CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2832|Reply: 5

Wanita Hamil Kerap Muntah Boleh Terbatal Puasa?

[Copy link]
Post time 16-6-2016 05:38 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Pasti ramai wanita tertanya-tanya, adakah batal puasa jika kerap berulang ke tandas kerana mual dan muntah.



Ada yang menyatakan sesiapa yang termuntah maka batal puasa.

Sebenarnya, di sini ada perbezaan antara termuntah dan sengaja muntah. Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda :

“Sesiapa yang termuntah tidak wajib qada (ganti puasa). Sesiapa yang sengaja muntah, hendaklah dia qada”. (Riwayat al-Tirmizi, Abu Daud, Ibn Jarud dan Ibn Hibban).

Maka sesiapa yang termuntah kerana tidak tahan dengan sesuatu bau ataupun mabuk perjalanan tidak wajib qada kerana puasanya sah. Sesiapa yang memaksa diri untuk muntah maka dia wajib menggantikan puasanya.



Imam Muda Asyraf pernah menegaskan dalam kenyataannya, wanita yang hamil dan kerap kali muntah ia tidak akan membatalkan puasa tetapi jika ia memudaratkan, maka hendaklah wanita itu berbuka puasa. - CARI Infonet

Kredit : drmaza.com dan Imam Muda Asyraf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2016 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Blik2 topik ni.noa ulma nelisia dok cri penyelesaiang untuk msolh kat melisia ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Blik2 topik ni.noa ulma nelisia dok cri penyelesaiang untuk msolh kat melisia ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2016 08:13 AM | Show all posts
alhamdulillah
selesai 1 kekeliruan
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2016 02:34 PM | Show all posts
My wife mengandung dah lima bulan, dia tetap puasa..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2016 03:31 PM | Show all posts
Samm_BM replied at 17-6-2016 02:34 PM
My wife mengandung dah lima bulan, dia tetap puasa..

baguslah..iols mase mengandung 3 tahun lepas,puasa jgk dlm menunggu hari,ingat dptla sebulan,last2 bersalin 1 hari sebelum syawal..so ganti 1 hari je la
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.302707 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list