yahooo btol.....balik karang masak telur bungkus laaa.....
Nurfa Post at 22-2-2010 04:28 PM
mcm mn nak buat..blh bagi resepi da ...
MeeSai Post at 23-2-2010 09:11
TELUR BUNGKUS ALA THAI
2 biji telur
100gm isi ayam @ daging ( dicincang)
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar ( dihiris nipis)
1 biji tomato ( dibelah 6 )
1 camb kacang peas
2 camb sas tomato
1 camb sos tiram
garam secukup rasa
daun ketumbar ( dipotong 1 inci )
Cara:
Telur dipukul dan digoreng dadar. Ketepikan.
Tumis bawang putih sehingga kekuningan kemudian masukkan isi ayam @ daging.
Setelah masak masukkan sos tomato,sos tiram, garam,bawang besar masak sehingga bawang layu. Masukkan tomato dan kacang peas , masak sebentar kemudian angkat dan diletakkan ke atas telur dadar.Letakkan daun ketumbar dan bungkus telur berbentuk empatsegi.Sedia dihidang.
Cadangan Hidangan:
Sesuai dihidangkan bersama tomyam
a.Nama kuih?
b.Tepek resipinya.
c.Tepek 1 lagi picnya.
{:1_144:}{:1_144:}{:1_144:}---------------- ...
masarju Post at 23-2-2010 11:49
a............nekbat
b........
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus tepung beras
12 biji telur ayam
500 gm gula
5 helai daun pandan
CARA MENYEDIAKAN:
1. Tepung beras disangai dengan api sederhana hingga kering. Biarkan ia sejuk.
2. Telur dipukul hingga kembang dan berbuih.
3. Panaskan acuan dan sapukan acuan dengan minyak kemudian taburkan tepung ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit.
4.Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar hingga kuning.
5. Untuk siranya, masukkan dua gelas air dan sepuluh sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih masukkan daun pandan kemudian masukkan 10 biji nekbat.