View: 5400|Reply: 51
|
[Jenayah]
Tanah keluarga pelakon dipindah milik PTG Selangor tanpa pengetahuan
[Copy link]
|
|
Tanah keluarga pelakon dipindah milik PTG Selangor tanpa pengetahuan
Oleh Akif Sayyid Mohd Hazardi dan Ruwaida Md Zain - April 25, 2024 @ 4:20pm
[email protected]
Tangkap layar perkongsian oleh pelakon, Ammar Baharin
KUALA LUMPUR: Pelakon, Ammar Baharin, menuntut penjelasan daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor berkaitan kes tanah milik ibunya yang terletak di Semenyih apabila dikesan dikeluarkan geran oleh pihak berkenaan kepada orang lain secara tidak sah.
Ammar dalam perkongsian menerusi akaun X, mendedahkan kejadian itu disedari keluarganya ketika ibu bapanya ketika arwah ayahnya masih hidup, meninjau kawasan tanah berkenaan untuk diusahakan, namun mereka terkejut apabila mendapati sebuah rumah sudah dibina di situ.
"Macam mana sebidang tanah boleh ada dua geran yang berbeza? Mak aku pun pergi la jumpa tuan tanah itu dan bertanya. Diringkaskan cerita, tuan tanah kata itu tanah dia, siap tunjuk geran (geran tampal) dan mak aku pun tunjuk geran asal yang mak aku pegang berpuluh tahun. Siap bayar cukai tanah," katanya.
Ammar berkata, ibu dan arwah ayahnya kemudian pergi ke PTG Selangor untuk bertanyakan situasi terbabit.
"Mereka (PTG) faham dan cuba selesaikan perkara ini. Mereka janji akan menggantikan tanah mak aku dengan tanah yang lain tapi sampai sekarang masih belum ada jawapan.
"Apabila ditanya mengenai update terbaru, staff Pejabat Tanah kata Selangor dah takde tanah kosong (untuk digantikan)," katanya dalam perkongsian itu.
Pelakon itu mempersoalkan kes tanah ini kepada PTG dengan membangkitkan beberapa persoalan dalam perkongsian berkenaan.
"Siapa yang meluluskan geran kedua untuk individu lain, sedangkan tanah milik keluarga aku ini belum dijual atau ditukar nama kepada sesiapa?
"Bayaran penjualan tanah itu diberi kepada siapa? Cukai tanah yang mak aku bayar tiap-tiap tahun itu macam mana?
"Adakah pihak satu lagi itu pun bayar cukai tanah yang sama? Semoga PTGS ada jawapan untuk setiap persoalan di atas," katanya.
Beliau juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertindak bagi menyelesaikan masalah yang mengelirukan rakyat.
Sementara itu, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor, Datuk Dr Yusri Zakariah, ketika dihubungi BH untuk mengulas dakwaan pelakon berkenaan, berkata pihaknya mengambil maklum dakwaan terbabit dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
selama ni jadi kat marhaen, pejabat tanah buat dek..
jawap la kau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sementara itu, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor, Datuk Dr Yusri Zakariah, ketika dihubungi BH untuk mengulas dakwaan pelakon berkenaan, berkata pihaknya mengambil maklum dakwaan terbabit dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan. Untong la jadik retis. Dapat perhatian.
Kalau orang biasa-biasa, 10 kali turun naik bas Len Seng pegi PTG pun belom tentu selesai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Repot kat media sosial jer sekarang. Stended Operating Prosidiurrr... viral dulu, baru pegi balai.
|
|
|
|
|
|
|
|
PTG la slh satu port senang ko dpt habuan dik..haram halal...byk yg tolak tepi janji dpt hidup seperti dunia ini ana yg punya..kepala hotak ko berjambul ala din beramboi... harktuihh |
|
|
|
|
|
|
|
Entah berapa banyak tanah kat negeri terpalinggg majoo dipindah milik tanpa pengetahuan khennn.
Puak2 Nusakoyak Konoha, puak2 acik bermulot puakerr Kamboja, dan Rohingyackkk jugekkk yg tersenyum sinissss siap dapat buat perkampongan lagik khennnn |
|
|
|
|
|
|
|
kalau iols pasang loyer terus. kowserr nak ber-SOP bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Keluarga ammar ni mesti kaya kan? Ada tanah bayar cukai tapi tak penah pegi jenguk tanah tu sampai ada orang lain masuk. Bukan aku nak menafikan kesalahan pjbt tanah tu tp tu la kalau rakyat marhaen dapat tanah ni mesti dh jaga dah tanah tu btul2 |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih kurg kes family kitorg. Nak bayar cukai tanah tiba² tgk geran tanah dah nama org lain. Mmg salah developer jual tanah tu. Report polis, caveat tanah. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh ek ganti2 gitu je..org nk penjelasan tp ko nk gnti maksudnya mmg ada something fish going on kat situ. |
|
|
|
|
|
|
|
antikorok replied at 25-4-2024 06:07 PM
Entah berapa banyak tanah kat negeri terpalinggg majoo dipindah milik tanpa pengetahuan khennn.
Pua ...
Sb tu nosakoyak rajin dok berkuntum kat sini sb perut boroi dpt benda haram byk |
|
|
|
|
|
|
|
dia pun satu hal baik sangat kenapa, benda dah jadi, terus bawa ke mahkamah...
yang kata janji, janji air liur? hitam putih ada? adoi...... bagi muka sangat..... |
|
|
|
|
|
|
|
Pejabat tanah hulu selangor penah hilangkan geran tanah mak aku tanpa rasa bersalah.tapi seb baik la x jadi apa2. |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 25-4-2024 06:29 PM
Keluarga ammar ni mesti kaya kan? Ada tanah bayar cukai tapi tak penah pegi jenguk tanah tu sampai a ...
Kalo tanah pertanian atau tanah terbiar selalunya org x jenguk selalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Sama la dgn kes aku. Cuma kes aku ni pemilik lot asal jual tanah ke org B tapi pejabat tanah tak lupuskan tanah pemilik asal. So aku rasa keluarga pemilik asal tu pulak jual tanah ke org C. Aku pulak beli tanah tu kat org B. Akhirnya aku dapat tau lot tanah org C sama ngan lot tanah aku. Aku buat carian hak milik tanah senyap2 & confirmkan dengan unit teknikal pejabat tanah. Bila unit teknikal cakap lokasi sama, baru aku log aduan. Sekarang ni dah lebih 3 tahun kes masih tak selesai. Pejabat tanah kata nak gantikan tanah aku tapi tak tau apa cerita sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan perkara baru bagi orang pejabat tanah kan.. terjadi kat mak mentua aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-4-2024 07:16 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
kitaserupaaa replied at 25-4-2024 07:14 PM
Sama la dgn kes aku. Cuma kes aku ni pemilik lot asal jual tanah ke org B tapi pejabat tanah tak lup ...
Kat selangor jugak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 25-4-2024 07:16 PM
Kat selangor jugak ke?
Yup di Pejabat tanah di satu daerah kat selangor. Parents aku pun ada hadap cubaan penipuan tanah oleh org pejabat tanah (daerah lain) kat selangor masa parents aku beli tanah. Bila parents aku gertak nak report sprm, baru la pegawai2 kat situ keluar jumpa parents aku. |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 25-4-2024 06:49 PM
Boleh ek ganti2 gitu je..org nk penjelasan tp ko nk gnti maksudnya mmg ada something fish going on k ...
Nampak sgt diorg salah..nak ganti tu takda tanah yang " berpotensi" dah utk ditukar nama???? |
|
|
|
|
|
|
| |
|