|
[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)
[Copy link]
|
|
macam citer back to the future lakonan Michael j fox.
tertunggu2 sambungannya |
|
|
|
|
|
|
|
Argggh,,,... penantian suatu penyiksaan ...kekeke... sehari 4-5 kali aku check.... |
|
|
|
|
|
|
|
belum ada sambungan...
tak jadi nak sr tahun ni...tertunggu2 citer dam
|
|
|
|
|
|
|
|
Hotel Heritage tu masih open business ke sekarang?
Baca review kat web booking hotel, ramai foreigner suka/kagum ngan senibina hotel tu tapi sayang servis/keadaan hotel teruk/bising bunyi keretapi sampai kena tutup pastu buka semula. Sekarang x taula.
Ada gak baca kata tingkat 4 hotel heritage tu seram. Entahla... |
|
|
|
|
|
|
|
why bang dammm..but i respect ur decision. u such a good writer.. i enjoyed ur stories very much.. hope this is not a good bye for u and me ( writer and reader) hope bang damm berjaya dgn apa yg bang damm buat.. cewahhh.. tapi aku masih sedih ni bang dam dh angkat bendera putih..sobb
p/s: jgn penah benti menulis..
|
|
|
|
|
|
|
|
WOW.. always teringin nak go back to the 60's era |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dammerung at 3-1-2017 06:29 PM
Kuala Lumpur, Kuala Lumpur - Bahagian II
Kata Mike masa itu dia fikir macam kena Punk'd oleh, tak tahu siapa. Mungkin dia jadi mangsa rakaman rancangan baru prank yang waktu itu tengah hangat dengan DJ-DJ radio buat panggilan prank jadi tak mustahil benda mengarut itu dah melarat jadi siri TV pula. Macam-macam lah dalam kepala otaknya.
"Tuan?" Pertanyaan Sudin mengejut Mike dari lamunan.
"Kenape Sudin?"
"Saye tanya tuan banyak kali tadi, tuan mau kemanaa?"
"Oh..okey, bawa saya ke Bangsar" Mike hanya terfikir mahu pulang ke rumah sahaja saat itu.
"Baik Tuan" Kereta memasuki jalan raya. Di kala meninggalkan stesen keretapi, sempat dia melihat papan tanda putih di kaki jalan tertera nama 'Victory Avenue'.
Mercedes mengelilingi bulatan kecil dan matanya terpaku pada tugu batu di tengah bulatan tersebut. Kelihatan sangat familiar tapi tak dapat ingat dari mana dia pernah tengok tugu itu. Mereka melewati semula bangunan ibu pejabat kereta api Persekutuan Malaysia. Persekitaran kawasan itu dipenuhi dengan pohon-pohon rendang dengan pokok-pokok renek terjaga kemas memenuhi bahu-bahu jalan dan laluan pejalan kaki. Kata Mike, dia tergamam melihat keindahan landskap yang boleh dikatakan hampir pupus di KL sekarang.
Sebuah lagi bulatan terdapat di hujung jalan. Pokok Jati yang mungkin baru berumur beberapa tahun tertanam di tengah bulatan dan kalau ikut apa yang boleh diingat, sepatutnya ada lampu trafik di kawasan bulatan tersebut. Bangunan putih dengan papan tanda 'Government Printing Office' tersergam depan bulatan dan Sudin keliling bulatan dan keluar ke simpang ketiga. Mike melihat ramai orang terbongkok-bongkok badan menoreh batang-batang pokok di sepanjang estet getah merangkumi kedua-dua belah jalan.
Sudin memacu Mercedesnya memasuki perkarangan kompleks bangunan terletak di atas bukit dan berhenti di bawah gerbang apa kelihatan seperti pintu masuk utama.
"Eh Sudin kita kat mana ni?" Tanya Mike terpinga-pinga.
"Tadi Tuan bilang mau ke hospital"
"Hospital?" Mike semakin keliru. Dia yakin cakap 'Bangsar' tadi, mana pula datangnya hospital?
"Sudin, tadi saya cakap pergi Bangsar kan?"
"Iya Tuan, ini kita sudah sampai?"
