Ya benar, ada wanita Muslim yang memilih untuk memakai tudung (malah menganggap ia memperkasakan diri mereka sebagai wanita) Namun ada juga yang dipaksa tanpa kerelaan hati. Ada pula yang memakainya kerana fesyen, atau kerana tidak mahu melayan kerenah dan pandangan sangsi serta menjadi buah mulut orang. Kesimpulannya, ada banyak sebab mengapa seseorang itu memakai tudung ataupun tidak. Tak boleh terus dianggap sama ada seseorang yang memakainya adalah tertindas ataupun tidak/lebih beriman ataupun tidak. Kalau hendak tahu, perlu fahami konteks dan sebab masing-masing.
|