oleh Adib Za
Berniaga secara dalam talian memang perlukan lebih kesabaran berbanding perniagaan secara konvensional.
Ini kerana pelanggan yang datang, boleh jadi dari pelbagai latar belakang dan juga sikap yang berbeza-beza.
Ada yang sangat mudah berurusan. Ada pula yang bersikap seperti ingin dilayan bak puteri raja. Benarlah pelanggan adalah segalanya namun jangan jadikan itu sebagai alasan untuk anda dilayan bagaikan maharaja.
Seperti yang tersebar melalui laman sosial, satu perbualan antara pembeli dan penjual dalam talian jelas menunjukkan pembeli itu bertindak 'ganas' dengan membasuh penjual kaw-kaw punya.
Ini gara-gara si penjual lambat menjawab semua pertanyaan darinya. Lihat perbualan di bawah.
Secara jelas, pembeli ini bukanlah seorang pelanggan yang penyabar dan baik. Menggunakan bahasa yang kasar, tidak dapat bersabar dan juga mudah menjatuhkan hukuman.
Nampaknya, pengguna lain pun tidak bersetuju dengan tindakan pembeli bermulut puaka itu.
Apa pun sebagai pembeli atau penjual, jadilah seorang yang berbudi bahasa dan juga kekal merendah diri. Tak perlu menjadi seperti perbualan di atas. Apa kata anda? - CARI Infonet
Sumber: My Media Hub |