View: 2095|Reply: 1
|
Kajian Terbaru Evolusi 'Meatball' Ikea Untuk Tahun 2035
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Anda pasti penggemar 'meatball' atau bebola daging di Ikea, betul tak?
Nak kongsikan dengan anda, bebola daging untuk masa 19 tahun akan datang divariasikan tidak menggunakan isi daging sepenuhnya.
Menurut paparan visual yang dikeluarkan oleh Ikea future-living research lab melalui laman Space10, 7 menu terbaru bebola daging yang dijangka akan dikeluarkan pada tahun 2035.
Untuk menu terbaru ini, ia menggunakan beberapa bahan pra campur dan tidak hanya fokus kepada daging sahaja.
Jom lihat paparan bebola daging pada tahun 2035 ini. Sedap ke tak ya? Entah sempat merasa atau tak kan? Hehehe. - CARI Infonet
1) The Wonderful Waste Ball
Bebola ini diperbuat daripada sisa-sisa makan untuk mengelakan pembaziran. Idea oleh UN Food and Agricultural Organisation.
2) The Urban Farmer's Ball
Bebola yang diperbuat daripada sayur-sayuran. Idea ini adalah sebagai satu langkah untuk membantu ekonomi golongan petani di kawasan bandar dan merupakan altenatif terbaru kepada makanan tempatan
3) The Mighty Powder Ball
Bebola dengan serbuk yang kaya dengan sumber vitamin,protein, karbohidrat, lemak tidak tepu dan mineral. Ia boleh dijadikan sebagai makanan diet yang sihat.
4) The Lean Green Algae Ball
Bola Alga Hijau. Alga adalah salah satu tumbuhan yang kaya dengan vitamin, protein dan mineral. Idea bebola dari Alga hijau ini tentunya sesuatu yang baik dan menyihatkan.
5) The 3D Printed Ball
Evolusi bebola daging terbaru menggunakan kaedah percetakan 3D. Ia diperbuat daripada bahan-bahan yang berkualiti berasaskan sayur-sayuran dan daging
6) The Nutty Ball
Didalam industri makanan, Kekacang mendapat permintaan tinggi sejak kebelakangan ini. Untuk itu, Ikea akan mengeluarkan bebola dengan kacang yang sedap! Bukan itu sahaja, tetapi bebola kacang ini kaya dengan mikronutrien dan protein yang tinggi.
7) The Crispy Bug Ball
Bebola rangup ini diperbuat daripada serangga. Mengikut kajian, serangga pada umumnya mengandungi lebih banyak protein dengan kandungan lemak yang lebih rendah berbanding daging |
|
|
|
|
|
|
|
Tingginya imaginasi memasing |
|
|
|
|
|
|
| |
|