CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

Aaanntuu~Close encounter dan ...(siri 1 (pg25)~151 ...) bercakap dengan jinn`

[Copy link]
 Author| Post time 14-8-2014 02:41 AM From the mobile phone | Show all posts
156 -Misteri Senjata Lama

“Masa saya asyik membunuh orang kulit putih dengan lembing, entah macam mana datang seorang lelaki Melayu. Saya tak tahu dari mana arah dia datang. Dia datang ke arah saya sambil membaca ayatulkursi.

Belum sempat saya bertanya, apa tujuan dia datang ke tempat saya, lelaki tua itu melepaskan pemnumbuk ke bahu kanan saya. Tangan saya yang memegang lembing terus menjadi lemah. Saya jatuh tersungkur atas padang,” si baju hitam berhenti bercakap. Dia menelan air liur. Semua yang berada di sisinya mendengar penuh khusyuk. Saya jadi seronok mendengar ceritanya dan berharap dia akan terus bercerita.

“Telinga saya terus diasak dengan suara orang membaca surah Al-Falaq dan Al-Iklas. Bila saya buka mata, saya tak lagi berada di padang. Tetap, berada di sini. Inilah membuat saya jadi bingung,” sambung si baju hitam dengan wajah jujur.

Dia menarik nafas sambil merenung ke arah Tuk Siak dan Haji Bagus. Si baju hitam senyum ke arah saya dan senyumannya itu saya balas.

Bila saya menoleh ke arah Tuk Siak dan Haji Bagus, saya lihat mereka kerutkan kening dan serentak mereka merenung ke arah bilik yang menyimpan senjata lama. Datuk pula terus sandarkan badan ke dinding. Sepasang kakinya dilunjurkannya. Datuk cuba menenangkan perasaannya dengan menarik dan melepaskan nafas secara teratur dan perlahan.

Kerana bosan dengan suasana yang agak beku itu, saya bangun dan meninggalkan datuk dan kawan-kawannya yang sedang berdepan dengan si baju hitam.

Saya berdiri di depan tingkap melihat beberapa ekor burung merbah jambul melompat di dahan jambu air dalam sinaran matahari pagi yang kian meninggi. Sengaja saya hulurkan muka keluar, agar angin pagi menyentuh kulit muka. Sayup-sayup saya terdengar kuang melalak di kaki bukit.

“Saya nak tanya sikit Tuk Siak….,” kerana datuk tidak meneruskan kat-katanya mendorong saya mengalih pandangan ke arahnya.

Kerana memikirkan ada perkara yang menarik bakal diturutkan oleh datuk, Haji Bagus dan Tuk Siak, memaksa saya bergabung dengan mereka semula.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-8-2014 02:43 AM From the mobile phone | Show all posts
156 -Misteri Senjata Lama

“Tanya apa?” Tuk Siak tatap wajah datuk.

Saya perkemaskan sila. Si baju hitam masih seperti tadi, masih memikir-mikirkan perkara yang sudah dilaluinya.

“Tuk Siak tahu, siapa yang punya lembing puaka tadi,” susul datuk.

Saya lihat kelopak mata Haji Bagus dan Tuk Siak pejam celik. Tetapi apa yang jelas di wajah Tuk Siak terpamer kesungguhannya menyorot masa slam.

“Aku tak ingat, Kamu bagaimana? Agaknya kamu tentu ingat tuan punya lembing tu,” Tuk Siak tatap muka Haji Bagus yang masih berkerut iu.

“Sekarang pergi ambil lembing itu semula, nama tuannya ada tertulis di situ,” Haji Bagus pun merenung semula ke arah bilik yang menyimpan senjata lama.


Mendengar kata-kata Haji Bagus itu, datuk segera menerpa ke arah bilik tersebut. Dan keluar dengan lembing puaka di tangan. Haji Bagus dan Tuk Siak nampak cemas sekali. Dengan hati-hati datuk meletakkan lembing puaka di atas lantai. Si baju hitam segera menjauhkan diri.

“Tak merbahaya?” Kata Tuk Siak.

“Dengan izin Allah, tak bahaya,” balas datuk.

“Namanya tertulis di situ, nanti aku baca,” Haji Bagus bergerak ke arah lembing puaka lalu tertinggung di situ. Dia membaca tulisan jawi yang terpahat kepada buluh kering.

“Tuan punya lembing tu, namanya Usman Ali Akhbar.”

