CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

CERPEN - Kenangan Tak Bisa Dilenyapkan (TAMAT)

  [Copy link]
 Author| Post time 3-6-2016 09:32 AM | Show all posts
Zuhaira ke bilik mesin untuk membuat beberapa salinan fotostat surat masuk. Beberapa orang staf lelaki cuba mengusik Zuhaira namun Zuhaira hanya membalas dengan senyuman. Dia memang bukan jenis melayan.

Tiba-tiba dengar suara kecoh di bahagian hadapan di ruang tamu. Semua orang berlari ke depan termasuk Zuhaira. Terkejut gila apabila dia ternampak Syakir sedang memandang kearahnya.

“Abang?”       

Nasrul yang turut keluar dari bilik mesyuarat itu terkejut melihat Zuhaira sedang menarik lengan lelaki yang datang buat kecoh itu.

Dengan pantas Zuhaira membawa suaminya itu berhampiran dengan lif.

“Buat apa abang kecoh-kecoh dekat tempat Ira cari rezeki ni?” Zuhaira memandang dengan penuh serius wajah suaminya.

“Siapa Danial?”

Zuhaira terkejut. Kenapa nama itu wujud tiba-tiba? Yang dia tahu dia memang tak pernah cerita langsung pasal Danial pada suaminya.

“Aku ingat kau perempuan yang baik.”

“Bila abang jumpa abang Danial?”

“Owh..panggil abang Danial plak. Acah-acah abang angkat adik angkat la erk? Silap-silap dah terangkat!”

Zuhaira bagaikan automatik terus menampar pipi suaminya tanpa memikirkan keadaan sekeliling.

“Abang jangan hina Ira macam tu. Ira tak ada langsung perasaan pada abang Danial. Dia teman yang baik untuk Ira masa Ira dalam masalah.”

“Abang tak percaya.”

“Terpulang. Ira dah cakap pagi tadi kan, Ira bagi abang masa untuk berfikir. Ira ikut sahaja apa keputusan abang. Ira dah lama bersabar dengan sikap abang. Ira juga ada maruah dan perasaan!” Zuhaira tegas dengan kata-katanya lalu terus berjalan masuk semula ke dalam pejabat.

Syakir menahan geram.



                                                                    ********************************




Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah hari..

Zuhaira menyiapkan beberapa draf surat untuk disemak Nasrul. Nasrul yang baru selesai mesyuarat terus masuk ke dalam biliknya sambil membuka blazer. Zuhaira sempat menjerling ke arah bilik Nasrul.

“Surat ni nak kena pos hari ni jugak.”

Zuhaira bangun sambil membawa beberapa surat untuk ditandatangani Nasrul dengan segera. Dengan lenggok dia berjalan menuju ke bilik Nasrul sambil diperhatikan beberapa staf lelaki yang impikan perempuan secantik Zuhaira.

Tok! Tok!

Diam.

“Nak masuk ke tak erk?”

Perlahan-lahan Zuhaira memulas tombol pintu. Sebaik daun pintu dibuka sedikit demi sedikit, terdengar suara Nasrul sedang marah-marah dan memaki hamun.

“Alamak..”

Sebaik sahaja Zuhaira hendak menutup pintu semula,

“Zuhaira!” jeritan Nasrul mengejutkan Zuhaira dan beberapa staf yang berhampiran.

Mampus!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-6-2016 09:37 AM | Show all posts
Syakir ke rumah Wani. Wani mengucup pipi Syakir lalu berjalan ke dapur mengambil segelas air oren dan terus di bawa ke ruang tamu.

“Abang rasa abang dah buat keputusan.” Kata Syakir sambil menggenggam penumbuknya.

Wani meletakkan gelas yang berisi air oren itu berhadapan dengan Syakir lalu dengan rapat dia duduk bersebelahan bakal suaminya itu.

“Kenapa ni, abang? Marah-marah je.”

“Rupanya selama ni abang ditipu hidup-hidup.”

Syakir toleh memandang Wani.

“Wani tak faham. Tipu ape?”

“Ira ada simpan lelaki lain.”

“Really?”

“Tapi laki tu cakap dia sorang je yang gila bayang dekat Ira tu. Tapi Ira tetap cintakan abang.”

Wani hanya tersenyum.

“Abang tak percaya cakap lelaki tu. Mana ada manusia yang jujur sekarang ni.” Syakir tetap dengan pendiriannya.

Wani dengan perlahan-lahan menggenggam tangan Syakir. Kemudian mereka mula bertentangan mata.

“Wani sentiasa ada dengan abang. Abang sorang je dalam hati Wani..” Wani tersenyum dengan penuh goda lalu memimpin Syakir masuk ke dalam bilik.



                                                              ********************************



Nasrul berpeluk tubuh memandang Zuhaira yang sedang berdiri bertentangan dengannya ketika itu. Nafas Nasrul turun naik mengawal perasaan agar dia tidak maki atau jerkah Zuhaira.

“Dah tak ada keje nak mengintip saya plak?”

“Tak.. saya nak hantar surat-surat ni untuk tandatangan Encik Nasrul.” Zuhaira tunjuk kesemua surat pada Nasrul.

Nasrul diam. Zuhaira serba salah lalu meletakkan kesemua surat tersebut di atas meja lalu berjalan mengundur diri dan keluar dari bilik itu dengan cepat.

Nasrul mengeluh lalu terus duduk di atas kerusi. Yang dia maki di telefon tadi adalah Nafeesa. Nafeesa masih terus hubungi dirinya dan memujuk untuk kembali hidup bersama. Nasrul sangat-sangat berserabut!

Beberapa saat kemudian, Zuhaira kembali muncul tetapi dengan membawa segelas air lalu diletakkan di atas meja kecil Nasrul. Nasrul diam sambil memandang setiap gerak geri Zuhaira.

“Minumlah. Saya minta maaf ya, Encik Nasrul pasal tadi. Saya tak sengaja.” Zuhaira masih berdiri berhampiran sofa tetamu itu.

Nasrul diam tetapi matanya tak berkelip memandang Zuhaira.

“Encik Nasrul..”panggil Zuhaira yang hairan Nasrul hanya diam membisu tetapi mata tetap tumpu pada dirinya.

“Teman saya makan tengah hari ni.” Pinta Nasrul.

“Ha?” Zuhaira kalau boleh nak cuba elak keluar bersama lelaki lain sementara masih bergaduh dengan suaminya.

Nasrul bangun lalu berjalan ke arah Zuhaira.

“Makan tengah hari aje pun.” Nasrul memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar.

Zuhaira serba salah.       
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 09:43 AM | Show all posts
Di sebuah kedai makan..

Zuhaira memandang Nasrul yang cukup berselera menjamah nasi kosong berlaukkan ikan bakar bersama air asam itu. Macam tak makan seminggu!

“Kenapa pandang saya macam tu?” tegur Nasrul lalu sambung menjamah nasi.

Zuhaira tersenyum lalu dengan perlahan-lahan dia menyuap nasi ke dalam mulutnya.

“Saya kalau stress macam ni la. Makan kenyang-kenyang!” jawab Nasrul lalu menghirup air barli ais.

Zuhaira diam sambil perlahan-lahan mengunyah nasi.

“Saya rasa tak tenang la, Ira.” Nasrul tiba-tiba terus bersandar dan mengeluh.

“Istighfar, Encik Nasrul.”

Nasrul bangun lalu membasuh tangannya. Dia dah mati selera untuk sambung makan.

“Awak makanlah. Saya nak ke kedai sebelah jap.” Kata Nasrul lalu undur diri berjalan sendirian ke kedai sebelah.

Zuhaira perhati Nasrul lalu menyambung makan nasi.




Beberapa minit kemudian..

Nasrul datang sambil meletakkan sekotak rokok di atas meja lalu dia duduk tersenyum memandang Zuhaira yang hampir selesai makan nasi pada tengah hari tersebut.

“Stress!” kata Nasrul.

Sebaik sahaja Nasrul hendak mencabut sebatang rokok, dengan pantas Zuhaira mengambil kotak rokok tersebut. Terkejut Nasrul!

“Saya tak pernah nampak pun Encik Nasrul hisap rokok sebelum ni.”

“Dulu pernah hisap. Lepas  ayah meninggal saya stop. Dan sekarang saya rasa nak kena hisap balik.”

Nasrul cuba mengambil kotak rokok itu, tetapi dengan erat Zuhaira mengganggam kotak rokok tersebut. Nasrul mula rasa nak marah. Kenapa mesti Zuhaira berkelakuan seperti itu pada dirinya.

“Bagi saya kotak tu.”

Zuhaira membawa kotak itu bersama ketika dia membasuh tangan. Nasrul cuba mengawal perasaan geramnya sambil tajam matanya memandang tubuh Zuhaira.

Zuhaira kembali lalu duduk dan memegang handbegnya.

“Jom balik.” Ajak Zuhaira sambil berdiri.

Nasrul keluarkan dompet dari poket seluarnya.

“Saya dah bayar dah tadi.” Jawab Zuhaira lembut.

Nasrul masih marah. Dia menggelengkan kepalanya lalu terus berjalan dengan pantas keluar dari kedai makan tersebut. Zuhaira mengikut dari belakang.



                                                         ********************************



Danial masuk ke dalam hotel dalam keadaan yang laju menuju ke bahagian dapur. Dia tersenyum apabila terpandang Kasim sedang memandang ke arahnya.

“Aku ada benda nak sembang dengan kau ni.” Kata Danial sambil duduk di atas meja dapur yang telah dibersihkan itu.

“Apa? Macam menarik je.”

Kasim mengemas dapur yang baru selesai masak untuk makan tengah hari tadi.

