CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BabeYSHa

[Contest] BFF - Tamat

[Copy link]
 Author| Post time 30-6-2016 01:45 PM | Show all posts
Ezzie replied at 30-6-2016 10:59 AM
welcome kat bod ni.....

tambah lg penulis kat bod ni....iols cuma pandai baca je...
Machihh..


Idakla penulis sangat pun... Syiok syiok ja.. jomla join..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2016 03:01 PM | Show all posts

kalau ada idea...maybe join. buat masa ni fokus kat keja yg tak surut2 lagi...esok dh nk balik kg ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 03:03 PM | Show all posts

tengokla lepas raya...tu pun kalau sempat nk korek idea. la ni otak tepu n beku...ingat nk balik kg je....
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 03:17 PM | Show all posts
BabeYSHa replied at 29-6-2016 04:53 PM
Shhh.. diam2 sudah.. jangan sampai momod Med nampak.. wakakaka!

Eh... kita pulak kena

Okaylah. Boleh kasi meriah Bod (nan sendu) ini.

Kipidap!
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 03:42 PM | Show all posts
Good job TT... Cerita yg sangat menarik... Tak sabar nak tau apa jadi kat Sheera...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2016 01:25 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 30-6-2016 03:17 PM
Eh... kita pulak kena

Okaylah. Boleh kasi meriah Bod (nan sendu) ini.
machih... huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-7-2016 01:25 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 30-6-2016 03:42 PM
Good job TT... Cerita yg sangat menarik... Tak sabar nak tau apa jadi kat Sheera...
Biarlah ianya menjadi misteri...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2016 01:28 PM | Show all posts
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin pada semua... Sorry naa.. Haku lama menghilang.. Lik kampung awai dan masuk semula kerja pula lambat.. sebab orangtua haku tak berapa sehat... Beraya pun kat sepital..


Haku akan cuba habiskan lam minggu neh juga.. Harap momod BRP tak marah naa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2016 02:31 PM | Show all posts
Edited by BabeYSHa at 28-7-2016 02:07 PM





2013 - Perubahan


Siapakah yang sudi
Menghulurkan simpati
Kepada nasibku ini....


Lagu Black Dog Bone, Cahaya Aidilfitri berkumandang megah di corong radio lama berjenama Pensonic milik Mak Jemah. Radio itu dihadiahkan oleh Sharifah kepada ibu tersayang dengan gaji pertamanya.


Esok raya.


Daun palas diisi dengan pulut dan dibalut kemas agar pulut tidak terbonjol keluar. Kalau tak pasti halwa telinganya disajikan dengan leteran machine gun oleh Mak Jemah. Kak iparnya sibuk melayur daun pisang di atas dapur. Tahun ini dua jenis ketupat pulut yang akan disaji bersama-sama rendang ayam dan daging. Ketupat daun palas dan ketupat daun pisang.


Sharifah menyanyi-nyanyi kecil. Hatinya berbunga girang. Esok bertemu semula dengan BFF tercinta.


Hati kecilnya berharap sangat semua teman-temannya dapat bersua muka dan berkumpul bersama tahun ini.


"Mmm.. Pah.. Mak rasa macam terjumpa ngan si Faiz semalam kat bazaar,"


Sharifah mengerutkan dahinya.


Mak Jemah terus menyambung cakap sambil mengelap daun-daun pisang yang telah selamat dilayur dengan t-shirt terpakai cucunya.


"Mula-mula mak tak kenai pun. Dia la mai tepuk bahu mak neh.. Uihhhhh... kemain la nehhh diaaa,"


"Awat mak?" Sharifah mencelah.


"Makin besaqqqq.. Bukan hat ataih jaa... Neh ha.. Pungkoq pun dah besaq habaq mai kat hanggg!"


Mak Jemah membuat gaya menonggek.


'Eh... Setahu aku dia mana ada bentuk punggung pun.. Leper je' getus hati Sharifah.


"Takpalah mak.. Esok dia mai ghaya Pah nak kelebek tengok," seloroh si Sharifah.