“Agaknya pahlawan,”kata datuk.

“Iya,” angguk Haji Bagus.

“Habib Usman Ali Akhbar inilah yang memimpin orang-orang kampung menentang Belanda di Muara Jambi. Dengan lembing inilah dia membunuh beratus-ratus askar Belanda, dia tak lut peluru,” Tuk Siak mula meriwayatkan tentang manusia bernama Habib Usmal Ali Akhbar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2014 02:45 AM From the mobile phone | Show all posts
156 -Misteri Senjata Lama

“Malangnya, Habib Usman dikhianati oleh anak Jambi sendiri. Dia ditikam dengan ranting jambu batu yang ditajamkan bahagian hujungnya. Habib ditikam dari belakang semasa dia menambil wuduk untuk sembahyang zuhur di tepi sungai,” Tuk Siak menamatkan cerita dengan wajah yang sedih. Haji Bagus meraba hujung dagunya sambil menganggukkan kepala beberpa kali.

Apa yang diungkapkan Tuk Siak terbayang dalam kepala Haji Bagus. Walaupun dia tidak pernah bertempur melawan Belanda bersama Habib Usman Ali Akhbar tetapi, dia turut mengusung jenazah pahlawan itu ke tanah perkuburan.

“Kamu masa tu dah merantau,” Haji Bagus tepuk bahu datuk.

“Macam mana dengan nasib pembunuhnya?” Si baju hitam mul;a bersuara.

“Orang yang membunuhnya sempat melarikan diri dan dia mendapat perlindungan dari pemerintah Belanda di daerah ini. Si pengkhianat bangsa itu di bawa ke Jakarta dan dijadikan pengawal rumah Gabenor Belanda tapi, akhirnya dia mati juga dibunuh Belanda, “ sambung Tuk Siak, matanya tidak berkedip merenung muka datuk dan saya.

Selanjutnya Tuk Siak menyatakan semua senjata pahlawan yang gugur itu dikumpulkan di tanah lapang untuk ditanam. Tujuan berbuat demikian bagi mengelakkan senjata itu dirampas oleh pemerintah Belanda.

Sebuah lubang digali sedalam paras dada orang dewasa. Semua senjata itu dihumban ke dalam lubang. Semasa lubang itu mahu ditimbus, seorang tua (ayah kepada Tuk Siak) menghalang kerja-kerja itu diteruskan. Dia mengarahkan supaya senjata dalam lubang dikeluarkan kembali.

Sudah tentu arahan orang tua itu ditentang. Pihak yang mahu menanam senjata merasakan kerja mereka itu sia-sia belaka. Mereka menyalahkan orang tua itu kerana tidak memberitahu perkara tersebut lebih awal.

Akhirnya berlaku pertengkaran hebat. Malah ada yang menuduh orang tua itu tali barut Belanda. Sebagai orang tua yang sudah masak dengan asam garam kehidupan, suasana tegang itu dapat dikendurkannya. Senjata yang berada dalam lubang segera dikeluarkan.

Dengan nada suara yang lembut orang tua itu memberitahu, jika senjata itu ditanam akan membawa padah kepada tanaman kampung. Daun-daun pokok berguguran, dahan menjadi rapuh. Putik buah-buahan gugur. Buah pinang dan kelapa busuk di pokok. Padi di sawah tidak akan menjadi, tanah tempat senjata ditanam menjdai hitam. Begitulah bisa dan panasnya senjata pahlawan yang gugur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2014 02:47 AM From the mobile phone | Show all posts
156 -Misteri Senjata Lama

Setelah mengadakan perbincangan, keputusan yang diambil semua senjata pahlawan ang gugur ditempatkan di sebuah bilik khas dan dikunci. Dua orang dilantik untuk menerus kerja-kerja tersebut. Dan mereka tidak akan memberitahu sesiapa pun tempat mereka menyimpan senjata lama. Perkara itu menjadi rahsia mereka berdua saja.

“Siapa orang berdua tu, ?” tanya datuk tanpa sabar, sebaik Tuk Siak menamatkan ceritanya. Haji bagus dan Tuk Siak segera berpandangan.

“Siapa orangnya?” Si baju hitam terus berdiri untuk beberapa minit kemudian duduk kembali sambil menyandarkan badannya ke dinding.

