Pulau Layang-Layang merupakan sebahagian daripada Gugusan SemarangPeninjau. Kerajaan Malaysia telah memantau pulauini dan menegaskan bahawa pulau ini adalah kepunyaan Malaysia keranakedudukannya yang berada berhampiran dengan Sabah. Inisiatif untuk memiliki Pulau Layang-layangdilakukan oleh bekas PM, Tun Dr Mahathir sebaik sahaja beliau mengambil-alihtampok Kerajaan pada tahun 1981. Beliau telah mengarahkan supaya TLDMmembina satu 'penanda' yang menunjukkan ia telah diduduki oleh Malaysia. Sejakitu, Tun terus menerus membangunkan dan mewujudkan kedaulatan Malaysia di pulauitu. Pada masa ini Malaysia mempunyai penempatan tetap anggota TLDM yangberpangkalan di situ.
Semenjak itu, Malaysia menduduki danmempertahankan hak milik ke atas Terumbu Laksamana, Pulau Amboyna Kecil,Terumbu Perahu, Terumbu Layang Layang, Terumbu Ubi, Terumbu Laya, TerumbuSiput, Terumbu Semarang/ Barat Kecil (Malaysia ada bina rumah apidisini),Terumbu Mantanani dan Beting Burgai.
|