CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: capiloton

Qabil lari ke Lemuria ?

[Copy link]
Post time 27-6-2016 12:19 PM | Show all posts
teruskan lg tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2016 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
adam ngn hawa turun ke bumi sepasang ke bepasang?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2016 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
adekah Lemuria tu bukan kategori manusia?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 03:19 AM | Show all posts
ohnoLia replied at 26-6-2016 10:07 PM
kat mana aiyol nak refer yg konsep kahwin silang  itu ye?

Nanti kalau jumpa sy share link tu kat sini, inshaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 02:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 09:03 PM | Show all posts
sumber tu pon kena check jugak.. sebab banyak mostly kisah2 ni sumber israiliyat.

senang cter orng yahudi tokok tambah.

tapi xtau la kan, ntah2 betul.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2016 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada kawan forwardkan cerita pasal Lemuria tapi lain versinya, jap akak paste.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
( Alam Melayu )

KEBENARAN WUJUDNYA TAMADUN LEMURIA DAN ATLANTIS?

~Lemuria dan Atlantis~

Lemuria merupakan sebuah peradaban kuno yang masih didebatkan kewujudannya oleh para sejarawan. Manakala Atlantis berdiri selepas kewujudan Lemuria tetapi pernah berada pada period yang sama. Bukan kerana kewujudannya palsu tetapi kekurangan bukti untuk menjadikan Lemuria benar-benar wujud. Persoalan itu kita tolak ketepi, kerana kita ada benda yang lebih penting untuk dipelajari.
Lemuria ialah sebuah kerajaan yang dikatakan berdiri pada 75 000 tahun sebelum masihi hinggalah ke era 11 000 S.M. Tamadun ini dikatakan ranap atas beberapa sebab, diserang oleh jiran mereka iaitu Atlantis dan menjadi mangsa banjir Besar. Tentang isu ini, ramai pengkaji berpendapat bahawa Lemuria dan Atlantis ialah umat Nabi Nuh yang ingkar pada ajaran rasul ALLAH itu untuk menyembah ALLAH meninggalkan tinggalan berhala dan matahari mereka.
Kembali kepada topik, Lemuria pada zaman puncaknya, mempunyai 60 Juta orang dan terdiri daripada pelbagai bangsa. Di sini saya mahu membetulkan kenyataan bahawa Lemuria dan Atlantis itu bukanlah milik orang Melayu. TETAPI…
Tahukah anda bahawa Melayu merupakan salah satu bangsa yang pernah menjadi sebahagian daripada Lemuria dan Atlantis? Menurut Powell dalam bukunya The Solar System, pada bab 35 menceritakan bahawa akar bangsa keempat Lemuria merupakan malayan brown yang membawa maksud rumpun Melayu atau nama saintifiknya Austronesian-Polynesian. Akar keempat ini digelar sebagai Atlanteans.
Dan fakta yang mengejutkan ialah lokasi Lemuria dikatakan terletak di Asia Tenggara.



Lemuria meliputi Semenanjung Tanah Melayu, pentas Sunda, Kepulauan Borneo, Sumatera dan Kepulauan Jawa. Ini ialah wilayah yang memang diektahui sebagai Kepulauan Melayu pada hari ini. Hal ini telah membawa saya untuk mengkaji kembali kenyataan Augustus Le Plongeon (1825–1908), SEORANG PENYELIDIK yang menemui catatan bangsa Mayan mengenai Lemuria dan Atlantis bahawa pengasas kerajaan Mesir Purba ialah Permaisuri Moo, gelandangan daripada Lemuria.
Sekaligus saya teringat akan artikel mengenai Punt, bahawa lokasi tempat misteri yang dikatakan tanah para nenek moyang bansga Mesir dan Qibti, juag dikenali sebagai tanah para dewa yang dikunjungi oleh Ratu Hatsheptsut terletak di Nusantara. Sekarang, sudah jelas kenapa Nusantara ini di kunjungi oleh Firaun Hatshepsut kerana pernah suatu masa dahulu, di tanah ini berdirinya Lemuria.
Banyak juga pengkaji yang mengatakan bahawa Nusantara ialah lokasi Lemuria. W. Eliotscot dalam bukunya The Story Of Atlantis and The Lost Lemuria, juga tidak ketinggalan seorang professor daripada Brazil dalam bukunya The Lost Continent Of Atlantis Found..
Nampak bukan? Bukan seorang dua pengkaji yang telah menemui rahsia bumi kita ini. Cuma Melayu tidur… terlalu lama tidur… selepas sampai bangsa sendiri dipandang hina. Hari ini, bukti arkeologi menunjukkan bahawa keluasan Lemuria mencecah sehingga Pulau Ester yang merupakan wilayah terhujung dalam benua Melayu yang digariskan oleh pakar antropologi pada hari ini.
Teknologi Canggih Lemuria Dan Atlantis
Nenek moyang orang Melayu pada hari ini dikatakan antara bangsa termaju yang pernah dilihat oleh dunia. Lemuria dan Atlantis mempunyai tanah subur sepanjang masa. Matahari asyik bersinar 24 jam (sesuai dengan iklim khatulistiwa). Mereka mempunyai pengetahuan yang sangat mendalam dan teknologi bangsa ini sangat-sangat canggih. Ada pendapat mengatakan lebih canggih daripada hari ini. Namun semuanya musnah angkara melawan ajaran Nabi Nuh. Maka, ALLAH turunkan banjir besar dan hanya yang mengikut Nabi Nuh sahaja selamat daripada tragedi itu.
Saya percaya Nabi Nuh bercakap dengan bangsa yang sangat maju. Nabi Nuh tidak berdakwah dan menyeru manusia primitif yang konon sedang berevolusi tetapi sedang bercakap dengan bangsa yang mampu membina kapal terbang dan senjata nuklear. Baca catatan Plato mengenai tragedi yang menimpa bangsa Atlantis (Lemuria tidak disebut kerana Lemuria telah kalah dalam peperangan derngan Atlantis).

