CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bianglala

•• Floria •• V14

 Close [Copy link]
 Author| Post time 16-5-2015 10:18 AM | Show all posts
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.

Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut:

1) Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang2. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2) Tempat yang berbau harum. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).  

3) Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).

4) Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail: Itulah orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5) Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.

6) Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

7) Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8) Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali2. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9) Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10) Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

11) Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai hiasan. Rasulullah tidak mempedulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12) Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia2kan umurnya sampai ke tua.

13) Seorang perempuan bongkok 3 menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.


Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian Baginda masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat 2 rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah SAW terasa dahaga lalu dibawa Jibrail 2 bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah SAW memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2015 10:22 AM | Show all posts
Semasa Mikraj (Naik ke Hadratul-Qudus Menemui Allah SWT)

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang2 yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.

Langit Ke-3: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris AS.

Langit Kelima:
Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi2. Seterusnya dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu La Haula Wala Quwwata Illa Billah. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah 5 kalimah, iaitu Subhanallah, Wal-Hamdulillah, Wa La Ilaha Illallah Allahu Akbar dan Wa La Haula  Wa La Quwwata Illa Billahil - 'Aliyyil-'Azhim. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga"

Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur terletak betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi pemata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tidak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta Malik penunggunya.

Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Baginda dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur' Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2015 10:25 AM | Show all posts
Allah SWT: Ya Muhammad.

Rasulullah: Labbaika.

Allah SWT: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah:
Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata2 dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah SWT:
Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik2 umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan 7 ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat2 di akhir surah al-Baqarah sebagai satu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji2 Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji2mu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu 50 (waktu) sembahyang.


Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian Nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas 9 kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula. Seterusnya Baginda turun ke Baitul-Maqdis lalu menunggang Buraq ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira2 18 bulan sebelum hijrah).

Wallahu'alam.
.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2015 10:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2015 10:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2015 10:51 AM | Show all posts










Volcanic black sand beach in Amed, Bali. The most gorgeously surreal beach I’ve ever seen. Makes you feel like you’re walking on the ashes and bones of ancient earth. (X)

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-5-2015 10:58 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2015 04:21 PM | Show all posts
bianglala replied at 13-5-2015 10:01 PM
sama-sama johorean.. senang balik kampung, satu selera...

senang nk blk raya kan

citer raya ni
baju dah siap tempah lum?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2015 04:24 PM | Show all posts
bianglala replied at 13-5-2015 10:02 PM
betul la. terlebih tido letih.. atau berpanas.. terasa letih juga.

sedapnya makan burger... bu ...

hari ni rasa letih la...
cuaca xlah panas terik tp bahang kemain

beger naik harga ek...
nk mkn pejam mata je la

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2015 05:03 PM | Show all posts
anniez08 replied at 15-5-2015 01:32 PM
cite korea pe lagi yg tari tgk selain cite tu?..

setakat ni citer kuria tu je yg tari tgk
maleh nk tgk yg lain, kang melekat terus...
bahaya wooo

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2015 05:06 PM | Show all posts
anniez08 replied at 15-5-2015 01:34 PM
uish.. best nya nk gi tokyo..
n tingin nk gi korea.. sb ritu tgk gmbar kawan opis n g ...

haha...dah biasa jln

bila tgk tmpat cantik pasti teringin kan...
bila n nk pi korea, tahun ni ke tahun depan


Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2015 05:07 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2015 05:24 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2015 10:35 PM | Show all posts
bianglala replied at 16-5-2015 04:24 AM
mintak dijauhkan la, langgar binatang. kesian. hari tu nampak anak kucing menggeletek tengah jalan ...

mmg kan. n pown minta di jauhkan dari melanggar binatang dan ape je la makluk yg bernyawa ni..
kesian tgk..tp kalo n pown n x turun amek.. sb n ngeri tgk binatang yg da berdarah camtu.

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2015 10:38 PM | Show all posts
bianglala replied at 16-5-2015 04:25 AM
kat sana tu, makan macam tu je nanas tu? atau ada letak kicap ke..

mkn camtu je.. xde letak kicap pown..
tp sb nenas dia mmg manis.. okay je mkn camtu..

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2015 10:52 PM | Show all posts
bianglala replied at 16-5-2015 04:26 AM
okay N. terima kasih untuk cadangan N ...

n pown patut wat camtu ritu.. tp masa tu n x tau..

madu.. td gi sedara kawen kat sini...



sempat amek mesin getah kowt ni tadi..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2015 10:53 PM | Show all posts
bianglala replied at 16-5-2015 04:26 AM
nampak dah hantar dah tu. madu pun hari ni fokus sikit menilik.. dari siang tadi.

n rasa n byk salah.. sb smlm n takut xsempat..
n buat gak sampai kul 1 pagi.. mata pown berpinau2 da masa tu..

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2015 11:02 PM | Show all posts
bianglala replied at 16-5-2015 04:30 AM
cutenya. hahaha.. nasib baik dulu-dulu masa takde basikal camni.  feminin giler. dulu masa k ...

hehe.. dulu2 kita berbeskal tayar 3 kat belakang kan?..
comey je bila mengayuh beskal tu..



Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2015 11:03 PM | Show all posts
bianglala replied at 16-5-2015 04:33 AM
macam N.. berapa power spec mata? tak sama kan mata kiri dan kanan?

a'ah.. x sama kiri dan kanan..
power sebelah 200.. sebelah lagik 300..

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2015 11:04 PM | Show all posts
bianglala replied at 16-5-2015 04:34 AM
perak kat area mana tu... selamat balik kampung. bestnya makan nasi minyak.. dengan daging masak h ...

dia buat kat dewan banguna risda..
tp xde daging masak hitam pown..
kalo ada tentu sedap..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.120331 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list