CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1525|Reply: 0

Selangor Catat Kadar Kemalangan Maut Paling Tinggi Setakat Ini

[Copy link]
Post time 4-7-2016 10:31 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO



sumber foto: http://m.utusan.com.my/





Selangor mencatat jumlah kemalangan tertinggi termasuk membabitkan maut di seluruh negara sepanjang tempoh empat hari pertama Ops Selamat yang ke-9.


Kenyataan itu disuarakan pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mahamad Khir Darus ketika lawatan ke Markas Taktikal Ops Selamat Zon Utara di Sekolah Latihan Akademi Kepolisian (SLAK) kelmarin.


Berdasarkan rekod sejumlah 6,312 kes kemalangan direkodkan berlaku sepanjang tempoh itu, iaitu meningkat 10.7 peratus berbanding 5,702 kes pada 2015.


Daripada jumlah itu sebanyak 64 kes membabitkan kemalangan maut dengan 73 kematian yang direkod menurun 102 kematian melalui 89 kemalangan maut pada tahun lalu.


Sementara itu, menurut Datuk Mahamad Khir sepanjang empat hari operasi ini juga, sejumlah 70,775 saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan kepada pemandu.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.256799 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list