Plato dalam bukunya:
“Kerana hanya dalam semalaman, hujan yang luar biasa lebat menyapu bumi dan pada saat yang bersamaan terjadi gempa bumi. Lalu muncul air bah yang menggenang seluruh wilayah (Atlantis)”
Kemudian bandingkan dengan ayat Al-Quran:
“Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan” (Surah Hud, ayat 37)
Dan…
“Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman”. Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.” (Surah Hud, ayat 40)
Lihat petunjuk ALLAH dalam Al-Quran, bagaimana Nabi Nuh mampu membina sebuah bahtera dengan jumlah pengikut yang kecil, itu pun tidak ditolak jumlah kanak-kanak dan wanita serta orang tua dalam masa yang sangat singkat kecuali Nabi Nuh merupakan seorang jurutera dan arkitek yang hebat dengan teknologi yang amat canggih. Isi kapal yang bakal dihuni itu terdiri daripada manusia beriman dan haiwan yang hidup di atas muka bumi ini.
Dalam lipatan sejarah, hanya satu tamadun sahaja yang musnah kerana banjir air bah, iaitu Tamadun Atlantis. Anda nampak perkaitannya di sini?
Untuk membuktikan dakwaan saya bahawa tamadun Lemuria dan Atlantis ini maju, mari kita lihat bukti-bukti dalam lipatan sejarah. Teknologi yang paling terkenal melibatkan kedua-dua peradaban ini ialah kristal. Kuil-kuil Lemuria dan Atlantis menempatkan sebuah generator raksasa yang dikelilingi kristal-kristal, sebagai sumber tenaga dan juga digunakan untuk perubatan.
Terdapat perbezaan antara Lemuria dan Atlantis. Bangsa Lemuria tidak sangat mempunyai teknologi yang canggih, dan teknologi mereka sangat mesra alam berbanding teknologi Atlantis sangat canggih dan bangsa ini sangat suka berperang. Bangsa Lemuria yang boleh dikategorikan sebagai bangsa spiritual diserang oleh Atlantis dan akibatnya, Lemuria jatuh. Kejahatan demi kejahatan dilakukan oleh bangsa Atlantis, mereka juga semakin menyeleweng ajaran nabi yang asal sehingga satu masa, ALLAH mengutuskan seorang nabi untuk mereka, namun sayang… seperti umat yang akan datang selepas mereka, mereka menolak mentah-mentah. Akibatnya… terjadilah banjir besar yang disebut dalam setiap tamadun.
Pada hari ini, antara rekod arkelogi yang membuktikasn kewujudan Lemuria dan Atlantis ialah catatan Tamadun China, tulisan sejarawan Yunani seperti Plato, Dodrus, Timagenus, Aelenus, Theopampus, dan banyak lagi. Boleh dikatakan setiap tamadun silam menceritakan mengenai Lemuria dan Atlantis, seiring dengan kisah banjir besar yang melanda dunia.
Ekpedisi-ekpedisi yang dijalankan ke dasar lautan Atlantis (empayar mereka sangat luas) pada hari ini, menemui binaan piramid. Juga penemuan keris Melayu di dasar laut Jepun dengan piramid-piramid aneh. Penemuan paling mengangumkan ialah kru Kapten Reyes menemui makam, kuil dan jalan raya di Talia, Sepanyol.