"Kita kat mana ni?"
"Hospital lah tuan mana lagi" Suara Sudin agak tinggi. Mungkin dia bengang dengan pertanyaan dan ketidakpastian Mike tentang hala tujuannya. Menyedari nada marah dalam suara Sudin lagilah Mike naik angin.
"Sudin. Ko dah nyanyuk ke? Bangsar dengan hospital sama ke bunyinya?" Perli Mike membuatkan Sudin sentap sampai berputar badan pakcik itu ke belakang.
"Tuan, kita sekarang di estet Bunge-Grisar. Orang mau datang sini sebab mau menoreh getah, atau ke hospital orang putih ini atau tuan mau ke Malayan Film Unit di hujung jalan sana?"
Termangu Mike dengar penjelasan Sudin. Jururawat berketurunan Cina seperti menunggu di pintu masuk sambil melihat ke arah Mike.
"Tuan?" Tanya Sudin meminta kepastian.
"Tak apalah Sudin, tolong bawa saya ke Kuala Lumpur semula".
Sudin melambai tangan ke arah jururawat dan berlalu meninggalkan perkarangan hospital. Mereka menyusuri jalan berturap yang diapit pokok-pokok getah tertanam secara sistematik sebaris demi sebaris. Penoreh-penoreh berketurunan India berselerakan sibuk mengeluarkan susu getah untuk dijadikan getah sekerap.
Kata Mike waktu ini otaknya sudah tak mampu nak memproses rasional dan logikaliti situasi yang sedang dihadapinya.
"Kemana tuan?" Tanya Sudin.
Mike tidak menjawab dan hanya melihat lelaki mungkin sebaya ayahnya yang sedang memandu itu. Dia mula sedar akan sesuatu.
"Sudin?"
"Iya tuan?"
"Siapa suruh ambil saya di stesyen tadi?"
"Itu tuan mandur di office besar" Jawapan Sudin memberi idea kepada Mike. Jika 'Tuan Mandur' boleh menyediakan kenderaan kepadanya bermakna orang yang mengarahkan Sudin ini pasti ada jawapan tentang dunia surreal ini. Mike menerpa ke ruangan antara tempat duduk hadapan.
"Sudin. Bawa saya ke office besar"
"Baik Tuan" Sudin meningkat kelajuan Mercedes merentasi estet getah menuju ke ibukota.
Kata Mike deretan kedai Cina di sepanjang jalan mengingatkannya pada kampung halaman di Muar. Kereta-kereta klasik berlampu bulat banyak di jalanan. Wanita-wanita berkebaya dengan stail rambut tebuan mundar-mandir di laluan kaki lima depan deretan kedai. Kali terakhir dia lihat stail rambut dan fesyen begitu ialah dalam filem-filem P.Ramlee.
Mike masih tak dapat menerima yang dia dah kembali ke tahun 1964 kerana secara teknikalnya ia adalah mustahil jadi satu-satu penjelasan logik yang boleh difikirkan adalah semua ini satu gurauan berskala besar. Dia menunggu krew TV berlari ke arahnya dengan mengatakan dia telah di prank dengan menunjuk ke arah kamera-kamera tersembunyi sambil ketawa besar. Apa-apa pun siapa yang bertanggungjawab cepat lah menunjukkan diri kerana dia dah nak menangis dah ni.
Hari semakin tinggi dan bahang tengahari membuatkan baju putih yang dipakainya basah kuyup.
"Ohh ini motokar belum pasang karen ais Tuan" Kata Sudin apabila Mike minta dihidupkan penghawa dingin, malah untuk menerangkan tentang A/C pun dekat 10 minit.
Apa yang mampu dibuat adalah memutar engkol tingkap untuk membenarkan angin masuk. Kipas angin mini di dashboard hanya menghembus bahang.
Kalau benarlah dia kembali ke tahun 1964 di Kuala Lumpur, keadaan ibukota pada zaman 60an seperti pekan-pekan kecil yang biasa kita lihat di Malaysia dengan deretan kedai kaki lima tepi jalan. Sampah-sarap yang biasa kita lihat di sepanjang jalan tak wujud pada zaman itu, mungkin kerana plastik dan polisterin masih belum tercipta.
