View: 3308|Reply: 4
|
Lari Dari Kebiasaan, Hidangkan Bingka Cempedak
[Copy link]
|
|
oleh Adib ZA
Bosan sudah dengan pelbagai hidangan kuih muih moden tatkala lebaran?
Anda boleh menyediakan kuih tradisional ini, namun dengan sedikit kelainan, penambahan isi cempedak.
Bingka cempedak ini pasti membuatkan para tetamu teruja dan kembali jatuh cinta dengan kuih tradisional. Cubalah!
Sumber foto: seleraputeri.blogspot.my
Bahan:
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 cawan isi cempedak
3 biji telur
Sedikit garam
2 sb mentega
Cara-caranya:
Kisar semua. Tuang dalam loyang yg dah digris dengan minyak masak.
Bakar selama 45 minit pada suhu 160 darjah.
Jika anda mahu ia garingkan atas bawah, tambah masa membakar 15 minit lagi dan naikkan suhu kepada 200 darjah. - CARI
Sumber resipi: Zulfadreamland Blog |
|
|
|
|
|
|
|
Kalu cempedak saya suka makan terus je. Nak nak yang isi tebal. Rasa puas giler makan. |
|
|
|
|
|
|
|
cempedak goreng mmg faveret aku..tp kalo wat bingka ni cam tak lalu le pulak.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|