“Aku dah jumpa dia setelah sekian lama. Tapi...”

“Danial!”

Terdiam Danial dan Kasim lalu sama-sama serentak memandang ke arah pintu dapur.

“Sini jap.” Panggil Kamariah, ibu kepada Danial dan juga selaku penyumbang syer yang agak besar di hotel tersebut.

“Nanti sambung.” Danial sempat tepuk bahu Kasim sebelum berjalan ke arah ibunya.

Dengan laju Kamariah memimpin tangan anak tunggalnya masuk ke dalam pejabat.

“Nape ni, ibu?”

“Kenapa buat Alia macam tu?”

“Buat apa?”       

“Dia tunggu Danial dekat airport hampir 2 jam. Kenapa Danial tak pegi jemput dia?”

“Dia call ibu ke?” Danial ni memang lelaki yang sedikit tenang orangnya. Jarang tengok dia menggelabah atau cepat marah. Perangainya seperti arwah ayahnya. Lelaki yang sentiasa cool!

“Sapa lagi yang call kalau bukan dia. Nangis-nangis dia cakap lama giler tunggu Danial datang.”

“Hmm..”

“Dah, pegi jemput dia!”

Danial memang malas nak cakap banyak dengan ibunya, sebab dia tahu dia memang akan kalah kalau berlawan mulut dengan ibunya itu. Dia mengambil tangan Kamariah lalu dikucup dan terus beredar dari situ.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 09:51 AM | Show all posts
Nasrul masuk ke dalam kotak parking. Handbrek ditarik lalu tali pinggang keledar dibuka. Zuhaira memandang Nasrul lalu dihulurkan kotak rokok yang dia ambil tadi.

“Nah.”

Nasrul memandang kotak rokok tersebut berselang seli dengan memandang wajah Zuhaira.

“Kita nak hidup lama. Banyak mana pun masalah kita, bukan saja-saja Allah nak uji.”

Nasrul dan Zuhaira bertentang mata.

“Saya bercakap ni pada diri saya. Encik Nasrul jangan terasa hati pula.” Sindir Zuhaira dalam diam.

Dia keluar dari kereta lalu meletakkan kotak rokok di atas kerusi yang dia duduk tadi. Nasrul hanya terdiam memandang Zuhaira sehingga hilang dari pandangan matanya.



                                                            ********************************



Sebaik sahaja Danial sampai di lapangan terbang, memang dah nampak Alia sedang duduk sendirian di satu kerusi rehat. Muncung mulutnya tanda protes!

Danial turun dari kereta dengan penuh gaya berjalan menuju ke arah gadis yang disayangi ibunya itu.

“Jom.” Danial cuba mengangkat beg pakaian Alia, tetapi Alia yang degil itu terus merajuk. Langsung dia tak pandang wajah Danial.

“Nak merajuk kenapa pula? Bukan U cakap U nak balik sendiri dalam whatsup tadi?”

“U ni masih tak faham kehendak I kan? Kita dah nak kahwin ok! Cubalah faham perasaan I ni. Kalau I cakap I nak balik sendiri, bukan I terus maksudkan benda tu. U kena la faham. Sudah tentulah I nak U datang ambil I.”

“Boleh pulak macam tu erk?”

“Buang masa betul la cakap dengan U ni!”

Alia terus berjalan laju menuju ke kereta manakala Danial mengangkat beg pakaian Alia lalu mengekori Alia dari belakang.

“U langsung tak ambil berat pasal I. Seolah I ni macam tak wujud dalam hidup U.” bebel Alia yang berbibir tebal itu.

Danial diam. Enjin kereta dihidupkan.

“Kalau ada perempuan lain cakap je! Tak payah nak seksa hidup I macam ni.”

Danial terus menukar gear dan bergerak laju menuju ke rumah Alia. Dia memang diam dan hanya mendengar.

“I cakap dengan U ni, Danial.”

“I pun dah tak tahu nak cakap apa dengan U, Alia. Dari dulu lagi kan, dah beratus kali agaknya I dah cakap dengan U yang I memang tak ada hati dengan U pun. Nak I cakap apa lagi?” Danial yang memakai kacamata hitam itu sesekali menoleh memandang Alia di sisinya.

Alia mengeluh. Dalam pada masa yang sama di dalam hati dia tersenyum riang kerana dia juga sebenarnya ada pilihan hati sendiri. Danial cukup bosan baginya!

“Ok, fine. Malam ni U datang rumah I. Bagi tau parents I yang kita putus tunang. Ok?”

Danial rasa macam sedang bermimpi.

“Alia, are u serius?”

“Yelah. Nak teruskan pun tak guna kalau masing-masing tak ada perasaan cinta dan sayang. Kan?”

“Lain macam je. Ke U dah ada orang lain?” tersengih Danial sambil memberi signal ke arah kanan.

“Tau tak pe. U ni bosan kot! Anak mak!”

Danial tergelak sendirian sambil menggelengkan kepalanya.

“Suka hati U lah Alia nak cakap apa pun.”

Danial memang takkan lupakan Zuhaira dan mungkin takkan dapat pengganti seperti Zuhaira.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 10:03 AM | Show all posts
Jam 5.00 petang..

Zuhaira terlebih dahulu telah hubungi Mariah bahawa dia datang mengambil anak-anak pada petang tersebut agak lewat sedikit. Lebih baik dia bagi tahu dari Mariah ternanti-nanti akan kedatangannya.

Zuhaira turun dari kereta dan sudah nampak Danial sedang berdiri tersenyum padanya. Zuhaira berjalan dan terus berjalan sehingga mereka berdua berdiri bertentangan antara satu sama lain.

“Assalammualaikum.” Danial memberi salam sambil sedekah dengan senyuman yang cukup menusuk kalbu.

“Waalaikummussalam.”

Danial menanggalkan kacamata hitamnya.

“Kenapa abang Danial tak bagi tahu Ira yang abang jumpa suami Ira tadi?"

Danial diam.

“Dia datang serang Ira dekat pejabat tadi tau! Kenapa abang Danial buat semua ni? Untuk apa?!” dada Zuhaira turun naik menahan geram.

“Abang..”

Danial cuba memegang lengan Zuhaira tetapi dengan pantas tangannya ditepis.

“Abang tak patut buat macam ni. Ira cerita dekat abang hanya untuk luah perasaan. Bukan untuk abang bertindak selesaikan masalah!”

“Abang sayang Ira.”

Zuhaira pula terdiam.

“Abang tak boleh tengok Ira macam ni. Sedih, sakit hati..kerana seorang lelaki yang Ira cinta. Memang kebetulan sangat pagi tadi abang terserempak dengan suami Ira. Abang borak-borak la dengan dia.”

“Niat abang memang nak pulihkan keadaan tetapi bukan bagi suami Ira.”

Masing-masing mendiamkan diri seketika. Sunyi sepi!

“Ok, abang minta maaf.”       

“Abang diam je. Tak payah nak masuk campur boleh tak?”

Zuhaira terus berpaling dan bergerak menuju ke keretanya. Danial membiarkan Zuhaira berlalu pergi dan dia kembali duduk di kerusi yang mengadap tasik itu.

“Abang cintakan Ira..”

Danial melepaskan nafasnya perlahan-lahan.



                                                           ********************************



Zuhaira membawa anak-anaknya pulang ke rumah. Kereta Syakir di perkarangan rumah menandakan Syakir berada di dalam rumah mereka.

“Anak-anak papa dah balik?” Syakir memeluk kedua-dua anaknya.

Zuhaira masuk ke dalam rumah tanpa hirau langsung akan kehadiran Syakir. Syakir dukung kedua-dua anaknya masuk ke dalam rumah di bahagian ruang tamu. Manakala Zuhaira sibuk di dapur menyiapkan makan malam untuk anak-anaknya.

“Papa ada belikan mainan.”

“Yeayyyyy!!!”

Hadiah diberi pada anak-anak lalu dia berjalan ke dapur mencari isterinya.

“Abang dah fikir.” Kata Syakir sambil bersandar tubuh ke dinding.

“Baguslah.” Zuhaira langsung tak pandang wajah suaminya

“Abang nak kita berpisah dengan cara baik.”

Zuhaira yang sedang basuh pinggan itu terus menutup pili air. Dia menoleh ke belakang memandang suaminya.

“Abang rasa kita dah tak boleh teruskan lagi hubungan ni.”

Zuhaira hendak menangis tetapi dia bertahan. Dia tak nak nampak lemah di hadapan lelaki yang bernama Syakir itu.

“Mungkin sampai di sini sahaja jodoh kita.”       

“Ira nak hak penjagaan anak-anak kita.” Zuhaira terus menyampuk.

“Ya. Anak-anak abang tak usik. Ira boleh jaga anak-anak kita. Tapi bagi abang jumpa anak-anak.”

Akhirnya mengalir juga airmata membasahi pipi Zuhaira. Berakhir juga kisah hidupnya bersama suami yang dia cintai selama ini.

“Abang tak nak Ira berterusan melakukan dosa. Dan abang juga tak nak tipu diri abang lagi.” Sambung Syakir mengawal perasaan sedihnya.

Zuhaira tak dapat nak berkata apa-apa lagi. Dia memang sayangkan suaminya.

“Kita jumpa di mahkamah.”

Zuhaira terus berpaling ke belakang. Tak sanggup lagi dia nak pandang wajah lelaki yang pernah hidup susah senang bersama dirinya.

“Abang balik dulu.”

Dengan langkah yang lemah Syakir berjalan ke ruang tamu lantas memeluk cium kedua-dua anaknya sebelum keluar dari rumah mereka. Mahu sahaja ketika itu Zuhaira menjerit memanggil nama suaminya, namun apakan daya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 10:11 AM | Show all posts
Sebulan kemudian..

