Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
68058
View
775
Reply

Siapa Shark, BF Aku Ni? & Kisah Kisah Lain (PENERANGAN : #726 - 19/11)

[Copy link]

Author: 9teen    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Post time 22-7-2016 09:42 AM | Show all posts
hakak 80% yakin merasakan bahawa kamu ni budak mrsm tapi tak pasti sekolah mana. silap2 sekolah sama. cuma zaman akak dulu tasik tu blakang asrama perempuan bukan lelaki.

kalau sama sekolah mmg diakui la sekolah tu berpuaka. mcm2 pernah nampak. yang takde kepala, yang takde kaki, yang takde muka, yang takde rambut... yang dr tinggi jadi rendah lalu ghaib... haishhhhh
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-7-2016 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
cik.amy replied at 22-7-2016 09:42 AM
hakak 80% yakin merasakan bahawa kamu ni budak mrsm tapi tak pasti sekolah mana. silap2 sekolah sama ...

Puaka sangat tu! Seram wo kalau macam ni. Semua spesies ada!      
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 11:30 AM | Show all posts
sambung
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-7-2016 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
CERITA KETUJUH - SICKBAY

Ada satu cerita ni, maybe taklah seram mana agaknya. Mungkin boleh ambik sikit pengajaran dari apa yang berlaku daripada cerita cerita yang Aku share. Tak kisahlah yang seram ke, seram seram kuku ke, yang penting kalau ada pengajaran, ambik pengajaran tu. Just nak korang ambik pengajaran. Yang mana tak berfaedah tu, just leave it.

Lepas aku dah sampai dekat sickbay, ditemani 2 abang fasi, Abang Aan & Kak Share, tak lama lepas tu fasi yang jumpa Shark yang talkative pun sampai. Diorang memang mintak aku & Shark rehat kat sana untuk menjayakan misi mengkaburi mata budak budak batch aku yang betul lah aku & Shark pergi klinik sekali dengan warden sebab aku demam teruk.

Diorang tanya Shark macam mana boleh sampai dekat rumah sampah. So Shark ceritalah macam yang aku cerita tu, ada orang pimpin dia, tinggalkan dia dekat situ. Dia cakap jugak yang fasi punya plan nak takut takutkan dia tak berjaya sebab dia sikit pun tak nangis atau menjerit dek usikan dekat rumah sampah tu.  

Aku mintak diri nak masuk sickbay lelaki sebab aku nampak ada katil katil dari celah pintu yang terbukak. Dari aku berdiri dekat luar ni, lebih baik aku baring. Lagipun memang rasa pening kepala. Masuk je sickbay lelaki, right after aku on suis kipas, aku rasa sekali lalu, rasa dengung & panas panas kat telinga aku. Aku bodohkan je sebab kat luar ada orang lain. Ramai lagipun.

Shark, Kak Share, Abang Aan, 2 fasi lelaki yang bawak aku dengan diorang yang bawak Shark pi sickbay tu masih kat luar. Tak nampak ada tanda tanda diorang nak bagi si Shark tu masuk sickbay pun. Hahahaha. Padanlah muka kau Shark.

Maybe sebab nampak si Shark ni macam okey dan talkative, so fasi fasi pun macam no hal lah kalau si Shark ni tak nak rehat. Lagipun, maybe diorang tak nak si Shark ni kacau aku yang macam betul betul hilang kuasa masa tu.

Memang bala, Shark ni banyak cakap. Susah nak tidur, sebab aku pilih katil yang dekat dekat dengan pintu. Since aku fikir, katakanlah tiba tiba ada makhluk yang tak disenangi menampakkan dirinya dekat aku, bolehlah aku sepak terajang sedas dua sambil mencicit lari ke arah fasi fasi yang ada dekat depan sickbay.

Salah satu yang buat aku tak boleh nak tidur tu, bila diorang boleh pulak bukak cerita cerita seram. Bagi aku seram. Tak tahulah korang rasa seram ke tak.

Macam yang aku cakap. Walaupun dalam keadaan tak berapa nak berkuasa, aku sangat peka bila sebut benda benda macam ni, nak nak pulak sejak malam pertama orientasi & mimpi aku pasal gamelan tu. Menakutkan wo sebab masuk je sekolah ni macam macam benda!

Okay, meh aku cerita apa yang aku dengar. Aku dengar suara yang bercerita tu macam Abang Aan. So aku conclude tukang cerita ni Abang Aan.