Anggota polis trafik berseluar pendek khaki dan bertopi pula berdiri dalam kandang bulat tengah simpang mengawal trafik dengan tiupan wisel. Mike masih ingat kegigihan anggota polis memberi isyarat trafik dengan baju uniform basah kuyup di tengah panas buta.
Kereta meninggalkan kesibukan kota dan kembali melalui jalan sunyi. Kalau tadi kesunyian disebabkan berada dalam estet ladang getah tapi kini memang betul-betul dalam hutan.
Sudin mengemudi Mercedes memasuki satu simpang menaiki bukit. Rumah-rumah banglo kelihatan jarang-jarang di antara hutan-hutan tepi jalan. Mereka memasuki perkarangan sebuah rumah banglo dua tingkat. Kata Mike, tingkat bawah diperbuat dari batu dan tingkat atas pakai papan. Rumah tersebut di cat warna putih dan warna biru di cat secara minimalis di tiang-tiang, bingkai tingkap dan juga tulang bumbung.
Terdapat pagar dawai mengelilingi kawasan rumah banglo itu dan di pintu pagar terdapat satu simbol seolah dua V terbalik atas dan bawah.
Sudin berhenti depan tangga batu depan rumah untuk menurunkan Mike sebelum memandu Mercedes masuk ke garaj terletak di sebelah banglo. Kedatangan Mike disambut seorang lelaki Melayu muda yang tak habis-habis tersenyum melihatnya.
"Selamat datang Encik Mikael Hafstrom (bukan nama sebenar)" Terpinga-pinga Mike apabila nama penuhnya disebut lelaki itu. Tanpa mengenalkan diri lelaki itu memegang bahu Mike dan membawa masuk ke dalam.
"Encik Mikael mesti laparkan?" Tanya lelaki misteri itu.
"Ahh ye ye" Masa itu jugalah terasa perut kosong. Kata Mike seluar dah ketat gila masa itu sebab perut kembung masuk angin.
Ruang tamu yang luas dihias ringkas dengan beberapa perabot rotan dan kayu. Sebuah meja bulat dengan terhidang lauk dan nasi amat-amat menyelerakan.
Seorang wanita Melayu berpakaian kebaya mempersilakan Mike duduk siap nasi disendukkan.
"Encik mau air puteh atau Stout?" Mike masih ingat pertanyaan lelaki itu. Belum sempat dia nak bertanya, itu dia, sebotol Guinness Stout besar gedabak di letak atas meja. Buih sampai tumpah keluar bila di tuang ke dalam gelas tinggi.
"Air putih je. Takpe hehe" Kata Mike malu-malu.
"Masih awal buat encik ya?" Tanya lelaki itu sambil ketawa. Bir dari gelas diteguk sehingga tinggal separuh.
Kata Mike dia tak kira dah masa itu. Tahun 1964 ke, 1994 ke 2004 ke yang penting dia dah kebulur dan melahap tak ingat dunia punya.
Lelaki yang masih tak diketahui nama itu tidak menyertai Mike, cuma giat hisap rokok sambil tonggang bir.
Selesai makan, Mike di persila beristirehat. Sekotak rokok berjenama Diplomat di hulur ke arah Mike. Tanpa segan-silu di ambil sebatang dan dinyalakan oleh lelaki tersebut.
"Hari ini ramai ke rumah Tunku mahu lihat Bob Kennedy. Tinggal saya sama Aton sahaja"
Mike angguk sahajalah. Dia masih tak tahu nak kata apa.
"Macam mana Encik Mikael? Suka dengan tahun 1964?" Mike terbatuk-batuk sampai tercampak rokok mendengar kata-kata lelaki di hadapannya.
"Okay. Hari ini saye tak tahu apa yang dah jadi dan saya berhak tahu" Kata Mike serius.
"Atooooonnn" Wanita muda yang menghidang makanan tadi datang ke ruang tamu membawa fail berwarna hitam.
