CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akudansesuatu

NOVEL : LELAKI Bab 19

  [Copy link]
Post time 15-7-2020 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeay..agak2 sangkut plot meh iols sedekah idea kohkoh..slmt bkenalan tt..i baru join mbaca thread sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2020 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 15-7-2020 03:47 PM
Yeay..agak2 sangkut plot meh iols sedekah idea kohkoh..slmt bkenalan tt..i baru join mbaca thread si ...

Aiyoh..suka suki bg plot kat tt.kang tt delete balik cter ni tulis baru mcm aritu..
Sy plak jenuh menunggu update nnti..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
akudansesuatu replied at 15-7-2020 03:16 PM
ada ni haa @kaoru44 ...masih terus gigih menyambung menulis..

tq @MissyMolly krn sudi membaca...j ...

Plez smbg byk2 tt..xbgerak2 lg watak izhan tu..
Apa knangan pahit dia tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
kaoru44 replied at 15-7-2020 09:29 PM
Aiyoh..suka suki bg plot kat tt.kang tt delete balik cter ni tulis baru mcm aritu..
Sy plak jen ...

Hahaaaa plot i dah kena tolak dgn santunnya iaitu jauhhhhh plot twis..tt pn tau jahanam nnti cerita dia..ooo lain ker sblm nie..rajinnya tt.nk cukup haul 3-4thn kata siap nie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2020 03:50 PM | Show all posts
Bab 14

Nur Hana kembali mengiring ke kanan, dia memejamkan mata. Tapi tetap tidak mahu lelap. Sebelum solat subuh tadi matanya bagai digam, digagahkan juga diri untuk solat subuh dahulu. Takut terlepas waktu hingga masuk waktu syuruk. Usai solat subuh pula, terkebil-kebil dia cuba untuk tidur. Padahal tadi mengantuk yang sangat.

Tiba-tiba dia tersenyum sendiri, tiba-tiba sahaja teringatkan peristiwa tengah malam tadi...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2020 03:21 PM | Show all posts
Nur Hana beralih tempat duduk dari bahagian pemandu ke bahagian penumpang. Dia cuba bernafas setenang yang boleh, tapi tidak berjaya. Sekali lagi dia menyedut inhealer, dengan harapan lelahnya reda. Tapi kesannya langsung tiada. Allah, mana Izhan ni? Lambatnya...

Tiba-tiba pintu dari sebelah pemandu dibuka, Izhan dengan baju T lusuh dan berkain pelekat masuk ke dalam perut kereta.

'Aduh Izhan ni... tukarlah pakai seluar dahulu...'

Nur Hana bergumam dalam hati. Dalam keadaan macam ini, dia terasa lucu. Izhan ni buat lawak tak kena masa!

Sudahnya, dia hanya memejamkan mata sepanjang perjalanan. Bukan takut tergelak, tapi terasa seksi pula bila Izhan hanya berkain pelekat begitu.

"Boleh jalan tak?"

Pertanyaan Izhan waktu ini dia tidak ambil pusing, dia sendiri tak ambil berat apabila ditanya soalan begitu. Waktu tiba di hospital, boleh sahaja dia berjalan sendiri. Tapi belum sempat dia melangkahkan kaki, Izhan sudah mendukungnya. Kaku terus dia dalam pelukan lelaki itu. Asma yang menyerangnya sejak tadi seperti berhenti menyerang seketika. Mukanya terasa panas, pipinya terasa menebal malu!


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-7-2020 03:23 PM | Show all posts
Belum pernah lagi dia dikendong sesiapa, sangkanya Izhan mahu mengambil kesempatan. Tapi bila melihat riak wajah Izhan yang kalut dan berpeluh, dia tahu yang lelaki ini benar-benar panik. Dia sendiri dapat mendengar degup jantung Izhan yang berlari laju. Mungkin Izhan melakukannya di bawah sedar. Silap-silap Izhan lupa terus apa yang dilakukannya.

Selang setengah jam dia mengambil nap, dia terdengar dengkuran kecil Izhan. Lelaki itu terlelap disebelahnya. Dan dia masih kekal memegang hujung lengan baju T Izhan. Dia sendiri tak tahu, mengapa dia meminta Izhan menemaninya.

Wajah Izhan yang sedang tidur dipandang seketika. Sempat juga dia menilik wajah pemuda itu. Beralis mata tebal, hidung yang mancung, berjanggut nipis tanpa misai dan bibirnya yang cukup merah. Dia tak merokok kot? Nur Hana hanya meneka.


Rambut panjang paras bahu itu juga diperhati lama. Hensem tak kalau dia rambut pendek? Atau dia tak pernah berambut pendek? Tapi yang paling mencuri tumpuannya adalah wajah bersih Izhan. Tenang dan seronok memandangnya. Hingga dia sendiri terasa segan apabila memandangnya lama-lama.