Abang Aan cerita benda ni jadi masa dia Form 2. Senang cakap, dekat aras atas Blok A (blok yang mana aku & Shark tengah stay sekarang ni as Form 1)

Abang Aan ni memang jenis yang suka study malam time orang lain dah tidur. Kalau dia tak buat nota, dia buat mindmap, sebab homework & kertas mahjong presentation biasanya dia siapkan masa prep malam. That's why dia punya pointer setiap sem dapat APP. APP sama macam Anugerah Dekan lah, yang pointer 3.50 ke atas tu. Sekolah kitorang guna sistem pointer setiap sem. Satu tahun ada 2 semester.

Dia cerita, time tu dia tengah study. Macam biasa, dia memang suka study sambil pasang lagu dengar earphone. Nak elak ngantuk atau bosan agaknya time orang lain semua tengah membongkang. Tiba tiba, dia rasa belakang badan dia macam ada nafas sesuatu tapi bila dia toleh tak ada benda. Sebelum dia toleh, dia assume roommmates dia lah yang terjaga & nak tengok dia buat kerja apa sampai tak tidur tidur lagi.

Once dia dah toleh, tak ada orang. Dia tengok yang lain semua membongkang, dia tak sedap hati. Bilik dia kunci dari dalam. 3 orang roommates dia yang lain semuanya elok je tidur kat katil memasing. Ada yang berbantal buku, lengan. Macam macam gaya tidur. Tak mungkin, orang boleh masuk sebab kunci.

Sekali dia toleh balik dekat depan, betul betul depan dia, mata dia dapat nampak dekat cermin tingkap. Ada satu muka tengah tengok dia. Muka tu tenung je dia.

Boleh bayangkan tak satu muka. Kira seolah olah macam orang pandang kita biasa kan muka ke muka, tapi kali ni muka dia kat bawah dan badan dia kat atas? Cuma nampak muka je menepek dekat cermin & badan terselindung?

Pengsan terus abang Aan di tempat kejadian. Tapi, tak lama pun abang Aan ni serik. Tak lama lepas tu, lepas dapat balik semangat dia, dia masih setia stay up malam sampai pagi.

Satu lagi abang Aan cerita jugak dekat sickbay ni dia ada pengalamana jugak. Aku dengar antara dengar tak dengar. Dia cakap satu malam tu dia tak sihat, sementara nak tunggu parents dia ambik nak bawak balik, dia tunggulah depan sickbay. Sickbay ni dekat dengan bangunan yang ada koperasi & kafeteria dekat bawahnya & bilik bilik termasuk bilik yang ada gamelan tu. Kira setentanglah sickbay dengan bangunan ni. Depan sickbay ada padang tempat orang main bola, ragbi semua. Kat area dekat dekat padang ada tempat luas nak parking, senang parents dia nak park & load barang dia nanti.

Sebab dia rasa mengantuk & kebetulan time tu pintu sickbay lelaki tak kunci, abang Aan ambik keputusan nak tidur sekejap dekat bilik sickbay since dia rasa lama lagi parents dia nak sampai. Kad outing dan surat surat pun dia ada just in case pak guard datang nampak dia tidur kat sickbay tanpa sebab. Lagipun dia dah SMS kat parents dia yang dia tidur dekat sickbay kalau diorang sampai nanti guna phone yang dia sorok sorok guna dekat sekolah.

Semua okey je masa dia masuk sickbay & baring atas katil semua tu. Sampai satu masa tu time dia nak lelapkan mata, dia rasa ada orang berdepan dengan dia. Bila dia bukak mata, ada muka warna hitam pekat legam macam hangus depan dia. Dekat leher dia macam ada tali warna hitam. Kulit tersiat siat. Bau hangus betul betul depan dia. Kira baring berdepan atas katil yang sama. Terus dia pengsan on the spot.

Habis je cerita abang Aan tentang blok A & sickbay. Aku dengar diorang bantai gelak. Tapi gelak dia lain macam sikit bunyinya. Tak lama lepas settle gelak tu, aku dengar bunyi tapak kaki ramai ramai macam datang dari sebelah sickbay jerit nama aku - Ice (panggilan pendek nama aku. Tekalah)

Maybe sebab nama panggilan aku Icelah, aku ni pendiam. Cuma kalau kena gaya je, aku boleh ngam dengan orang orang tertentu. Okay, back to the story!

