CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3333|Reply: 9

Fakta : Si Ayah Adalah Kekasih Pertama Bagi Anak Perempuan

[Copy link]
Post time 26-8-2016 01:20 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Menjadi ketua kepada keluarga yang dibina merupakan tanggungjawab yang berat harus dipikul. Orang tua-tua cakap kalau muka anak perempuan ada iras muka ayah, hubungan anak dan ayah akan lebih rapat dan akrab.

Bagi yang mempunyai anak perempuan, pasti boleh menilai bagaimana cara seorang ayah menjaga dan membesarkan anak perempuannya.




Kelembutan dan keakraban ibu dengan anak perempuan memang memperlihatkan betapa memahaminya ibu dengan karenah anak-anak.

Bagaimana pula layanan si ayah kepada anak perempuan sehingga anak perempuan merasakan ayahnya merupakan 'kekasih' pertama buat mereka? Sebab itulah, ramai perempuan yang inginkan lelaki seperti ayah mereka untuk dijadikan suami.

Beberapa perkara ini adalah hakikat yang tidak boleh disangkal lagi. - CARI




1. Seorang ayah,  biasanya kelihatan lebih garang dan tegas berbanding ibu. Kebiasaannya anak-anak juga lebih takut akan ayah mereka berbanding ibu. Namun, di sebalik karektor ayah yang tegas tetap terselit kelembutan yang tersendiri terutama terhadap anak perempuannya.




2. Keprihatinan ayah yang tersembunyi di sebalik ketegasaannya kadang kala melebihi kelembutan hati seorang ibu. Tanpa disangka rupanya hati ayah lebih mudah terusik jika ia melibatkan hal berkenaan anak perempuannya.




3. Kelebihan ayah dalam mendidik anak-anak sudah tentu dalam aspek ketegasan yang dimiliki. Oleh kerana anak-anak sudah biasa dengan ketegasan ayah, kata-katanya mudah dituruti dan dipatuhi tanpa sebarang kompromi.




4. Keprihatinan ayah apabila melibatkan keselamatan dan keselesaan anak perempuannya memang boleh dikatakan agak 'keterlaluan' tetapi sebenarnya dia hanya ingin anak perempuannya sentiasa dalam keadaan selamat dan selesa.



5. Ayah adalah lelaki pertama yang bertakhta di hati setiap anak perempuan. Anak mengenali karektor dan sikap seorang lelaki daripada ayah sebab itu seorang ayah seboleh mungkin cuba menonjolkan dirinya sebagai lelaki yang gentlemen, pelindung, prihatin, penyayang dan tegas.




Percayalah, seorang ayah akan lebih mudah berasa kasihan jika anak perempuannya ditimpa masalah. Malah dialah yang lebih memberi keyakinan dan semangat kepada anak dengan caranya yang tersendiri.

Paling penting! Hanya ayah sahaja akan menjadi lelaki yang boleh dipercayai oleh anak perempuan sampai akhir hayat mereka.

Benarlah kata pepatah, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa!  





Sumber : Pa&Ma


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2016 02:15 PM | Show all posts
aku lom kawin apetah lg anak, tp rasanya kalo dpt anak perempuan best jgk, sbb aku rase aku lelaki bosan la hidup hati jiwa terlalu keras. kalo ade anak perempuan then sesaper ckp aku ni lelaki lembut leh jgk jdkan alasan lembut tu sbg penyayang...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 12:11 AM | Show all posts
Betul tu walau macam mana pun ayah tu tak kira le biasa2 je atau seorang yang garang selalunya dia akan kalah kalau dengan anak perempuan.  Seboleh-bolehnya semua pemintaan anak perempuan tu pasti dia akan cuba penuhi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 11:35 AM | Show all posts
ntah aku rasa biasa2 je pada ayh aku huhu
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu perempuan akan cari pasangan yg ada ciri seperti ayahnya
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 03:36 PM | Show all posts
ermmm..

No komen...

(nampak sgt nak kumpul kacang?)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2016 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
sampaikan nk keje pun,abah berat hati..disuruhnya ddk rmh dpt elaun..muahaha
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka ... Ank aku perempuan ..n aku nak dia rapat dgn ayah dia..sbb bila tgk family in lawa aku anak2 perempuan dorg rapat sgt dgn ayah dorg..lgsg xda kes pelik2..xda couple.akhlak terjaga...n pg mana2 semua dgn ayah even msg2 dh 30..xda gap.. Xmcm akubyg xclose sgt dgn ayh..so my anak dara kn rapat dgn ayah dorg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2016 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Syg abah. tapi dia dah xde. Mmg rapat ngn arwah abah dulu. Smpi skolah menengah klu arwah hntr skolah, mesti cium tgn then kiss pipi kiri pipi kanan. xpernah tinggal.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
aku rapat ngn abh aku drp mak aku time remaja2...tp once aku da ade ank aku apreciate mak aku more..susah rupenye bersalin n jg anak smpi bsr..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkuio98dd5dddbhatt ji
Views : 101 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40435 Replies : 394
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 19813 Replies : 24
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 16410 Replies : 16
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 11058 Replies : 1
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201771 Replies : 4030
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44968 Replies : 38
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20731 Replies : 6
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 12664 Replies : 219
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 26293 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.096111 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list