Walaupun sudah berpisah, Syakir tetap menjalankan tanggungjawabnya dengan memberi nafkah dan akan berjumpa dengan anak-anak jika ada masa terluang.

Zuhaira sentiasa berdoa moga dirinya semakin hari semakin kuat menempuh ujian yang mendatang. Dia anggap apa yang berlaku semuanya ada hikmah tetapi bukan senang nak lupakan apa yang telah berlaku.

Dengan terputusnya tunang antara Danial dan Alia, Alia telahpun selamat diijabkabul bersama lelaki yang dicintainya, Robert Abdullah. Lelaki berbangsa cina yang telah sah masuk Islam dua bulan yang lepas.

Manakala Nasrul, dia mula jatuh hati pada Zuhaira. Tambah-tambah kecoh di pejabat bahawa Zuhaira telah pun bercerai dengan suaminya. Inilah peluang untuk dia tunjuk bakat bahawa Zuhaira adalah jodoh baginya. Dia lebih tenang sekarang kerana Nafeesa telah pun membawa diri merantau ke negara luar mencari kerja yang lebih jauh untuk melupakan apa yang telah berlaku antara mereka.



                                                      ********************************



Zuhaira seperti kebiasaan setiap pagi, selepas menghantar kedua-dua anaknya ke rumah Mariah, terus dia gerak ke pejabat.

Lebih kurang dalam 10 minit tibanya di pejabat, kereta Proton Saganya buat hal! Zuhaira panik. Dengan pantas dia memberi signal ke kiri dan memberhentikan kereta dibahu jalan.

“Apa hal pulak ni?”

Zuhaira angkat handbreak lalu keluar dari kereta. Bonet depan keretanya sedikit berasap.

“Adoi.”

Kiri kanan Zuhaira toleh mengharapkan ada yang sudi membantunya.

“Nak buat apa ni erk?”

Zuhaira masuk kembali ke dalam kereta dan mengambil handphonenya di dalam handbeg.

“Nak call siapa ni?”

Ligat di dalam kepala Zuhaira akan nama Danial, Nasrul, dan bekas suaminya Syakir.

“Perlu ke nak call Syakir?”

Baru sahaja dia hendak hubungi Danial, tiba-tiba muncul nama Syakir di skrin handphone. Zuhaira jawab panggilan tersebut.

“Hello.”

“Ira, petang ni abang ingat nak singgah rumah nak ambil baki baju-baju abang.”

“Ingatkan dah ambil semua dah hari tu.”

“Ada lagi yang tertinggal.”

“Yelah.”

“Ni kat mane ni? Bising je bunyi belakang tu.”

“Kereta ni..buat hal plak.”

“Kereta? Ni kat mane?”

“Dah nak sampai ofis dah. Dekat traffic light 3 penjuru tu.”

“Owh. Habis tu, dah call sape-sape tak?”

“Ira tak tahu nak buat apa.”

Selama ini pun kalau ada masalah memang Syakir banyak membantu. Zuhaira memang tak tahu apa-apa.

“Tunggu abang kat situ. Abang gerak sana sekarang.”

“Eh, kang menyusahkan abang plak.”

“Tak pe. Tunggu situ.”

Talian dimatikan. Zuhaira menyandarkan tubuhnya di pintu kereta sambil memandang kereta yang lalu lalang disitu. Tiba-tiba kereta Honda Civic model baru berhenti di hadapan keretanya. Dia kenal kereta tu!

Nasrul keluar dari kereta lalu berjalan ke tempat Zuhaira.

“Nape ni?”               

“Kereta rosak.”

“Owh.. bukak bonet depan meh saya tengokkan.”

“Dah bukak.”

“Ok jap saya tengokkan.”

Nasrul mengangkat bonet ke atas lalu mula membelek enjin hadapan yang masih berasap sikit itu.

“Assalammualaikum.”

Zuhaira dan Nasrul terkejut.

“Waalaikummussalam.”

Syakir dan Nasrul bersalaman.

“Kereta dah ok belum?” tanya Syakir pada Zuhaira.

“Saya tengah nak tengok. Saya baru sampai.” Jawab Nasrul dalam nada sedikit cemburu.

“Tak pe. Saya dah call member. Dia budak mekanik.” Jawab Syakir sambil pandang Nasrul atas bawah.

Zuhaira hanya mendiamkan diri.       

“Jom, abang hantar Ira ke ofis. Kunci kereta bagi dekat abang. Nanti siap abang hantar kereta ni ke rumah.” Kata Syakir yang juga masih ada baki perasaan sayang pada Zuhaira.

“Eh, biar saya je lah yang tumpangkan Zu. Kita orang kan satu pejabat. Zu cuma bagi kunci pada Encik Syakir je lah kan?” sampuk Nasrul.

Syakir dan Nasrul bertentangan mata.

“Zu? Bukan main lagi panggil bekas bini aku Zu..” bisik hati Syakir.

“Abang..”

Syakir menoleh pandang ke wajah Zuhaira.

“Ira tumpang Encik Nasrul ke pejabat ya? Ni kunci kereta Ira.”

Syakir tak sangka Zuhaira ikut Nasrul.

“Nah.”       

Syakir menyambut kunci kereta itu dari Zuhaira.

“Apa-apa abang bagi tahu Ira erk. Terima kasih sebab tolong Ira. Menyusahkan abang plak”

“Tak de lah. Sikit je ni.”

Nasrul tersenyum sementara Zuhaira berjalan ke kereta mengambil handbegnya.

“Jangan risau, Encik Syakir. Saya akan jaga Zuhaira baik-baik.” Bisik Nasrul ke telinga Syakir dengan penuh makna.

Syakir menggenggam jari jemarinya.

“Ira pegi dulu ya, abang.” Senyum Zuhaira lalu mengikut Nasrul dari belakang.

Syakir mengetap bibir. Apa sudah jadi? Takkan cemburu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-6-2016 10:16 AM | Show all posts
Danial yang bekerja di sebuah pejabat swasta yang agak terkenal di bandaraya Kuala Lumpur itu masuk ke pejabat awal seperti biasa. Sebelum memulakan tugas, dia terlebih dahulu ke surau melakukan solat Dhuha 2 rakaat.       

Setelah selesai memberi salam, Danial terpandang ke arah kanannya ada seorang lelaki tua sedang duduk bersila memandang ke arahnya. Danial melipat sejadah lalu ke tempat lelaki tua tersebut.

“Assalammualaikum, pak cik.”                       

“Waalaikummussalam.” Jawab lemah pak cik itu sambil berjabat tangan dengan Danial.

“Pak cik dari mana? Saya tak pernah nampak pak cik kat sini sebelum ni.”

Lelaki tua itu sebak lalu terus menangis.

“Eh, pak cik. Kenapa ni?”

Danial mengusap belakang badan lelaki tua itu untuk menenangkan keadaan.

“Anak pak cik tinggalkan pak cik dekat bus stop depan tu dah dua hari.” Sebak lelaki tua itu meluahkan isi hatinya.

“Astaghfirullah. Pak cik belum makan la ni?”

Lelaki tu itu menggelengkan kepalanya.

“Ya Allah.. jom pak cik saya temankan pak cik makan.”

“Jangan. Kamu mesti tengah kerja kan?”

“Tak pe. Itu pak cik jangan risau.” Danial mengeluarkan handphone di dalam poket seluarnya lalu mula mendail nombor pembantunya, Qaisara.

“Sara..”

“Ya, Encik Danial.”

“Saya dah sampai ofis dah tapi saya ada hal nak kena uruskan sekarang ni. Nanti kalau ada sesiapa cari saya, ambil nombor handphone atau tinggalkan pesanan.”

“Owh ok. Lama tak Encik Danial keluar?”

“Erm.. setengah jam macam tu.”

“Baiklah.”

“Thanks, Sara.”

“Ok, no problem.”

Talian dimatikan. Danial tersenyum memandang lelaki tua itu lalu cuba membantu lelaki tua itu bangun.

“Bole saya tahu nama pak cik?”

“Panggil pak cik Hashim pun tak pe.”

“Owh. Macam ni pak cik Hashim. Kita pegi makan dulu ok? Nanti masa makan-makan kita sembang lagi.”

Angguk lelaki tua itu lalu mengikut Danial keluar dari surau tersebut.



                                                                 ********************************



Zuhaira masuk ke dalam bilik Nasrul sambil membawa beberapa keping fail untuk ditandatangani. Ketika itu Nasrul sedang mengemas rak fail di belakang tempat duduknya.

“Encik Nasrul, ni ada beberapa surat perlu ditandatangi segera.”

“Letak je atas meja situ. Nanti saya tengok.”

“Ok.”

Sebaik sahaja Zuhaira hendak beredar, Nasrul memaut lengan Zuhaira lantas mengejutkan Zuhaira.

“Kenapa ni?” tanya Zuhaira cuba meleraikan pautan tersebut.

Nasrul tersenyum dengan penuh makna.

“Cantik..”

“Cantik?”

“Mata awak cantik sangat, Zu.”

Mereka berbalas pandangan seketika.

“Eh, saya ada banyak lagi keje kat luar.”

“Nanti dulu.”

Nasrul masih kuat memegang lengan Zuhaira.

“Beri saya peluang untuk curi hati awak.” Nasrul berterus terang.

Zuhaira terus tergelak kecil. Nasrul hairan.

“Saya tak main-main, Zu.”       

“Jangan macam ni, Encik Nasrul. Hubungan kita tak lebih dari seorang bos dan pekerja bawahan.” peril Zuhaira kembali. Tatapi memang benar, dia masih belum membuka hatinya untuk mana-mana lelaki.

“Tapi saya dah mula jatuh hati dengan Zu.”

