerana, sebaik tiba di tanah perkuburan itu, mereka terkejut apabila duapenggali kubur yang sedang menyiapkan liang lahad untuk Salasiah menunjukkanpenemuan otak manusia.
Lebih mengejutkan sebaik penemuan otak itu beberapa kejadian aneh berlakuhingga menyebabkan semua ahli keluarganya beristighfar panjang dan memujikebesaran Allah.
Menghairankan otak manusia yang ditemui itu masih dalam keadaan baik sedangkantulang dan papan keranda dipercayai dari kubur lama bersebelahan liang lahadyang baru di gali itu sudah hancur.
Cucu Allahyarham, Shuhaili Che Ros, 37, berkata, penemuan otak manusia yangmasih dalam keadaan elok itu amat menghairankan ahli keluarganya.
“Sepanjang pengetahuan kami otak manusia yang ditemui itu berasal dari sebuahliang lahad yang sudah berusia 20 tahun.
“Malah papan keranda dan semua tulang milik si mati sudah reput tetapi otak inimasih dalam keadaan baik dan sempurna,” katanya.
Menurutnya, dia mengambil otak yang dipenuhi lumpur itu dan meletakkan di atasdaun pisang sambil diperhatikan ahli keluarganya yang lain.
“Menghairankan, otak itu kemudiannya dilihat bertukar menjadi bersih dan lumpuryang melekat padanya tertanggal dengan sendiri.
“Kami tidak mengusiknya dan selepas hampir 20 minit otak itu kemudiannyaberubah warna dari kehitaman kepada warna merah dan pada masa sama urat darahmula timbul menyebabkan kami melihat ia seperti otak baru,” katanya.
Setelah itu otak berkenaan kemudiannya dikebumikan semula bersama jenazahneneknya.
Dalam pada itu penggali kubur yang menemui otak itu, Saad Shaari, 60, berkata,ini adalah pengalaman peliknya yang pertama selepas hampir 30 tahun menjadipenggali kubur.
“Saya dan adik, A Rahim, 55, menemui otak ini ketika hampir separuh menyiapkanliang lahad untuk Allahyarham Salasiah.
“Menghairankan sepatutnya otak ini sudah hancur bersama tulang dan papankeranda,” katanya.
Menurutnya lagi, begitu juga ketika kerja penggalian dijalankan kerana iamelibatkan penggunaan cangkul dan skop, tetapi otak itu masih lagi ditemuidalam keadaan sempurna.
“Ini ialah salah satu kebesaran tuhan dan kita yang melihatnya sepatut mengambilpengajaran dari penemuan ini.
“Di samping itu, penemuan ini juga bagi saya adalah satu ingatan agar kitasering melakukan kebaikan sepanjang hidup ini kerana Allah tidak pernahmemungkiri janjinya memberi kebaikan kepada hambanya yang melakukan kebaikan,”katanya.
Saad berkata, liang lahad lama yang terletak bersebelahan kubur Salasiah ituadalah milik seorang hamba Allah yang sentiasa membaca al-Quran. -MC
Ulasan MC
Benar, ia kebesaran Ilahi. Apatah lagi apabila " otak "itu semasa di atas dunia ini digunakan untuk merenung tanda-tanda kebesaranIlahi serta yang memahamkan sifat-sifat Allah, Rabbul Jalil. Tentulah Allahmenyayangi " otak " sedemikian, bukan otak yang hanyir yang hanyamemikirkan bab-bab duniawi dan "ghairulllah" (yang lain daripada Allah)
|