Mungkin ada yang pernah dengar nama Rafidah Ibrahim dan ada yang tidak. Popular menerusi lagu Apa Kono Eh Jang bersama Dato’ Ac Mizal, baru-baru ini Fida telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 30.
Namun, yang menjadi sebutan bukanlah majlis tersebut tetapi kek hari lahirnya yang bernilai RM 50,000. Pergh, sampai begitu mahal sekali?
Malah, ia bukanlah khabar angin semata-mata kerana Fida melalui akaun Instagramnya juga memberitahu nilai kek tersebut.
Alhamdulillah. Syukur dengan rezeki dan pemberianNya. Ulangtahun yg ke 30 ni memberikan 1001 makna buat saya. T.kasih sekali lagi buat semua *50k kek ni boleh beli sebiji myvi cash..huhu.
Mungkin setiap details dan corak kek tersebut membuatkan ia menjadi mahal kerana perlukan mereka yang betul-betul mahir untuk membuatnya. Sejujurnya kalau kami akan fikir beratus kali sebelum tempah kek bernilai puluhan ribu ringgit,lebih-lebih lagi zaman ekonomi tengah down macam sekarang.
Apa pula pendapat anda?