“Orang berdua itu, aku dan Tuk Siak. Orang di kampung ini sampai sekarang tak tahu kerja itu kami yang buat. Mereka percaya senjata lama itu bergerak sendiri. Orang yang menjadi ‘kepala’ dalam hal ini , ayah Tuk Siak sendiri,” Haji Bagus membuka rahsia.

“Sudahlah tu kawan, usah panjangkan kisah ayah kita. Dia mati syahid kerana menentang Belanda,” sambil ketawa Tuk Siak menghalang hasrat Haji Bagus untuk menceritakan kehebatan dan kebolehan ayahnya kepada datuk.

“Saya setuju dengan Tuk Siak,” kata datuk.

Dan cerita tentang ayah Tuk Siak, mati di situ. Tetapi, hati kecil saya tetap berazam. Bila ada waktu terluang, saya akan memujuk Tuk Siak agar sudah menceritakan kisah diri ayanya kepada saya.

“Kamu tahu, susahnya menjaga senjata lama ni,” keluh Tuk Siak.

“Kenapa?” Biji mata datuk terbeliak.

“Setaip malam Selasa, terutama bila ak sampai waktu subuh, senjata lama yang ada dalam bilik tu berlaga sama sendiri, macam bunyi orang berperang. Kadang-kadang terdengar orang menjerit, meraung kesakitan,” Tuk Siak batuk kecil.

Secara mendadak saja saya terasa seram. Si baju hitam nampak macam biasa saja, yang nampak resah sedikit ialah Haji Bagus.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2014 02:49 AM From the mobile phone | Show all posts
156 -Misteri Senjata Lama

“Sekarang ni, perkara macam tu ada lagi,’ saya dan datuk tersentak. Diluar dugaan si baju hitam berani mengemukakan pertanyaan yang sedemikian. Kerana ada yang minat dengan ceritanya, Tuk Siak memperkemaskan silanya.

“Masa Belanda mula berambus dari Tanah jambi, bunyi suara orang menjerit dan meraung menjadi-jadi. Begitulah juga dengan bunyi senjata berlaga. Bagi mengelakkan perkara perkara yang tak baik terjadi, orang-orang kampung mengadakan pembacaan surah yasin, setiap malam selama setahun, akhirnya kejadian aneh itu hilang begitu saja. Cuma hari ini aku melihat kejadian pelik di depan mata aku, agaknya penunggu senjata lama marah kerana kita kacau dia,” Tuk Siak menamatkan ceritanya.

Semua yang mendengar termangu-mangu.

Berita yang dipaparkan oleh Tuk Siak itu membuat datuk termenung panjang. Datuk renung ke kiri dan kanan dan akhirnya menuju ke bilik senjata lama. Bilik yang penuh misteri itu direnungnya sambil telapak tangan kanannya memukul jenang pintu bilik berkali-kali.

Bila datuk menghentakkan kaki kirinya ke lantai, tiga kali berturut-turut, terdengar sesuatu yang aneh dari dalam bilik. Bila diamati, ternyata bunyi itu adalah bunyi keris yang dicabut lebih dari lima puluh bilah.

“Sekarang.”

Datuk bersuara dalam nada yang agak tingi. Semua biji mata tertumpu ke arahnya. Masing-masing berdebar menanti, apakah kata-kata selanjut yang bakal datuk katakan.

“Tuk Siak dan Abang Aji dah dengar bunyi ganjil tu,” sambung datuk.

Serentak Tuk Siak dan Haji Bagus anggukkan kepala. Datuk pun segera merapatkan daun pintu bilik dan terus di kunci. Dengan tenang datuk meninggalkan bilik rahsia. Dia datang kepada kami.

Si baju hitam yang tadi hanya duduk saja, kini sudah bangun. Sudah berani melangkah ke mana saja ang diingininya di ruang rumah.

Haji Bagus menuju ke tingkap, berfiri di ditu merenung ke arah bukit. Dia melihat helang terbang rendah, berlegar-legar di puncak bukit mencari tikus atau katak. Tuk Siak tak berubah dari tempat asal. Sedangkan datuk ke hulu ke hilir didepannya, gerak geri datuk itu membayangkan dia sedang berusaha menyelesaikan persoalan yang sedang dihadapinya. Datuk menuju ke tiang seri, berdiri di situ denganmenyandarkan bahu kanannya kepada tiang tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2014 02:50 AM From the mobile phone | Show all posts
156 -Misteri Senjata Lama

“Memang dah jadi perangai orang Melayu…” cetus datuk tiba-tiba, tetapi aneh sungguh perangainya. Dia tidak meneruskan kata-kata sebaliknya menoleh ke kiri dan ke kanan. Dahinya dikerutkan dan kening kanannya terangkat beberapa kali.

