CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cicicumel

Konflik di Gaza : UEL buat laporan polis ke atas semua fitnah. TRUTH WILL PREVAI

 Close [Copy link]
Post time 22-7-2021 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
20 juta? Mmg kena tanya duit tu ke mana.. ermmm.. mmg byk nawww derma for palestin ni kan.. ni baru dr malaysia, tak lagi negara lain2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2021 03:22 PM | Show all posts
nak summary pls..aku tak suka tengok or dengar suara dia..rengsa ok
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Lumeiy replied at 22-7-2021 02:22 PM
Dh uturn ke el sbb el cover ngn 20juta tu.. bodo la twitterian cepat sgt gegaq

20 juta apa?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
guesswho09 replied at 22-7-2021 03:21 PM
Penyokong dewa?

Dewa la beb
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 03:23 PM | Show all posts
funnyTONE replied at 22-7-2021 03:04 PM
haah u i perasan dgn nada yg lembut tp dlm sindiran dia..selain live caprice xramai, psl org xkena ...

penduduk Gaza ada lebih 2 juta dan saiz dia separuh daripada Perlis, kau expect semua orang Gaza kena kenal Nadir kah?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana2 pentaksub mintak le dewasayu odit.itu je.
Haihhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2021 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Masukkeluar replied at 22-7-2021 02:18 PM
retis retis dan selebriti semua backup ebit. td aku tgk semua retisss masuk live ebit dk komen sta ...

Tu kan retis level ape je haha
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Syed ah beng pun nk mencapub jgk. Koserr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2021 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 22-7-2021 10:38 AM
Yes...akundah derma. Aku dpt pahal
Urusan si penerima tipu ke ape tu bukan urusan...
Sbb tu byk  ...

Yg iols xboleh blah dgn lentaksub ialah bila ada org pertikaikan perlu ke buat video itu ini,, pentaksub jawab perlu sbb kita nak tau derma yg kita salurkan betul tak digunakan tapi masalahnya EL dah claim dia buat Tu sdmua guna duit dia.. So pentaksub
what do you say?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
edebit is so cancelled

we are with you Nadir!

acik acik forum are with you
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
jahlop tu baru tahu nama dia kena sebut ke?
kan dh lama live topinasik tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2021 03:26 PM | Show all posts
Ustaz Ebit menjawab dakwaan terhadap dirinya dalam sesi LIVE.
Ebit Lew akhirnya buat satu live bermula jam 12.50 tengah hari untuk menjawab soalan dan pelbagai tuduhan yang dilempar kepadanya.
Jelas Ebit Lew, sejak akhir-akhir ini, kali ini antara yang banyak tohmahan diberi padanya. Sehingga orang mesej keluarganya termasuk anaknya.
Ini membuatkan Ebit Lew terpanggil untuk menjelaskan, kerana melibatkan family.
“Majoriti orang yang kenali saya, nak saya jawab tentang isu ini, ada juga ahli keluarga saya yang tanya, sebab tu akhirnya saya nak jawab.”
“Saya nak jawab soalan Nadir, kata-katanya dah mengguris hati arwah ayah saya tapi saya dah maafkan dia.”
“Saya nak jawab soalan Nadir tanya tentang duit yang saya guna ke Gaza, saya ni pergi dengan duit sendiri, saya tak pernah buat tabung untuk Gaza.”
“Pergi dengan sahabat-sahabat yang rapat dengan saya. Mereka yang jujur. Ada juga beberapa rakan dari Facebook yang menyumbang.”
“Nadir dan orang ingat saya bawa duit Malaysia untuk ke sana. Tak, saya pergi dengan duit sendiri. Saya pergi saya pun dapat tiket free dan di sponsor Turkish airline. Penginapan pun pakai duit sendiri.”

1️⃣ SOALAN PERTAMA: Ustaz Zul Tak Balas Mesej Nadir
“Ustaz Zul ada mesej dan Nadir memang ada beri proposal. Nadir ada beritahu harga kotak makanan. 40 USD dalam RM160 duit Malaysia. Tapi saya dapat quotation lain harganya 20 USD dengan barang yang sama. Saya ambil yang paling jimat.”
“Tapi saya yakin mesti ada sebab kenapa dia letak harga sebegitu. Sebab tulah benda tu tak terima proposal atau harga barang dengan 40 USD. Balas whatsapp tu biasalah, suami isteri pun tak balas whatsapp, tak balas whatsapp jangan kecil hati.”

2️⃣ SOALAN KEDUA: Kenapa tak update selama sebulan, tapi jalan-jalan di Egypt.
“Niat saya ada tiga, first saya nak beli barang perubatan, beri pada Gaza dan kemudian saya nak balik Malaysia. Niat kedua, jika ada rezeki, saya nak ke pintu Rafah. Yang ketiga, kalau ada rezeki masuk Gazza, memang saya tahu masa tu keadaaan genting.”
“Masa saya ke Egypt, saya kena letak nama tujuan untuk ke sana, dan tak bolehlah letak nak ke Gaza. Jadi seminggu tu, saya ikut jadual kena melawat, penuhkan jadual seminggu tu sementara tunggu kelulusan.”