"Encik Mikael. Saye akan bertanya beberapa soalan dan encik cuma perlu jawab ya atau tak sahaja"
Kata Mike soalan tu bukannya 'beberapa' tapi 'beberapa ratus'. Banyak gila sampai tak teringat butirannya. Antara soalan yang dia masih ingat adalah;
"Adakah encik rasa sedang bermimpi?"
"Adakah persekitaran terasa nyata?"
"Adakah encik datang dari masa depan?"
Lelaki itu mencatat sesuatu setiap kali Mike memberikan jawapan. Ada masa Mike bengang juga sampai tanya "Banyak lagi ke encik?" tapi tak dijawab, cuma tersenyum sahaja. Mengenangkan dia pun tak tahu dimana, baiklah dia sabar sahaja.
Lebih kurang tiga jam kemudian, fail tersebut ditutup dan lelaki itu bertanya sekiranya Mike ada apa-apa pertanyaan.
"Ye. Saye nak balik" Kata Mike.
"Takda siapa halang encik mahu pulang" Kata lelaki itu sambil ketawa tak habis-habis. Tak tahulah apa benda yang kelakar sangat.
"Saye tak nak cakap banyaklah. Saye nak balik dan awak tahu apa saye maksudkan" Ketegasan kata-kata Mike menghentikan ketawa lelaki itu.
"Kami akan pulangkan encik sebaik encik kembali ke hotel dan tidur. Bangun tidur besok encik akan kembali"
Kata Mike dia tak nak tanya lebih-lebih walaupun dalam kepala pelbagai soalan mahu dilontarkan tapi dia tak nak ambil risiko. Ini dibagi 'pulang' pun dah cukup bagus.
"Sudin akan jadi drebar untuk satu hari ni. Bila encik dah puas, boleh minta Sudin hantar pulang"
Lelaki itu kemudiannya membongkok seperti mahu memberitahu rahsia kepada Mike.
"Saye nasihatkan encik gunalah peluang berada di dunia ini sebaik-baiknya, bukan semua beruntung macam encik"
Lelaki itu berdiri seolah menyatakan bahawa 'sesi' mereka sudah tamat. Mike diiring ke luar rumah dimana Sudin dah siap menunggu.
Sebelum beransur, lelaki itu pegang bahu Mike dan mengulang nasihat supaya menggunakan 'peluang' sebaik-baiknya. Mike kata dia siap gurau cakap "Saye takde uang encik"
"Betul ke?" Kata lelaki itu dalam nada sinis.
Mereka bersalaman dan Mike masuk ke dalam perut Mercedes. Dia meraba kocek belakang dan mengeluarkan dompet hitam. Bila dah pegang baru perasan dompet tebal semacam. Buka je, berkepuk wang kertas tertera "Sa-ribu Ringgit".
"Kemana kita Encik?" Tanya Sudin.
"Sudin. Bawa saya ke tempat paling bagus di sini" Kata Mike sambil mengenggam dompet. Dia tersenyum sendirian.
(Bersambung)
|
|
|
|
|
|
|
|
Misteri tp sgt2 seronok klau blh lalui. Tbyg2 crite p ramlee ble bace. |
|
|
|
|
|
|
|
Omg thank you dammmm!!!
Dem, waiting for the next episode!! Best neh! |
|
|
|
|
|
|
|
Lega rasanya dah dpt baca bahagian ke-2.... masih menanti yg ketiga pula.... urrrgghhh... mcm kena ganja la kau punya cerita2 ni Damm... hahahahaha...
kena letak warning pada page pertama tu "Awas. Cerita2 ini amat membuat anda ketagih lagi kpd kisah2 seterusnya. Highly addicted." |
|
|
|
|
|
|
|
OMG! Damm is back |
|
|
|
|
|
|
|
Wahh........... best nye.....damm da cerita blk.........
Lagi...lagi....lagi....
Terima kasih damm...sbb memahami hati nurani kami......hehe |
|
|
|
|
|
|
|
makna Dam tak stop dr menulis lah yer,
|
|
|
|
|
|
|
|
Bahagian III plz.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dammerung at 4-1-2017 10:18 PM
Kuala Lumpur, Kuala Lumpur - Bahagian Akhir
"Kau pernah tengok pokok kelapa kat tengah KL?" Tanya Mike pada aku.
