CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Bercinta Dengan Qarin : Qarina Kembali? (Pg 9)

  [Copy link]
Post time 23-6-2016 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 23-6-2016 09:40 AM
betul la citer ni...
adik ipar dia meninggal tahun lepas,koma lepas kena stroke..
then adik dia  ...

TT ni novelis novel apa? mohon pencerahan.

penulisan TT memang menarik. thumbs up.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2016 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow replied at 23-6-2016 09:47 AM
Okay. Dah tanya Faiz.

Bukan psikiatri tapi Pegawai Kaunseling (Unit kaunseling Hospital)

Uiks , suppose dia jumpa psychiatry, kerana hanya psychiatry yg blh diagnose patient, then refer to psychologist jika memerlukan kaunseling.  Hehehe takpa2 kes dah setel pon..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2016 05:16 PM | Show all posts
HazeLJoseph replied at 23-6-2016 04:55 PM
Uiks , suppose dia jumpa psychiatry, kerana hanya psychiatry yg blh diagnose patient, then refer t ...

kan die kata xnak
sbb nnt kena mkn ubat penenang


apa yg tau
klu start mkn ni kebarangkalian kena bergantung
dlm tempoh yg panjang
to maintain spy calmdown

tp of kos lh diagnose habis2
to confirm yg mmg perlukan ubat tu


Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2016 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Qarin ni kembar kita dari kalangan jin. Takkan mati smpai kiamat dtg. Dan.. dia ni bertentangan dgn sifat kita.

Cth; kita baik, dia jahat. Dia la yg slalu hasut itu ini pd kita. Aku pun minat nk tau lebih mendalam psal qarin ni. Sbb menarik.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2016 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepak cni ya TT. Nk tau selanjutnya
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2016 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa baca tajuk aku ingat bercinta dgn Q sendiri.. Rupanya arwah isteri punya..

Sgt menarik. Tq tt xsabar nk baca update hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2016 09:40 AM | Show all posts
menunggu sambungan dengan penuh sabar  
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2016 09:42 AM | Show all posts
zuri154 replied at 23-6-2016 04:46 PM
TT ni novelis novel apa? mohon pencerahan.

penulisan TT memang menarik. thumbs up.

google je nicki lee
1. romancinta
2. abstract cinta aku dan dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-6-2016 09:55 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 24-6-2016 11:29 AM

Salam,

Pada yang bertanya pasal 'novelis' tu, iya, saya ada dua novel. Segan nak mengaku pun iya, Maklumlah, kategori suam-suam kuku

Terima kasih pada yang sudi baca kisah Faiz. Sorrylah yek, takdan reply sorang-sorang.

Baiklah.

Ini kisah Salina seperti yang diceritakan sendiri oleh Faiz. Aku tak dapat jamin kesahihannya sebab aku tak berada di tempat kejadian. Infact, aku sendiri ambil masa nak hadam setiap kejadian yang berlaku. Cuba nak cari saintifik explanation tapi tak dapat sampai sekarang. Aku tak suruh korang percaya bulat-bulat. Baca dan nilaikan sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2016 09:58 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 24-6-2016 11:29 AM

8 Mac 2015 (Ahad):

Weekend. Hari lepak seperti biasa. Salina keluar pergi Tesco dengan Iqa (sulung, 3 tahun) nak beli barang-barang dapur. Faiz pulak jaga baby, Isha (2 bulan lebih) kat rumah. Balik dari Tesco, Salina mengadu tak sedap badan, nak demam dan sakit kepala. Faiz suruh Salina rehat aje. Ada juga tanya nak pergi klinik ke tidak? Salina tak nak. Lagipun dah makan Panadol so hopefully akan okay soon.