Nur Hana terasa ingin tahu tentang lelaki ini. Tapi bagai ada tembok penghalang yang sengaja dipasang. Bukan tembok dari Nur Hana, tapi tembok dari Izhan sendiri. Izhan juga tidak banyak bercakap, WhatApp pun belum pernah dimulakan dahulu. Apa rahsia yang dia simpan?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2020 03:24 PM | Show all posts
Lamunan Nur Hana berkecai takala telefo pintarnya berbunyi. Skrin telefon pintar itu memaparkan 'MAMA'. Segera dia menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum," Nur Hana memberi salam terlebih dahulu.

"Waalaikummussalam. Hana ada kat mana? Kat hospital?" cemas suara Hajjah Aisyah. Dia baru sahaja membaca pesanan WhatApp dari Nur Hana tentang anaknya gadisnya diserang asma.

"Kat rumah ma, baru nak terlelap." Nur Hana tersengih, pasti mama dan ayahnya risau dengan situasi yang berlaku.

"Dah okey ke? Macam manalah boleh kena teruk sangat tu, lama sangat dah Hana tak kena ambil nap kat hospital. Ada salah makan ke?" Hajjah Aisyah menyuarakan kebimbangannya. Seingatnya, kali terakhir Nur Hana dikejarkan ke hospital kira-kira setahun lalu.

"Dah okey dah ma, Hana pergi hospital al-Hafiz. Setengah jam aje sedut 'asap' tu,"

"Hana makan apa kelmarin?"


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-7-2020 03:26 PM | Show all posts
"Er... tapai pulut. Sikit aje," perlahan suara Nur Hana. Pasti dia akan dimarahi, mungkin dileteri seperti Izhan meleterinya.

"Bertuah punya anak, pantang jumpa! Ini mesti makan sampai sepinggan. Kalau setakat sebiji, takkan teruk macam tu."

Nur Hana mencebik. Kena dah...

"Lagi satu, kenapa sampai Izhan yang hantar pergi hospital? Tak telefon kak long?"

"Dah telefon tapi tak berangkat. Takut telefon kak long tertinggal kat kedai. Itu yang... 'tertelefon' Izhan,"

"Berani sangat telefon anak teruna orang Hana ni, jadi apa-apa, kena kahwin awal, baru tahu. Mama okey je kalau Izhan,"

"Ma! Ada kata macam tu, segan tau Hana dengan Izhan."

Nur Hana mencebik manja. Memang dia betul-betul terasa segan dengan Izhan sekarang. Entah apalah yang difikirkan Izhan semasa dia menelefon pukul dua pagi tadi.

"Ma balik hari ni, ayah nak balik awal. Ayah pun risau pasal Hana,"

"Dah selesai ke urusan ayah kat kampung tu ma?"

"Dah... rumah semua okey. Tinggal nak touch-up sikit-sikit,"


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2020 03:26 PM | Show all posts
Fikiran Nur Hana melayang pada keadaan rumah yang sedang dibina di kampung halaman ayahnya. Rumah sebuah yang terletak dalam sebuah daerah kecil di Kedah. Pembinaannya sudah hampir setahun. Mungkin akan jadi rumah singgahan ketika mereka sekeluarga pulang ke Kedah.

"Hana ni... ada apa-apa ke dengan Izhan?" Hajjah Aisyah cuba memancing. Mana tahu mengena?

"Takdelah ma, kawan saja." pipi Nur Hana mula terasa panas.

"Kalau ada apa-apa, bagitahu. Senang mama nak menjawab dengan orang lain,"

Nur Hana sedikit kehairanan. Dengan orang lain?

"Takpelah Hana, mama nak bersiap ni. Ada apa-apa nanti mama telefon kemudian."

Nur Hana mematikan panggilan telefon sejurus talian dari ibunya diputuskan dahulu. Hatinya berteka-teki. Mama syak aku dengan Izhan ada apa-apa ke? Atau mama suka dengan Izhan?

Nur Hana memandang siling, ada rasa senang bila teringatkan perwatakan Izhan yang tenang dan mudah tersenyum. Memang Izhan ada ciri-ciri asas yang semua perempuan mahukan. Tapi bukan untuk Nur Hana. Hatinya masih belum terbuka untuk Izhan.

Nur Hana menidakkan perasaannya. Bukan kerana ego, tapi hakikat yang rasa cinta itu masih belum bertandang.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2020 03:28 PM | Show all posts
Kodiang, Kedah Darul Aman


"Macam mana dengan Hana yang?" Haji Kamaruzzaman bertanya sebaik sahaja Hajjah Aisyah mematikan talian telefon dengan Nur Hana.

"Dia okey bang, cuma bab pergi hospital dengan Izhan tu yang tak beberapa sedap nak dengar."

"Kenapa pulak?"

"Hana dengan Izhan tu kan bujang, ada orang ke tiga nanti."

