CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9128|Reply: 7

Berapakah kelajuan maksimum yang mampu dicapai oleh Honda RS150R?

[Copy link]
Post time 20-6-2016 04:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Yusoff77 at 20-6-2016 04:26 PM

Model terbaharu Honda RS150R telah pun dilancarkan dengan rasminya untuk pasaran Malaysia pada minggu lepas, dan dijual pada harga bermula dari RM8,213.94 sehingga RM8,372.94 (termasuk GST). Menurut Boon Siew Honda Sdn. Bhd., model tersebut bagaimanapun akan berada di pasaran mulai bulan Ogos 2016 akan datang. Oleh kerana Honda RS150R ini dilengkapi enjin bersesaran 150cc DOHC dengan transmisi 6-kelajuan, tentunya ramai yang tertanya-tanya berapakah kelajuan maksimum yang mampu dicapai olehnya.

Merujuk kepada model kembarnya di pasaran Indonesia iaitu Honda Supra GTR 150, pihak Honda di sana mengesahkan bahawa model tersebut hanya mempunyai kelajuan maksimum 122 km/j sahaja. Jadi adakah ini bermakna Honda RS150R juga hanya mempunyai kelajuan yang serupa, atau mempunyai kelajuan maksimum lebih tinggi? Setakat ini masih belum ada maklumat rasmi mengenai kelajuan maksimum Honda RS150R yang diperolehi melalui sesi tunggang uji oleh mana-mana pihak, namun menurut sumber dari Boon Siew Honda sendiri, model tersebut mampu mencapai kelajuan sehingga 150 km/j. Kedengarannya begitu menarik sekali bukan? Namun benarkah Honda RS150R mampu ditunggang sehingga mencapai kelajuan puncak 150 km/j?

Berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan hasil pemerhatian terhadap model-model kapchai dan moped keluaran Honda selama ini, kelajuan maksimum yang akan dicapai oleh model Honda RS150R ini dipercayai tidak akan melebihi 135 km/j (kelajuan berdasarkan data GPS). Ini kerana model-model keluaran Honda sejak akhir-akhir ini lebih mementingkan penjimatan petrol berbanding kelajuan, jadi sudah tentu perlu ada kompromi di situ.

Sebagai contoh, Honda Future yang dilengkapi enjin 125cc (versi karburator) hanya mempunyai kelajuan maksimum 100 km/j, disebabkan oleh penalaan enjin yang dilakukan oleh pihak Honda agar model tersebut mampu menawarkan tahap penjimatan enjin yang cekap. Hasilnya, Honda Future benar-benar merupakan sebuah motosikal jimat petrol.

Bagaimanapun, harapan untuk melihat Honda RS150R mempunyai kelajuan yang lebih tinggi berbanding seteru hebatnya Yamaha Y15ZR, atau mungkin juga Suzuki Belang R150, tetap ada. Mana tahu pihak Boon Siew Honda telah sedar bahawa mereka mungkin tidak mampu mengalahkan pencabar RS150R dari segi gaya dan rekaan, jadi menawarkan sebuah model dengan kelajuan sehingga 150 km/j adalah satu-satunya pilihan terakhir yang ada.

Sumber: Arena Permotoran

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2016 09:20 AM | Show all posts
kalau stended kilang tak mungkinla bleh cecah 150kmh...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2016 04:31 PM | Show all posts
boleh cecah 150...
tapi meter ringan bak angin le..

model kapcai..110km/j meter gps memang dah goyang dah..tak stabil
nak2 berat bawah 70kg...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2016 04:32 PM | Show all posts
engin dohc, so sepatutnya top speed lg tinggi drpd y15zr
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2016 10:37 AM | Show all posts
Rasa macam teringin nak beli, tapi kena tengok review dulu lah macam mana. Kalau indah khabar dari rupa baik setia dengan EX5.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2016 02:19 PM | Show all posts
akudansesuatu replied at 21-6-2016 04:31 PM
boleh cecah 150...
tapi meter ringan bak angin le..

byk faktor kena amik kira.... berat rider... cara tunggangan... keadaan jalan.... keadaan angin... etc...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2016 02:20 PM | Show all posts
zulka replied at 21-6-2016 09:20 AM
kalau stended kilang tak mungkinla bleh cecah 150kmh...

aku pun rasa menda yg sama...

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 05:20 PM | Show all posts
Edited by tudiaa at 9-8-2016 05:36 PM

dh bole mengentest dkt welly subang perdana

13 ogos-14 ogos

11pg -5ptg
kwn mmg minat enjin motor moped yg menegak 45 darjah disaluti block ceramic dgn piston fogging
block jenis ape honda  RS150R nie guna ye....


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.317649 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list