CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Mas916

MERGED : Cameron Highlands, Pahang

   Close [Copy link]
Post time 5-7-2011 02:32 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2011 05:00 PM | Show all posts
Salam..ade tak cikgu2 yang penah buat lawatan kat cameron ?ixora nak tanya kalo ade sesiapa yang blh bg pendapat utk pakej penginapan dgn makanan yg ok kat sini..cadangnya nak buat lawatan bulan 10 ni utk budak sekolah rendah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 08:46 PM | Show all posts
kristal Post at 5-7-2011 14:32


bestnya...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 09:29 AM | Show all posts
kristal Post at 5-7-2011 14:32



    thanks kristal. tgk pic yg u post makin tak sabo rasenya nak g. nak tnya kalo nak sewa hotel, hotel mana yg harga ok, harga bwh RM 150 dan view cantik?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 12:02 PM | Show all posts
Reply 1952# alin80jb


kalau alin dr jb, lebih dekat naik ikut tapah. tapi jalan berliku2 mcm ular kena palu. kalau x tahan mmg muntah ijau kat situ.

hotel mana2 pon ok je KECUALI  star regency hotel, dah la mahal, buruk la tu.

saya pernah duduk rosa pasadena. 3 star je tapi ok la, steamboat dia sedap.

i'm going to CH this weekend, nak duduk Mardi cottage plak, dgr2 nye mcm best je tempat tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 12:10 PM | Show all posts
ada sape2 penah duk equatorial cameron x? ok x hotel and biliknyer?
apple_m Post at 26-6-2011 18:01


my friends ramai yg suka dok sini, view sgt cantik, facilities ok, semua ok je, antara hotel yg best kat CH
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2011 12:28 PM | Show all posts
brapa rate bilik paling murah kt equatorial eh? suma tgk cm 300++ je, esok insyaAllah berangkat ke cameron. dpt semalam je kt sana, tp takpela, janji dpt merehatkan diri.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 12:58 PM | Show all posts
Best gak equatorial ni sebab dari bilik hotel pagi2 boleh tengok apek n nyonya kutip sayur kat kebun sayur dia orang.  Nak gi rose valley pun dah tak jauh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2011 11:42 AM | Show all posts
Salam..ade tak cikgu2 yang penah buat lawatan kat cameron ?ixora nak tanya kalo ade sesiapa yang blh ...
ixora80 Post at 5-7-2011 17:00



BPH ada asrama kat CH. try call no ni
Jenis Bilik & Kadar
Jenis Bilik Kadar (Semalam)
Banglo 3 Bilik RM 100.00
Apartmen 2 Bilik RM 50.00
Bilik Biasa RM 25.00
Dewan Mesyuarat RM 50.00
Dewan Makan RM 50.00
Dewan Serbaguna RM 50.00
Asrama (L) 30 Katil RM 150.00
Asrama (P) 30 Katil RM 150.00
Tanah Rata 39000 Cameron Highlands,
Pahang.

Tel: 05-4914752

Penyelia:
ROHIZAN BINTI ARIFFIN (05-4914752)


Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2011 02:12 PM | Show all posts
BPH ada asrama kat CH. try call no ni
Jenis Bilik & Kadar Tanah Rata 39000 Cameron Highlands, ...
kerawangcraft Post at 8-7-2011 11:42



kerawang pernah stay sini x?
tanah rata kt area aner yer? x pasan lak..
sbb thn lps pergi stay kt equtorial...

nnt kerawang update yer psl stay kt mardi sbb mmg plan nk g CH lps raya @ ujong tahun dlm 5 family tuh dok survey apt yg murah2
klu letak gambo lagi santek....
tq
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 10:20 AM | Show all posts
meh nak upkan balik thread ni..

alhamdullilah, aku selamat pulang dr CH jumaat lepas. gi 2D1N je. tp puas jgkla jalan. sebab sebelum pegi dah study thread ni dulu, jd masa yang singkat tu digunakan sebaik-baiknya dengan melawat tmpt yg betui2 best je mcm yg korang recommend kt sini

KHAMIS
- bertolak dr umah pukul 10.30 pg. jalan lancar kecuali nak kua highway dkt tol seremban, jam yaa amat sebab polis wat roadblock sempena BERSIH ni

- sampai dkt CH pukul 4.30 ptg. trus check in dekat desa anthurium En. Hamid. Apartment 2 bilik yang sgt selesa, bersih dan puas hati. walaupun 2 bilik, tp memang lengkap dengan katil queen dan single setiap bilik, tilam bantal extra, dapur siap ngan periuk belanga pinggan mangkuk suma. RM180 je sehari. apartment ni ground floor, view pon cantik. tempat ni aman damai je. rasa nak tido je, dgr bunyi burung2 berkicauan.

