|
Oleh : Dean BZ
Gambar Hiasan
Lelaki berwajah kacak dan sedap mata memandang sudah tentu menjadi kegilaan ramai wanita untuk dijadikan teman lelaki.
Namun, disebalik kekacakkan itu pasti ada sifat negatif yang terselit didalam diri lelaki yang berwajah menarik ini. Walaupun bukanlah semua lelaki kacak memiliki sifat buruk, tetapi kebanyakkan dari golongan ini pasti mempunyai tahap ego yang tinggi. Kerana bagi mereka, bukanlah sesuatu perkara yang sukar untuk mencari pengganti teman wanita baru.
Selain egois, 5 sifat negatif dibawah ini turut ada pada kebanyakkan lelaki kacak, dipetik dari mynewsbistro.blogspot.my :
#1- Pilih bulu
Bila dah hensem, mula la pilih bulu. Nak yang betul-betul cantik je. Konon nak sama taraf. Yelah, takkan la muka dah hensem tapi girlfriend biasa-biasa je. Kalau dah dapat yang cantik, nak yang lagi cantik.
#2- Kuat perasan
Bukan semua lelaki kacak tu selalu perasan. Tapi ramai jugak la yang lelaki hensem ni kuat perasan. Konon semua perempuan sukakan dia.
#3- Ikon kasanova
Tak pelik jika lelaki hensem digelar kasanova, lebih-lebih lagi jika mereka ini ada ramai girlfriend dalam satu masa. Jangan seronok sangat nak pasang ramai-ramai, takut-takut dapat pasangan yang satu spesies baru tahu.
#4- Selalu bagi alasan
Lelaki kacak ni suka beri alasan untuk lepaskan diri jika lakukan kesilapan. Wanita pulak selalu je cair sebab takut kehilangan mereka.
#5- Mata duitan
Bukan wanita je yang materialistik, lelaki pun sama. Mereka akan gunakan paras rupa untuk kenakan wanita. Wanita pulak, disebabkan sayang, sanggup la berhabis duit.
Cuba perhatikan rakan-rakan lelaki atau teman lelaki anda yang berwajah kacak (kalau kacaklah), ada tak sifat-sifat diatas. Apa pun, bukanlah semua lelaki kacak ada sifat diatas. - CARI
|
|