Aku balas dengan huruf 'x'.
"Aku pun tapi masa Sudin bawak pergi tempat alah ni, banyak gile pokok kelapa"
Tempat yang dimaksudkan Mike ialah Bukit Bintang. Dia teruja dan terasa lucu melihat Bukit Bintang asalnya kawasan perkampungan dipenuhi pokok kelapa. Mereka masuk ke pekan Bukit Bintang, iya 'pekan Bukit Bintang' dimana terdapat deretan rumah kedai Cina di sepanjang simpang empat. Kata Mike dari apa yang dilihat, Bukit Bintang dah jadi tempat berjimba sejak zaman dulu lagi.
Dalam pekan kecil itu ada dua pawagam, Cathay dan Majestic manakala bar dan pub memenuhi deretan kedai. Dari hematnya, Bukit Bintang memang jelas dimiliki kaum Cina kerana apa yang dia dapat lihat diluar tingkap kereta, kalau tak orang Cina mesti premis perniagaan milik Cina.
"Mana pergi orang Melayu Sudin?" Tanya Mike apabila dia mula merasakan macam dah dekat Hong Kong dengan papan tanda bertulisan Cina berjejeran di dinding dan tiang deretan kedai.
"Orang Melayu tak ramai datang sini tuan" Jawab Sudin.
Sudin berhenti depan sebuah kedai dan berlari ke arah pintu belakang untuk membukakan pintu untuk Mike. Kata Mike sebaik dia berdiri, sekumpulan wanita Cina seksi bermekap dan berambut tebal menyambutnya.
"Mari tuan, mari tuan" Kata amoi-amoi mulus itu.
'Whatever happens in 1964, stays in 1964' Kata Mike dalam hati. Lagipun dia sendiri tak yakin yang semua ini ada realiti. Jadi apa salahnya berfoya-foya, besok dia dah 'balik' ke dunia sebenar!
Ada empat amoi yang dirasakan mungkin generasi pertama GRO. Pelik juga baru pukul 5 petang dah mula kerja, bukan GRO kerja malam ke? Anyway, lantak lah. Dalam kehidupan sebenar, Mike tak pernah merasa pun nak ada girlfriend, apatah lagi dibelai oleh gadis-gadis seksi. Empat orang pula tu.
Mula-mula semua cakap broken Malay dengan pelat Cina tebal. Tapi bila Mike mula berbicara dalam bahasa Inggeris, makin rancaklah mereka melayan Mike. Lagi-lagi bila dia mengeluarkan nota seribu ringgit, apa nak menjerit semua. Kata Sudin yang turut serta mengelus amoi-amoi, harga Mercedes tuannya yang dibawa itu sekitar 5 ribu ringgit jadi bayangkanlah betapa besarnya nilai seribu ringgit pada tahun 1964.
Kali ini dengan mamasan pun keluar sekali melayan Mike dan Sudin. Kata Mike itulah kali pertama dia teguk segala jenis alkohol. Dari bir, ke vodka, whisky dan bermacam-macam lagi sampai termuntah-muntah. Menurut kata Mike, Sudin memberitahunya, dia mungkin orang pertama dalam Kuala Lumpur yang berjaya memulakan parti bogel seawal pukul 6 petang.
Lebih kurang waktu senja, Sudin memapah Mike yang dah mabuk kepayang keluar dari pub. Mike dibaringkan ke tempat duduk belakang.
"Tuan, tuan" Panggil Sudin kepada Mike antara sedar tak sedar.
"Jangan tidur dulu, ada lagi tempat kita mau pergi" Kata Sudin dengan penuh teruja. Iyalah, ada orang sponsor berjimba, mau dia tak happy.
Mike paksa dirinya bangun. Kepala terasa berat macam nak demam. Apa-apapun betul kata Sudin. Dia kena menggunakan peluang ini sebaik-baiknya. Terasa menyesal pula pergi all-out sebentar tadi. Tapi tak mengapa, dia masih ada kudrat.
