View: 2720|Reply: 9
|
10 Rahsia Jantung Pisang Untuk Kesihatan, Antaranya Adalah Anti Penuaan
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Selain buah pisang yang sedap dimakan begitu sahaja, jantung pisang pula memang sedap dibuat sayur atau kerabu.
Jantung pisang juga mengandungi vitamin A, vitamin B1, vitamin C, dan mineral penting seperti fosfor, kalsium dan Fe (zat besi). Dengan adanya kandungan yang penuh gizi tersebut, tidak hairanlah ramai orang dulu-dulu gemar memilih jantung pisang untuk dijadikan sayur dalam makanan harian. Antara manfaat jantung pisang yang lain adalah:
1. Mencegah stroke
Caranya adalah dengan menggunakan satu jantung pisang ambon dan direbus. Setelah itu, perah dan ambil sarinya dan selanjutnya minum sebanyak dua kali sehari untuk mencegah penyakit stroke.
2. Mencegah Kolesterol
– Mampu mengurangkan lemak jahat dan kolesterol
3. Menyihatkan Perut
– Melancarkan pencernaan kerana jantung pisang mengandungi fiber yang tinggi.
4. Makanan pesakit diabetes
– Baik bagi pesakit diabetes kerana memiliki indeks glikemik yang rendah sehingga insulin yang diperlukan untuk mengubah glukosa menjadi tenaga. Jantung pisang yang di rebus saja sangat efektif untuk turunkan kandungan gula darah.
5. Kaya serat
– Mengandungi serat yang tinggi kerana jantung pisang memiliki kandungan seperti karbohidrat, protein, mineral maupun vitamin seperti betakarotin, vitamin B1.
6. Baik untuk diet
– jantung pisang memberikan kesan rasa kenyang lebih lama daripada manfaat nasi putih kerana memiliki serat yang tinggi dan rendah.
7. Mencegah kanser
– Mengurangi kesan radikal bebas dimana radikal bebas ini boleh mengakibatkan kerosakan kinerja organ, kerana sistem oksidasi mengakibatkan penuaan pada beberapa sel. Estrak metanol dalam jantung pisang mempunyai karakter seperti manfaat antioksidan, yang sangat baik untuk mencegah radikal bebas.
8. Anti penuaan
- Mampu melakukan perbaikan beberapa sel, kerana kandungan flavonoidnya berfungsi juga sebagai anti radikal.
9. Meningkatkan penghasilan sel darah merah
- Kandungan di dalam jantung pisang yang mengandung zat besi, akan menambahkan kandungan hemoglobin dalam darah.
10. Baik untuk mengawal peredaran haid wanita
- Jantung pisang yang di rebus mempunyai kekuatan untuk mengawal hormon progesteron sehingga dapat mengawal keluarnya darah haid.
Masyarakat zaman dahulu jarang terkena penyakit berbahaya kerana mereka kerap mengamalkan memakan jantung pisang. Maka dari itu, jadikan lah jantung pisang sebagai sayuran yang wajib ada dalam menu harian kita. - CARI
Sumber: manfaat.co.id |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jantung pisang rebus cicah ngn budu ke tempoyak ke or sambal belacan ke or sambal hijau ke or sambal kicap ke di waktu tengahari disamping dengan nasi panas n lauk pauk perhhh... da lama x mkn camtu. balik kg x lama, dapat nk rasa huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
mmg sedap kalau masak lomak |
|
|
|
|
|
|
|
mcmana rasa dia ye? selalu tgk kt kedai mkn org buat ulam..tp i ni bukan jenis org mkn ulam... sayur2 biasa tu ok la |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnya cicah budu atau dibuat kerabu.yumehhh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke ni.... mkn dgn sambal best |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap ulam jntung pisang ni ... |
|
|
|
|
|
|
|
akak pun suka jantung pisang..masak lemak fuhhh..pastu batang pisang pun boleh makan jugak |
|
|
|
|
|
|
| |
|