Ketawa besar berderai di ruang tamu rumah Mak Jemah. Sharifah gelak mengekek melihat Ema yang merenung Sheera tanpa berkelip mata. Shamir turut menambah perencah dengan mengambil gambar selfie bersama-sama Sheera yang kelihatan anggun berbaju kebaya wisuda berwarna merah jambu digayakan bersama kain batik sendat warna senada.


Tahun ini mereka seperti berjanji. Tema merah jambu.


"Nyahhhh.. Kemain hang la neh nohhhh... Makin up atas belakang!"


Shamir mengusik Sheera sambil menyuap rakus Laksa Penang ke dalam mulutnya. Laksa Penang memang merupakan menu wajib hari raya keluarga Sharifah. Tak pernah cukup sepinggan, wajib tambah dua kali si Sharifah melahap.


"Kenaper? Jelly (jealous) ke dengan aku nyahhh? Sebab aku makin meletop?" balas Sheera dengan slang KL sambil sebelah keningnya terjungkit.


"Mehhhhh.. Takdaknya aku nak jeles haih dengan hang tu nyah oiii... Aku lagi meletup hokeyyy!" Shamir mencebik.


Sharifah dan Ema tersengih-sengih melihat dua sahabat mereka yang sama-sama lembut itu bertekak.


Sheera hilang tahun lepas.


Rupanya Sheera baru lepas menjalani pembedahan punggung di Thailand. Dalam proses penyembuhan mungkin. Itu yang membataskan pergerakan beliau dan "hilang" tanpa khabar berita tahun lalu.


Sharifah dan Shamir tak melepaskan peluang mengusik Sheera yang bertubuh baru dan montok.


Elok sahaja Sheera berdiri untuk menjamah kuih raya di dalam balang, ketika itu jugalah Sharifah dan Shamir mula mengekek-ngekek sambil "memuji".


"Nyahhh... Silikon ka?" Shamir sengaja menyucuk-nyucuk jarinya pada pinggul Sheera. Sharifah tak melepaskan peluang. Dia turut mengambil kesempatan.


"Weyyy! Batu ka apa neh.. Keraihnya! Hahahahah!" Sharifah mengekek gelak.


Sheera mencebik.


"Punggung aku lebih mantap tau dari kau hokey. Takderlah silikon.. Air garam je," balas Sheera dengan muka selenga.


Shamir, Sharifah dan Ema berpandangan sesama sendiri sambil menganggukkan kepala masing-masing.


"Tapi ingat tau nyahhh.. Jangan sekali-kali tukar yang "itu".. Susah kalau mati nanti," Ema yang bermulut lazer bersuara.


"Yerrrrr... Aku taulaahhhh... Tapi kalau aku buat pun.. kubur masing-masing kan,"


Balas Sheera selamba.


Sheera a.k.a Fauzi yang mereka kenali dahulu semakin lancang mulutnya. Bukan tak pernah dinasihat. Berbuih-buih dah mereka menasihati si tinggi lampai Sheera.


Mengimbau kembali kenangan semasa kecil...


Rumah Sheera dan Sharifah tidaklah jauh sangat. Di dalam lingkungan 300m sahaja.. Pemisah rumah mereka adalah sawah bendang milik keluarga Sheera.

Sharifah dan Sheera membesar bersama dan bersekolah di sekolah rendah yang sama. Cuma kelas lain-lain. Berambut kerinting, berkulit putih, mata sedikit sepet dan sedikit chubby (tembam)  membuatkan Sheera menjadi perhatian sejak kecil. Darjah 1 sehingga ke Darjah 6, tiada sebarang perubahan ketara si Sheera. Masih anak kecil yang comel dan gemar bermain permainan lasak dan permainan masak-masak dengan rakan sebaya termasuk Sharifah. Tiada sebarang tanda-tanda hendak menjadi lembut atau mak nyah.

Dulu-dulu.. Isu pedophile agak taboo di dalam masyarakat kita. Puluhan tahun Sheera merahsiakan semua ini sehingga pada suatu ketika, Sharifah sendiri bertanya terus terang kepada Sheera. Soalan maut itu ditanya oleh Sheera ketika umur mereka berdua lebih kurang 20 tahun.