Around 8pm. All of sudden Salina muntah teruk. Sangat teruk sampai badan jadi keras kejang. Anak mata kanan Salina membesar dan mata kiri jadi macam juling ke tepi. Salina start mengerang sakit. Bunyi macam ‘Rrgggrrrr’ gitu. Dengan anak dua orang kecik-kecik dan Salina pulak tiba-tiba sakit, memang kelam-kabut gilalah. Panik tak usah cakap. Otak terus jadi blank.

Faiz call Kak Ju the Babysitter tapi Kak Ju keluar pulak dengan hubby, Abang Zain. Kak Ju suruh hantar anak-anak ke rumah Kak Ju, biar anak sulung Kak Ju – Wana (teenagers) jaga. Wana tak boleh keluar rumah sebab Kak Ju pun ada anak kecik. Nak tak nak, Faiz terpaksa tinggalkan Salina sekejap sebab memang tak boleh handle two things at one time - Salina yang sakit dan anak-anak nangis merengek. Rumah Kak Ju dekat je – blok depan. Dia lari hantar anak-anak. Semuanya lebih kurang lima minit.

Dalam lima minit tu jugak, benda lain jadi. Faiz berlari balik naik ke rumah. Apartment kat Puchong ni lima tingkat, takde lif. Memang mengahlah kau panjat tangga ke tingkat tiga. Bila sampai rumah, keadaan Salina makin teruk. Dalam keras kejang tu, dia boleh menangis, mengerang dan ketawa. Next thing dalam kepala – call ambulan. Lepas cerita lebih kurang, dia hang up. Masa ni, Salina dah jadi macam hapa je. Nangis – mengerang – ketawa, then repeat balik the cycle. Tak respon langsung pada panggilan Faiz.

Faiz cuba angkat Salina tapi dia kata, badan Salina memang berat sangat-sangat. Padahal, Salina tu kecik kurus aje orangnya. Langsung tak boleh nak angkat. 15 minit lepas tu, Kak Ju dengan Abang Zain sampai. Since ambulans yang tak sampai-sampai, Faiz decided nak terjah aje ke hospital. So dia dengan Abang Zain yang angkat Salina susah-payah masuk kereta.

Faiz pecut pergi Hospital Putrajaya dan zasss ke wad Kecemasan & Trauma.

Pegawai yang attend tanya apa patut dan buat the normal procedure untuk di masukkan ke wad.

Atas katil yang boleh tolak-tolak tu, tiba-tiba Salina menangis kuat-kuat sambil cakap,

“Tolonglah…saya tak nak masuk hospital. Tak nak masuk hospital.”

Salina menangis-nangis sampailah kena tolak ke dalam. Pegawai (houseman kot) yang attend tu tadi suruh balik dulu. Duduk hospital pun tak ada apa boleh buat. Kena suruh balik, Faiz pun balik.

Masuk dalam kereta, dia call parents Salina cerita, explain blablabla.

Next person Faiz call, is my mum.

He broke down and cry.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2016 10:04 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 24-6-2016 10:21 AM

9 Mac 2015:
Faiz pergi Hospital Putrajaya waktu pagi. Salina dah tak sedarkan diri masa ni. Jumpa doktor (houseman?) yang attend kes Salina. Based on medical check-up, Salina kena stroke and epilepsy. Doktor tu dah call pakar dari HKL untul datang for further check-up. At the same time, dia mintak kebenaran untuk ambil air tulang belakang Salina.  
No choice, Faiz bagi kebenaran.

10 Mac 2015:
CT Scan dilakukan ke atas Salina. Hasil mendapati, ada urat / saraf tersekat dek darah beku menyebabkan darah dan oksigen tak sampai ke otak. Salina dikategorikan sebagai koma dan brain dead. Pakar dari HKL yang sampaikan berita ni and without hesitation, he dropped that bomb, “Harap encik bersedia. Isteri encik memang tak ada harapan. Kalau hidup pun, isteri encik akan lumpuh seumur hidup.”