Dengan mengejut datuk bergegas ke pintu menhulurkan separuh badannya
keluar manakala sepasang matanya merenung ke dada langit. Dia melihat kepulan awan yang bergerak. Tentu saja perbuatannya itu menimbulkan seribu tanda-tanya dalam diri Haji bagus dan Tuk Siak.

“Apa yang kamu cari,” soal Haji Bagus. Datuk menjawap tetapi, melangkah kembali ke tiang seri dan bersandar seperti tadi.

Kali ini kakinya disilangkan. Kaki kiri menindih kaki kanan.

“Apa yang membimbangkan kamu,” susul Haji bagus lagi.

“Tak ada apa apa, sekadar beringat-ingat.”

“Tadi kamu bercakap sesuatu, kenapa cakap tu, tak kamu teruskan. Aku nak denganr buah butirnya.” Tuk Siak pula bersuara.

Kali ini datuk tidak boleh berdalih lagi. Dia harus melenyapkan rasa sangsi di hati Tuk Siak dan Haji Bagus. Seperti biasa datuk menghadapi situasi dengan tenang dan sabar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2014 03:58 AM | Show all posts
done
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2015 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Diceritakan oleh orang yg empunya cerita
Pada suatu malam sedang dia menunggu pelanggan teksinya , dia mengambil keputusan untuk baring sekejap di dalam teksinya ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2015 12:31 AM | Show all posts
dah macam baca novel...dah ada buku ke?

#kipidap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2015 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Belum ada ... cadangan mungkin ada ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2015 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan
Seketika dia pun terlelap ..
tapi tak lama kerana ada pergerakkan pada teksinya ...
Dia bingkas bangun ... memandang ke belakang tetapi tiada apa kelainan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2015 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia kemudian berbaring kembali ... dan pejamkan mata ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2015 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok ... kejadian berlaku di KLIA ..
Biasalah jp akan bebaris dengan teksi memasing menunggu giliran untuk mengangkut pelanggan yg turun dari pesawat untuk ke destinasi memasing dan dia adalah di giliran yg terakhir di hujung terowong.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2015 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekali lagi kejadian berlaku.. sepertinya ada orang yg membuka dan menutup bertubi tubi pintu belakang teksinya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2015 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia sekali lagi bingkas bangun dan terus meninggalkan kenderaannya mendapatkan beberapa jp yg sedang berbual rancak di hadapan yg beradavagak jauh darinya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2015 02:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Setelah mendapatkan mereka, dia langsung mengeluarkan kata kata agak keras dan menuduh mereka mengganggu rehatnya.
Tercengang mereka kerana serangan kata yg tetiba.Mereka menerangkan bahawa tiada siapa di antara mereka yg telah meninggalkan perbincangan rancak mereka sejak tadi ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2015 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia kemudian kembali ke tempatnya dan berbaring semula tetapi tidak setelahvdia melaraskan cermin pandang belakang kenderaannya; tertumpu kepada tuil pintu teksinya .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2015 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Agak lama dia merenung cermin tersebut sambil bersandar baring ... Matanya menjadi berat dan semakin berat tetapi tidak lama kemudian terjadi gegaran yg membuatkan dia tersedar dan memfokuskan pandangan kepada apa yang diniatkan tadi iaitu kepada cermin pandang belakang teksinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2015 02:58 PM | Show all posts
Apa yang dia nampak adalah .... tiada apa apa ..
Cumanya kelihatan pacu pintu bergerak keluar diikuti pintu terbuka sedikit dan kemudiannya ditutup kembali ..
begitulah berulang ulang kali dibahagian kanan sebelah belakang .... ( sepertinya mekanik testing pintu tu setelah diperbaiki ...

Kemudian ... perlakuan beralih di sebelah kiri pula ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2015 03:00 PM | Show all posts
Ini tak boleh jadi... dia terus lantas menghidupkan enjin teksinya dan memandu ke tengah tengah barisan di sebelah deretan teksi yang sedia ada dan keluar sambil mendapatkan rakan yang lain yang masih tidak sudah berbual...
Apabila dia dipandangi oleh meereka yang lain, dia hanya mengucapkan ayat yang pendek ...

" Aku kena kacau " ....

Sekian ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.051407 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list