- pukul 6.30 ptg, keluar survey jalan kt CH. pegi kat BHARAT TEA, tp dah tutup lak. dapat amik gmbr kt situ ngan rase angin dia yang sejuuukkk sgt. masa tu dah  takde org dah. balik tu singgah kt kedai makan yg banyak2 kt tengah pekan Tanah Rata. My mum and mak mertua tinggal kt umah, so kitorg tapau je makanan makan kt umh. Siakap Masak Sweet Sour, Tom Yam Campur, Ayam Paprik, Kailan Ikan Masin ngan NasIK Putih. Sampai je umah, trus makan ramai2. sedappnya, smpai skrg tringat2 lg..

- Sebelah malam lak, takde gi mana2, tgk tv trus tido. tak larat dah lepas perjalanan siang td ambik masa dekat 6 jam. simpan tenaga utk esk lak.

JUMAAT
- 9 pagi, check out dr umah. terus pegi breakfast kat pekan Tanah Rata. makan nasik lemak + rendang daging. Memang sedap makan panas2, time ari tgh sejuk plak tu. lepas tu terus gi Bharat Tea. Cantik sungguh pemandangan kt sana. My husband order air tea kt situ. secawan RM 5.50 tu. bagi org yg suka minum mmg sedap. tp aku minum sket je trus sakit perut... Terpaksa meninggalkan khazanah kt situ . Lepas tu kitorg turun kt ladang tea tu, amik2 gmbr kt tangga tu, beli lemon tea sekotak terus gerak ke tmpt seterusnya.

- 10 pagi, MARDI. masuk byr RM 3. masuk je trus gi makan strawbery ice cream al mashoor tu. memang sedap. manis lemak berkrim. lepas tu beli strawberry cicah coklat. strawbery dia cm masam sket, tp coklat dia mmg sedap. kemudian gi jenjalan tgk tanam-tanaman kt situ. matahari dh start kua. beli jem je kt sini ngan jus markisa.

- 11.00 pagi, pegi tunnel muzium tu (betui ke nama dia ni?). Tengok barang2 lama. Masuk kt sini terus mengingatkan aku pada zaman kanak-kanak. tgk permainan masa zaman kecik2 dulu. takde org langsung kt dalam ni. kalo sorg2 takut jgk.

- 11.30 pagi, Vegetable Market yang dekat dengan Equatorial kalo tak salah. Memang murah2 dan segar sayur kt situ. Parking betui2 depan pasar, tu yg besh kalo gi jalan time weekdays ni. Yang kelakarnya masa nak turun kereta tu, masing2 ckp nak beli sayur sikit2 je. sekali dah nak balik tu, penuh gak bonet kereta. Beli kailan, cendawan, bunga kobis, strawberry kering, jambu epal, jagung iskk mcm2 lagila. rambang mata dibuatnya, mcm masuk kedai emas plak. hehehe

- 12.00, Kilang BOH Tea Sg. Palas. Bermulalah episod mencabar dalam prcutian ini. takla mencabar mane pon sebenarnya, cuma jalan nak gi situ je agak mencabar. Aku memang dah surrender nak drive kt jalan kecik2 camtu. My husband drive, 3.6 KM nak masuk dalam tu. view memang cantik sangat2. barulah rase cam ada kat cameron highland. bukit bukau penuh dengan tea. nampak kebun tea kat sebelah je. sampai trus melawat kilang tea. baru ku tau cmna diorg proses tea yg kita minum hari2 tu. cuma smpai skrg masih tertanya2, kt mana diorg proses letak perasa dlm tea tu eh, cth cam tea strawberry, tea limau. nak sgt tengok tp kt situ takde lak. abis melawat, terus minum tea kt restoran dia yg tinggi tu. amik tea sg. palas ngan mushroom soup cicah roti. harga dalam RM 13. tapi memang sedap. kali ni memang aku minum teh dia, sebab fresh sesangat. wangi lak tu. trus gi kedai kt situ cari teh dengan brand yg sama. satu tin kecik tu RM 10 hinggit lebih. sikit je. Patutla sedap, harga pon sedap. Masa nak balik tula rase mencabar sgt2. masa nak balik kete sebelah gaung. time tu la selisih ngan bas skolah la, ngan 4wheel drive la. nak reverse pon kene hati2 sebab gaung kat sebelah je. Ada skali tu, kete aku betui2 kt tepi gaung tu, last2 side mirror tersangkut kat kete sebelah. nasib tak tercabut side mirror. berderau jgkla jantung. tapi pengalaman yg paling bermakna la tu.

