CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nonis

JANGAN MATIKAN LAMPU TIDUR

  [Copy link]
 Author| Post time 23-8-2016 08:23 AM | Show all posts
Assalammualaikum selamat pagi.. minta maaf lambat update.. maaf ye semua..
terima kasih sudi baca perkongsian saya yang tak seberapa..

PART 8 : MATA HALUS
S  : “kau nak tahu kenapa aku batuk tadi?”
Aku : “kenapa?”
S: “ Aku Nampak ade pakcik pakai baju , tinggi dekat belakang kau “.
Aku tergamam.
S : “ Dia ade dekat sini, dekat tepi tiang bawah pokok tu tengah tengok sini”
Sambung S sambil memusingkan badan ke arahku, tidak mahu terus melihat ke arah yang dikatakan tadi.

Aku mula gelisah. Antara percaya atau tidak. S tidak memalingkan lagi mukanya ke arah yang dikatakan tadi.  Aku meminta diri untuk beransur pulang memandangkan waktu sudah menginjak ke maghrib.
Sejak dari peristiwa itu, berbagai situasi dapat aku lalui bersama S. Lama kelamaan aku mula percaya akan kelebihan yang ada pada S. Di mana kedai2 yang mempunyai ‘pelaris’ atau ‘penjaga’ juga dapat diketahui S. Aku juga pantang S mula batuk2, laju sahaja soalan aku padanya jika ada apa2 yang dapat dilihat oleh ‘mata halus’ nya.

Hujung minggu ini akan diadakan jom heboh di kawasan Bandar berdekatan dengan kampus ku. Aku berpakat bersama Di dan rakan sebiliknya untuk berjalan-jalan di Jom Heboh memandangkan peluang sebegini jarang-jarang untuk disertai. Hari sabtu, hari pertama carnival jom heboh bertapak. Kami berjalan2 mencari booth-booth yang menarik. Semestinya, booth-booth yang dihadiri artis menjadi tumpuan orang ramai termasuklah kami.
Kami melewati booth Al-Kuliyyah, dimana disitu terdapat kumpulan nasyid yang dikenali ramai pada ketika itu. Tidak lah ramai orang seperti booth-booth yang lain. Kami mengambil tempat duduk untuk merehatkan kaki sambil menikmati angin dari kipas di booth itu. Ahhh lega bukan kepalang. Terik sungguh matahari ditambah lagi dengan lautan manusia. Kami dimaklumkan selepas ini akan nada slot bersama pengamal perubatan islam yang terkenal, Ustaz Sharhan, dimana sesiapa yang ingin melakukan ‘scan’ tubuh secara percuma untuk mengesan kehadiran atau gangguan makhluk halus adalah dialukan.

Selepas tamat slot bersama kumpulan nasyid tersebut, ustaz sharhan mengambil tempat. Sebelum beliau memulakan sesi ‘scan’ bersama pengunjung yang datang, beliau menyampaikan sedikit ilmu dan info yang brmanfaat buat pengunjung antaranya tanda-tanda jika seseorang itu diganggu jin/saka/sihir/ilmu hitam.Penuh kusyuk dan tekun aku mendengar kerana kebanyakan tanda-tanda itu dialami aku sekarang. Hati aku berdebar2 kencang.

Selesai sahaja beliau menyampaikan info dan ilmu, beliau seraya bertanya..” ada sesiapa yang volunteer untuk di scan hari ini? Hanya 10 orang sahaja saya perlukan bagi setiap sesi.. insyaallah ramai sahabat2 saya disini yang akan membantu..”
Aku pantas mengangkat tangan, “ Ustaz, saya volunteer ustaz.”
Bersambung…

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2016 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala cepat yer nak sambung. Citer la panjang skit
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 03:15 PM | Show all posts
salam tt.. mmg best cite hang .. aku pun tak leh tido 100% gelap sebab nye masa aku sekolah menengah or rendah (tak ingat sangat) , aku tido sebilik (nie blik aku)ngan arwah nenek aku, dia pulak suka tido lam gelap 100% . so tengah dok sedap tido tu aku dengar cam bunyi almari ada org duk bukak katup , aku pun usha lah sekali hambik ko , aku nampak ada `budak kecik` dok juntai kaki dia atas almari tu.. terus aku selubung satu badan ..

smpai la nie aku mmg tak akan tidur bergelap tak kira kat umah sendiri or pergi bercuti ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 03:47 PM | Show all posts
ok check in di sini pulok
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 03:55 PM | Show all posts
MizzNaza replied at 23-8-2016 03:47 PM
ok check in di sini pulok

Berkuntum kat sini pulak ye...Fuhh saspen betoi la tt ni....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 05:00 PM | Show all posts
MizzNaza replied at 23-8-2016 03:47 PM
ok check in di sini pulok

Jemput masuk. Kite bertembung kat sini jugak nampaknye.