3️⃣#️⃣4️⃣SOALAN KETIGA DAN KEEMPAT: Kenapa beli barang di Egypt bukan di Gaza. Adakah barang dah sampai.
“Egypt Red Crescent adalah NGO yang boleh masuk ke gaza, mereka saja yang dibenarkan masuk untuk beri sumbangan yang telah disahkan oleh pihak dunia. Jadi saya yakin serah sumbangan melalui pihak Egypt Red Crescent, jadi tak ada timbul isu itu. Selain itu, lebih banyak barang terutama barang ubatan ada banyak di Egypt. Jadi saya beli barang kat Egypt. Barang dah masuk pada Hari Raya Haji. Takdir Allah, nampak dalam gambar yang dimuatnaik oleh kerajaan Egypt. Kat Gaza pun saya ada beli juga. Barang di Gaza pun banyak barang-barang dari negara Israel kecuali barang makanan. Duit pun guna duit Israel.”

5️⃣ SOALAN KELIMA: Kenapa layanan agak biadap pada Nadir, tak boleh live.
“Kami ni nak masuk kena lalui 21 jam dalam kereta van bas, kami kena lalui banyak check point. Memang ada kena iring kereta kebal semua, kami tandas pun tak pernah pergi.”
“Sampai sana, turun bas, sampai Gaza dalam 1 pagi, masa tu memang saya nak solat jamak. Bila sampai duduk di kerusi, masa tu Nadir kata saya tak tegur, dan salam, saya ni kalau orang tegur saya mesti saya balas. Masa tu memang saya tak perasan orang. Saya nak cepat solat dan pergi ke hotel.”
“Kalau live, memang saya tak beri izin nak buat live. Sebab takut ada benda yang tak baik terjadi masa live. Contohnya kalau ada tiba-tiba ada orang peluk saya ke apa. Saya memang hanya ada di sana selama 3 hari, jadi saya nak cepat selesaikan urusan saya.”

6️⃣ SOALAN KEENAM: Buat rumah anak yatim.
“Sebenarnya semua ada cara nak bantu masing-masing. Kita buatlah cara masing-masing.”

7️⃣ SOALAN KETUJUH: Kenapa bayar mahal sampai berapa ratus ribu nak masuk Gaza guna Hala.
“Saya tak tahu apa tu syarikat Hala, saya melalui kedutaan Malaysia. Nak masuk Gaza ada satu je, namanya Mile of Smiles, satu-satunya jalan ke sana. Saya dah call syarikat tu. Dah jumpa dengan beliau, satu kepala kena bayar 10k usd (RM40-50k), mahal jadi saya tak nak bawa semua, tapi saya tak dapat masuk. Saya ingat seorang saja masuk.”
“Nak masuk Gaza, ada dua kelulusan, satu kerajaan Egypt, yang kedua kelulusan dari pihak tentera. Caprice pun kelulusan pertama tak dapat lagi. Saya pula tak dapat kelulusan tentera. Jadi ingat nak balik Malaysia dah.”
“Saya tak kenal syarikat Hala tu. Ada satu syarikat lain, tentera ada beritahu, agen perisikan Egypt, Lucky Tour, charge dia hanya 2500 USD seorang, dalam RM10k seorang. Beza RM30 ribu. Saya ada resit.”
“Kemudian, Mile of Smiles pun ada contact untuk bantu mereka pula. Jadi ini fitnah dan agak melampau dan zalim tentang kenyataan ini. Malah saya dapat lebih murah.Ini semua pertolongan Allah. Jadi kita memang melalui Wisma Putra, melalui Dato’ Seri Hishamuddin Hussein.”

8️⃣ SOALAN KELAPAN: Pergi ke Gaza, adakah guna duit NGO.
“Sebenarnya saya ni guna duit sendiri, tak pernah saya nak buka tabung untuk Gaza, saya ulang sekali lagi, saya pergi ke sana guna duit sendiri. Saya tak pakai duit sesiapa.”
Kemudian, Ebit Lew telah mempersoalkan kembali kepada Nadir dimanakah Rm20 juta yang disalurkan kepadanya selama ini.
“Saya sebenarnya tak campur urusan lain, kini tapi terpaksa campur. Nak tanya mana pergi duit berkenaan, ada resit atau tak. Semua bukti tentang duit saya, saya dah berikan pada polis.”

🧢🍚SOALAN CAPRICE: Dakwaan patutnya pergi dengan Neelofa, PU Riz dan Heliza.
“Saya tak pernah bincang dengan sesiapa untuk pergi ke Gaza. Saya hanya terima mesej dari Caprice ketika saya dah ada di sana. Dia kata saya bawa lari dokumen, mungkin dia stress, tapi saya maafkan dia. Saya tak ada jumpa Neelofa pun.”