Sudin berhenti di sebuah kedai kopi Cina berdekatan dan memesan kopi hitam pekat dan telur ayam. Kata Sudin 'ini obat mujarab untuk hilang mabok'. Nak enjoy punya pasal, Mike ikut teguk one-shot secawan kopi dan terus pecahkan telur terus ke dalam mulut. Dia tak pasti samada betul-betul berkesan atau cuma placebo effect, adalah rasa okay sikit lepas itu.
Kuala Lumpur masih belum mencapai taraf bandaraya pada era 60an dan boleh dilihat apabila matahari mula terbenam. Lampu-lampu jalan menerangi jalan yang lengang. Bangunan-bangunan pejabat gelap dan kedai-kedai Cina mula merapatkan pintu besi masing-masing.
Kata Mike, satu-satu tempat di KL yang terang-benderang waktu itu ialah Bukit Bintang. Mereka singgah di salah satu premis yang pada mulanya diingatkan restoran. Secara teknikalnya memang restoran tapi bila jam menunjukkan pukul 9 malam, ia bertukar jadi kelab malam.
Walaupun Mike tak pernah masuk disko/club tapi dia tahulah macam mana keadaan dalam club. Tapi nightlife tahun 60an memang lain dari zaman sekarang, para clubbers lebih 'sopan'.
Untuk makan malam Mike melantak steak apabendatah. Sementara tengah menjamu makan malam, para pengunjung dihiburkan dengan nyanyian opera, pertunjukan silap mata dan juga lawak jenaka macam stand-up comedy. Seperti biasa, majoriti pengunjung adalah berketurunan Cina dan adalah mat salleh sekumpulan dua. Boleh dikatakan Mike dan Sudin sahaja orang Melayu.
Sekitar pukul 8:45 malam, sekumpulan lelaki berpakaian jaket suit bergemerlapan siap dengan spek hitam dan rambut remos berkilat naik atas rostrum. Mereka menghidupkan alat muzik masing-masing dan bila lagu dimainkan, semua mula berdiri terkinja-kinja menari.
Sudin memang betul-betul eksploit Mike untuk enjoy sepuas-puasnya. Entah dengan siapa lah dia 'dansing'. Mike hanya duduk di kerusi menyaksikan aktiviti disekelilingnya. Lagu-lagu pop Cina didendang satu persatu oleh kugiran dengan penuh semangat. Kata Mike, bayangkanlah dalam panas-panas itu semua selamba berjoget dengan baju sequin, heavily sprayed hair dan paling tak boleh blah, pakai spek hitam dalam kelab waktu malam. Ha ha.
Lebih kurang sejam, pengunjung bertepuk tangan tanda persembahan kugiran dah selesai. Mike hairan apabila masing-masing mula beransur meninggalkan kelab sambil meletakkan duit atas meja.
"Kelab sudah mau tutup tuan" Kata Sudin dengan muka berkilat dan baju basah kuyup dek peluh.
Kali ini kata Mike dia tak boleh tahan gelak dah. Disko jenis apa pukul 10 malam dah tutup? Mike bagi baki dari nota seribu yang masih banyak pada Sudin untuk menguruskan pembayaran makan malam mereka.
Mike tunggu di luar kelab sementara Sudin mengambil kereta. Dia mendongak ke atas, menghirup udara KL yang masih segar. Di kala dia melihat bintang-bintang di langit, Mike merasakan, Kuala Lumpur tahun 1964 takdalah teruk sangat, malah lebih 'menyeronokkan' dari zaman dari mana dia berasal.
Tahun itu ayah dan mak baru berusia 14 tahun dan nun jauh di Muar. Setahu dia memang takda ahli keluarga atau sanak saudara yang menetap di KL pada tahun 60an. Kalau tak teringin juga dia nak jumpa. Mercedes putih berhenti di depan.
"Sudin, mana lagi tempat kita boleh pergi?" Tanya Mike. Dia tak mahu malam itu berakhir.
