|
Oleh: TS LOO
20hb Julai lalu, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menjalankan siasatan ke atas syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan merampas aset yang dikaitkan dengan 1MDB di negara terbabit yang bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion).
Dalam sidang media pada hari itu, Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta Elizabeth Lynch berulang kali menyatakan pihak yang terbabit adalah seorang pegawai nombor satu Malaysia atau Malaysian Official No.1, gelaran tersebut menyebabkan masyarakat beranggapan pegawai tertinggi yang disebut itu semestinya Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tetapi, rata-rata pemimpin UMNO menafikan pegawai nombor satu Malaysia yang disebutkan itu adalah Najib. Antaranya, Ahli Parlimen Pulau Langkawi dari UMNO iaitu Nawawi Ahmad memberi kenyataan yang cukup mengejutkan, dengan menyatakan pegawai nombor satu Malaysia yang dimaksudkan sebenarnya adalah Yang Dipertuan Agong.
sumber foto: facebook Dato Ir Nawawi Ahmad
Selasa lalu, ketika membalas pertanyaan netizen di facebooknya, Nawawi menyatakan berdasarkan perlembagaan persekutuan, kerajaan negara kita dibentuk oleh tiga entiti yang tersendiri dan bebas, iaitu 1) badan kehakiman yang diketuai ketua hakim negara, 2) badan perundangan parlimen yang diketuai oleh yang dipertua dewan dan 3) badan eksekutif yang diketuai perdana menteri.
" Ketiga-tiga badan ini harus bertanggungjawab kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, oleh itu, pegawai nombor satu adalah Yang Dipertuan Agong."
sumber foto: facebook Dato Ir Nawawi Ahmad
Namun demikian, kemudian Nawawi memadam kenyataan tersebut di atas itu, dan memperbetulkannya menjadi, "Mengikut perlembagaan, Najib bukan pegawai nombor satu, sebab beliau hanya pegawai nombor dua, pegawai nombor tiga atau pegawai nombor empat."
Biarpun Nawawi telah memprbetulkan komennya, tetapi facebook mempunyai fungsi yang membolehkan kita lihat semula apa-apa yang telah kita perbetulkan sebelum ini, jadi masyarakat masih boleh baca kenyataan asal yang ditulis oleh Nawawi.
Walau bagaimana pun, kenyataan itu telah mengundang pertikaian, ramai pemimpin UMNO berpendapat kenyataan Nawawi itu telah menyinggung perasaan Yang Dipertuan Agong, Nawawi digesa memohon maaf secara rasmi terhadap Yang Dipertuan Agong. - CARI |
|