🧢🍚 SOALAN CAPRICE: Soalan bahawa saya cium kaki, untuk keluar Gaza.
“Itu adalah fitnah sebab ianya dah lari dari akidah saya. Dr Mahmud saya kenal, dia memang terkenal.  Part cium kaki tu memang tiada.”
“Saya ada jumpa Caprice, dan dia tak dapat masuk Gaza. Nak masuk ni kena submit nama, sampai nama atuk pun dia minta. Team saya pun hanya 10 orang saja dapat lepas.”
“Bila nak balik, Dr Mahmud datang bilik saya, cakap terima kasih pada saya. Umpama timbalan menteri datang ke bilik saya. Dia raikan saya sebab saya orang Malaysia yang pertama dapat masuk keluar Gaza. Dr Mahmud pun bagi sijil sebagai Duta Muhibah Palestine, bukan saya seorang tetapi semua team saya, saya tak bayar pun, semuanya saya tak minta. Saya cakap pada Caprice kalau Menteri nak jumpa, kenalah jumpa, nanti dia bagilah sijil, tak sangka dia kata saya beli.”

🧢🍚 SOALAN CAPRICE: Tuduhan malukan Malaysia, tentang gambar budak pose dua kali.
“Sebenarnya ramai saja yang bergambar sebegitu, Nadir pun ada dan bukan saya ke sana bukan beri patung saja, saya ada beli barang di Gaza, beli banyak barang yang diberi di Gaza.”
🧢🍚 SOALAN TENTANG CAPRICE: Kenapa block Caprice?

“Saya kalau yang negative saya akan block. Ni saya cerita ayah saya ni lagi 10 hari saja ada untuk hidup. Bila saya sampai kat KL, saya terus ziarah ayah saya. Saya dah mohon nak jumpa, hospital dah beri hanya setengah jam saja. Lepas tu Caprice ada mesej saya, dia tegur pasal patung tu kata nak perhatian media. Kemudian, dia tegur kenapa saya lawat ayah saya sakit, saya jawab, ayah saya bukan sakit ayah saya dah nak pergi. Saya terluka bila dia mesej macam tu, saya terus campak phone. Lepas tu saya kena soal siasat sebab dah viral.”
“Sebenarnya jumpa Caprice di hotel sebab nak tenangkan dia, kami siap-siap nak jumpa dia, dah hidang air semua untuk dia datang hotel kami duduk. Jadi bila dia sampai, ada team saya yang sambut dia. Kami pakai suit, kat sana jaket kulit murah, RM200 saja. Beli masa nak balik. Saya suruh layan Caprice macam saya. Ada empat orang team saya semua pakai kot, tegap, macam bodyguard, jadi nampak pakai suit, dan tak sangka dia kata macam mafia. Kami berpeluk, tapi dia macam tolak sikit, saya tepuk dada dia, tapi dia tepis. Rupanya lepas tu dia dah buat report kata saya buat taik.”
Itulah antara kenyataan dari Ustaz Ebit Lew menjawab persoalan tentang isu yang melandanya.
Sumber: news-tel
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboii2 pakai duit sendirii..dah tu senang2 pulak kau berjalan sana sini time pkp ni kan..ei bencinya aku pembelit sekor ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 03:27 PM | Show all posts
arwah bapak dia tak nangis ke masa baca berita ni?

Wisma Putra sedang kesan Ebit Lew
Sinar Harian
Jun 12, 2021 09:04 MYT

SHAH ALAM: Kementerian Luar Negeri sedang mendapatkan perkembangan terkini mengenai pendakwah terkenal, Ebit Lew yang dikhuatiri hilang dalam misi kemanusiaan bagi membantu rakyat Gaza.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaafar berkata, pihaknya akan memeriksa lanjut tarikh penerbangan pulang pendakwah itu ke tanah air.

“Kami sedang periksa (perkembangan Ebit),” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok live ebit tadi
now i is konpius much
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 03:28 PM | Show all posts
si dewasayur ni dah mcm adik arwah abam bocey si tasbih tu..
nak menang, nak nampak dianiaya, nak nampak acah2 mangsa..
petik abang dia yg dah meninggal... petik anak yg dah meninggal...
so orang dengar pun terus terusan....
kesiannnnnnnnnnnn(bak kata assistant bang jamil dalam madu tiga)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2021 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingTomey replied at 22-7-2021 03:19 PM
Org malaysia ni dia kekurangan idola dan hero dalam kehidupan mereka...hidup mereka ni berkisar pasa ...

kalau tak takkan umno bleh survive 60 tahun walaupun byk korup..hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnasda53 replied at 22-7-2021 02:43 PM
Topinasi tu merepek tak ada hala tuju.Nak perhatian je dia tu.
Dewa ni boleh tahan juga dia punya ...

I xdgr live dia ape rational nye beli di mesir tu uols?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bole percaya ke kata EL tu yg ramai dok maki2 heolls dgn kata2 kesat, iyo la tuh
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 22-7-2021 02:48 PM
Tadi ada aku tengok video jah intvw dia sebelum jah pakai niqab lagi. Jah tanya psl org start spec ...

Nak menunjuk hahahahaha... nak orang puji Sebab Tu derma guna duit Dia kena ambik video dan gambar...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.458391 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list