CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 21452|Reply: 5

[Tempatan] 'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah

[Copy link]
Post time 22-1-2026 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Sinar Harian
AISYAH BASARUDDINAISYAH BASARUDDIN
22 Januari 2026 01:13pm



Nurul Izzah



SHAH ALAM – Langkah memperkenalkan pendaftaran secara sukarela ke Tahun Satu pada usia enam tahun dilihat sejajar dengan amalan pendidikan global, sekali gus menempatkan Malaysia seiring dengan 143 negara yang telah lama mengguna pakai pendekatan serupa.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berkata, pendedahan awal kepada persekitaran pembelajaran berstruktur membolehkan intervensi bertempat, membantu mengenal pasti keperluan perkembangan serta menyediakan asas kepada pembelajaran sepanjang hayat dengan lebih berkesan kepada kanak-kanak.

Beliau turut berharap dasar tersebut dapat membantu ibu bapa bekerja dalam menghadapi peningkatan kos penjagaan anak-anak.

“Seperti dilaporkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) pada 2019, kos penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak yang tinggi dikenal pasti sebagai antara penyumbang beban kewangan pasangan muda berusia 20 hingga 40 tahun.


“Tambahan pula, pelaksanaan dasar ini perlu mengambil kira jurang kesediaan dari segi prasarana dan tenaga pengajar antara wilayah, khususnya di kawasan luar bandar, pedalaman serta Sabah dan Sarawak. Ini kerana peralihan secara sukarela berpotensi mewujudkan lonjakan bilangan murid dalam tempoh singkat.

“Tanpa pendekatan yang berbeza mengikut konteks setempat, risiko ketidaksamaan akses dan kualiti pendidikan awal berkemungkinan terus melebar,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.


Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa bermula tahun depan, pendidikan prasekolah akan bermula pada usia lima tahun manakala Tahun Satu pula pada usia enam tahun, sebagaimana diumumkan dalam Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Menurut Anwar, perubahan ini masih belum diwajibkan kepada ibu bapa dan dibuat sebagai langkah sejajar dengan peredaran masa serta keperluan semasa.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah turut menekankan bahawa pendedahan awal kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di sekolah kebangsaan juga amat penting dan wajar diberikan penekanan khusus.


Katanya, pendedahan awal kepada TVET adalah selaras dengan fenomena ‘the lost boys’ seperti yang dilaporkan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada 2023.



“Statistik tahun 2025 menunjukkan 53.56 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memilih laluan TVET. Pendedahan awal TVET di peringkat sekolah rendah dan menengah bukan sahaja membina asas kemahiran, malah turut menarik minat murid sejak awal serta menjamin kesinambungan kurikulum hingga ke alam pekerjaan yang lebih bersesuaian dengan kehendak industri.

“Negara seperti Jerman dan Finland telah lama menyepadukan pembelajaran berasaskan kemahiran dan aplikasi dunia sebenar sejak sekolah rendah dengan penekanan kepada eksplorasi minat, literasi kerja serta pembinaan asas kemahiran.

“Ini terbukti membantu meningkatkan penglibatan murid serta mengurangkan risiko keciciran di peringkat menengah,” ujarnya.

Mengulas mengenai keputusan meletakkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai peneraju tunggal sistem pendidikan prauniversiti, termasuk Tingkatan Enam dan matrikulasi mulai 2027, Nurul Izzah menyifatkannya sebagai langkah baik ke arah perancangan jangka panjang.



Jelas bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, perubahan tersebut membolehkan penempatan ke universiti awam menjadi lebih inklusif dengan keberkesanan penggunaan sumber dan bakat sedia ada.

“Keputusan ini dibuat berikutan kebimbangan terhadap kekurangan tempat bagi kursus-kursus popular, terutamanya dalam kalangan pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan tetapi sukar mendapat tempat di universiti.

“Ternyata, pendidikan perlu dipandu oleh kompas moral yang kukuh. Pelaksanaan pelan yang menitikberatkan etika, integriti, empati dan tanggungjawab sosial sebagai teras pengajaran dan pembelajaran mampu memastikan kecemerlangan akademik seiring dengan pembentukan sahsiah,” katanya lagi.

Justeru, Nurul Izzah berpandangan bahawa gandingan erat antara ibu bapa, tenaga pengajar, badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pemegang taruh lain adalah kunci utama bagi memastikan pelaksanaan RPN 2026–2035 berlangsung secara tuntas dan menyeluruh.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2026 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau camtu wajib kan jela budak 6 tahun masuk darjah satu

Nape pulak kena pilih2?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2026 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 pilot kapal terbang

@kelana36 pernah bergambar dengan nurul izzah, http://b.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=792613&pid=56028366&fromuid=1991747

kelana36 risau kalau-kalau KDN hangkut pergola beliyau
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2026 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 22-1-2026 06:12 PM
Kalau camtu wajib kan jela budak 6 tahun masuk darjah satu

Nape pulak kena pilih2?

Diberi pilihan tapi ekceli sumer makpak nnt akan masukkan sbb nak kompetitif..

Masalahnya, cukup tmpt ka?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2026 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 22-1-2026 07:35 PM
Diberi pilihan tapi ekceli sumer makpak nnt akan masukkan sbb nak kompetitif..

Masalahnya, cukup  ...

Dorang cuba bina naratif seolah olah makpak tak setuju budak2 masuk umur 6 tahun kerana kununnya budak2 belum sedia

Tapi majoriti yang bangkem tengok bukan bantah pasal anak dah sedia ke tak, tapi bantah sebab tak yakin fasiliti mampu tampung ke tak, lepas tu siap perlu ujian/diagnos bagai
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2026 03:13 AM | Show all posts
org umur 4 tahun dah ke sekolah dah
1) belajar awal2 so that kecik2 lagi dah tahu the concpet of learning
2) tahu kira/ngeja awal2 agar tidak lagi perlu ajar secara formal A, B, C..
3) freeing up parents awal2 utk keluar bercareer dan cari slaries utk dpt income, dan bayar tax.. win win
4) cretae new and more jobs utk penduduk2 negara ini, eg teaching assitants, assistant teachers, more school workers dan more importantly more teachers dan bigger educational sectors
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 21231 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 19662 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 17239 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 19842 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 21128 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 10408 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.189746 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list