"Ice! Owh Ice! Jom jom. Kitorang dah jumpa warden ni. Jom balik dewan jom! Sorrylah tinggal kau sorang sorang"

Aku pun bangunlah. Aku tanya dari mana. Diorang kata lepas jumpa warden. Tadi fasi semua ikut sekali sebab ada benda nak settlekan untuk esok. Si Shark pun diorang bawak jumpa warden sebab warden nak kenal. Tu pasal, diorang tinggalkan aku sorang sorang.

Damn! Diorang tinggalkan aku sorang sorang?

Habis aku dengar suara sikit punya seronok bercerita hantu & gelak gelak yang agak pelik sikit tu siapa? On the spot aku terus rasa gelap mata.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
9teen replied at 20-7-2016 06:32 PM
Terima kasihlah yang sudi SR tu ya?

Sama2.. hihi
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Pufff... Nasib baik aku baca waktu siang... sibuk pulak para entiti bergabung meletup bercerita hantu depan sickbay tu...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-7-2016 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Inezkhalidi replied at 22-7-2016 02:02 PM
Pufff... Nasib baik aku baca waktu siang...  sibuk pulak para entiti bergabung meletup berceri ...

Tu pasal lah Aku pengsan bila jumpa diorang yang sebenarnya. Suka suka je tinggal aku sorang sorang dekat sickbay.

Lagi celaka boleh pulak menatang tu bukak cerita. Saja nak bagi takut gamaknya    :
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 02:48 PM | Show all posts
9teen replied at 22-7-2016 12:05 PM
CERITA KETUJUH - SICKBAY

Ada satu cerita ni, maybe taklah seram mana agaknya. Mungkin boleh ambi ...

rasanya mrsm tgb kot sebab situ ada group gamelan .. hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 02:54 PM | Show all posts
Edited by ffawwaz at 22-7-2016 02:58 PM
airisa replied at 22-7-2016 02:48 PM
rasanya mrsm tgb kot sebab situ ada group gamelan .. hahahaha

bukan2..mrsm tgb bitara..upper form je..

aku rasa ni terendak..terendak hostel lelaki smpai blok D..

cerita ni kwasan kejadian hampir menyamai latar cerita TT..blok D..dkat ngan bukit..
hee..

http://www.afzalsukasuki.com/2011/03/lagi-lagi.html
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 02:59 PM | Show all posts
ffawwaz replied at 22-7-2016 02:54 PM
bukan2..mrsm tgb bitara..upper form je..

aku rasa ni terendak..terendak hostel lelaki smpai blo ...

iye jugakkan .. rumah sampah pun dkt dgn dewan makan & bangunan akademik
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti bookmark...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 03:43 PM | Show all posts
Best tak agak agak kalau benda yang terjatuh tu macam satu kepala yang tertanggal dari badannya? Dengan mata terbeliak beliak memandang korang di tingkap? Jatuh dari atas. Then, dia slow-mo depan tingkap. Then jatuh landing kat tanah.
hihii

Esok paginya abang Badan Dakwah kejut Subuh aku dengan Shark yang tidur sekatil. Abang tu macam pandang pelik sebab tengok Shark dengan aku berpelukan. Paling penting tidur dalam selimut.
so sweet....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
9teen replied at 22-7-2016 02:34 PM
Tu pasal lah Aku pengsan bila jumpa diorang yang sebenarnya. Suka suka je tinggal aku sorang soran ...

Serampang banyak mata tu, sambil temankan ko sempat juga
beramahmesra serta menyajikan cerita yang mengerunkan
      
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
3bidadara replied at 21-7-2016 03:20 PM
Citer pasal game ni. Aku ade story. Sori ae TT kalau aku celah sikit.

Dulu masa aku kena minggu ...

ape cer yg tersepak stainless steel tu? cer citer.

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 04:59 PM | Show all posts
airisa replied at 22-7-2016 02:59 PM
iye jugakkan .. rumah sampah pun dkt dgn dewan makan & bangunan akademik

hehehe..iols attached kan peta terendak kat sini..
so boleh la kita sama2 mengagak sama ke x crita tt ngan peta terendak ni..

https://mt.mrsm.edu.my/storage/i ... pelan%20maktab1.jpg

https://www.google.com/maps/place/MRSM+Terendak/@2.2887238,102.1152839,284m/data=!3m1!1e3!4m5!3m4!1s0x31d1e40000000001:0xff11a9f75b5b0f52!8m2!3d2.288794!4d102.1147693
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-7-2016 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat sementara waktu, Aku tak akan update apa apa cerita dulu. Since masih ada benda yang nak kena disiapkan. Maklumlah, student

Teruskan speku speku korang sebab Aku tak akan dedahkan the exact location tempat kejadian. Cuma boleh cakap di sebuah sekolah menengah dalam zon Selatan. Thanks pada yang terus support & sudi singgah dan komen atau yang jadi SR je.