“Tapi saya belum. Maafkan saya.”

Zuhaira terus berjalan keluar dari bilik tersebut. Nasrul mengeluh lalu merebahkan punggungnya di kerusi.

“Tak pe.. banyak masa lagi ni.” Nasrul tersengih sendirian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 10:23 AM | Show all posts
Zuhaira duduk. Dia membuka laci meja kecilnya lalu terus nampak sekeping gambar kahwinnya bersama Syakir dulu. Ditatap gambar tersebut sambil mengimbas kembali kenangan cinta dahulu. Cepat masa berlalu..berlalu dengan pengakhiran yang tidak disangka!

Lelaki yang pernah dia agungkan, akhirnya tewas ke tangan orang lain. Mana mungkin dia terus dapat melupakan apa yang pernah dia dapat dahulu bagaikan minyak yang ditatang penuh.



                                                                  ********************************



Danial menjamu pak cik Hashim makan nasi lemak berlaukkan ayam goreng. Berselera menjamu selera kerana langsung tak pandang kiri dan kanan. Danial sebak. Tergamak seorang anak lakukan perkara sedemikian.

Danial membiarkan pak cik Hashim tenang menjamu selera sementara dia membuka emel melalui tabnya.

Pak cik Hashim memandang Danial yang dari tadi masih belum ambil sebarang makanan untuk dijamah. Hanya secawan kopi panas!

“Tak makan ke?”

“Eh, pak cik jangan risau pasal saya. Saya makan dah dekat rumah tadi.” Jawab Danial lembut dan tak lekang dengan senyuman itu.

Pak cik Hashim serba salah. Dia mula memperlahankan kunyahannya.

“Pak cik, nape ni? Pak cik nak tambah nasi lagi tak? Saya ambilkan.”

“Eh, tak! Cukup dah untuk pak cik ni.”

Pak cik Hashim memegang tangan Danial dari pergi ke kaunter. Danial duduk semula.

“Pak cik ok tak?”

Pak cik Hashim cuba menahan dari menangis. Danial perasan pak cik Hashim ketika itu sedang bermain dengan perasaannya.

“Dah..dah. Makan, pak cik.” Pujuk Danial sambil mengusap lembut lengan lelaki tua itu.



                                                         ********************************



25 minit kemudian..

Setelah selesai membayar di kaunter kedai makan tersebut, Danial memimpin pak cik Hashim ke keretanya.

“Rumah pak cik dekat mana?”

Danial membuka pintu kereta untuk Pak cik Hashim lalu dia dengan cepat berjalan masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan.

“Rumah pak cik di Ipoh. Tapi rumah tu dah dijual anak pak cik.”

Danial yang memakai kacamata hitam itu terus toleh memandang pak cik Hashim seketika.

“Jual?”

“Salah pak cik juga. Pak cik berhutang dengan Ah long untuk.. untuk..” pak cik Hashim menoleh memandang Danial.

Danial ternanti-nanti perkataan pak cik Hashim seterusnya.

“Untuk main judi.” Perlahan suara pak cik Hashim menyambung ayatnya.

Danial terdiam. Mungkin pak cik Hashim ada alasan tersendiri.

“Pak cik memang ayah yang tak guna. Pak cik jual anak perempuan pak cik demi untuk bermain judi. Sehinggalah rumah dan tanah di kampung habis tergadai. Anak pak cik sorang je. Dia bawak pak cik datang sini tinggal dengan dia. Sehinggalah baru-baru ni dia tinggalkan pak cik dekat bus stop depan tu. Dia cakap dia dah tak larat jaga pak cik. Lagipun dia baru kahwin. Pak cik rasa dia malu ada ayah macam pak cik. Dia malu nak kenalkan pakcik pada suaminya tu.” pak cik Hashim sebak lalu terus menangis meratap nasibnya.

Danial memberhentikan keretanya di bahu jalan. Terus dia memujuk pak cik Hashim lantas pak cik Hashim terus memeluk Danial dengan erat.

“Pak cik banyak dosa..banyak sangat dosa!”

“Shh.. sabar, pak cik. Banyakkan istighfar.”

“Pak cik tak salahkan anak pak cik. Dia tak bersalah dalam hal ni. Semua yang terjadi sebab dari pak cik sendiri.”

Danial mengusap belakang badan pak cik Hashim.

“Sekarang ni pak cik nak saya hantar pak cik ke rumah anak pak cik balik ke?”

Laju pak cik Hashim menggelengkan kepalanya.

“Jangan..jangan..”

“Habis pak cik nak saya buat apa?”

“Tinggalkan pak cik kembali dekat bus stop yang anak pak cik..”

“Eh, kenapa pulak? Saya takkan buat macam tu.”

“Pak cik dah susahkan hidup kamu temankan makan..minum.”

“Astaghfirullah.”

Pak cik Hashim mengesat airmatanya.

“Ok. Pak cik nak keja tak?”

“Keja? Nak.”

“Tapi keja sebagai pencuci di pejabat saya tu. Boleh ke?”

“Boleh sangat-sangat.”

“Kalau pak cik setuju, rumah pun ada disediakan tetapi berkongsi la.”

“Tak pe. Pak cik tak ada masalah.”

Danial tersenyum lantas sekali lagi pak cik Hashim memeluk dirinya.

“Terima kasih..”

Danial tersenyum kerana dia puas dapat menolong pak cik yang baru dia kenal tak sampai satu jam itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-6-2016 10:30 AM | Show all posts
Syakir yang baru pulang dari bengkel kereta itu terasa sangat-sangat lapar. Dia masuk shif petang pada hari tersebut. Pagi tadi sebelum dia berjumpa dengan Zuhaira, dia keluar awal jogging di taman depan rumahnya. Itu memang kebiasaannya sebelum kahwin dengan Zuhaira lagi jika dia tak kerja shif pagi.

Dia ke dapur mengharapkan isteri barunya, Wani ada menyiapkan sarapan. Seperti biasa, hampa! Hanya ada air teh o panas yang sudah berbaki separuh mug.

Dengan sepantas kilat, terus dia imbas kembali setiap layanan dia terima dari Zuhaira sebelum ini. Perutnya sentiasa diisi, langsung tak pernah kenal erti kelaparan!

“Hai, abang..” Wani yang baru bangun tidur itu muncul tiba-tiba lalu terus memeluk suaminya dari belakang.

“Makan ape pagi ni?”

“Makan ape? Bukan selama ni kita makan luar je ke?” balas Wani yang memang tak pandai masak itu.

“Dah hampir sebulan kita kahwin, Wani. Takkan tak nak belajar masak.” Syakir mula rasa jemu makan di luar. Dah biasa makan di rumah selama ni kan?

“Abang cakap ape ni? Dulu abang bukan main lagi cakap tak kisah kalu Wani tak pandai masak pun. Sekarang cakap lain plak.” Wani mula meninggikan suara.

“Yelah. Tapi takkan tak ada perubahan langsung? Belajar la.. handphone pun abang dah belikan. Canggih! Google cara-cara nak masak.”

“Cakap pandai. Rumah ni.. rumah yang kita duduk ni rumah Wani tau. janji nak beli rumah banglo la.. rumah dua tingkat la.. sekarang?”

Giliran Wani pula mengungkit. Syakir terus memandang tajam ke arah Wani.

“Boleh plak cakap macam ni erk? Ungkit semua..”

“Abang yang mulakan dulu kan??”       

Syakir terus berjalan ke ruang tamu dan mengambil kembali kunci keretanya.

“Abang! Abang nak ke mana?!”

“Pergi makan la. Duduk tercangak dalam rumah kalau tak ada yang masak, mati kelaparan la aku.”

Wani geram diperli sebegitu sekali.

“Tunggu apa lagi tercegat situ? Nak mati kelaparan dekat rumah sendiri ke?!” perli Syakir lalu masuk ke dalam kereta.

“Ishh!!” protes Wani lalu mengambil jacket jeansnya di dalam bilik kerana ketika itu dia hanya pakai tshirt bertali halus.



                                                      ********************************



Jam menunjukkan pukul 1.00 tengah hari..

Zuhaira bangun lalu ke pantry. Dalam dua tiga hari sejak kebelakangan ini, dia memang tak ada selera nak makan. Tipu kalau dia cakap dia sudah lupa akan Syakir. Wajah lelaki yang pernah menjadi raja di dalam hatinya sukar untuk dilupakan begitu sahaja. Namun pahit tetap pahit. Dia harus lupakan apa yang telah berlaku dan mulakan hidup baru.

Sebaik sahaja Zuhaira hendak masuk ke dalam pantry, kelihatan Nasrul sedang termenung merenung ke luar jendela sambil memegang satu mug yang masih berasap itu.

Nasrul dapat rasa ada orang di belakangnya lantas terus menoleh tanpa sebarang panggilan.

“Zu..”

Zuhaira tersenyum lalu berjalan masuk ke dalam pantry.

“Encik Nasrul tak keluar makan ke?”

“Kenyang makan rokok.”

Terus Zuhaira tergelak kecil manakala Nasrul terhibur melihat Zuhaira yang ketawa seperti keanak-anakkan itu.

“Boleh masuk maharaja lawak.” Sindir Zuhaira lantas mengambil satu mug di rak atas.

Nasrul memandang Zuhaira dari atas sampai bawah. Macam-macam yang dia bayangkan ketika itu. Dengan susuk tubuh Zuhaira yang masih menawan kalbu!

“Saya ke depan dulu.”

Rupanya Zuhaira siap bancuh air, Nasrul masih memandang Zuhaira dengan penuh nafsu. Zuhaira perasan dengan pandangan mata Nasrul itu lalu terus berjalan keluar dari pantry tersebut.