- 2.00 ptg, kami pon bergerak pulang. jalan lapang je. tp kete dah start banyak nak naik CH. kitorg pegi dan balik ikut simpang pulai. Alhamdullillah smpai umah dalam kul 10 malam sebab byk singgah menyinggah. lepas ni nak gi CH lagi. tp nak duk lama sikit. windu kt angin cameron yang sejuk tu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 12:18 PM | Show all posts
kerawang pernah stay sini x?
tanah rata kt area aner yer? x pasan lak..
sbb thn lps pergi s ...
lopes Post at 8-7-2011 14:12



wah....avatar lopes tu mengancam betul...terliur2  dah ni

saya tak pernah stay sini. saya terjumpa masa dok tgk2 website bph.

kat mardi saya ambik umah 3 bilik. masa call tu dia cakap rumah tu utk 7 orang je. tapi rumah memang besar. 3 bilik semua katil queen size. bedroom 1 besar, kat lantai boleh letak toto utk 3 org dewasa tidur. bedroom 2 & 3 pon boleh letak toto atas lantai utk sorang tido. nanti saya letak gambar. cuma yang tak bestnya bedroom 3 tu kat luar. untuk masuk ke bedroom 3 kena lalu balcony, baru masuk bilik, dah la bilik tu belakang sekali, balcony tu menghadap hutan. adik lelaki saya pon xnak tido situ, takut. so saya suruh bibik tido kat bedroom 3 tu.mmm....ada cerita seram kat umah ni. nanti saya cite.

yang lain2 semua best macam org lain cite tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 12:38 PM | Show all posts
Reply 1975# kerawangcraft


ala, tgh syok2 baca bersambung plak..cepat la sambung cerita balik
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 12:36 PM | Show all posts
wah....avatar lopes tu mengancam betul...terliur2  dah ni

saya tak pernah stay sini. saya  ...
kerawangcraft Post at 12-7-2011 12:18



hehehehe...tliur ek tgk lopes tuh....lbh2 lg bila bulan pose nnt mmg ler lopes jd idaman bbuka...

alamak ader keAngkeran ke kt ctu? huhuhu risau lak nih sbb ader bwk bdk2 kecik...susak ler nk tido mlm nnt...

aner laa gi kerawang nih?...cpr let sambung citer..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 04:18 PM | Show all posts
hehehehe...tliur ek tgk lopes tuh....lbh2 lg bila bulan pose nnt mmg ler lopes jd idaman bbuka ...
lopes Post at 14-7-2011 12:36

off topik..sedappnyala tgk avatar lopes ni. kuih feveret adc.
klu nk jmp bulan puasa je
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 04:40 PM | Show all posts
Reply 1977# lopes


boleh ke cite sini...momod tak marah ek? saya cite dulu, kalo momod marah nanti sy delete, boleh gitu..?

kes 1: adik lelaki saya tido kat bawah dpn tv sorang2, pas tu dlm pukul 2 pg dia terasa ada org tolak dia, dia ingatkan husben saya, dia pusing blkg tgk xde org (sbb sblm tu, husben sy tgk tv ngan dia kat bwh, pastu dlm kol 12 husben sy naik atas). x lama kemudian, dia dgr org ketuk pintu slow slow , dia buat x tau je. x lama pastu tu ada mcm bunyi scratching pulak kat tingkap depan, macam org/benda yg berkuku panjang garu cermin tingkap tu. dia buat dek lagi. dalam 1/2 jam lepas tu dengar bunyi org berjalan kat dapur ( sedangkan pintu dapur bertutup dan berkunci dan gelap x bukak lampu). Adik saya takut berlari2 naik atas ketuk bilik mak saya, terus tido ngan mak sampai pagi.

kes 2: bibik tido kat bilik blkg sorang2. bilik dia masuk ikut balcony. maksudnya kena keluar ke balcony dulu, baru ada pintu masuk ke bilik dia. seram jugak, sbb balcony ni kat belakang rumah dan menghadap hutan. malam tu dalam pukul 3, tiba2 dia rasa katil dia bergegar macam kena goyang. tak lama kemudian dia dengar bunyi org ketuk2, x tau la ketuk apa.

kes 3: bibik tgh solat asar dlm bilik dia. tiba2 dia dengar orang tido berkeroh kat belakang dia. secara otomatik dia tertoleh ke blkg, tapi xde apa2. terus dia lari turun bawah.