Btw, hi TT. Waaa, dah ade update. I is like....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2016 05:03 PM | Show all posts
Cuppy replied at 23-8-2016 05:00 PM
Jemput masuk. Kite bertembung kat sini jugak nampaknye.  

Btw, hi TT. Waaa, dah ade update. ...

biasalah chuols, kena mundar mandir dalam MPS gi gosip kenamaan,gosip local hewheww
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
nonis replied at 16-8-2016 12:29 PM
itulah sy pun tak tau beza penjaga dengan saka... dua2 baik ke tak baik ke sy pun tak pasti...
kala ...

Rasanya sama je saka n penjaga.p saka biasa orang rasa saka jahat penjaga baik..

Pada saya sama rasanya..p mungkin ada org yg lebih arif yg tahu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2016 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
BONDAFAD replied at 23-8-2016 05:31 PM
Rasanya sama je saka n penjaga.p saka biasa orang rasa saka jahat penjaga baik..  

Pada saya  ...

Biasanya orang cakap gitu.. tapi depa dua ni dalam kategori jin jugak kan.. sebaik2 jin tu sejahat2 manusia.. wallahualam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2016 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
msamyrazi replied at 23-8-2016 03:15 PM
salam tt.. mmg best cite hang .. aku pun tak leh tido 100% gelap sebab nye masa aku sekolah menengah ...

Yeay kite geng, fistbump sikit  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2016 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuppy replied at 23-8-2016 05:00 PM
Jemput masuk. Kite bertembung kat sini jugak nampaknye.  

Btw, hi TT. Waaa, dah ade update. ...

Hai cuols.. terima kasih sudi singgah  
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 11:42 AM | Show all posts
MizzNaza replied at 23-8-2016 05:03 PM
biasalah chuols, kena mundar mandir dalam MPS gi gosip kenamaan,gosip local hewheww



hehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 11:43 AM | Show all posts
abis dah baca cite TT.. seram n suspen hokey. tapi aku suka tido tutup lampu, harap cahaya lampu jalan je. kalo terang sangat macam lagi suspen hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya tunggu kelanjutan ceritanya
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 03:48 PM | Show all posts
nonis replied at 23-8-2016 06:07 PM
Hai cuols.. terima kasih sudi singgah

Hi TT. Cerita best. Berkuntum saya di sini, uols. Bile mau sambung?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 03:52 PM | Show all posts
MizzNaza replied at 23-8-2016 05:03 PM
biasalah chuols, kena mundar mandir dalam MPS gi gosip kenamaan,gosip local hewheww

Same la kite, uolsss.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-8-2016 03:58 PM | Show all posts
PART 9 :  SAKA HARIMAU
“ Ustaz, saya volunteer ustaz.”
Ustaz memandang tepat ke arahku. “Okey, kamu tulis nama dalam ni.”
Sambil menghulurkan sehelai kertas dan sebatang pen. Lancar aku menulis nama ku. Di dan rakan biliknya yang aku panggil Kak Sar tidak turut serta, hanya menemani aku sekadar ingin mengambil tahu bagaimana kaedah rawatan yang akan dilaksanakan nanti. Orang ramai mula mengerumuni booth Al-Kuliyyah. Kertas dan pen tadi dikembalikan semula bagi memberi peluang kepada pengunjung lain yang ingin mencuba.

Akhirnya, cukup sudah 10 peserta bagi sesi ini. Berdebar-debar jantungku memikirkan apa yang akan berlaku nanti. Perbagai andaian dan bayangan di dalam fikiranku. Tidak lama selepas itu, kesemua 10 peserta dipanggil ke hadapan, berdiri di atas pentas yang tidak tinggi itu, sekadar tinggi searas kayu pallet setingkat. Kami semua berbaris memanjang menghadap kea rah pengunjung-pengunjung yang mula bersesak-sesak ingin menyaksikan prosuder mengesan gangguan di dalam badan. Kemudian, kami diminta duduk dengan badan bersandar pada dinding, kaki melunjur tegak dihadapan dengan tangan kedua-dua diletakkan di atas peha. Aku mengambil tempat lebih kurang 4/5 dari kiri.

