CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2413|Reply: 12

SKMM Keluarkan Garis Panduan Keselamatan Untuk Pemain Pokemon Go

[Copy link]
Post time 12-8-2016 05:04 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Sejak Pokemon Go diperkenalkan di Malaysia minggu lalu, permainan ini mengundang pelbagai kontroversi tersendiri selepas penggunaannya di seluruh dunia terlibat dengan pelbagai insiden dan mencemarkan tempat ibadat, sekolah dan mahkamah serta kediaman orang ramai.





Oleh itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengeluarkan satu garis panduan keselamatan umum kepada orang ramai berkaitan permainan Pokemon Go sambil menggesa mereka yang bermain permainan itu untuk sentiasa peka dengan keselamatan sekeliling dan sensiviti masyarakat setempat.

Dalam satu kenyataan, MCMC memaklumkan, keputusan mengeluarkan garis panduan keselamatan umum itu juga bertujuan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti rompakan, kecurian ataupun kecederaan.




Langkah tersebut juga seiring dengan panduan keselamatan yang telah dikeluarkan oleh beberapa buah negara lain untuk permainan berkenaan.

Garis panduan keselamatan Pokemon Go yang dikeluarkan kepada pemain antaranya mengenai kepentingan melindungi maklumat peribadi mereka, menghormati sensitiviti tempat-tempat beribadat, peringatan untuk tidak memasuki ke kawasan-kawasan larangan yang merbahaya dan kewaspadaan terhadap individu yang tidak dikenali.

Sebarang penggunaan aplikasi untuk memuatnaik permainan Pokemon Go mungkin mendedahkan para pemain kepada serangan penggodam atau malware.




Mereka yang mempunyai sebarang persoalan atau kebimbangan mengenai aspek keselamatan, dan sensitiviti Pokemon Go boleh menghubungi secara terus pihak yang membangunkan permainan itu iaitu Niantic Inc yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat melalui laman sesawang mereka, http://www.nianticlabs.com .

Dapatkah pihak SKMM mengikut jejak langkah negara Jepun dengan membuang Pokemon Go ini dari tempat-tempat ibadat dan juga tempat yang dirasa tidak sesuai untuk permainan ini dimainkan?






Berikut adalah garis panduan yang dikeluarkan oleh SKMM.





Sumber : Facebook SKMM



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2016 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tadi terdengar kat berita, ada orang dilanggar sebab sibuk sangat main pokemon go.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2016 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
eenhemo2 replied at 12-8-2016 10:04 PM
Baru tadi terdengar kat berita, ada orang dilanggar sebab sibuk sangat main pokemon go.

kojol x? iols nk cash kan ajer.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2016 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
This is the correct approach utk situasi ni, harap majlis fatwa take note dan sedar, setiap benda dalam dunia ni perlu ada garis panduan. Bukan main haram je. Clearly something wrong dengan mentaliti manusia yg suka ambil jalan mudah seperti haram sesuatu benda sebelum benda itu diguna pakai. Alasan memudaratkan adalah utk herds yg bodoh dan kami bukan herds yg bodoh.

Dalam 1 mudharat ada at least 3 kebaikan apps ni. Topic stater, landmark awareness, economy boost dan mcm2 lagi. Pisau dan kapak dicipta utk tujuan mempercepatkan kerja, tapi ada juga manusia bodoh pergi tetak nenek sendiri. Adil ke cakap pisau dan kapak haram?

Kalau agama terus anggap penganutnya bodoh, xmustahil penganut akan jadi betul2 bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2016 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
JokesCop replied at 13-8-2016 08:01 PM
This is the correct approach utk situasi ni, harap majlis fatwa take note dan sedar, setiap benda da ...

Biasalah agama melayu ni...    jaga2 nanti bro ditanya soalan maut...

Ko ni isele ke? Ko ni siapa nak menidakkan fatwa yg ditetapkan mufti yg berilmu.


Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2016 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Pendekatan yg bagus.. siap cadangkan pemain bawa powerbank lg..

@dinopower @sipendiam @famri7 @dodolgemuk @wana89
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2016 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau SKMM nak tukar tempat pokestop kat rumah ibadat ke tempat2 lain pun ak ok.. malah lg digalakkan.. takut dicop pendosa dan penghina isele pula nnt main kat masjid.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2016 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
JokesCop replied at 13-8-2016 08:01 PM
This is the correct approach utk situasi ni, harap majlis fatwa take note dan sedar, setiap benda da ...

klau yg bisnes pokemon mmg bleh tarik ramai org guna lure module  
klau pkir negatif mmg jd negatif... gigih nak suh haram.... yg main soccer star tu taknak sebut plak  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2016 11:03 AM | Show all posts
Bgusnya guidelines diorang..xsentap lansung mcm lobai cecirit. ...saya berusaha obey segala demi menakluk 2 gym di kuala krai.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 07:53 AM | Show all posts
finesse replied at 14-8-2016 09:43 AM
Pendekatan yg bagus.. siap cadangkan pemain bawa powerbank lg..  

@dinopower @sipendiam @famri7 ...

kan bagus ada guideline ni.. ni tak menyempat apa dah kata haram.. pastu damage control.. rilex je..chill..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 08:38 AM | Show all posts
aku nak cadangkan bykkan pokestop di tempat2 public transport.

baru kl xjem
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 09:43 AM | Show all posts
Bagus lah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 03:08 PM | Show all posts
Pergi klcc, dataran merdeka n pavilion... berlambak org dok cari pokemon kt sana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.050054 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list