Ada sebab kenapa aku tak nak mention the exact location & orang orang yang terbabit sebab to be honest semuanya masih hidup, menjalani hidup masing masing & masih berhubung dengan Aku. Jangan risau sebab aku akan sentiasa bergentayangan dalam thread aku ni. Bila ada masa nanti, aku akan curi curi update lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram citer tt
Shark tu ada pendamping kot
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-7-2016 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
amyza replied at 22-7-2016 06:19 PM
Seram citer tt
Shark tu ada pendamping kot

Terima kasih sudi singgah sini    
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-7-2016 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
CERITA KELAPAN - KEMBAR

Aku tak ada dekat sekolah hampir 2 minggu. Ni pun selepas consult dengan warden, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Akademik (HEA), Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar (HEP) & Pengetua untuk dapatkan keizinan pulang lambat. Means aku tak sempat nak rasa orientasi sampai habis. Aku kena pemutihan.

Nanti aku akan ceritakan apa yang berlaku sepanjang hampir 2 minggu tu. Nanti aku ceritakan. Insya-ALLAH. Biar jadi misteri dulu. Itu pun kalau ada yang nak aku ceritakan lah.

Right after aku masuk mendaftar semula tu, aku terus pergi Dewan Makan (DM) sebab nak makan. Kebetulan time tu, yang ada cuma goreng goreng je. Nugget goreng dengan sosej goreng serta kentang goreng.

Eventhough aku ni saiz kecik je, tapi nafsu makan memang agak menakutkan orang. Disebabkan aku suka sangat makan sosej dan tak suka orang duduk pandang aku makan sosej seolah olah aku makan makanan yang haram atau sesuatu yang lain. Fikir sendirilah erk?

Bayangkan dewan makan tu memang terdedah sebab side lelaki dengan side perempuan memang takde penghadang. Means kau boleh nampak buah hati kau tengah makan dalam DM ni sekiranya kau ada mata yang tajam di celah celah lautan manusia. So, aku ambik keputusan untuk belah dari Dewan Makan dan sambung menyantap dekat kafe je lah.

Dewan Makan ni makanan free je sebab dah dibayar tiap tiap bulan oleh korang sendiri dekat pejabat Admin. Kalau rasa nak makan dekat kafe atau koperasi, sila bawak duit sendiri. Senior pun kadang kadang suka makan dekat kafe sebab ada junior yang baik hati akan belanja kau makan. Belanja lah sangat...

Masa dekat kafe, budak budak yang tengah makan dekat meja ada yang pandang pandang aku yang tengah beratur nak order & dapatkan makanan yang idam idamkan. Nasi goreng dan sosej. Aku cubalah check kalau kalau ada yang tak kena pada aku sampai orang duduk tengok tengok. Check rambut, okey. Check baju tak terbalik. Last sekali tengok kalau kalau tak zip seluar.

Rupa rupanya sebelum tu ada penampakan kecil kecilan. Mula mula sekali yang kena dengan penampakan tu rupanya roommates aku sendiri - Doeh.

Aku tahu pun lepas Doeh sendiri yang cerita pada aku kisah kisah penampakan tu. Sebab tu, orang bila nampak aku, macam pandang pelik gitu. Satu lagi, cerita masa orientasi yang aku tidur berdua dengan Shark orang masih ingat.

Penampakan 1 : Mangsa - Doeh

Ceritanya macam ni, benda ni jadi seminggu lepas aku tak ada dekat sekolah. Doeh yang paling awal masuk bilik kitorang. Masa Doeh masuk tu, dia nampak aku tengah kemas kemas barang.

Doeh cakap aku tengah masukkan baju baju dalam beg ke dalam locker aku. Aku turunkan cermin yang aku gantung dalam locker tu. Aku diam je eventhough Doeh dah masuk bilik. Doeh tak syak apa apa sebab dia tahu aku memang tak akan bercakap apa apa unless orang bukak mulut tegur aku dulu.

Doeh tanya aku macam macam soalan macam, "Bila aku balik? Balik dengan siapa? Dah tahu kelas ke belum?"

Sampai satu part Doeh malas dah nak tanya sebab aku diam je. Aku teruskan buat kerja kerja mengemas aku dekat locker tu sambil tunduk. Diam tak bercakap. Lepas tu, Doeh tanggal baju, seluar, ambil tuala, toiletries dan belah dari bilik.