Kelihatan beberapa orang sahabat atau perawat lain juga bersedia mengambil tempat dihadapan pentas, tekun mendengar arahan dari ustaz dan penerangan. Aku juga tekun mendengar akan arahan yang diberikan oleh ustaz. Sebentar lagi perawat-perawat akan datang kepada setiap peserta dan akan meletakkan sebelah tangan di atas kepala, manakala sebelah lagi akan memicit ibu jari kaki kedua-dua belah kaki sambil membaca ayat al-quran untuk mengesan kehadiran jin (wallahualam aku lupa surah/ayat apa yang dibacakan).
Jantung aku berdebar-debar laju. Jika ibu jari terasa sakit seperti kejutan eletrik,seperti yang ustaz katakana tadi,  bermakna ada gangguan di dalam tubuh badan kita. Adakah aku akan merasa begitu? Jika diikutkan tanda-tanda gangguan yang disampaikan ustaz tadi, kebanyakannya aku lalui. Ahh, cepatlah masa berlalu. Aku mahu lekas-lekas pulang ke kampus.
“Okey, disini kita boleh tengok 10 orang yang akan perawat ruqyahkan untuk kesan jika ada gangguan. Dekat sini saya dah boleh Nampak dah, siapa yang nak bertukar jadi harimau kejap lagi, siapa yang nak hysteria kejap lagi. Belum lagi kita ruqyahkan, tapi da boleh Nampak dah.” Jelas ustaz sambil memandang kepada peserta pertama yang duduk paling kiri pentas.
Kami semua memandang ke arah kiri pentas, pantas. Masyaallah. Betul apa yang ustaz katakan tadi.Seorang perempuan lebih kurang separuh  abad usianya, menundukkan kepala sambil matanya tajam memandang ustaz. Kedua2 kakinya seakan mengerikut begitu juga tangannya. Dia mula menyeringai menunjukkan giginya seperti ingin menerkam. Aduhhh, apa yang akan berlaku ni, adakah ini yang orang katakan saka harimau?

Dia masih begitu. Lagaknya seperti tidak dapat mengawal diri. Perawat memulakan sesi rawatan. Baru sahaja perawat mahu memegang kaki wanita tadi, tiba-tiba wanita tadi mengamuk dan menerkam perawat tadi. Beberapa orang perawat mententeramkannya yang sudah mula mahu membongkok , berjalan-jalan dan memusing-musing seakan harimau. Sambil menjerit-jerit minta dilepaskan, perawat yang lain pula meneruskan sesi ‘scan’ kepada peserta kedua. Nampak seperti tiada apa-apa berlaku. Seterusnya ke peserta ketiga, baru sahaja memegang ibu jari kaki nya, “wuarghhhhhhhhhhhhhh” “aaaaaaaaaaaaaaaaaa”. Peserta ketiga menjerit hysteria kemudian pengsan. Allahu akbar. Semakin berdebar-debar hati aku. Bagaimana pula dengan aku nanti. Perawat itu pergi ke peserta seterusnya. Tiba-tiba, “ Ustazzzzz bab* !! ustaz Bod*h !!! UStaz bab*!!! Bod*h !!! Mampus kau ,pegi mampuss !!”

Wanita yang kerasukan tadi (peserta pertama) terlepas dari pegangan perawat yang sedang merawatnya lalu menerkam belakang ustaz sambil memekik kuat. Pengunjung di booth al-kuliyyah mula kecoh dan menjauhkan diri. Suaranya amat kuat dengan jeritan tidak henti memarahi dan memaki ustaz dengan kata-kata kesat. Memandangkan booth al kuliyyah menggunakan speaker yang agak kuat, jeritan yang dengar melalui speaker menarik lebih ramai orang untuk berkunjung melihat sendiri apa yang sedang berlaku. Dengan suasana tegang kerana wanita kerasukan itu, peserta lain yang berada di bahagian kanan juga mula kerasukan. Segala langkah silat dibuka mahu memukul ustaz dan perawat sebelum dia ketawa dan menjerit, kemudian rebah ditenteramkan perawat. Aduhaiii. Segala perkara yang aku lihat dalam televisyen rupanya benar-benar wujud hingga berlaku sendiri di depan mata. Peserta pertama yang kerasukan tadi dibawa pergi ke tempat yang tertutup bagi memulihkan dan menenangkan nya.
Tiba giliran aku. Perawat mula mendekati aku dan meminta izin untuk meletakkan tangan di atas kepalaku dan sebelah tangan lagi memicit ibu jariku.
Dengan lafaz bismillah.. “bismillahirrahmanirrahim..”
Bersambung…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2016 04:19 PM | Show all posts
Edited by nonis at 24-8-2016 04:45 PM