Hari-hari berikutnya:
Salina dimasukkan ke dalam ICU untuk pemantauan. Bernafas guna bantuan mesin hayat. Tak ada apa-apa progress pun. Badan keras sebelah kiri. Doktor cadangkan buat Tracheostomy. Aku tak sure sangat kenapa doktor cadangkan buat benda ni. Lepas buat, Salina dipindahkan ke wad biasa walaupun masih tak sedarkan diri.  

Instead of duduk tak buat apa-apa, Faiz cuba rawatan alternative. Ada beberapa perawat yang datang untuk tolong Salina.

Darul Syifa’
Faiz call Darul Syifa’. Tapi tak dapat hantar yang berpengalaman. Yang datang adalah Ustaz Muzaffar. Malangnya Ustaz Muzaffar tak dapat detect what is wrong with Salina

Ustaz Zaidi (Merlimau, Melaka) – kenalan seorang rakan pejabat
Ustaz Zaidi tak dapat datang tapi dia minta details Salina iaitu nama penuh, nama ibu, nama ayah, alamat rumah, gambar full dan gambar terbaru. Hasil scanning, Ustaz Zaidi kata Salina kena santau. Santau tu dihantar melalui angin dan Salina terkena masa dia berada di kawasan berbukit, di rumah yang berhadapan dengan taman permainan which is, rumah my Kak Long

Kata Ustaz Zaidi, santau ni nak ditujukan pada anak dalam kandungan Salina tapi Salina yang terkena. Since Salina ada mengamalkan ayat pendinding (3 Qul, Ayat Qursi etc), maka kesannya tak ketara lagi. Ustaz Zaidi kirimkan minyak gaharu untuk disapukan pada Salina. Pesan Ustaz Zaidi, sapukan minyak tu pada hidung dan urat saraf.

Faiz follow instruction Ustaz Zaidi. Apa yang jadi lepas tu, dalam keadaan koma, tangan Salina boleh menepis dan mengeluarkan suara yang bernada marah. Berlaku few times. Faiz rujuk balik pada doktor tapi doktor kata, itu perkara biasa. Memang ada masanya, pesakit koma mampu menggerakkan tubuh dan beri respon pada sekeliling.

Soalannya di sini: Salina dah kategori brain dead. Macam mana pulak dia boleh bergerak? Ke memang masih boleh bergerak walau dah brain dead?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2016 10:14 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 24-6-2016 10:16 AM

Ustaz Ahmad (Semenyih)
Hasil scanning masih sama. Santau tu dihantar melalui angin dan Salina terkena masa dia berada di kawasan berbukit, di rumah yang berhadapan dengan taman permainan. Santau ni nak ditujukan pada anak dalam kandungan Salina tapi Salina yang terkena.

Ustaz Ahmad datang hospital. Beliau buat apa yang beliau patut buat sebagai perawat. Kali ni, Salina cirit-birit yang sangat teruk.

Koma boleh cirit-birit? Aku tak dapat cari logic di situ. Kalau ada doktor atau sesiapa boleh explain, silakan.

Rashid dan Pak Majid (Anak-beranak dari Kluang)
Kes Salina memang well-known di kalangan kawan-kawan Faiz. Rashid adalah salah seorang kawan yang menghulurkan bantuan. Pak Majid bapaknya Rashid, pandai juga mengubat orang.

Hasil scanning masih sama. Santau tu dihantar melalui angin dan Salina terkena masa dia berada di kawasan berbukit, di rumah yang berhadapan dengan taman permainan. Santau ni nak ditujukan pada anak dalam kandungan Salina tapi Salina yang terkena.

Kali ini, ada maklumat tambahan. Tukang santau itu adalah seorang bertaraf esekutip kat tempat kerja Salina. Non-muslim – aku tak nak sebut bangsa apa. Roh Salina dibelenggu ular.

Rashid dan Pak Majid datang hospital untuk lakukan rawatan. Apa yang Pak Majid cuba buat adalah, lepaskan roh Salina. Tapi Pak Majid tak janji Salina akan pulih seperti sedia-kala. Semuanya kuasa Allah.

