CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3418|Reply: 12

Pembikin Filem Dakwa Leo Burnett Malaysia Ciplak Ideanya Untuk Iklan Petronas '

[Copy link]
Post time 27-6-2016 05:34 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ




Syarikat pengiklanan Leo Burnett Malaysia mendapatkan nasihat undang-undang kerana menghadapi kritikan daripada pembuat filem yang mendakwa filem bertajuk 'Rubber Boy' adalah hasil ciplak idea dari pembuat filem tersebut.





Leo Burnett Malaysia menghasilkan iklan yang mengisahkan cerita seorang ibu dan anaknya yang mengharungi suka duka kehidupan itu bagi pihak Petronas.


Memetik dari AstroAwani, perkara ini didedahkan oleh pembikin filem untuk Da Huang Pictures, Tan Chui Mui, menerusi beberapa kenyataan yang dimuat naik di Facebook.





Antaranya, beliau berkata idea itu berdasarkan pengalaman kawan beliau ketika kecil, di mana ibunya seorang penoreh getah.




Rubber boy



“Pasukan saya telah memberikan kertas cadangan termasuk senarai pelakon, lokasi, filem rujukan, dan skrip penuh kepada pihak agensi (Leo Burnett). Cadangan itu untuk iklan Tahun Baru Cina Petronas tahun 2015.


“Tahun itu cerita kami tidak dipilih dan tiada iklan Tahun Baru Cina Petronas pada tahun itu.


“Namun, Leo Burnett menggunakan cerita kami untuk iklan Tahun Baru Cina Petronas 2016. Kami sangat terkejut. Ini lebih daripada mencuri jalan cerita kami, katanya ketika dihubungi pihak Astro AWANI ketika diminta penjelasan lanjut.


Beliau turut menjelaskan bahawa penulis skrip John Cho We Jun dan penerbit Beatrice Leong ada berjumpa dengan pihak Leo Burnett pada bulan Februari.


“Saya tidak hadir ke mesyuarat itu kerana sedang hamil.


“Namun, pasukan saya diberitahu bahawa kami tidak boleh saman pihak Leo Burnett di bawah undang-undang Malaysia.


“Saya pun tidak berminat untuk mengambil tindakan undang-undang kecuali jika ia dapat mengubah industri kreatif.


Tambahnya, sesi pitching merupakan proses yang paling sukar kerana harus menghasilkan idea atau jalan cerita untuk dipersembahkan.


“(Pekerjaan) kami diambil mudah dan juga tidak dibayar ketika proses pitching,” katanya.


Penulis skrip John Cho We Jun meluahkan kekesalan Leo Burnett tidak mahu mengiktiraf bahawa video ‘Rubber Boy’ merupakan dari idea asal Chui Mui.


“Jika tidak silap, idea asal bertajuk ‘Growing Up’. Ia berkisah tentang seorang lelaki yang teringat kembali tentang hubungan beliau dan ibunya, seorang penoreh getah.


“Walaupun ada babak dan tema utama telah bertukar, ia tetap filem yang sama.


“Ia adalah adil untuk mendapatkan pengiktirafan yang sepatutnya untuk pekerjaan kami,” jelasnya.



Tan Chui Mui



Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Leo Burnett Group Malaysia Tan Kien Eng telah membalas status Chui Mui.  Katanya, beliau mahu berjumpa Chui Mui untuk memahami situasi ini sebelum mengambil tindakan.


“Saya tidak menyokong plagiarisme. Saya telah menghubungi pasukan saya setelah diberitahu tentang status ini dan penulis Leo Burnett telah menjelaskan sisi beliau.


“Saya ingin berjumpa kedua-dua pihak untuk memahami situasi ini sepenuhnya sebelum mengambil sebarang tindakan,” katanya di Facebook.


Leo Burnett telah menciptakan banyak filem sempena perayaan untuk Petronas yang mana sudah selama hampir dua dekad.- CARI.



















Sumber - AstroAwani/mumbrella.asia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2016 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2016 11:09 AM | Show all posts
bukan ke video2 raya petronas arwah yasmin ahmad yang buat?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2016 12:20 PM | Show all posts
gegeh ciplak utk ape?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2016 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
shark replied at 28-6-2016 11:09 AM
bukan ke video2 raya petronas arwah yasmin ahmad yang buat?

Leo Burnett tu nama company she worked for.

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2016 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat la iklan lain...Raba Boy ker
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2016 08:52 AM | Show all posts
iklan raya petronas da keluar ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 10:27 AM | Show all posts
kenapa skrg br keluar ni


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2016 10:31 AM | Show all posts
dah tiba masanya iklan raya kena ceria,kelakar.tolongla tukar mentaliti.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 10:53 AM | Show all posts
Kenapa xtunggu diwali je baru buka mulut kak...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 01:16 PM | Show all posts
Kenapa time raya baru nak buka mulut, sedangkan iklan ni masa CNY?

bTW, kalau betul LB ciplak idea dia, memang haruslah dia meroyan. Zaman arwah Yasmin ada dulu, gaji dia untuk come out with the advertising idea dalam 8K - satu jam. Baru nak kuar idea, belum shoot lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 11:49 AM | Show all posts
Cash kepada Leoburnett & kampeni advertising kokesen di malaysia, semenjak makin racist idea design & iklan makin sendu, yg bagus ditendang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ciplak kerrrrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.065930 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list