Laju Zuhaira berjalan ke tempat duduknya. Yang ada ketika itu hanya beberapa orang sahaja di dalam pejabat itu. Itu pun masing-masing melayan perasan dengan melayan youtube, tidur dan berborak di dalam telefon.

Zuhaira cuba memandang ke pintu pantry. Nasrul tersenyum ke arahnya sambil memberi isyarat meminta Zuhaira masuk ke dalam biliknya.

“Gila ke ape mamat ni?” bisik hati Zuhaira.

Zuhaira menggelengkan kepalanya sambil menunjukkan beberapa keping fail memberi isyarat bahawa dia ada kerja perlu diselesaikan.

Nasrul tidak puas hati.

“Zu!!!” jerit Nasrul mengejutkan beberapa staf yang ada di situ.

Kesemua memandang ke arah Zuhaira.

“Hampeh! Dia memang tak nak kalah.” Bisik lagi hati Zuhaira.

“Masuk bilik saya, Zu! Banyak keje lagi yang tak settle lagi ni.” Sengaja Nasrul menghangatkan perasaan Zuhaira lalu dia terus masuk ke dalam biliknya.

Nak tak nak Zuhaira terpaksa mengikut arahan ketika itu walaupun sepatutnya apabila waktu rehat adalah masa untuk dia berehat sendirian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 10:39 AM | Show all posts
Danial yang masuk lewat ke pejabat pada hari itu, pada tengah harinya dia tidak keluar. Dia cover balik masa yang telah dia gunakan pada pagi tadi. Hal pak cik Hashim diserahkan kepada Ahmad, ketua bagi kerja-kerja pembersihan di situ. Dia harap pak cik Hashim selesa dan dapat memberi komitmen yang baik.

Tok! Tok!       

“Masuk.”

Qaisara masuk sambil membawa buku notanya yang penuh diisi dengan rutin harian Danial.

“Encik Danial..”

Danial memanggung kepalanya memandang Qaisara yang bertahi lalat di bibir itu.

“Ya.”

“Pagi ni sepatutnya Encik Danial ada appointment. Tetapi saya dah tunda ke petang.”

“Good.”

“Lagi satu. Ni ada kad kahwin dari Puan Alia. Dia cakap tak sempat nak tunggu Encik Danial tadi.”

Danial mengambil kad kahwin itu dari Qaisara.

“Dia datang pagi tadi?”

“Aah. Ni jemputan kahwin sebelah suami dia.”

“Ok, thanks. Ada apa-apa lagi?”

“Tak ada.”

“Ok.” Danial sibuk membetulkan ayat-ayat di memo yang tengah dia semak itu.

Qaisara masih berdiri di situ. Danial perasan lalu memandang Qaisara kembali.

“Kenapa?”

Qaisara tersenyum.

“Encik Danial nak saya belikan apa-apa tak?”

Qaisara memang dah tahu. Kalau Danial masuk lambat ke pejabat atas urusan peribadi, memang waktu tengah hari dia takkan keluar makan.

“Rasanya tak. Kalau lapar, nestum 3in 1 ada dalam laci tu.”

“Ok lah kalau macam tu. Saya keluar dulu ya.” Qaisara berjalan keluar dari bilik itu.

Danial menyambung kembali tugas hariannya. Tiba-tiba handphonenya berdering.

“Ibu?”

Danial menjawab panggilan itu.

“Ya, ibu.”

“Kamu pegi mana pagi tadi? Alia cakap dia datang pejabat kamu. Tapi kamu tak ada.” Macam biasa, Kamariah memang suka serang tanpa usul periksa. Danial dah lali!

“Danial dah dapat dah kad kahwin dia tu.”

“Jangan tak pegi plak.”

“Insyaallah, ibu.”

“Kamu selalu buat ibu marah dengan kamu. Dah la kamu tak jadi kahwin dengan Alia. Sedih ibu tau!”

“Dah la, ibu. Dah tak ada jodoh nak paksa macam mana lagi? Alia pun dah selamat kahwin dah pun kan?”

Macam tu lah Danial setiap hari. Memang dia mangsa ibunya lepaskan kemarahan. Kadang-kadang salah kucing berak di halaman rumah pun, Danial yang disalahkan. Namun bagaimanapun, Danial hanya ada Kamariah seorang ibu yang juag syurga buatnya! Dia faham, ibunya hanya bergantung hidup dengannya sahaja. Langsung dia tidak ambil hati!

“Dah la. Ibu nak buat keje.”       

“Baik, ibu..”

Talian dimatikan. Danial tersenyum sendirian lalu menyambung kerjanya.



                                                        ********************************



Nasrul dan Zuhaira masing-masing mendiamkan diri. Nasrul yang duduk bertentangan dengan Zuhaira itu tersenyum dari tadi.

“Saya ada keje nak buat dekat luar tu, Encik Nasrul. Kalau tak ada apa-apa, saya…”

Tiba-tiba Nasrul bangun lalu mengunci pintu bilik. Zuhaira mula tidak sedap hati. Apa kata staf di luar? Zuhaira bangun lalu menjarakkan kedudukannya dengan Nasrul.

“Jangan la takut. Saya tak kan buat apa-apa yang Zu tak suka.”

“Habis tu, kenapa mesti kunci pintu?”

“Privacy.”

“Privacy?”

Nasrul berdiri berhampiran dengan Zuhaira. Zuhaira yang kecil molek itu memang sah akan tewas kalau di apa-apakan oleh Nasrul.

“Saya nak Zu jadi milik saya.”

“Hah?”

“Susah sangat ke nak terima saya?”

“Perlu ke nak paksa sampai macam ni?”

“Kalau tak paksa, saya yang terlepas nanti.”

“Kalau paksa pun, hanya dapat badan. Bukan hati!”

Zuhaira terus ke pintu lalu keluar dari bilik itu dengan hati yang geram dan marah. Nasrul memang degil!

“Aku kalau nak petik nafsu kau, anytime je Zu. Confirm kau tumbang punye!” gelak Nasrul sendiri lalu merebahkan punggung di sofa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 11:40 AM | Show all posts
Jam 4.30 petang..       

Zuhaira yang sedang membuat Salinan fotostat memandang jam di dinding. Dia perlu hubungi Syakir sama ada keretanya dah siap atau belum. Anak-anak perlu dijemput petang ni!

Zuhaira mengambil handphone di dalam laci lalu terus menghubungi bekas suaminya.

“Hello abang.”

“Ya, Ira.”

“Sorry ganggu. Kereta Ira macam mana ya, abang?”

“Belum siap lagi. Abang baru je call kawan abang tu tadi.”

“Owh yeke? Ira pikir anak-anak. Petang ni kan nak jemput bebudak tu dekat rumah kak Mariah.”

“Aah la. Ok, macam ni. Abang tengah keje ni. Shif petang. Petang ni dalam pukul 5.30 macam tu abang jemput Ira boleh?”

“Boleh ke? Nanti apa pula kata Wani.. Ira tak nak nanti sebab Ira..”

“Tak yah risau la pasal dia. Abang leh uruskan. Tunggu abang ambil petang ni.”

“Ok.”

“Tunggu abang call.”

“Ok. Thank you, abang.”

“Oright.”

Panggilan dimatikan. Sebaik sahaja Zuhaira mendongak mukanya ke depan, kelihatan Nasrul berdiri di depan partitionnya. Memang sah la Nasrul dengar semuanya kan?

“Saya boleh hantar Zu balik.”

“Tak pe. Saya dah janji dengan Syakir nak tumpang dia.” Jawab Zuhaira sambil berjalan masuk ke dalam bilik mesin.

Nasrul ikut dari belakang.

“Zu masih ada hati lagi ke dengan si Syakir tu?”

“Apa yang Encik Nasrul merepek ni?”

“Saya tanya soalan untuk dijawab, bukan dibalas dengan soalan.”

“Please, Encik Nasrul. Hal peribadi macam ni tak sesuai nak berborak di tempat kerja.” Zuhaira mengambil surat-surat di mesin fotostat lalu berjalan kembali ke tempat duduknya.

Nasrul mengeluh. Beberapa staf disitu perasan dengan sikap Nasrul yang suka memaksa itu.



                                                            ********************************




Syakir memohon kebenaran keluar sekejap dari pejabat kepada pegawai atasannya untuk mengambil anak lalu datang semula ke pejabat.

Dengan laju dia memecut ke pejabat Zuhaira yang jaraknya lebih kurang dalam 20 minit jika tiada kesesakan lalulintas.

Manakala Zuhaira memang sudah siap sedia tunggu di lobi utama dari pukul 5.00 petang tadi. Malas dia nak tunggu diatas walhal kerja dah siap. Handphone berdering lantas dijawabnya.

“Abang dah sampai ke?”

“Dah. Depan ni.”

“Ok, jap.”

Zuhaira membawa handbegnya lalu berjalan ke depan, luar dari pejabat. Nasrul memerhati dari jauh, penjuru lif yang agak terselindung itu.

“Assalammualaikum.”

Zuhaira memberi salam lalu masuk ke dalam kereta.

“Waalaikummussalam. Jom.”

Syakir memecut laju menuju ke rumah Mariah untuk menjemput anak-anak mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 11:45 AM | Show all posts
Danial agak letih sedikit pada hari tersebut. Rasanya lebih baik pulang awal, berehat! Dia mula menyusun buku dan fail-fail di atas meja.

Tok! Tok!

“Siapa pulak ni? Masuk!”

Qaisara muncul di muka pintu sambil tersenyum.

“Ya, Sara?”

“Saya dah nak balik.”

“Ok.” Danial membalas senyuman Qaisara.

Qaisara tersenyum. Memang selalu macam tu perangai Danial yang cukup menggoda dan simple.