Suatu petang yang tenang, Sharifah bertandang ke rumah Sheera sambil membawa kuih karipap yang dibuat oleh Mak Jemah sebagai ole-ole untuk Mak Limah, ibu Sheera. Sambil mengunyah karipap berintikan ubi keledek dan isi ayam, mereka berdua melepak di bawah pohon ceri kampung yang merendang.

"Mmm.. Nyah.. Aku nak tanya neh.. Tapi aku takut hang marah," Sharifah memulakan bicara.

"Awatnya?" Sheera menjawab dengan riak wajah penuh kehairanan.

"Mmm.. Takdak la.. Mmm.. errr.. Aku rasa masa kita sekolah rendah hang takdak jadi lembut kan. Apa punca wey? Hang terpengaruh dengan sapa-sapa ka?"Sharifah memulakan bicara dengan hati-hati. Takut menyinggung perasaan sahabat baiknya.

Sheera diam. Agak lama. Sambil terjengket mencapai sebiji dua buah ceri kampung yang berjuntai ranum, Sheera memulakan cerita.


"Aku dinodai nyah..."

Sheera menghela nafas perlahan sambil merenung jauh ke tengah sawah padi yang menghijau. Sharifah terpana seketika.

"Sapa yang buat hang macamneh? Bila hang kena?"

"Mmm... Hang jangan cakap kat sapa-sapa tau.."

Sharifah menggangguk. Di dalam hatinya bercampur baur segala macam rasa. Geram. Kesal. Kesian.

"Pakcik aku... Aku pun tatau apa yang dia buat kat aku masa tu... mmm.. Kita darjah 2 masa tu nyah..." balas Sheera perlahan. Riak wajah yang tak dapat ditafsir oleh Sharifah.

'Lahanat punya pakcik!' getus hati kecil Sharifah. Rasa geramnya makin bertambah-tambah bila melihat reaksi wajah Sheera yang tidak ada rasa sedih atau rasa kesal dengan apa yang berlaku. Sharifah tidak bertanya lanjut pasal pakcik Sheera kerana melihatkan reaksi biasa Sheera. Jika Sheera bereaksi mengongoi menangis seperti anak kecil pun, tak mungkin juga dia sedia menadahkan bahunya untuk si Sheera. Sheera walau lembut seperti perempuan tapi dalam IC masih nama lelaki tau! Dia tetap lelaki walau begitu rupanya.

Ya. Umur 8 tahun sudah diperlakukan seperti binantang. Anak kecil yang sepatutnya dididik, diajar membaca dan menulis untuk menjadi manusia berguna, telah dipalit "kotor" oleh saudara sendiri. Apa yang berlaku pada hari ini? Kesannya pada anak itu terserlah pada hari ini. Sheera tiada perasaan pada perempuan. Sheera tak sudi menjadi lelaki gagah perkasa dan 'sado' seperti abang-abangnya. Sheera hanya minat lelaki 'sado' dan 'anak-anak ikan' yang comel.

'Mmm... Mudah-mudahkan sahabatku tak terjebak lebih jauh... Aamiin'

Itu doa Sharifah semasa mereka berdua berumur 20 tahun. Semasa tubuh Sheera masih suci dari suntikan botox...masih asli dari sebarang pembedahan plastik pada hidung, bibir dan payudaranya. Masih belum menonggek seperti Jennifer Lopez.

"Oitttttt! Mengelamun ke apa nehhhh Pahhhh!!

Sharifah tersentak dari lamunan.

"Jomla beraya ke rumah aku plak.. Aku buat Bihun Sup harineh!" Ema menepuk bahu Sharifah sambil tersengih.

Sharifah terpinga-pinga melihat sahabat-sahabatnya yang sudah selesai makan dan siap-siap nak beredar.

"Woiiii, tunggu sat!! Aku nak boh mulut merah (lipstik) sattt!!" Sharifah terkocoh-kocoh berlari masuk ke biliknya untuk mencalit gincu merah jambu di bibir merekahnya.

Empat sahabat itu riuh rendah ketawa mengekek seperti anak remaja berumur 17 tahun. Sedangkan umur masing-masing dah berganjak ke 3 siri.