Haji Kamaruzzaman terdiam seketika. Ada betulnya juga kerisauan isterinya. Tapi bagi Haji Kamaruzzaman, situasi waktu itu adalah kecemasan. Tak boleh nak salahkan mereka berdua seratus peratus.

"Pasal permintaan abang Wan tu, awak ada bagitau Hana?"

Hajjah Aisyah menggeleng, "Yang itu lebih baik kita bagitahu dia balik nanti."

Hajjah Aisyah melepaskan keluhan lembut. Fikirannya tertumpu pada permintaan abang iparnya. Bab jodoh Nur Hana bukan perkara main-main. Segalanya perlu pada perbincangan. Kalau Nur Hana ikut sekali pulang ke Kedah, mungkin dia boleh memberikan jawapan terus. Tapi ketika ini, tuan empunya badan tiada di sini. Kena tanya dahulu samaada mahu atau tidak.





Habis bab ini......

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2020 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
@kaoru44 meh cinie dear..tt telah mengupdate carita kehkeh..

Tt chuols dah kawen ke?ada anak?jiwa mcm org bujang..hahahaa curious sbb rajinnya menulis..kagumlah!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2020 04:47 PM | Show all posts
MissyMolly replied at 24-7-2020 04:00 PM
@kaoru44 meh cinie dear..tt telah mengupdate carita kehkeh..

Tt chuols dah kawen ke?ada anak?jiwa ...

siti nurhaliza kata biarlah rahsia...hahhahahahah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2020 04:54 PM | Show all posts
so untuk akan datang...
aku akan update cerita kat sini sekitar hari rabu atau khamis..
1 bab penuh..

sebabnya nak bagi cerita ni berjalan secara konsisten..
harap2 boleh la nak habis kan cerita ni...

pas update kat sini bru update kat wattpad...
doa2 lah bagi aku rajin sikit nak menulis ni

tima ksih pada yang sudi baca..



nak baca kat wattpad yang ni
https://www.wattpad.com/story/201750056-lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2020 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
akudansesuatu replied at 24-7-2020 04:47 PM
siti nurhaliza kata biarlah rahsia...hahhahahahah

Agak dah hahaaaa iols baru nk seru chuols..tgk dah tepek hihiii ye lah..mesti single lagi ni hahahaa kalau dah kawen nape pulak tk nk declare kn?kn??tp plot kain pelikat tu sgt la menarik chuols kohkoh - yg benar,makanak5
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2020 05:00 PM | Show all posts
Lama tak jenguk sini.Dah banyak update rupanya.

Hana ada asma rupanya ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2020 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
akudansesuatu replied at 24-7-2020 04:54 PM
so untuk akan datang...
aku akan update cerita kat sini sekitar hari rabu atau khamis..
1 bab penu ...

Wah bersemangat tt..iols & kaoru pasti setia lagi teruja menanti update izhan hikhik..

Pstt...kalau nk bg kaoru jeles dgn i peminat baru izhan, boh la watak nama molly tt..kucing bernama molly pon ok
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2020 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 24-7-2020 05:13 PM
Wah bersemangat tt..iols & kaoru pasti setia lagi teruja menanti update izhan hikhik..

Pstt... ...

Xhabis2 nk watak sendiri..
Jgn kacau tt la..pnulis2 ni slalunya misterius skit..haha
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2020 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
kaoru44 replied at 24-7-2020 06:19 PM
Xhabis2 nk watak sendiri..
Jgn kacau tt la..pnulis2 ni slalunya misterius skit..haha

Kohkoh saja nk panaskan tt..ada 2 peminat setia neh menanti..tu la misteri sgt..biar rahsia u!!hekhek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2020 04:33 PM | Show all posts
Bab 15

Butik Jannah

Nur Hana melakukan kerja-kerja rutinnya. Dari menyapu lantai hingga ke mengelap cermin. Kemudian dia akan memastikan setiap pakaian yang tergantung, akan di atur dengan baik. Manakala pakaian yang masih belum berlipat, dia akan pastikannya berlipat dan tersusun kemas.

Tugasnya di Butik Jannah sebagai pembantu sahaja kerana kak longnya sudah mempunyai pekerja tetap. Dia hanya membantu untuk mengisi masa lapang. Selain itu dia sendiri gemar ke butik yang diusahakan Nur Hasmah. Tidaklah hanya terperap di rumah.

"Hana,"

Nur Hana menoleh ke arah suara yang memanggil namanya.

"Kak long teringin nak makan nasi kukus la," sambil senyuman nakal menghiasi bibir Nur Hasmah.

"Pergilah beli sendiri," Nur Hana mencebik. Dia tahu yang kakaknya sengaja ingin mengusiknya. Hampir seminggu Nur Hana di usik sebegitu dan sudah seminggu juga dia tidak singgah di Warung Kite. Malu yang teramat-amat!


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.076812 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list