Lepas dia settle mandi semua, dia tengok cadar tilam aku tak ada, sarung bantal tak ada, locker berkunci & bermangga. Tak ada tanda tanda macam aku dah balik. Doeh pelik tapi dia buat buat lupa, dia sedapkan hati kata mungkin aku kemas barang & balik semula rumah.

Penampakan 2 : Mangsa - Pak Guard

Kerja Pak Guard memang akan buat round dekat sekolah ni, nak nak pulak time belah senja. Kat sekolah ni, ada tempat ala ala bar (yang ada palang palang) tu. Betul betul menghadap hutan. Sebelah blok B nak ke blok C.

Satu petang tu, time orang lain tengah sibuk sibuk dekat surau. Dah senja nak ke maghrib lah senang cakap. Pak Guard ni pun lalu lah nak round kawasan asrama semua. Pak Guard yang ni memang saiz dia agak sihat sikit berbanding yang lain.

Sekali dia nampak sorang budak tengok duduk main bar sorang sorang. Dia pun tegurlah tak elok main bar sorang sorang waktu waktu nak azan Maghrib macam tu. Budak lelaki tu diam je tak menyahut.

Pak Cik Guard tu geram agaknya sebab dia tegur tapi budak yang kena tegur tu buat buat tak dengar. So, Pak Guard tu stopkan motosikal dia. Then, dia pergi tepuk bahu budak lelaki tu.

Budak lelaki tu pun tolehlah muka (tindakan biasa orang buat kalau bahu kena tepuk dari belakang). Sekali Pak Guard tu tanya,

"Eh, bukan kamu cuti lagi ke? Bila balik?"

Budak lelaki tu diam je. Then, dia jalan sorang sorang balik blok A. Pak Guard pun start balik motosikal & sambung balik round.

Lepas settle round, dia check betul ke yang budak nama Ice ni dah balik. Tapi tak ada sebarang tanda tanda kad outing aku dah diambil. Means aku masih belum balik bercuti.

So siapakah yang ditemui Doeh & Pak Guard tu? Ada lagi 2 penampakan. Cukuplah aku ceritakan 2 penampakan ini saja.

Soalnya, kenapa aku yang di-copy paste?

P/S : Jangan marah sebab sengaja aku update yang tak berkaitan Shark dulu. Saja nak update. Dari langsung senyap sepi kan?

Maaf jugak kalau cerita cerita aku tak seram mana.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-7-2016 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Inezkhalidi replied at 22-7-2016 04:33 PM
Serampang banyak mata tu, sambil temankan ko sempat juga
beramahmesra serta menyajikan cerita ya ...

Baik sungguh menatang tu temankan Aku kan?      
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-7-2016 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
ffawwaz replied at 22-7-2016 04:59 PM
hehehe..iols attached kan peta terendak kat sini..
so boleh la kita sama2 mengagak sama ke x crit ...

Rajin sungguh men-CSI erk?

Takpe. Teruskan dengan speku speku korang. Aku serahkan semuanya pada imaginasi korang untuk hubungjalinkan setiap cerita pengalaman yang aku share dekat sini sendirian berhad.

Kalau korang nak lukis peta sendiri based on apa yang aku ceritakan pun, takde masalah. Aku memang tak akan mention nama lokasi sebenar & nama watak watak sebab semua masih hidup & rapat dengan Aku.

Aku cerita pun sebab just nak share      
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
9teen replied at 22-7-2016 10:53 PM
Baik sungguh menatang tu temankan Aku kan?

Baik lagi prihatin gitu, mujur tak ada kenduri kendara meraikan kedatangan ko      
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-7-2016 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 22-7-2016 03:43 PM
hihii

so sweet....

Masam masam manis. Biasalah orang bencinta, ada ranjaunya.

Bencinta okay? Bukan bercinta      
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-7-2016 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Inezkhalidi replied at 22-7-2016 10:59 PM
Baik lagi prihatin gitu, mujur tak ada kenduri kendara meraikan kedatangan ko

Kalau ada kenduri kendara, mesti lagi lama sesi pemutihan aku      
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
9teen replied at 22-7-2016 10:48 PM
CERITA KELAPAN - KEMBAR

Aku tak ada dekat sekolah hampir 2 minggu. Ni pun selepas consult dengan ...

I tggu gak cerita u start mase u balik rumah sebab demam time2 orientasi tu. And u cuti 2 minggu tu. Ade ape dgn shark?

Tetibe mcm I is so tak mnyabar. Sorry TT....   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.070016s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list