~Kerajaan Aroi Matahari~
Apabila banjir besar mula surut, maka terdapat beberapa orang bangsa Lemuria yang terdiri daripada pelbagai bangsa pada hari ini menubuhkan sebuah kerajaan yang bernama Aroi Matahari, lokasinya di Kepulauan Pasifik (salah satu wilayah rumpun Melayu yang digariskan oleh sejarawan). Kerajaan ini ditubuhkan oleh Tangoba. Ya, pengasas Kerajaan Aroi ialah bangsa Melayu. Tetapi, seperti biasa, kerajaan ini dihuni oleh bangsa-bangsa yang pernah mendiami Lemuria dahulu.
Dinasti yang ditubuhkan oleh Tangoba bernama Dinasti Araiki. Sepanjang pemerintahan Dinasti Araiki, terdapat lebih kurang 16 raja memerintah sehinggalah Dinasti Baralku mengambil alih. Kemudian, pelbagai bangsa kebanyakan sudah pupus di dunia mengambil alih tampuk pemerintahan melalui peperangan dan perkahwinan. Kerajaan ini juga menjalankan hubungan dengan tamadun-tamadun yang wujud selepas banjir besar seperti Tamadun Rama yang terkenal dengan kisah perang nuklear mereka, tamadun awal China, tamadun purba penduduk ASLI AMERIKA.
Namun, rekod penyelidik mengatakan bahawa Dinasti Nan Madol mengambil alih kerajaan Aroi. Dinasti ini ialah antara dinasti Kerajaan Aroi yang didirikan oleh orang Melayu. Dinasti ini sempat meninggalkan kepada kita sebuah bandar yang masih boleh dijumpai pada hari ini.
Tinggalan bandar Nan Madol boleh dijumpai di Pohnpei. Dijumpai pada tahun 1800 oleh penjarah eropah. Nan Madol bukan sahaja peningalan nenek moyang bangsa Melayu ini. Sebagai contoh, piramid ialah binaan biasa orang Melayu sejak zaman Lemuria lagi. Jadi, tidak hairanlah dakwaan bahawa terdapat ratusan piramid Melayu di dalam hutan kita yang sedang tunggu masa untuk didedahkan. Orang Melayu sebenarnya mampu membina lebih daripada itu. Sebagai contoh, dikatakan Kerajaan Aroi mampu membina terowong bawah laut yang menghubungkan pulau-pulau di bawah empayarnya.
Lagi satu yang perlu diketahui oleh orang Melayu, kerajaan Aroi sebenarnya merupakan sebuah kerajaan Maritim yang dimana kita dapat melihat warisan genetik nenek moyang kita berada dalam diri kita. Kerajaan-kerajaan Melayu selepas itu kebanyakannya bersifat maritim dan melakukan aktiviti perdagangan. Sebagai contoh, Srivijaya dan Melaka..Wallahuaklam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2016 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
qabil buka lemuria atau lari ke lemuria?padahal tak mungkin sudah ada tamadun manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Israiliyat kan cerita pasal lemuria segala ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2016 06:22 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 1-10-2016 07:08 PM
catalina replied at 27-9-2016 09:27 AM
( Alam Melayu )

KEBENARAN WUJUDNYA TAMADUN LEMURIA DAN ATLANTIS?

artikel menarik!
thanks

aku memang tengah buat research.
tentang connection antara nama² dan ancient civilization ni semua.
Lemuria, Kumari Kandam, Aroi Sun Kingdom, Land of Punt, Ophir, Tarshish
Suvarnabhumi & Suvarnadvipa, Shambhala & Shangrila.. dan beberapa lagi.
jugak connection dengan Hieroglyph (ancient Egypt writings) yang di jumpai di Australia,
baru beberapa tahun yang lepas.

tentang artikel tu, cuma aku tak setuju tang Lemurians menyembah berhala.
memang Matahari adalah simbolik tuhan bagi mereka, sama macam Aroi Kingdom.
tapi mereka makhluk spiritual, menyembah tuhan yang satu.
tentang tamadun mereka yang musnah kerana banjir besar,
pendapat aku, semua tamadun masa tu di musnahkan oleh banjir besar, bukan hanya Lemuria.
satu² monumen yang survive, adalah Piramid.
yang di bina oleh ancient Egypt King, Saurid bin Salhouk.
dia hidup masa zaman Nabi Idris, 300 tahun sebelum banjir besar.
dapat ilham bina piramid, selepas satu mimpi yang di tafsirkan oleh Nabi Idris sebagai Banjir Besar Nuh.

btw, Lemurians memang sinonim dengan Brown race people.
cari artikel & interview dari Edgar Cayce dan Boriska (budak dari Rusia).
ada di sebut apa agama Lemurians.
bila Lemuria dan Aroi musnah, brown race bertebaran di seluruh Austronesia.
ada research yang di publish pada kurun ke 18, oleh Cyrus Thomas & Edward Tregear.
tentang Malay & Maya connection.. dari segi bahasa.

kalau di Cina & Taiwan.. ada bangsa berkulit gelap.
(bukan gelap macam afrika, tapi gelap dari chinese yang rata2 kulit cerah)
mereka di panggil Kunlun people, lived in Kunlun mountains.
di Jepun pun ada, aku tak ingat apa nama dia.

jadi teori yang mengatakan melayu datang dari taiwan.
korang boleh gelakkan teori bodoh tu.
sebenarnya brown races bertebaran ke seluruh asia pasifik.
even Native Americans (Red Indians) kat US tu pun asal genetik brown race.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Update pleaseee
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.063985 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list