|
Cerita dari orang lain
Ada satu kampung area Pontian, kalau di sebut,mesti ada yang tahu
Kampung Sri Bunian.
Legend says, kampung ni dibuka oleh orang bunian itu sendiri.Dan banyak jugak kejadian misteri yang terjadi semasa awal awal kampung ini di buka.
Kisah ini berlaku tahun 80an,saya dapat cerita ini dari kenalan se futsal saya yang kebetulan, atok nya orang situ.
Katanya, ada satu hari, tengah hari lepas zohor, atoknya turun ke kebun sawit, ketika itu , sawit nya baru tinggi lelaki dewasa,sebab baru je letak benih, sebab sebelum ni atoknya tanam pisang dan nenas ,dan bercadang nak cuba sawit di atas tanah yang baru dia beli.
Masa tu, atok dia masih kuat lagi dan tak upah orang indonesia untuk buat kerja kebun, Selamba je atok dia browning ( potong dahan)
Masa browning, dia pun menanda la pokok sawitnya, utk rekod, supaya boleh di estimate berapa tan nanti pendapatan buah nya.
Tengah sedap browning, dia di sapa oleh satu suara dari belakang.Bila dia paling
Ada beberapa orang berpakaian serba putih,berserban dan salah seorang nya memegang ayam ! ( ada 4 orang ketika itu)
Terkejut dengan sapaan itu, atok dia bagi salam dan bersalam dengan mereka tu,Kata atok , masa dia bersalam, terasa sangat macam bersalam ‘kosong’
Ertinya, macam takda apa pun tangan tu bersalam.rasa macam memegang kabus @ asap rokok
Salah seorang tu menyapa dan tanya atok
“Seorang diri ke? Kami ni ada hajat”
Atok bingung bingung lagi time tu dan mengiyakan kata pemuda berempat tu
“Apa hajat?” tanya atok
“Ni ha, ayam hutan, kami bawak untuk menantu awak, Latifah” sambil menghulurkan ayam hutan yang sudah di ikat kakinya dengan akar akar tumbuhan.
Atok ketika tu, memang la tersangat bingung.
Ya benar. Dia ada menantu nama Latifah dan mengandung anak sulung,seingat dia,takda la dia suruh Rosli ( anak beliau) upah orang untuk tangkap ayam hutan.
Sebab setahu dia, Rosli pun tahu menjerat.
Dia terima saja la ayam hutan tu dari pemuda berempat tu. Usai dia terima ayam tu,dia pun paling dan ikat ayam nya pada pangkal pokok, sesudah dia berpaling.
Lesap. Tiada pun pemuda berempat tu! Yang ada hanyalah bau wangi.
Hairan. Keadaan kebun tu masih lapang lagi,tak mungkin mereka boleh keluar dari tengah kebun begitu cepat!
Sampai di rumah, Rosli terkejut tengok bapaknya bawak balik ayam hutan!
“ Aku dah jerat banyak kali ni bapak, tak mengena langsung! Kena sorok dek bunian kot ayam nya!” selohor Rosli
Dan bapaknya duduk terpinga pinga, mungkin rezeki dia berjumpa tetamu dari alam lain.
Wallahualam
|
|