Pak Majid mulakan rawatan seperti biasa (baca ayat etc). Faiz kata, cara Pak Majid agak kelakar. Nak tergelak pun ada tapi control ajelah. Kau nak mampus, pergi ketawa time orang tu tengah serius nak mengubat?

Pak Majid ada mengeluarkan gerakan-gerakan silat yang minor. Tapi yang satu ni Faiz bagitau, paling dia ingat. Pak Majid buat gerakan macam keluarkan pedang (kot?) dari sarung. Lepas tu, Pak Majid main tetak-tetak angin dalam keadaan mata bertutup. Berlangsung dalam seminit dua gitu.

Rawatan berakhir. Lepas sejam buat rawatan, dengan izin Allah ada perubahan pada Salina. Bahagian kiri yang mengeras tu, dah tak keras lagi. Ada beberapa kali Salina twitch jari dia.

Masa ni, Faiz kata dia terasa macam ada harapan.

Sayangnya, hanya itu saja progress Salina.

23 March 2015
Since Salina takde progress yang banyak, Faiz mohon untuk keluarkan Salina dari Hospital dan jaga sendiri. Hospital benarkan. Lepas go through all the procedure, Faiz pergi office sekejap untuk mohon cuti pelbagai. Dalam pada tu, Boss Faiz suggest pergi jumpa one of this Boss, from another jabatan yang katanya, pandai jugak dalam hal perawatan ni. So, Faiz pun pergi. Aku panggil boss from another jabatan tu Encik Bidin ajelah.

Macam biasa, Encik Bidin mintak nama penuh Salina, nama mak, nama ayah, alamat rumah gambar full dan gambar terbaru. Scanning dimulakan.

Lepas aje scanning tamat, muka Encik Bidin berubah. Maklumat Encik Bidin:

Santau yang dihantar tu adalah Santau Maut. Memang level tinggi punya. Susah nak lepas kalau dah kena. Apatah lagi kalau tak dapat rawatan awal. Salina dah terkena santau ni sebelum dia bersalin lagi, lebih kurang masa mengandungkan Isha enam, tujuh bulan macam tu. Tapi, santau tu tak nampak ketara sebab Salina amalkan surah dan mungkinlah, sebab baby dalam kandungan tu sendiri (tak tahu apa maksudnya). Bila Salina bersalin, santau tu mulakan serangan. Sebab Salina dah tak boleh solat kan? So dia ‘makan’ Salina sikit demi sikit. Kemuncaknya, malam 8 Mac 2015.

Encik Bidin tanya, “Ada apa-apa yang pelik pada Salina lepas bersalin?”

Jawab Faiz. “Ada. Darah nifas Salina tak berhenti lagi walaupun dah habis pantang.”

Kata Encik Bidin, dia akan tolong Faiz untuk putuskan sihir tu. Tapi itu aje yang dia mampu buat. Apa akan jadi lepas tu, kena serahkan pada Allah. Faiz tahu, Encik Bidin indirectly maksudkan yang Salina memang takde harapan. Tapi, tak salah berusaha.

Enck Bidin suruh Faiz berselawat 313 kali untuk tiga hari (atau tujuh, tak ingat pulak aku), dan Encik Bidin akan tolong dengan cara dia.

Tapi, kuasa Allah tu mengatasi segala-galanya. Salina hembus nafas terakhir pada asar, 23 Mac 2015.

Untuk makluman, Salina bersalin pertengahan December 2014. Maksimum darah nifas keluar ialah 60 hari. Pertengahan Februari patutnya dah habis nifas tapi masih keluar lagi. Faiz atau arwah Salina tak rasa ada apa-apa yang pelik pasal ni sebab Salina memang ada hormone yang tak balance. Haid pun kadang-kadang datang, kadang-kadang tidak.  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2016 10:20 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 24-6-2016 09:14 AM
Ustaz Ahmad (Semenyih)
Hasil scanning masih sama. Santau tu dihantar melalui angin dan Salina terke ...

