View: 2816|Reply: 5
|
Mengikut Kajian, Selfie Boleh Kuruskan Badan
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Kadang-kadang tabiat selfie dan sering memuat naiknya di laman media sosial pastilah menimbulkan kurang senang kepada segelintir netizen.
Namun, terbukti secara saintifik bahawa tabiat selfie membantu anda untuk menurunkan berat badan. Mesti ramai yang pelik, bagaimana selfie boleh kuruskan badan?
Ia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh University of Alicante di Colombia, ke atas 271 orang gemuk yang mendaftar untuk program kuruskan badan.
Agenda utama kajian tersebut adalah untuk mengetahui cara mereka berdiet dan apa yang mendorong mereka untuk menurunkan berat badan.
Sepanjang program yang dijalankan selama 16 minggu, para penyelidik akan mengambil gambar tubuh badan setiap peserta setiap minggu.
Kajian mendapati, peserta lebih bermotivasi selepas melihat kemajuan penurunan berat badan berdasarkan gambar yang diambil. Gambar yang diambil memberikan gambaran jelas dan jujur tentang bentuk badan seseorang.
Jika bentuk badan mereka di dalam gambar kelihatan gemuk, mereka akan berusaha untuk kuruskan badan. Jadi, selalulah berselfie badan anda untuk kurus ya. Selamat mencuba! - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
ada app yg blh buat bdn selim melim,yg pendek jd tinggi kununnya..poyolah konon nk berusaha....jijik aku dgr..dorg belajar edit je,dh voley kurus.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku start selfie nak tengok gambar progress gym sebelum dan selepas. Now saje je melayan perasaan hahaha~ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|