PART 10 : GANGGUAN SINGGAH

Dengan lafaz bismillah.. “bismillahirrahmanirrahim..”
Perawat itu memicit jari kaki ku sambil membaca sesuatu. Kemudian beralih pula kepada ibu jari kaki kananku. Kemudian, perawat itu beralih kepada peserta seterusnya. Aik, cepatnya habis. Tiada apa-apa yang berlaku pun pada ku? Tiada rasa seperti kejutan eletrik yang dikatakan ustaz tadi? Dengusku di dalam hati. Eh, aku ni meminta ke untuk diganggu dan didiami jin? Bisik hatiku lagi.Seperti ada dua bahagian bisikan dalam hatiku, yang baik juga yang kurang baik. Aih, pelik. Betul kah aku tiada apa-apa masalah? Kenapa apa yang dikatakan ustaz tadi itu aku lalui dan alami , mimpi buruk hampir setiap malam ? Aku keliru. Sungguh-sungguh keliru. Kecewa juga ada kerana aku yakin selama ini aku bukan berhalusinasi atau merek-reka cerita. Bukan juga aku meminta, sekurang-kurangnya jika benar aku diganggu, aku boleh berikhtiar untuk pergi berubat.
Selesai sudah sepuluh peserta yang di ‘scan’. Bagi yang kerasukan tadi diasingkan ke tempat khas untuk memulihkan mereka. Aku kembali bertemu Di dan Kak Sar. Bukan main teruja mahu mengetahui pengalaman yang aku lalui tadi dan apa yang aku rasa. Aku masih bingung. Ustaz Sharhan sudah membuka peluang bagi orang ramai jika ada pertanyaan. Aku segera mengangkat tangan.

“ustaz, saya nak Tanya. Apa yang ustaz cakapkan tadi tentang tanda-tanda gangguan tu kebanyakannya saya alami, tapi kenapa bila sy di scan tadi saya tak rasa apa2? “
Ustaz menjawab, “ kemungkinan kamu ada gangguan tetapi dia tak duduk dalam badan kamu dia hanya datang-datang, bila kamu dekat tempat2 macam ni dia lari, dia tak datang”. Jelas ustaz.
Barulah aku faham kini. Entah kenapa aku lega dan aku percaya apa yang dikatakan ustaz tadi. Sedang aku , Di dan Kak Sar ingin beransur keluar dari booth, tiba-tiba ada suara yang menyapaku, “ Dik, benda-benda macam ni bila dia tahu ada orang pandai berubat macam ustaz ni, dia tak datang, dia takut .” Jelas seorang wanita berusia, berbaju kurung di sebelah kiriku sambil memandangku. Aku memandanganya sepintas lalu kerana sedang berusaha keluar dari longgokan manusia di dalam booth itu. Baru saja aku mahu membalas teguran wanita tadi, aku berpaling kekiri tetapi tiada sesiapa! ‘Aik, laju betul makcik tadi pegi.’ Bisik aku dalam hati. Kemana makcik tadi pergi sedangkan dia hanya disebelah kiriku? Mungkin dia cepat-cepat berlalu dan hilang dalam longgokan manusia tadi. Wallahualam.

Aku, di dan Kak Sar menghabiskan sesi ‘tawaf’ di tapak jom heboh sebelum kami beransur pulang. Aku masih memikirikan tentang nasib peserta-peserta yang kerasukan tadi. Pada pendapat aku, jika mereka sedar yang mereka sememangnya ada gangguan, mungkin mereka tak perlu lakukan sesi ‘scan’ tadi kerana aku kasihan pada perawat-perawat yang bertungkus lumus menenangkan mereka dalam keadaan booth yang padat dan dikerumuni ramai pengunjung. Tetapi, mungkin juga mereka tidak tahu , hanya aku yang suka meletakkan andaian. Aishhh. Positif nonis, positif.
Bersambung..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
#sayasuka...nak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
#sypunsuka...nak lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.082874 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list