Orang kampong, orang2 pencenyang insaf diri dan berkopiah 24 jam, peniaga pasar malam yang bersembah yangmembentang kertas surat khabar atas rumput.
Mereka ini orang2 baik2 tapi pemimpin elit PAS tidak mengendahkan mereka.
Nilai mereka ialah sebagai soldadu melancarkan agenda peribadi golongan elit agama.
Pemimpin PAS adalah czar manakala pengikut adalah lumpen-proletariat.
Maqam yang demikian telah membolehkan para pemimpin pas mengeluarkan pendapat2 yang bizarre.
Dari sudut ilmu agama, ustaz2 ini terbukti handal. Tapi pandangan politik yang diberi, biasa biasa sahaja.
Bacalah mana2 penghujjahan dari pemimpin pas seperti Haji Hadi, Harun din, tuanIbrahim tuan man- semua nya biasa dan tidak luar biasa. Ertinya, handal dalam ilmu agama tidak tersedia diterjemahkan kedalam kehandalan ilmu bukan agama.
Apatah lagi Haji Hadi sendiri setelah sembuh dari sakit di Turki mengeluarkan kenyataan2 yang bingung.
Contoh: DAP penyokong TPPA sedangkan DAP lah kuat sekali menentang TPPA. DAP menyokong GST- sedangkan pemimpin DAP konsisten menentang GST.
Tidak ada seorang pemimpin pas pun yang membahas dan mengupas mengenai GST.
Seorang dua yang mungkin mengupas GST sudah jadi parti Amanah. Yang terlatih dalam pengajian agama, tidak tahu subjek ini.
https://senapangsakti.wordpress.com/2016/08/11/the-rise-of-the-religious-fascists-kemaraan-agamawan-fasis/