“Kau bernasib baik, Encik Danial. Sebab aku dah kahwin dan masih kuat iman di dada gitew..” bisik Qaisara sendirian lalu berlalu pergi keluar dari pejabat.

Danial menyandarkan diri lalu terus wajah Zuhaira muncul di kotak fikiran.

“Ganggu tak kalau aku call dia sekarang?”

Danial memandang jam di dinding.




                                                                      *****************************

       
Semasa di dalam perjalanan pulang ke rumah setelah menjemput anak-anak yang tidur keletihan di kerusi belakang, Syakir sesekali menoleh memandang Zuhaira. Lagu ‘ Patah Seribu’ nyanyian Sheila Hamzah berkumandang sayup di dalam kereta.

“Ira tak rasa rindu dekat abang ke?”

Zuhaira terkejut lantas memandang wajah bekas suaminya. Kemudian dia kembali memandang permandangan luar di cermin kirinya.

“Motif tanya aku soalan macam tu?” bisik hati Zuhaira yang cuba mengawal perasaan.

Syakir diam kembali lalu fokus dalam pemanduannya.

Beberapa minit setelah sampai di rumah, Zuhaira dukung Munira manakala Syakir dukung Lina masuk ke dalam bilik nombor dua. Zuhaira dengan pantas keluar dari bilik tersebut, nak hindar dari perkara yang tak baik kerana adanya bekas suaminya di rumah.

Namun, dengan pantas Syakir memegang tangan Zuhaira yang ketika itu hendak berjalan ke ruang tamu.

“Abang..please!”       

“Ira tak rasa apa yang abang rasa ke?” Syakir meletakkan tangan Zuhaira didadanya yang tengah berdegup kencang itu.

“Please la, abang. Kita dah tak ada apa-apa hubungan dah.”

Zuhaira cuba melepaskan genggaman. Belum berjaya! Kuat genggaman Syakir ketika itu.

“Abang masih sayangkan Ira.”

“Abang!” Zuhaira menolak tubuh Syakir.

“Abang dah ada isteri. Abang patut jaga hati dia.”
sambung  Zuhaira.

“Tapi dia tak jaga hati abang.”

“Itu bukan masalah Ira. Ira tak nak tahu langsung apa yang dah berlaku antara abang dengan dia. Ira ada banyak benda lagi nak fikir!”

Syakir diam manakala nafas Zuhaira sudah turun naik. Dia cuba mengawal perasaannya yang juga masih ada lagi segelumit perasaan sayang pada bekas suaminya itu.

“Ira bukan nak halau abang, tapi Ira rasa macam tak manis kalau abang duduk lama-lama dalam rumah ni.”

“Dia tak macam apa yang abang sangka, Ira. Abang ingat dia boleh..”

“Dah la, abang. Ira tak nak dengar apa-apa dah. Tolong abang, tolong keluar.”

Syakir mengeluh.

“Ok..ok. Tapi malam ni abang datang kejap nak ambil baju abang.”

Zuhaira diam. Dia tak pandang langsung wajah Syakir. Syakir terus mengatur langkah keluar dari rumah itu dan Zuhaira dengan pantas mengunci pintu utama. Dia menangis.

“Aku takkan biarkan lagi hati aku disakiti.”

Zuhaira berjalan masuk ke dalam bilik anak-anaknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 11:53 AM | Show all posts
Danial selesai membaca satu muka surat Al Quran setelah selamat menunaikan solat Maghrib. Diangkat sejadah lalu di ampai di ampaian kayu jati di sebelah pintu masuk. Kemudian dia merebahkan punggung di atas katil.

Kadang-kadang dia terfikir, sampai bila harus dia mengharapkan kasih, cinta dan sayang dari Zuhaira. Sampai bila? Dia juga ada maruah dan harga diri.

“Danial!”

Terkejut. Danial bangun lalu membuka pintu bilik.

“Ya, ibu.”

“Lama sangat dalam bilik. Tak reti nak turun bawah makan?”

Jerling Kamariah lalu turun ke bawah meniti anak tangga kaca itu. Danial hanya tersenyum mengikut ibunya turun ke meja makan dari belakang.

“Keje ok ke hari ni, ibu?”

Danial melipat lengan baju melayunya lalu duduk mengadap lauk ikan 3 rasa dan air oren.

“Keje apa yang ok nye? Rasa macam dah nak pencen! Kamu tu bila nak keje dengan ibu?”

“Dengan ibu? Haha..”

“Ibu tak buat lawak pun ok.”

“Haha..” Danial menggelengkan kepalanya melayan ibu, syurga buatnya itu.

Kamariah mana pernah cakap elok-elok dengan Danial. Macam tu lah hari-hari. Danial mencuit sedikit isi ikan lalu dimasukkan ke dalam mulut.

“Sedap giler! Masakan ibu ni dari dulu sampai sekarang tak berubah.”

“Pandai la kamu tu.”

“Macam hati ibu juga kan?”

Kamariah terus tersentap dengan ayat anak tunggalnya itu.

“Dari segi apa yang Danial tengok, orang perempuan ni kalau kematian suami jarang yang kahwin baru. Ada tu memang ada tapi jarang berlaku.”

Kamariah diam kali ini. Danial yang berselera makan tadi terus perlahankan suapannya.

“Ibu..”       

Kamariah hendak bangun tetapi di halang Danial.

“Ok, ibu. Danial minta maaf sentuh hal ni. Salah Danial. Danial minta maaf ya, ibu.”

Danial mengucup tangan ibunya berkali-kali.

“Sorry, ibu.”       

Kamariah akhirnya menitis airmata setelah sekian lama hatinya kering dan kental. Kepala Danial diusap.

“Tiada siapa pun yang layak menggantikan tempat arwah ayah kamu dalam hati ibu. Dia terlalu baik. Memang takkan ada yang setanding dengan dia.”

Danial terus memeluk ibunya yang berketurunan cina itu.
       



                                                            ********************************



Zuhaira yang  baru selesai menyuap anak-anaknya makan malam, terus ke dapur mengemas apa yang patut.

“Mamaaaaa!” jerit Lina sambil membuka pintu.

“Linaa!! Kenapa bukak pintu tu?” Zuhaira menutup pili air lantas dengan laju dia berlari ke ruang tamu.

Syakir yang sudah masuk ke dalam rumah itu sedang memeluk kedua-dua anaknya. Zuhaira kembali tenang dan berjalan ke dapur semula.

“Lina dengan adik rindu sangat dekat papa..”

“Yeke? Papa pun rindu sangat-sangat dekat dua puteri papa ni. Tapi papa busy dengan keje sekarang ni. Nanti kalau papa dapat cuti, kita gi holiday ok?”

“Okay! Yeayyy!!!” jerit Lina sambil mencium adiknya.

Syakir terharu. Adakah tindakannya melepaskan Zuhaira adalah tepat?

“Ni ada hadiah untuk Lina dan Munira.” Syakir menghulurkan satu beg kertas pada Lina yang berisi mainan itu.

“Wahhhh”

Lina dan Munira ke depan tv lalu kusyuk main dengan mainan baru. Syakir ke dapur dapatkan Zuhaira.

“Sayang..”

Panas pula telinga Zuhaira apabila mendengar perkataan tersebut. Di susunnya pingan-pinggan di atas meja dengan kuat sekali.

“Semua baju abang Ira dah masukkan dalam beg. Beg tu dalam bilik kita.” Kata Zuhaira langsung tak pandang Syakir.

Syakir diam lalu berjalan masuk ke dalam bilik yang pernah menjadi bilik kelamin mereka suatu ketika dahulu. Zuhaira kalau boleh tak nak biarkan Syakir masuk ke dalam rumah lagi lepas ini. Siapa yang tak risau kalau hati masih ada lagi sedikit perasaan terhadap bekas suami.

Lima minit hampir berlalu, tetapi Syakir masih belum keluar dari bilik. Zuhaira mula pelik. Padahal ambil sahaja beg di dalam bilik itu.

Zuhaira memerhati anak-anaknya yang masih bermain sesama mereka di ruang tamu. Kemudia dia cuba menyelak daun pintu bilik yang terbuka sedikit itu. Kelihatan Syakir sedang menatap album kahwin mereka.

“Abang!”

Syakir memandang Zuhaira.

“Ira suruh abang ambil beg je kan? Bole tak abang jangan lama-lama dalam rumah ni? Ira tak selesa la abang.” Zuhaira membuka luas pintu bilik itu.

Syakir bangun lalu menarik tubuh Zuhaira masuk ke dalam bilik.

“Apa ni, abang?”

“Abang rindu Ira.”

“Ishh laaa.. jangan pegang Ira!”

“Abang rindu sangat-sangat dekat Ira. Abang tak boleh nak..”

“Papa..mama..” panggil Lina yang sudah berdiri di muka pintu bilik.

Terdiam Syakir dan Zuhaira. Lina memeluk ibunya.

“Tolong, abang.” Rayu Zuhaira.

Syakir mengambil beg pakaiannya lalu terus keluar dari rumah itu meninggalkan Zuhaira bersama anak-anak.

“Mama..mama” Lina menarik kain batik yang dipakai Zuhaira itu.

“Ya.”

“Tadi handphone mama bunyi.”

“Yeke?”

Zuhaira ke ruang tamu mengambil handphonenya.

“Abang Danial?”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 11:53 AM | Show all posts
insyaallah smbung ptg nnti naa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 02:45 PM | Show all posts
jom smbung lg skit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 02:50 PM | Show all posts
Danial yang kelam kabut memandu ke rumah Zuhaira mengharapkan tiada apa-apa yang berlaku. Semasa dia hubungi Zuhaira, Lina yang jawab panggilan tersebut. Siap Lina bagi tahu papa dan mama bergaduh menambahkan lagi kerisauan Danial.

