|
mintak dijauhkan la, langgar binatang. kesian. hari tu nampak anak kucing menggeletek tengah jalan, baru lepas kena langgar kot. silap jugak tak berhenti. tapi kalau berhenti karang, mesti orang kata madu yang langgar.
|
|
|
|
|
|
|
|
kat sana tu, makan macam tu je nanas tu? atau ada letak kicap ke..
|
|
|
|
|
|
|
|
okay N. terima kasih untuk cadangan N ...
|
|
|
|
|
|
|
|
nampak dah hantar dah tu. madu pun hari ni fokus sikit menilik.. dari siang tadi.
|
|
|
|
|
|
|
|
cutenya. hahaha.. nasib baik dulu-dulu masa takde basikal camni. feminin giler. dulu masa kecik basikal madu warna merah.
|
|
|
|
|
|
|
|
biasa kalo tebal sgt power nya..
biasa nya di sarankan pakai lens.. macam N.. berapa power spec mata? tak sama kan mata kiri dan kanan?
|
|
|
|
|
|
|
|
perak kat area mana tu... selamat balik kampung. bestnya makan nasi minyak.. dengan daging masak hitam...
|
|
|
|
|
|
|
|
menarik jugak beg fesyen beg gini, elle.
|
|
|
|
|
|
|
|
Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W.
Israk Mikraj
Israk Mikraj adalah satu peristiwa besar dalam sejarah hidup Rasululah dan dalam sejarah umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj ini didahului dengan beberapa peristiwa yang mendukacitakan Rasulullah saw. Antaranya kematian bapa saudara Baginda, Abu Talib dan kewafatan isteri Baginda yang tercinta iaitu Saiyidatina Khadijah rha. Begitu juga peristiwa penolakan kaum Taif terhadap dakwah Baginda saw. Maka peristiwa Israk dan Mikraj ini dirumuskan sebagai kemuliaan dan hiburan istimewa dari Allah swt kepada kekasih-Nya.
Ringkasan peristiwa Israk dan Mikraj
Sebelum Israk dan Mikraj
Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda SAW dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil-Aqsa)
Sepanjang perjalanan (Israk) itu, Rasulullah SAW diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak 2 rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
-- Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
-- Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.
-- Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|