Sharifah mencapai bekas berisi laksa untuk adik Ema yang agak istimewa. Adik lelaki Ema seorang anak yang istimewa. Sejak kecil tidak dapat bertutur dengan jelas dan ianya membesar tidak normal seperti anak-anak lain yang sebaya dengannya. Ema pula perlu menggalas tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga setelah semua abang dan kakaknya mendirikan rumahtangga dan tinggal jauh dari kampung.

Ema cantik. Biarpun agak kasar dan pernah dituduh sebagai lesbian oleh pekerja kilang tempat dia bekerja, dia hanya buat bodoh. Pernah ada lelaki yang lebih muda mengorat dan ajak couple, tetapi syarat yang dikenakan oleh Ema buat mereka semua lari. Apa syaratnya?

"Nak couple boleh. Tapi hangpa kena terima adik aku yang kurang upaya neh. Lam erti kata lain, hangpa nak kawen dengan aku, hangpa kena "kawen" jugak dengan famili aku."

Memang lari mencecet la mana-mana lelaki yang memang hanya pandang Ema jer untuk dijadikan bini.






2015.. Aidilfitri tahun ini mereka masih berkumpul bersama seperti tahun-tahun lalu. Tiada apa yang kurang dan berubah. Cuma Sharifah agak berisi dan makin tembam pipinya. Sharifah telah dinaikkan pangkat dan berpindah ke Selatan tanahair. Sementara Shamir masih kekal di Timur tanahair sebagai guru Bahasa Inggeris yang super diva dan vogue di sekolahnya. Ema pula sambil bekerja kilang turut membuat kerja sambilan dengan menjual t-shirt yang dicetak sendiri hasil kerjasama dengan adik angkatnya. Agak maju perniagaannya. Sementara Sheera pula, sudah tidak mahu dipanggil Sheera. Suhana nama barunya. Tetapi Sharifah and the gang, biasanya panggil "nyah atau noks" jer pada Sheera. Agak-agak nak mengada sikit, barulah sengaja gedik memanggil nama manja Sheera itu. Sheera agak terkontang kanting dari segi kerjayanya. Setelah putus cinta dengan suami orang selaku sugar daddynya, dia telah berpindah ke sebuah rumah teres kos rendah dan terdengar-dengar cerita dia bekerja sendiri. Tidak pasti kerja apa. Mudah-mudahan kerja yang baik-baik sahaja dan jangan sampai memudaratkan dirinya di masa tua.

Tidak kira siapa sahabat kita... Miskin atau kaya, cerdik atau kurang cerdik, kerjaya hebat-hebat atau kerjaya biasa-biasa, Straight atau LGBT... Mereka tetap manusia biasa. Siapa kita nak judge kan? Siapa tahu jika satu hari mereka menjadi lebih baik dari kita? Siapa tahu jika satu hari nanti ketika kita ditimpa musibah, saudara sendiri langsung tak peka, sahabat pula yang menolong kita?

Siapapun mereka.. Apapun mereka.. Mereka tetap sahabat kita. Nasihat serta doakan yang terbaik. Teruskan kehidupan seperti biasa. Benci membenci pun tiada gunanya. Dunia ini hanya pinjaman buat kita. Segala-galanya hanya milik Yang Maha Esa.


-T A M A T-


=====================================================

Komentar Penulis :

Sorry.. Ada banyak lagi yang nak diceritakan.. tapi terlalu panjang pulak.. karang korang bosan... Haha! Haku pun tak ada masa sangat nak mengarang. Tengok saja kat bod Hantu pun.. mana ada haku bercakap sangat pun.. Baca story, bagi tacang...Stok2 Introvert haku neh..Huhuhu..Mungkin bila mood ada nanti, haku cuba la untuk menulis novel lam bod Writers neh.. Insya Allah...

Semoga berjumpa lagi. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua!














Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 10:03 AM | Show all posts
BabeYSHa replied at 17-7-2016 12:28 PM
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin pada semua... Sorry naa.. Haku lama menghilang.. Lik kampung  ...

semoga cepat sembuh orang tua mod SHa ya..

salah la speku aku sebelum ni..
ingatkan si sheera tu dah kembali ke fitrah dan dgn handsome machonya muncul di hari raya nan mulia
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 12:44 PM | Show all posts
peringatan: tkh nak xpired. Sila sambung



gigih.

mode prihatin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2016 09:26 AM | Show all posts
Ipo replied at 18-7-2016 10:03 AM
semoga cepat sembuh orang tua mod SHa ya..

salah la speku aku sebelum ni..
Hahaha.. takdernyer nk kembali ke fitrah.. sebab tue kena tunggu kesudahan.. ecehh.. konon je haku neh.... huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2016 09:28 AM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 21-7-2016 12:44 PM
peringatan: tkh nak xpired. Sila sambung
adehhh... mujurlah momod bod writers neh lanjutkan tarikh..


memang haku kena habiskan gak harineh.. next week seminggu tarak kena pi belayar.. last week busy ngan persiapan majlis jamuan raya gedebuk gedebak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2016 09:50 AM | Show all posts
Sorry.. dapat sambung sikit jer nehhh wey... insya Allah dapat harineh habiskan juga!
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 02:29 PM | Show all posts

habis gak akhirnya...
jadi di sheera dah jadi suhana..
still the same..but sahabat tetap sahabat kan...berdoalah sajalah semoga berubah mana yg lgbt tu..
teringat  kat kawan sekolah dulu..
budak laki ni memang lembut sikit..ckp pun soft je..
aku suka selongkar beg sekolah dia..sekali jumpa lipstick!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2016 02:41 PM | Show all posts
Ipo replied at 28-7-2016 02:29 PM
habis gak akhirnya...
jadi di sheera dah jadi suhana..
still the same..but sahabat tetap sahabat ...
Ya.. jadi suhana pulak..


mcm leh dibuat novel sebenarnya nak kembangkan cerita bagi 1-1 watak tue... tapi mandangkan hamik mood raya neh.. elokla gitu saja jalan ceritanya..


tapi khen.. diorang neh sebenarnya jadi penghibur gakla.. sbab ada bahan kita nak mengusik tue.. haha..


wey! pat sambung cerpen ko tue Ipo.. Ohhh.. berminggu haku tak baca cerita hantu kat bod MPS... rasa lemau ja..nak cari semangat yang hilang tue.. huhu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2016 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Ipo at 29-7-2016 07:54 AM
BabeYSHa replied at 28-7-2016 01:41 PM
Ya.. jadi suhana pulak..




Memang betullah..org gini jadi penghibur bila bersama, ada je bhn bual kan?

Eh kt mps sana nun dh banyak tred baru la mod..best2 jugak..
Yg tajuk siapa shark, bestfriend aku? Tred ni pun bagus...pi la tabur dedak seguni dua kt tuan tanah kedaung

Nk tanya, tred dammerung tu nape setengah post dia hilang ek? Bila klik kt author post only, baru ada semua citer..misteri nusantara...


Sorry..sampai ke sini aku tanya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2016 10:12 AM | Show all posts
Ipo replied at 29-7-2016 08:50 AM
Memang betullah..org gini jadi penghibur bila bersama, ada je bhn bual kan?

Eh kt mps sana nu ...
Itulahh... haku dilanda kemurungan sebab lama tk baca citer seram.. sob..sob...


Aaa... ada jer yang komplen pasai thread dam tue... Hmm.. haku pun tkleh nk tafsirkan cemana ipo.. rasanya.. pas rupa baru Cari neh kot yang jadi gitu.. takpa.. nnti haku skodeng tengok.. huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 12:26 PM | Show all posts

congrats bicha laling. pandai mengarang gak

raya dah berlalu. bila lah kita dpt jumpa lagi hihi

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 08:47 AM | Show all posts
BabeYSHa replied at 31-7-2016 10:12 AM
Itulahh... haku dilanda kemurungan sebab lama tk baca citer seram.. sob..sob...

rerupanya bicha momod dr MPS kat sini
igt ada poremer lain nama sama cam bicha
apa pun klu rerajin nnt tulis ler lg ek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.100912 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list