kesimpulan: saya x tau nak percaya tak cerita2 ni. sbb kalau malam mmg sunyi tempat ni. maklumlah mlm sgt sejuk, xde sapa nak keluar jln2 bila mlm. even cermin tingkap pon berwap bila dah tgh malam. jadi macam2 bunyi boleh dengar. belakang rumah ni ada hutan, tapi sebelah dia ada flat 5 tingkat (luar kwsn mardi). . depan sikit, iaitu sebelah flat tu, ada asrama sekolah. jd saya tak rasa takut sgt. saya anggap bunyi2 tu datang dari hutan dan flat tu. lagipon anak2 saya tak takut bila duduk situ. dorang tido syok je, xde nangis2 pon. selalunya my doter memang xnak masuk rumah kalau ada 'sesuatu' (pernah terkena masa gi bercuti tempat lain, terus kitorang balik xjd duduk chalet tu). dia mcm boleh nampak benda2 halus ni.

ok itu je la pengalaman saya kat CH. overall best sgt pegi CH. tempat paling murah semestinya kat Kea Farm. Kitorang shopping monday sblm turun. . kitorang naik CH ikut raub. rasanya xde org cerita lagi pasal jalan ni. kalau sempat nanti saya cerita lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2011 05:14 PM | Show all posts
Reply  lopes


boleh ke cite sini...momod tak marah ek? saya cite dulu, kalo momod marah nanti s ...
kerawangcraft Post at 14-7-2011 16:40


scary nyerrrr. ni yg 3bilik kan?
adc ambk yg ni la awl thn aritu tp x alhamdulillah everything ok. nk msk bilik blkg tu mmg seram skit. sbb nmpk hutan kan.
dh tu x ada ttp2 apa. mmg clear la. bilik tu adc bg adik2 bujang yg ddk. so far diorg ok.
kitorang bbq kt dpn tu smpi pukul 2pg. adc solat sorang2 kt ats pun x ada kena apa2.
cuma ms smpi situ ada rasa mcm seramla skitla tp buat2 dek je. seram sbbnya dkt blkg hutan kan
mlm2 tido takut gak sbb dkt utan tu dgr mcm2 bunyi tp anggap je tu bianatang2 dlm utan tu. kita x kacau dia so tido je la.
ank adc pun x ada apa2. x ada nangis2. klu nangis sure dia nmpk situ kan. lepas ni rasa mcm seram plak nk tido sini lg.
tp rumah ni besarrr..selesa yg hamat
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 06:09 PM | Show all posts
off topik..sedappnyala tgk avatar lopes ni. kuih feveret adc.
klu nk jmp bulan puasa je
akudancinta Post at 14-7-2011 16:18


*offtopic jugak....sori momod

hehehe....sabo je laa dak akuDC.....lopes pong kuih kegemaranku jugak...xper lg 2 minggu nk pose...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 06:20 PM | Show all posts
Reply  lopes


boleh ke cite sini...momod tak marah ek? saya cite dulu, kalo momod marah nanti s ...
kerawangcraft Post at 14-7-2011 16:40



seram gak dgr citer kerawang nih....  bukan aper sbb lopes nih jenis x brp nk berani sgt....lg satu susah nk tido klu pergi tempat baru....huhuhu....selalu paksa hubby teman smpi lopes tido dulu br dia bleh tido ...tp hampehh....kompom dia bdengkur dulu...hhehehe

tp rasanya btul ckp kerawang mgkn faktor hutan2 kt belakang tuh kot..(kena b'anggap baik shj....) sbb akuDC n family x kena plak eh...mmmm rejeki masing2 kot...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 01:13 AM | Show all posts
scary nyerrrr. ni yg 3bilik kan?
adc ambk yg ni la awl thn aritu tp x alhamdulillah ...
akudancinta Post at 14-7-2011 17:14


Ye ni rumah 3 bilik. sy start rasa seram bila bukak pintu area blkg yg mcm courtyard tu, area yg bersambung ngan kitchen tu mcm x best sgt. dah la atas dia open kan..boleh nampak hutan2. nak gi toilet blkg tu pon mcm  seram sikit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 104456 Replies : 1061
Kim Seri mohon maaf, janji bayar semula duit pelanggan
maklukpenggodaKim Seri mohon maaf, janji bayar semula
Views : 19667 Replies : 101
Wanita sedih bayinya masuk wad gara-gara termakan najis tikus,netizen mempersoalkan bagaimana insiden tidak diingini itu boleh berlaku.
YgBenarWanita sedih bayinya masuk wad gara-gara
Views : 32081 Replies : 64
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 346035 Replies : 9109
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 20277 Replies : 233
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 57752 Replies : 282
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 57126 Replies : 19
Berita malam sejuk:Isteri Abang Viva Luah Rasa Kiciwa Membaca Perbualan Mesej Suaminya Dengan Seorang Wanita Yang Dikatakan Isteri Orang.
YgBenarBerita malam sejuk:Isteri Abang Viva Lua
Views : 38062 Replies : 77
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3949 Replies : 55
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 51734 Replies : 196

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 1.422849 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list