CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1286|Reply: 2

Pembubaran Dewan Undangan Negeri Masih Belum Diputuskan Lagi- Lim Guan Eng

[Copy link]
Post time 20-7-2016 04:36 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO



Petang tadi, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengadakan sidang media di pejabat Ketua Menteri yang terletak di tingkat 28 bangunan Komtar.


Tujuan sidang media diadakan adalah untuk memberi penjelasan dan maklum balas kepada pihak media samada kerajaan negeri Pulau Pinang akan melakukan pembubaran awal Dewan Undangan Negeri (DUN)


Hadir sama di sidang media termasuk Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, Menteri besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dari Parti PKR, Ahli Parlimen Kawasn Pantai, Nurul Izzah Anwar dari Parti PKR dan pengarah strategik PKR, Saifuddin.



sumber video : facebook CM Lim Guan Eng





Menurut Lim Guan Eng, berikutan buat masa ini, DAP masih tidak dapat memperolehi persetujuan daripada parti komponen lain Pakatan Harapan, maka kerajaan Pulau Pinang tidak akan mengumumkan pembubaran DUN buat sementara waktu ini.


Tetapi tegasnya, DAP akan terus berunding dengan parti komponen Pakatan Harapan berhubung perihal tersebut supaya persefahaman dapat dikecapi oleh semua parti komponen Pakatan Harapan.






sumber video : facebook CM Lim Guan Eng



4.12pm
Selepas sidang media selesai, Lim Guan Eng segera bergegas ke kediaman Yang Dipertua Negeri untuk menghadap Tun Abdul Rahman Abbas.





3.55pm    
Lim Guan Eng muncul di pejabat ketua menteri! Tegasnya, DAP akan terus berunding dengan semua parti komponen pakatan harapan berhubung perkara pembubaran awal dewan undangan negeri. Sekiranya tidak dapat persetujuan semua parti komponen, dia tidak akan mengumumkan pembubaran dewan undangan negeri Pulau Pinang.



2.52pm    
semua media bersiap sedia di pejabat Ketua Menteri, namun Lim Guan Eng tidak kelihatan.


2.30pm    
Beberapa gambar berkaitan mesyuarat telah dimuat naik di laman facebook rasmi Lim Guan Eng. Menteri besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dari Parti PKR, Ahli Parlimen Kawasn Pantai YB Nurul Izzah Anwar dari Parti PKR dan pengarah strategik PKR, Saifuddin semuanya kelihatan hadir ke mesyuarat terbabit.






Khabar angin Pulau Pinang bakal mengadakan pilihanraya mengejut semakin memuncak.


Semua ahli jawatankuasa negeri, ahli parlimen dan ahli dalam negeri turut dikatakan menerima makluman bahawa satu mesyuarat tergempar mengenai pilihanraya mengejut akan diadakan di Komtar pada jam 12 tengahari tadi dan kehadiran adalah diwajibkan.


Menurut laporan Oriental Daily News, Lim Guan Eng juga akan mengadakan sidang media pada pukul 2.30 petang tadi.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2016 11:26 PM | Show all posts
lim guan eng aka L.G.E
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 11:03 AM | Show all posts
dgr2 cite confirm jd PRN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.050771 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list