"Sudah tak ada tuan, tapi kalau tuan mau itu di Carcosa masih ada acara tapi untuk orang-orang putih sahaja"
"Orang Melayu tak boleh masuk ke?"
"Ada tapi untuk orang bangsawan"
"Sudin. Aku nak pergi Carcosa" Kata Mike dengan yakin. Kalau dalam kehidupan sebenar memang takdalah dia nak gung-ho macam itu. Pergi open house classmate pun dia segan, inikan nak gatecrash parti mat salleh.
"Baik tuan"
Mereka melewati kawasan tasik dan taman yang kelihatan cantik walaupun dalam kegelapan malam. Jalan kecil diapit hutan rimba membawa mereka ke sebuah banglo atas bukit. Penjaga keselamatan menahan kereta tapi membenarkan mereka masuk selepas Sudin menunjukkan surat yang diambil dari compartment dashboard.
Mike tak tahu bagaimana dan surat apa begitu berkuasa sampai membenarkan mereka memasuki kawasan yang ketika itu dimiliki oleh kerajaan British.
"Saya tak masuk tuan. Tunggu di luar sahaja" Jelas Sudin dari dalam kereta apabila Mike bertanya kenapa tak ikut sekali.
Pada mulanya teragak-agak juga nak masuk, tapi mungkin kesan alkohol masih berlarutan, perasaan malu terbenam oleh perasaan ingin tahu. Sebaik dia masuk ke lobi, seperti biasa dia seorang sahaja orang Melayu dalam lautan mat salleh. Mike kata dia buat bodoh je dan menonong masuk macam dia berhak berada disitu.
Tak tahu kenapa, mat salleh-mat salleh seperti tak kisah dia mundar-mandir di lobi. Tiada siapa tanya malah pelayan-pelayan berketurunan India pun lebih sibuk melayan tetamu.
Selamba tak selamba pun kata Mike, naik juga segan tu bila macam terbodoh-bodoh kat situ.
"Hello?" Suara wanita menegur Mike dari belakang.
Di belakang seorang gadis mat salleh yang tersangat ayu berumur mungkin sekitar 17 - 18 tahun berambut hitam dan memakai dress melihat Mike dengan dahi berkerut.
"Who are you?" Tanyanya lagi.
"Mika..Michael"
"I don't know you and you don't belong here" Kata gadis cantik itu dengan tegas.
". Please help yourself out and I will make sure you'll not stealing any bottles" Seorang lelaki India, mungkin pembantu rumah siap dengan uniform berdiri di sebelah gadis itu.
Mike malas nak berdrama jadi dia pun angguk dan cakap "Thank you and fuck your party" sebelum beredar. Sempat dijatuhkan salah satu pasu pecah berderai sebelum terkekek-kekek bergegas masuk ke dalam Mercedes.
Sudin disuruh berhenti berdekatan tasik yang berkilau disinari cahaya bulan. Mike keluar melepak tepi tasik menikmati keindahan malam. Dia masih tak puas dan terkilan baru nak layan kehidupan zaman silam tapi tempoh dah nak berakhir. Sudin sampai naik tension tengok Mike boleh pula melepak sebab dia nak balik rumah.
Setelah dirayu beberapa kali, Mike dengan berat hati beralah untuk dihantar pulang ke hotel. Sepanjang perjalanan, baru dia boleh menghargai keindahan Kuala Lumpur yang masih tak banyak bangunan, tiang LRT dan monorel pun tak wujud, tebing sungai Klang yang masih hijau berumput dan Masjid Jame' yang masih kekal seperti zaman sekarang.
Sudin menurunkan Mike depan pintu masuk hotel. Kata Mike makin dekat dengan bilik, makin berat kepalanya. Kelopak mata macam ditarik-tarik. Mengantuk teramat sangat. Dia tak ingat macam mana boleh sampai bilik dan terbongkang atas katil.
Sedar-sedar je dia mula periksa satu-persatu keadaan dalam bilik.
Aircond, check.
TV, check.
Helmet atas meja, check.
dan bila alarm handphone berbunyi barulah dia bangkit. Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Walaupun lega yang dia dah kembali tapi disudut hati dia nak kembali semulake tahun 1964.