Zuhaira menghubungi Danial.

“Hello, Ira. Ira ok tak ni?”

“Ira ok. Abang macam cemas je. Abang call Ira erk tadi?”

“Abang on the way ke rumah Ira sekarang ni. Tadi Lina bagi tahu Ira gaduh dengan Syakir.”

“Lina?” Zuhaira memandang Lina yang kusyuk sambung bermain masak-masak dengan adiknya itu.

“Astaghfirullah..”

“Ira ok tak? Abang dah nak sampai umah Ira dah ni.”

“Ira ok je, abang. Adoi Lina ni.. dah pandai jawab call sekarang.”

“Ira, abang dah sampai depan rumah dah.”

“Jap.”

Danial angkat handbreak lalu keluar dari kereta dan berjalan ke pintu pagar. Manakala Zuhaira pula membuka pintu rumah lalu berjalan ke pintu pagar menghampiri Danial.

“Risau giler abang bila Lina cakap macam tu.”

“Abang jangan lah risau. Tak ada apa-apa pun. Syakir pun dah balik dah.”

Danial menarik nafas lega. Ditolehnya ke kiri dan kanan. Sunyi jalan di kawasan tersebut.

“Ok, lah. Abang balik dulu.”

“Ok. Sorry abang susahkan abang je. Tak sangka pula Lina dah pandai jawab call.”

“Tak pe. Ira jaga diri baik-baik. Kunci pintu tu.”

“Ok.”

Danial sempat mengukir senyuman lalu masuk ke dalam kereta. Tangan dilambai lalu terus meluncur laju menuju jalan pulang ke rumah semula. Zuhaira masuk ke dalam rumah langsung mengunci pintu.



                                                             ********************************




Nasrul yang baru selesai mandi itu, turun meniti anak tangga lalu menuju ke ruang tamu. Puan Haslina masih melayan drama melayu dalam slot rancangan TV2 keseorangan.

“Ibu..” Nasrul terus duduk bersebelahan ibunya.

“Lambat ibu tidur malam ni.” Sambung Nasrul sambil membelai tangan ibunya.

“Layan drama ni. Best!”

Nasrul terus tersenyum apabila wajah hero muncul di kaca tv.

“Dah agak dah. Mesti hero dia Remy Ishak. Tak Remy, mesti Aaron Aziz.”

“Pandai la kamu tu.” Malu Puan Haslina diusik anaknya sebegitu.

“Lapar la, ibu.”

“Kata tadi dah makan kat luar sebelum sampai rumah.”

“Nak megi bole?” Nasrul memang manja dengan ibunya.

“Megi? Boleh, sayang.”       

“Tak nak sayur.”

“Yelahh..” Puan Haslina bangun lalu berjalan ke dapur.

Nasrul terus bersandar di sofa memandang ke arah tv. Tiba-tiba handphonenya yang berada di atas meja kopi berdering.

“Siapa plak yang call ni?”

Nama Gina muncul di skrin handphone.

“Gina?” Nasrul tersenyum.

“Hello.”

“Hai, darling. Buat ape tu?”

“Tiba-tiba cari I. Ada apa?” Nasrul jual mahal.

“Hamboi. I dah tak boleh cari U dah ke?”

“Bukan tak boleh..”

“Haha.. rindu U tau!”       

“Yeke??”

“Sangat-sangat rindu. Nak jumpa U bole?”

Nasrul tersenyum.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-6-2016 02:56 PM | Show all posts
Pada keesokkan harinya..

Danial yang awal pagi sampai di rumah Zuhaira itu tersenyum apabila ternampak Lina dan Munira sedang berlari ke arahnya. Anak-anak Zuhaira memang mesra alam kalau nampak orang yang mereka kenali.

“Nah gula-gula.”

Danial menghulurkan beberapa biji gula-gula pada Lina dan Munira. Sebelum ini mereka memang pernah berjumpa.

“Abang Danial ni, suka la budak-budak tu dapat gula-gula.”

“Alahh..bukan selalu kan? Lagipun dah lama tak jumpa budak-budak ni.”

“Cakap ape dekat uncle?” Zuhaira memandang kedua-dua anaknya.

“Terima kasih, uncle Danial.” Lina dan Munira serentak mengucapkannya.

“Sama-sama.”       

Danial membuka pintu kereta lalu Lina dan Munira masuk ke dalam sementara Zuhaira tengah mungunci pintu pagar.

“Abang, minta maaf susahkan abang pagi-pagi ni.” Ucap Zuhaira yang semalam dia sempat menghubungi Danial sebelum tidur untuk menjemputnya pada pagi ini.

“Tak susah mana lah. Lagi pun satu jalan kan? Jom masuk.”

Danial dan Zuhaira masuk ke dalam kereta. Dari jauh, rupa-rupanya Syakir memerhatikan gerak geri bekas isterinya itu.

“Bukan main kau ye, Ira. Gedik sana sini lepas kena cerai!” Syakir mengomel sendirian lalu masuk ke dalam keretanya.



                                                      ********************************



Danial menghantar Zuhaira sehingga depan lobi pejabat. Zuhaira membuka tali pinggang keledar sambil tersenyum memandang Danial.

“Terima kasih, abang.”

“Sama-sama. Petang ni macam mana? Nak abang ambil tak?”

“Erm.. Ira call Syakir dulu tanya macam mana dengan kereta Ira tu. Apa-apa Ira bagi tau abang.”

“Ok.”

Danial dan Zuhaira berbalas senyuman.

“Ira pegi dulu ya.”

Danial mengangguk lalu Zuhaira keluar dari kereta. Nasrul yang hendak naik lif, terpandang Zuhaira tengah melambai tangan ke arah kereta yang baru bergerak pergi itu.

“Lelaki mana pulak tu?”

Zuhaira berjalan dengan lenggang lenggoknya menuju ke lif. Terkejut dia apabila Nasrul pun ada sama ketika itu.



                                                                       ********************************



Danial yang suka menyanyi sendiri di dalam kereta itu terkejut apabila awal-awal pagi Qaisara telah menghubunginya.

“Ya, Sara.”

“Encik Danial, saya ada benda nak bagi tahu ni.”

“Ape?” Danial memberi signal ke kanan lalu terus belok masuk ke jalan menuju ke pejabatnya.

“Saya lambat sikit pagi ni. Nak kena bawa anak ke klinik. Tiba-tiba si Arish ni demam plak.”

“Yeke? Ok. Elok-elok tu.”

“Thank you, Encik Danial.”

“Ok.”

Talian dimatikan lalu handbreak di angkat apabila kereta masuk ke petak parking dengan betul. Tali pinggang keledar di buka lalu dia membetulkan ikatan rambutnya dengan melihat cermin pandang belakang. Rambut Danial yang sedikit keperangan asli itu menampakkan lagi Danial hasil kacukan.

Danial keluar dari kereta lalu berjalan menuju ke pintu lif. Sambil menunggu pintu lif terbuka, sambil itu juga dia membelek emel melalui tabnya. Hari-hari itulah yang dia hadap selain whatsup dan juga mesej melalui handphone.

“Morning, Danial.”

Danial terus toleh ke kanannya.

“Eh, Ravi. Hai..”

Mereka berdua berjabat tangan. Ravi adalah kenalannya di pejabat yang sama tetapi aras yang berlainan.

“I ada nampak U hantar seorang perempuan dekat pejabat Cyberjaya pagi tadi. Siapa tu?” Ravi tersengih.

Pintu lif terbuka lalu mereka berdua masuk bersama-sama.

“Alamak! Kantoi la nampaknya hahaha” jawab Danial sambil ketawa.

“Haha.. awek U ke? Giler cantik! I pun boleh tergoda tau.”

“Doa-doakan lah kita orang ada jodoh.”

“Wahhh.. tiba-tiba tekak ni ngidam nasi minyak plak.” Ravi urut tekaknya sambil diperhatikan Danial lalu mereka berdua sama-sama ketawa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 03:02 PM | Show all posts
Macam biasa, setiap pagi bila sampainya di pejabat memang Zuhaira akan mengadap Nasrul dulu untuk mengambil segala surat yang telah ditandatangani. Nasrul masih memandang Zuhaira yang sedang menyemak surat yang telah ditandatangi itu. Atas bawah dipandangnya.

“Ok, semuanya dah sign. Saya uruskan dulu.” Kata Zuhaira yang berkebaya nyonya merah pada hari itu.

“Jap, Zu.”

Zuhaira mematikan langkahnya.

“Cantik sangat Zu hari ni.” Puji Nasrul yang cukup ghairah apabila melihat gadis cantik jika berbaju merah.

“Saya biasa-biasa je.”

Nasrul bangun lalu berjalan menghampiri Zuhaira

“Ini bukan biasa-biasa. Ini dah luar biasa.”

Nasrul cuba memegang rambut Zuhaira yang lurus panjang hingga ke paras pinggang tetapi Zuhaira cepat mengelak.

“Please, Encik Nasrul.”

Tok! Tok!

Nasrul dan Zuhaira menoleh memandang pintu masuk.

“Hai darling!” dengan selamba Gina membuka pintu lalu tonjolkan wajahnya yang ada parut jerawat di pipi kiri kanan.

Zuhaira terus memandang Nasrul lalu tersenyum. Nasib baik dia masih belum mengharapkan apa-apa dari lelaki itu dan memang Nasrul masih belum berubah!Dia harus hindar diri dari terjebak dengan lelaki seperti itu.

Zuhaira mengambil fail di atas meja lalu terus beredar keluar dari bilik itu sambil diperhatikan Gina dan Nasrul.