Allahurabbi...sedihnya..
teringat plak kat arwah ayah aku yg kena santau jgak..pun sampai mati jugak..
tapi ya lah ajal maut hanya Allah yang tahu..

tapi pelik juga ya, kenapa org tu aim baby dalam kandungan tu??
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2016 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow replied at 24-6-2016 10:14 AM
Ustaz Ahmad (Semenyih)
Hasil scanning masih sama. Santau tu dihantar melalui angin dan Salina terke ...

faiz kenal eksekutip yang buat isteri dia?
hidup lagi eksekutip laknat tu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2016 10:33 AM | Show all posts
x sangka dunia yang moden ni.. santau masih lg diamalkan.. .
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2016 10:37 AM | Show all posts
Jika seseorang mempunyai ciri-ciri berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:

1. Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu
    kecil seperti serbuk kaca.
2. Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
3. Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kala sakit
   menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
4. Sakit sesak nafas terutaman waktu Maghrib.
5. Lenguh seluruh anggota badan.
6. Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
7. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
8. Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.
9. Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
10. Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut.
11. Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
12. Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi.
13. Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau mimpi pergi ke tempat-tempat ibadat agama bukan
     Islam.
14. Sentiasa sakit pada tulang belakang
15. Bawah matanya biru (Seperti orang tak cukup tidur)

Jenis-jenis Santau:

Santau Makan/Minum
Ramuan santau dimasukkan ke dalam makanan atau minuman secara zahir oleh manusia atau pun secara ghoib dengan menggunakan khidmat jin (khadam).  Mereka yang mengambil makanan/minuman tersebut akan menjadi mangsa santau.

Santau Angin
Ramuan santau ‘dituju’ kepada mangsa dari jauh – samada dengan teknik pemujaan atau pun teknik pandangan mata (a’in) dengan melihat mangsa dari jauh. Bagi jenis santau ini, elemen makanan atau minuman adalah tidak diperlukan sama sekali. Ramuan santau akan ‘dihantar dan dimasukkan’ secara ghoib ke dalam badan mangsa berkenaan (biasanya perut atau dada) dengan bantuan jin angin.

Santau Tuju
Santau tuju ini biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam bertaraf tinggi. Santau tuju ini adalah sangat kuat dan boleh membunuh mangsa dengan serta merta; atau sekurang-kurangnya penyakit parah akan menyerang mangsa (seperti muntah darah) dengan serta merta. Santau tuju biasanya dilakukan diwaktu selepas tengah malam dengan pemujaan ke atas pakaian, rambut atau barang peribadi pesakit.

Santau Langkah
Santau langkah ‘dikenakan’ kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau atau bahan lain seperti duit syiling (atau apa-apa logam yang kecil) yang telah dibacakan mentera jin dan syaiton; di pintu pagar rumah, bawah tangga rumah atau pintu pejabat. Mangsa yang melangkah ‘barang’ tersebut akan menerima kesan sebagaimana orang yang terkena santau angin.

Santau Batuk
Santau batuk ini adalah peringkat awal mereka yang terkena serangan santau. Mangsa akan mengalami batuk yang berterusan walaupun telah banyak mengambil ubat batuk (perubatan moden); kadangkala diiringi dengan sakit kepala. Santau kadangkala tidak memberikan kesan yang serius seperti kerosakkan organ dalaman mangsa. Ini berkemungkinan berlaku kerana tidak diizinkan oleh Allah SWT atau mungkin tukang sihir atau penghantar santau tidak melakukan ‘penghantaran’ santau dengan sempurna mengikut kehendak jin dan syaiton berkenaan. Mangsa yang terkena santau batuk ini masih mempunyai harapan tinggi untuk disembuhkan sepenuhnya melalui rawatan dan perubatan Islam yang segera dan cepat.

