View: 3881|Reply: 14
|
'Serangan' 400 Ekor Labi-Labi, Operasi Lapangan Terbang JFK Terjejas!
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Setiap tahun selepas mengawan, labi-labi yang habitat asalnya di Jamaica Bay akan bertelur dalam tempoh sebulan dengan kemuncak musim itu berlaku pada pertengahan Julai dan kebanyakan haiwan berkenaan bertelur berhampiran lapangan terbang.
sumber foto: https://static01.nyt.com
Susulan itu, sejak bulan ini, kira-kira 400 ekor labi-labi kelihatan muncul di sekitar kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy.
Akibatnya operasi penerbangan pesawat termasuk operasi beberapa buah jet penumpang terjejas.
sumber foto: http://2fa2zo36sbhf4amfvv3dwj3q.wpengine.netdna-cdn.com/
sumber foto: http://farm8.staticflickr.com/
Menurut Ketua Biologi Hidupan Liar Pihak Berkuasa Pengangkutan New York dan New Jersey, setiap benda boleh dianggap berbahaya kepada kapal terbang termasuk labi-labi.
"Labi-labi yang dikesan berada di kawasan landasan akan diperiksa, diletakkan tanda sebelum dikembalikan ke habitat asal."
Menurut pihak pengurusan lapangan terbang, Lembaga Pengangkutan New York dan New Jersey, labi-labi jenis diamondback terrapin yang boleh hidup di habitat air tawar dan air masin dikesan memasuki kawasan sempadan lapangan terbang yang mempunyai permukaan berpasir untuk bertelur dan membina sarang.
Malah, ada antara reptilia itu merangkak memasuki kawasan landasan dan laluan pesawat sehingga memaksa penerbangan ditunda beberapa minit sementara pekerja mengalihkan haiwan berkenaan.
sumber foto: https://usfwsnortheast.files.wordpress.com/
Tahun lalu, penghadang plastik yang dipasang untuk menghalang labi-labi daripada memasuki kawasan lapangan terbang menemui kegagalan.
Ketika itu, sebanyak 163 ekor labi-labi ditemukan dalam lapangan terbang dengan beberapa ekor dijumpai di kawasan pembinaan landasan.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kat china nie mesti dah pupus.. |
|
|
|
|
|
|
|
kiambang replied at 21-7-2016 10:58 PM
Kalau kat china nie mesti dah pupus..
Takyah tunggu kat china kat sarawak ni pun dh pupus. Makanan exotic ni susah nak dpt. Masak sup sodap ni. Mostly nak makan benda ni nak drive jauh ke kwsn terpencil skit. |
|
|
|
|
|
|
|
diamondvii replied at 22-7-2016 07:10 PM
Takyah tunggu kat china kat sarawak ni pun dh pupus. Makanan exotic ni susah nak dpt. Masak sup so ...
Asian suka exotic animals |
|
|
|
|
|
|
|
Gigh le pulak tukang ngutipnya bila dah kena serbu cam tu |
|
|
|
|
|
|
|
labi labi terbang tinggi..ohh |
|
|
|
|
|
|
|
dah nak kena berkutip pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Comel pulak anak labi ni |
|
|
|
|
|
|
|
sekali prap kene lanyak |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa diorang tak ternak pastu export ? |
|
|
|
|
|
|
|
mane lah dtg nye labi2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
Labi2 tu tortoise ke ? Kura2 tak sama ? |
|
|
|
|
|
|
|
kutip jangan x kutip |
|
|
|
|
|
|
| |
|