View: 3050|Reply: 10
|
Dah Bersedia Ke Nak Kahwin? Jawab Soalan Yang Berikut..
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Dalam hidup ini, setiap peringkat umur kita pasti berdepan dengan pelbagai cabaran.
Antaranya ketika zaman bayi, cabaran itu terletak pada ibu bapa iaitu mereka khuathir tumbesaran kita.
Semasa di zaman persekolahan pula, cabaran adalah prestasi pencapaian setiap peperiksaan utama samada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah.
Apabila mula bekerja, cabaran pada masa itu pula adalah kerjaya yang diceburi samada ada masa depan atau pun tidak.
Sampai ke peringkat mencari jodoh yang sesuai untuk berkahwin untuk sama-sama mendirikan rumah tangga juga salah satu cabaran yang tidak kurang penting.
Jika tersalah langkah dalam memilih pasangan, boleh mensia-siakan usaha kita selama ini sekaligus menghancurkan impian berumah tangga.
Lebih-lebih lagi ketika berada di ambang percintaan, kita semua pasti dalam keadaan buta cinta atau lebih teruk mabuk cinta.
Oleh itu, cuba tenangkan fikiran dan jawab beberapa soalan dibawah ini untuk mengetahui sama ada si dia itu sesuai atau tidak dijadikan pasangan seumur hidup dan adakah anda sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga sendiri.
sumber foto: http://www.mysumber.com
1. Selesakah berada di sisinya?
Anda perlu rasa selesa dengan pasangan dan persekitaran di sekelilingnya kerana dia boleh membuat anda rasa selesa dalam segala situasi.
2. Adakah ingin mempunyai anak?
3. Adakah ingin menjalani hidup bersama?
Kalau anda sanggup susah senang bersama, dia adalah yang terbaik untuk anda. Pastikan juga anda berdua sanggup tinggal bersama kerana jika berjauhan biasanya akan menjadi masalah.
4. Yakinkah dengan dia?
Jika anda selalu bimbang dia curang, jangan teruskan hubungan. Adakah anda mahu selalu rasa was-was ketika berjauhan?
5. Adakah dia ada setiap kali diperlukan?
Orang yang tepat atau pasangan pilihan selalu ada ketika diperlukan. Tak peduli pada bila-bila masa anda memerlukannya.
Kesimpulannya, demi kebahagiaan diri sendiri, semua keputusan yang dilakukan perlulah berfikir panjang dan memastikan impian mendirikan rumahtangga bersama pasangan pilihan menjadi realiti. - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
Masa aku mula decide nak kawin, ada 2 soalan je yg aku selalu fikirkan:-
1) Bolehkah aku sediakan makanan setiap hari sbb aku tak kisah pasal makan (ada masa tak makan nasi langsung for few days, janji ada Milo dengan biskut lemak / roti dah cukup)
2) Lepas kawin mungkin aku dah tak dapat tidur siang, bolehkah aku menghadapinya?
Bila dah mengandung, aku terfikir, boleh ke aku bangun lambat lepas dah ada baby?
Tapi, lepas dah mengalami dedua pengalaman (kahwin and ada baby), aku rasa persoalan2 ni tak de benda pun. apa lah sangat..
so, thn depan boleh tambah baby lagi..
|
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin boleh tambah soalan ni..
6. Adakah perkahwinan dgn si dia merupakan satu perjudian atau satu perkongsian? |
|
|
|
|
|
|
|
keterpaksaan....
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalu ikut soalan tu rasanya dah bersedia... tp its more than that kut... huhuhh |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
5. Adakah dia ada setiap kali diperlukan?
Orang yang tepat atau pasangan pilihan selalu ada ketika diperlukan. Tak peduli pada bila-bila masa anda memerlukannya
tak sangat.. biasanye setlle sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
6. Duit dah cukup ke nak bagi makan minum perubatan,kereta, dan macam2 lagi nak tangung anak orang |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha soalan i senang ja
boleh harap ka mamat ni ? hmmmmm?
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha soalan i senang ja
boleh harap ka mamat ni ? hmmmmm? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|