CARA RAWATAN PERUBATAN:
1. Racun santau ini hendak dikeluarkan secara batin dengan keizinan Allah s.w.t.
2. Membaca ayat-ayat Al Quran khusus untuk sakit ini serta mohon doa kepada Allah s.w.t untuk sembuh dari penyakit ini.
3. Minum air penawar dan madu lebah asli dan berdoa kepada Allah s.w.t untuk memohon sembuh dari penyakit yang dihadapi.

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT RACUN SANTAU:
(Sebaiknya pergi berjumpa guru /perawat dahulu sebelum melakukan amalan ini)


A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

1. Surah Asy-Syu'araa' ayat 95 hingga 118, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Fussilat ayat 25 hingga 38, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan minggu ketiga dan keempat:

1. Surah Al-Israa' ayat 79 hingga 94, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Taha ayat 60 hingga 70, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

C. Amalan minggu kelima dan keenam:

1. Surah Al-Qasas ayat 51 hingga 59, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Ar-Ra'd ayat 30 hingga 34, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2016 10:54 AM | Show all posts
kumen2 replied at 24-6-2016 09:37 AM
Jika seseorang mempunyai ciri-ciri berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:

1. Batuk yan ...

Info yang berguna..

anyway, avvy ko ni buat aku terliur je bulan2 posa ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2016 10:56 AM | Show all posts
Ipo replied at 24-6-2016 10:54 AM
Info yang berguna..

anyway, avvy ko ni buat aku terliur je bulan2 posa ni

emmm .maaf aym tu x mkn pun... eksyen jew..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2016 11:17 AM | Show all posts
Tentang saat-saat terakhir arwah:

Ini apa yang mak arwah kata:
Arwah Salina memang nak meninggal dalam pangkuan Faiz. Petang 23 Mac, masa Faiz datang ke hospital, keadaan Salina tetap macam tu. Tak bergerak, tak ada respon. Mak arwah pergi solat asar dan Faiz ganti jaga Salina. Salina meninggal bila Faiz tiba. Wallahhualam.

Ini apa Faiz cerita:
Salina masih macam tu. Selalunya bila datang, Faiz akan baca Yassin. Tapi tak tahulah, hari ni, dia datang dan duduk sebelah dan pegang. Dia cakap pada Salina, something like dia redha kalau Salina pergi. Tak nak Salina risaukan dia, risaukan anak-anak. Dia nak Salina pergi dengan aman dan dia dah maafkan segala dosa.

Then Faiz ucapkan dua kalimah syahadah kat telinga. Faiz kata, demi Allah dia rasa Salina genggam balik tangan dia. Tak kuat, very mild. Lepas tu, Salina pergi forever.

Jasad Salina di bawa ke Kluang.

24 Mac 2015

Pagi.

Jasad arwah dimandikan di rumah mak ayah arwah. Memang ramai yang datang ziarah, nak masuk rumah pun sesak. Of course aku pun ada, tapi duduk luar.

Ini apa makcik-makcik dan kakak-kakak tukang mandikan jenazah cerita:
Jenazah Salina tak macam orang sakit. Berbeza sangat compare dengan keadaan masa dalam hospital. Instead of looking macam mayat, keadaan Salina lebih kepada tidur.

Ini apa yang mak aku, kakak aku, dan beberapa lagi saksi cerita masa dikafankan:

Salina tersenyum.

Memang ada unsur Tanah Kubur di situ. Tapi mungkin ini bukti yang mengatakan, orang teraniaya ini Allah anugerahkan hikmah yang kita tak tahu. Wallahualam.

Jenazah dikebumikan sebelum Zohor.

Sekian, kisah Salina.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2016 11:18 AM | Show all posts
lavender_aqua replied at 24-6-2016 09:42 AM
google je nicki lee
1. romancinta
2. abstract cinta aku dan dia

Thanks Aqua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.142552 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list