Bagaimana sebuah perkampungan Britrish terdapat di Jepun? Ia sebenarnya bukanlah perkampungan, cuma ia lebih popular digelar sebagai perkampungan disebabkan konsep yang diguna oleh sebuah hotel membuatkan ia seolah-olah sebuah perkampungan British.
The Yufuin Floral Village Hotel adalah sebuah hotel yang terdapat di Jepun. Ia adalah sebagai satu penghormatan kepada budaya British. Ia direka supaya kelihatan seperti sebuah perkampungan di United Kingdom (UK).
Sangat menarik untuk dikunjungi kan? Anda pasti tidak sedar yang anda sebenarnya berada di Jepun bukan di UK. Pasti ramai rakyat British melawat 'perkampungan' mereka di sini. - CARI