“Buat apa U datang sini?” tanya Nasrul sambil memasukkan kedua tangannya di dalam poket seluar.

“Rinduuuuu..” Gina tanpa segan silu terus memeluk Nasrul.

“Eh, Gina.. Please!”

Nasrul menolak tubuh Gina.

“Ni dekat Ofis tau. Boleh behave sikit tak?”

“Sejak bila pula U malu-malu?”

“Nak ape datang sini?” Nasrul ubah topik.

“Nak ajak U keluar.” Gina memaut lengan Nasrul lalu terus dikucupnya leher dan meliar ke pipi dan bibir Nasrul.

“Gina..” Nasrul sekali lagi menolak Gina. Nampaknya Nasrul kuat melawan nafsu kali ini.

“Pelik. Dah bertaubat ke?” perli Gina yang masih cuba menggoda Nasrul.

“Masalahnya sini tempat I cari rezki. Jangan buat perangai boleh tak? Kalau dah tak sabar sangat kita jumpa malam ni.”

Gina terus tersenyum.



                                                              ********************************



Zuhaira ke pantry. Sheila yang tengah bancuh air kopi panas itu tersenyum padanya sambil cuba meniup kopi tersebut.

“Eh, Ira. Tersenyum je ni. Ada berita gembira yang nak kongsi ke?” tegur Sheila yang dari tadi nampak Zuhaira asyik tersenyum.

Zuhaira mengambil mug lalu memandang Sheila.

“Ingatkan Encik Nasrul dah berubah.”

“Encik Nasrul nak berubah? Mimpi laa ahaha..”

Mereka berdua berbalas ketawa.

“Serius Ira ingat Encik Nasrul dah tak layan mana-mana perempuan. Sebab jarang nampak dia busy dengan handphone, jarang perempuan call Ira tanyakan Encik Nasrul.”

“Jangan percaya la. Kalau dia bertaubat pun, sebab dapat HIV barangkali.”

“Ish awak ni Sheila. Tak baik tau cakap macam tu.”

“Betul la! Susah Encik Nasrul tu nak berubah. Cuma tak kantoi ja lagi ni. Dia memang licik! Bos pun susah nak tangkap.”

Zuhaira mengeluh.

“Dia memang ada rupa. Sayang dia gunakan dengan cara yang salah.”

“Biasalah kan, manusia ni macam-macam perangai.” Sambung Sheila yang pernah jatuh hati pada Nasrul satu ketika dahulu.

“Eh, dah la. Mengumpat plak kita ni.”

Sheila ketawa lalu berjalan ke tempat duduknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 03:06 PM | Show all posts
Syakir pulang ke rumah semula dengan perasaan yang kusut. Kenapa mesti dia fikir tentang Zuhaira? Sepatutnya setelah memulakan hidup baru bersama Wani, dia harus membina mahligai indah dan bahagia bersama isteri baru.

Dia mengeluh.

“Wani lapar la abang..” Wani merengek manja lalu memeluk suaminya.

Syakir menolak terus tubuh isterinya itu.

“Nape ni, abang?” Wani terkejut.

“Dah lapar pegi la masak!” Syakir meninggikan suaranya.

Wani terasa hati. Kenapa mesti Syakir meninggikan suara padanya sedangkan selama ini dia tak pernah dimarah sebegitu.

“Abang dah lain sangat sekarang.” Wani sebak.

Syakir mengeluh lalu memaling dari memandang wajah Wani.

“Apa salah Wani, abang?”

“Ok..ok! Abang minta maaf.” Syakir terus memegang tangan Wani.

“Abang jangan cakap abang masih tergilakan Zuhaira.”

“Wani cakap apa ni?”

“Wani rasa abang lain sangat semenjak kereta Zuhaira tu rosak. Abang banyak termenung. Wani cakap sikit abang cepat melenting.”

Syakir malas nak dengar bebelan di siang hari. Merosakkan mood sahaja!

“Eh, abang dah lambat ni. Nanti apa kata bos plak.”

“Nanti dulu!”

Wani memegang kuat pergelangan tangan suaminya.

Wani tak suka abang rapat dengan bekas isteri abang tu. Wani sanggup buat apa sahaja demi abang.” Tajam renungan Wani memberi amaran pada Syakir.

Adakah Syakir tersilap langkah? Atau dia sendiri yang tak pandai menghargai?



                                                       ********************************




Zuhaira memandang jam di dinding. Jam menunjukkan pukul 1.30 petang menandakan beberapa minit yang lepas azan Zohor telah pun berkumandang. Dia hanya minum oat campur susu sahaja hari ini. Memang tak ada selera nak makan nasi!

Telekung di dalam laci dicapai lalu dia bangun berjalan ke pintu lif. Sebaik pintu lif terbuka, muncul wajah Danial dengan membawa plastik kecil.

“Abang Danial?” tersenyum Zuhaira apabila wajah lelaki berambut panjang itu berada di hadapannya.

“Eh, Ira. Jumpa plak kat sini. Baru nak buat surprise.”

“Surprise?” Zuhaira terus pandang beg plastik yang dipegang Danial itu.

“Nah.”       

“Apa ni?”

“Nasi goreng ikan masin.”

“Haha.. abang ingat lagi erk apa yang Ira suka.” Zuhaira menyambut bekas dalam plastik itu dari tangan Danial.

“Ira dah makan belum ni? Kalau dah makan, jangan dibuang pulak.”

“Makan oat.”

“Makan oat? Wow.. abang dah lama tak makan oat.”

“Haha.. thanks tau abang.”

“Ok, je. Sama-sama. Nak gi mane?” Danial terpandang telekung yang dipeluk Zuhaira itu.

“Owh, ke surau erk?” sambung Danial.

“A’ah.”

“Ok lah. Abang gerak dulu erk. Jangan lupa makan. Jangan biar lapar plak perut tu.”

“Ok.”       

Mereka berdua berbalas senyuman. Danial masuk ke dalam lif lalu turun ke bawah manakala Ira terpaksa masuk ke dalam kembali untuk menyimpan bekas nasi goreng itu sebelum dia keluar ke surau semula. Nasrul yang memerhati Zuhaira dari jauh hanya diam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 03:11 PM | Show all posts
Danial yang baru nak masuk ke dalam kereta terus di tahan Syakir. Walaupun tinggi Syakir di paras bahu Danial, namun Syakir berbadan agak sedikit gempal. Mereka berdua bertentang mata.

“Rasanya tak perlu kot kau ganggu Ira.” Syakir serius dengan kata-katanya.

“Ira dah jadi bekas isteri kau. Rasanya dia dah bebas untuk tentukan dengan siapa dia boleh bersama.”

“Aku tak rasa dia suka pada kau.”

“Aku juga dapat rasa dia takkan kembali pada kau.”

Syakir terdiam menahan geram. Manakala Danial masih steady tersenyum.

“Kadang-kadang semasa dia masih ada dengan kita, kita tak nampak. Kita buta. Bila dah hilang dari pandangan, baru kita kenal erti penyesalan dan mula mengerti apa itu maksud rindu dan sayang.” Kata Danial lalu mengenakan kaca mata hitamnya.

Dia tersenyum lalu masuk ke dalam kereta. Syakir hanya diam memerhati Danial sehingga hilang dari pandangan matanya.

Jauh di sudut hati, memang dia tak boleh tipu dirinya bahawa memang ada perasaan menyesal melepaskan Zuhaira dari hidupnya.



                                                            ********************************




Selepas selesai tunaikan solat Zohor, Zuhaira yang bersendirian ketika itu berjalan masuk ke dalam tandas perempuan. Sunyi sangat ketika waktu rehat itu!

Sebaik sahaja Zuhaira meletakkan telekungnya di satu sudut, dengan tiba-tiba dirinya dipeluk dari belakang.

“Eh, apa ni!” Zuhaira sekuat hati cuba melepaskan pelukkan itu.

Dia berjaya! Dengan cepat dia menoleh ke belakang dan dengan selamba Nasrul tersenyum padanya.

“Ini tandas perempuan, bukan lelaki!”

“Peduli apa aku.” Nasrul tersengih sambil berjalan menghampiri Zuhaira.

“Tolongggggg!!!!” jerit Zuhaira sambil ligat berfikir apa perlu dibuat untuk mempertahankan diri.

“Nak jerit buat ape? Semua orang keluar makan. Tinggal kita berdua je dalam ni.” Nasrul cuba menyentuh lengan Zuhaira, tetapi tangannya ditepis pantas.

“Jangan nak melampau, Encik Nasrul! Jangan cabar kesabaran saya.”

“Hahaha.. Macam ni la, Zu. Aku rasa kalau kita bekerjasama dengan baik, rasanya dua-dua dapat rasa nikmat.”

Zuhaira cuba melarikan diri. Dengan sepenuh tenaga dia menolak tubuh Nasrul dan terus membuka pintu bilik air. Dia Berjaya lagi! Nasrul entah kenapa boleh pula terjatuh ketika Zuhaira menolaknya.

“Arghh!!” jerit Nasrul lalu berlari keluar dari tandas dan mengikut Zuhaira dari belakang.

Dia bernasib malang kerana beberapa staf sudah masuk ke dalam pejabat. Zuhaira terselamat.
Tercungap-cungap Zuhaira yang sudah duduk di tempatnya itu. Matanya liar memandang Nasrul yang juga memandangnya ketika itu sambil terus masuk ke dalam biliknya.

“Apa aku nak buat erk?”       

“Ira, kau kenapa ni?” tegur Sheila yang perasan muka Zuhaira pucat sangat ketika itu.

“Terkejut aku.”

“Kau kenapa?” Sheila risau.

Perlu ke Zuhaira ceritakan pada Sheila?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.098872 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list