Mike checkout lebih kurang pukul 7 pagi. Dia malas nak masuk office. Masa checkout, aunty yang jaga malam tadi dah diganti dengan macha.
Tergerak dihati nak tanya pasal bilik tapi dibatalkan sahaja niat kerana dia semacam yakin receptionist itu tak tahu apa-apa pasal bilik hotel. Sebelum meninggalkan hotel sempat dia menjeling ke arah kafetaria yang gelap.
Dipendekkan cerita, pengalaman kembali ke tahun 1964 membuatkan Mike rasa rindu sangat dengan zaman tersebut. Kata Mike perasaan nostalgia itu agak parah sampai bila tengok bangunan-bangunan lama di KL mula lah rasa sebak, lebih-lebih lagi bila dia cuba jejak semula tempat-tempat yang dia pernah singgah macam kelab malam Bukit Bintang yang sekarang dah jadi kedai nasi ayam Chee Meng.
Banyak kali dia cuba kembali ke tahun 1964. Sekali sebulan dia akan bermalam di Hotel Heritage, di bilik yang sama tapi tak terjadi apa-apa. Terdesak punya pasal Mike juga pernah beberapa kali cuba recreate semula hari kejadian dengan pakaian sama, buat semula aktiviti yang dia buat pada hari tersebut sehingga ke tahap memastikan hari dan cuaca pun sama kemudian bermalam di Hotel Heritage (juga dibilik yang sama), tapi malangnya tak jadi.
Tiga tahun berturut-turut dari 2007 hingga 2009 Mike akan meluangkan satu malam tidur di Hotel Heritage setiap bulan. Bukan setakat bilik kejadian tapi setiap bilik di hotel dia pernah bermalam. Kata Mike aunty dan mamat yang ajak makan di kafetaria pada malam kejadian sudah tidak kelihatan selepas hari tersebut. Bila tanya staff hotel semua tak kenal siapa yang Mike maksudkan, malah menurut pengurus hotel, tak pernah pihak pengurusan hotel mempunyai wanita cina berumur menjaga kaunter.
Hotel Heritage ditutup pada tahun 2009 dan sejak dari itu Mike mula mencari jawapan di sekitar Kuala Lumpur, bermula dengan banglo putih dimana dia bertemu lelaki misteri. Oleh kerana perbezaan amat ketara di antara 1964 dan 2000an, Mike tak dapat jejak lokasi banglo tersebut tapi simbol di pagar yang begitu jelas di ingatan menjadi penunjuk utama.
Dari carian ringkas di internet membawa ke pelbagai penjelasan, menambah lagi kepada persoalan dan merungkai jadi teori akhirnya membawa Mike kepada forum teori konspirasi dimana dia berkenalan dengan aku.
Menurut Mike, dia yakin bahawa ada teori konspirasi disebalik pengalaman kembali ke tahun 1964. Dia merasakan terlibat dalam eksperimen rahsia kerana kehadirannya seolah-olah dirancang, terutamanya lelaki misteri di banglo putih dan juga Sudin.
Aku putus hubungan dengan Mike sekitar Mac 2011 selepas mesej terakhir aku tak berbalas. Dalam mesej terakhir dia pada aku, Mike memberitahu dia ada terbaca pasal teori hipnopsis untuk kembali ke zaman silam dimana jika kita 'tipu' minda mengatakan dunia adalah tahun 1964, maka minda akan mula 'membina' struktur-struktur dan memori kehidupan tahun 1964.
Sounds crazy? yeah.
Kalau korang tanya aku adakah aku percaya dengan cerita Mike, well, it does sounds like some high fantasy tapi perincian itu membuatkan aku tertarik dengan cerita Mike.
Sebelum ini aku peram je kisah Mike ni sebab bukan pasal hantu.
Disebabkan we already passed that 'ghost' thing bila aku tamatkan thread ini, tak ada isu lah kalau jadikan kisah ini sebagai entry istimewa.
Anyway tuan-tuan dan puan-puan, there you go.
Happy belated new year and we'll see again
|
|
|
|
|
|
|
| |
|